Jumaat, Disember 24, 2010

Rehatkan Jari

Kalau malam ini sekitar jam 10 malam anda melayari internet, ada baiknya berehat buat seketika.

Berehat Mazidul?

Ya, berehat. Loud and clear, berehat!

Maksudnya, izinkan jari jemari anda berada dalam keadaan selesa. Maklumlah, selain digunakan untuk menaip di papan kekunci, jari anugerah Allah juga antaranya digunakan untuk mengangkat pelbagai barang,  memasak, menyapu hingus anak, menekan suis lampu, menggosok mata di waktu pagi dan mengurut tubuh suami dan isteri.

Kepada golongan pengkid, jari hantu sekian lama disalahgunakan itu juga perlu direhatkan. 

Bayangkan, tanpa jari jemari pastinya banyak pergerakan akan terganggu.

Namun itulah nasib jari, jarang dihargai selagi kita miliki.

Jadi malam ini hargai jari anda, biarkan berehat, bukan dalam tempoh lama, hanya 30 minit sahaja.

Apa perlu pembaca lakukan, maksimakan penggunaan mata dan telinga. Gunakan kedua pancaindera terbabit untuk menonton sekaligus mendengar perbincangan program Hujah disiarkan di TV9 jam 10.30 malam ini.

Saya beriya-iya menyarankan anda menonton program Hujah bukan kerana saya bertugas mengacarakan rancangan terbabit. Barangkali ramai sudah berasa bosan melihat wajah saya tanpa rawatan muka buat sekian lama.

Sebenarnya TV3 menyediakan kemudahan rawatan muka dan mengunting rambut 2 kali sebulan kepada semua pengacara televisyen dengan peruntukan RM300 bagi setiap kunjungan ke Leornarad Drake dan Cut Above.

Namun katil tempat berbaring sewaktu menjalani rawatan muka itu terlalu kecil buat saya. Justeru sejurus selesai rawatan, tubuh lenguh.

Biarpun, kemudahan diberikan percuma, bayaran menggunting rambut kekadang mencecah RM178 berserta rawatan kesuburan rambut, satu pembaziran bagi saya.

Hey! Rambut saya tidak berapa lebat, sikit sahaja.

Daripada TV3 membayar jumlah itu, lebih baik saya menyerahkan  M10 kepada tukang gunting, pemilik kedai tidak jauh dari rumah saya.

Namun, suatu ketika dahulu saya banyak rambut.


Apa pun saksikan Hujah malam ini jam 10.30 malam di TV9!

13 ulasan:

  1. hahaha.. maaf nak tergelak tengok gambar lama tu...tak sangka rock gak zaman dulu2 hehehe..

    BalasPadam
  2. Kakcik melihat Chik Inn (Mazlin Nordin) dalam gambar terakhir itu! Hehehe....

    BalasPadam
  3. malam ni saya jadi fotografer tak rasmi majlis pernikahan seorang teman, jadi tak dapat la saya tonton.

    satu lagi, encik mazidul lebih 'kena' tanpa rambut. hihihi

    BalasPadam
  4. Eh, gambo yg pertama & ketiga secara automatik mengingatkan saya kpd adik kandung, Ahmad Azizul yg baru saya jumpa semalam (dulu rambutnya panjang di belakang) dan anak saudara, Bob/Aliffshah baru jumpa di kenduri kahwin 12/12 di Sabak Bernam (kemontokan badan & kebulatan wajah - Ya, montok & bulat bkn ganti nama khas utk wanita aje Yeop...). Sekali pandang bagaikan sama ttp tdk serupa.

    10.30 mlm - InsyaAllah saya tengok & dengo Cikgu! Jgn berkolam Cikgu...

    BalasPadam
  5. salam Cik Mazidul,

    saya tak suka RTM3 tapi saya tengok jugak sebab kat kampung saya tak dapat channel lain

    saya boleh berambut panjang tapi saya membotakkan kepala. Agar frekuensi ke kedai potong rambut itu kurang juga.

    Dan membuang duit untuk potong rambut macam RTM3 buat tu memang satu pembaziran

    saya ke sini sebab saya tak suka dengan cara awak menyoal budak sekolah tak pakai helmet kat kelantan haritu.

    lain kali tanyalah soalan yang menginspirasikan mereka agar berubah.
    Bukan soalan yang pada saya memperolok-olokkan mereka.

    Manusia buat salah. Takyahlah nak lebihlebih 'basuh' mereka pulak



    Sekian

    Mazidul Akmal Sidek melaporkan...

    http://aderberani.blogspot.com/2010/12/komen-kepada-rehatkan-jari.html

    BalasPadam
  6. Salam Mazidul, benar sesekali bagilah jari jemari itu rehat... tapi saya rasa mata lagi azab menanggung segalanya. Jom Singgah "Jalan-jalan Pahang. "

    BalasPadam
  7. Hehehehe... tengok pic yang terakhir tu terus teringat cerita pasal seluar pendek yang dijadikan kain lap kaki di muka pintu sebuah rumah bujang! hahahahaha rockers bebeh!

    BalasPadam
  8. Irwan,

    Ini kenyataan awak "salam Cik Mazidul,

    saya tak suka RTM3 tapi saya tengok jugak sebab kat kampung saya tak dapat channel lain"

    RTM3 channel TV baru ke?

    Memang banyak perkara awak tak suka rupanya TETAPI pada masa sama, tanya diri sendiri, adakah semua orang suka awak dan perkara awak buat?

    Mungkin tidak!

    ... atau lebih tepat, TIDAK.

    Samada awak suka atau tidak, itu pandangan peribadi dan untuk pengetahuan semua siri 999 terbabit meraih bilangan penonton tertinggi, 2.27 juta.

    Terima kasih kerana menjadi penonton walaupun awak mendakwa tidak suka 'RTM3' dan cara saya.

    BalasPadam
  9. Comel dan Macho saudara Mazidul masa muda-muda dulu..

    Agak2 tahun bila gambar tu ditangkap?

    Tapi penampilan saudara Mazidul sekarang ni lagi bagus.. Mempunyai imej yang tersendiri.. Kelihatan berkarisma dan matang.. Sesuai dgn tugas saudara Mazidul sebagai seorang wartawan dan sering menjadi tumpuan orang ramai..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.