Jumaat, Disember 24, 2010

Makan Dan Tidur 24 Jam Bersama Laptop


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman berjaya menahan lelaki berusia 40 tahun 29 November lalu berikutan tindakannya menghina bekas Sultan Johor menggunakan laman sosial Facebook.

Saya difahamkan, lelaki sama dilaporkan pernah mencabar polis kononnya dia tidak mampu diberkas. Mungkin dengan dilengkapi 5 komputer dan 5 telefon bimbit, dia berfikiran jejaknya tidak dapat dikesan. Tambahan pula, Facebook beroperasi dari Amerika Syarikat jadi pasti sukar mendapatkan IP address nya.

Lelaki memggunakan alamat emel pendekar.bentan@gmail.com itu terbukti tersilap langkah dan bakal didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Barangkali dia tidak mengetahui JSJK kini mempunyai pegawai penyiasat pakar dalam bidang teknologi maklumat dan pada masa sama mereka dibantu agensi lain, juga memiliki kepakaran setanding dalam membekalkan maklumat teknikal.

Justeru sekiranya anda difitnah pengguna internet sukar dikenal pasti identitinya, usah berputus asa.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jika tugasan sedang saya usahakan ini terlaksana seperti dirancang, dengan bantuan pelbagai pihak, blogger mempamerkan gambar mangsa difitnah berkebarangkalian akan diberkas.

Setakat ini, nama penuh, nombor kad pengenakan, alamat rumah dan nombor telefonnya berjaya diperolehi.

Saya hanya menunggu mangsa untuk tampil membuat laporan polis sebelum menghubung JSJK dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk membantu melaksanakan misi ini.

Kekadang sebilangan blogger beranggapan mereka terlalu bijak menyembunyikan identiti selepas memfitnah mangsa tanpa mengetahui wujud kelompok lebih pakar dalam bidang teknologi maklumat berbanding mereka.

Kelompok, bekerja, berehat, makan dan tidur 24 jam bersama laptop!

11 ulasan:

  1. heheheh..sepandai2 tupai melompat jatuh jua ke tanah..

    BalasPadam
  2. Kena hindar budaya sebegini dalam alam siber.

    BalasPadam
  3. zaman sekarang ni tiada yang mustahil. lain kali nak buat apa2 pun kene la beringat sikit.

    BalasPadam
  4. Ip tracking ni senang jer boleh diselindung kalau pergi cyber cafe.. senang jer. nak best lagi pergi jauh2 sikit dari rumah/opis.. pastu pelbagaikan cyber cafe. Pastu guna lagi anonymizer website atau public proxy server.

    BalasPadam
  5. mereka nak mengata tapi lupa. mereka fikir mereka pandai menyorok menggunakan teknologi tapi lupa nak kaji orang yang bijak teknologi IT ni ramai.

    BalasPadam
  6. Mereka terlalu obses dengan penulisan sendiri sehingga merasakan apa yang ditulis benar belaka dan kebal.

    Benar, mata pena lebih tajam dari mata pedang. Tapi PENDEKAR ini telah terkena mata pedang yang tumpul lalu terhentak tangan sendiri...!

    BalasPadam
  7. xpyh pk pasal undang2, ingat Tuhan pown da bole hindar daripada buat bende2 yg tuh...

    ni tuhan letak kat lutut, bukan letak dalam hati, tu yg jenayah makin menjadi-jadi...

    BalasPadam
  8. sakit hati / dengki benar dengan orang yang difitnah tu kot. Sampai tak fikir panjang terus buat fitnah secara umum. Ingat dapat nyorok, sekali tu terbongkar juga. Ada lagi sesiapa yg berani cuba lepas ni?

    BalasPadam
  9. http://www.facebook.com/pages/Danny-danielhentikan-penghinaan-terhadap-Islam/184877518215069

    2 adala link dimana seorg remaja yg sering menghina Rasulullah saw dan Allah swt!mohon tindakan~

    BalasPadam
  10. http://www.facebook.com/pages/Danny-danielhentikan-penghinaan-terhadap-Islam/184877518215069

    mohon tindakan sewajarnya,,melampau2~

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.