Jam 6.30 petang, Cova Square, Kota Damanasara, Petaling Jaya, Selangor.
"Ada kawan aku mai dari Kedah nak pi Central Market," katanya dalam loghat Kedah.
"Nak ikut," balas saya.
"Aku ambik hang, berapa lama? 20 minit?," soalnya.
"Aku memang ada di sini dengan Ayam, mai lah," jawab saya.
Itu perbualan saya bersama rakam lama, mula bertemu pada tahun 1987 sewaktu kami bersama mempelajari bahasa Inggeris dan menduduki peperiksaan TOEFL di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
Namanya, Wan Mohamad Nor Arif Wan Yusof, kini berusia 43 tahun.
Sebaik tiba Wan tiba di Cova Square pada jam 7 malam, saya dan 'Ayam', nama jolokan rakan seangkatan, Ghazali Abdul Rahman juga berusia sama kemudian bergegas masuk ke kereta pengurus bank terbabit.
Wajahnya tidak banyak berubah berbanding ketika berusia 17 tahun namun kini hidupnya dilengkapi teknologi moden.
Destinasi tujuan kami, Central Market, bukan Ceruk Tok Kun, Permatang Pauh, Butterworth, Pulau Pinang atau Kampung New Zealand, Maran, Pahang.
Ha! Ha! Ha! Biasalah, apabila usia semakin meningkat, keyakinan mencari destinasi mudah juga barangkali tergugat. terpaksa menggunakan GPS.
Kami bertiga kemudian bergerak menuju ke Kuala Lumpur menyusuri Jalan Duta.
"Belok kiri, lepas tu belok kanan ke Jalan Duta, belok kiri ke Jalan Parlimen dan pandu ke kanan ke arah Bukit Aman. Selepas itu engkau masuk ke Jalan Tang Ling, ke Jalan Tugu, nanti sampai ke bangunan Daya Bumi, masuk parking, keluar balik then sampai Central Market"
Usah keliru, itu panduan arah Ayam kepada Wan, bukan arahan dikeluarkan GPS kereta di keretanya.
Tiket parkir diambil dan pantas Wan membelok kereta ke kiri, agak jauh dari pintu masuk Central Market.
"Sebab apa parking jauh sangat? Di kawasan depan pintu masuk banyak tempat," jelas saya.
"Tak apa, biar mudah kawan aku nampak kereta. Depa tahu lah aku dah sampai," katanya yakin.
Kami penumpang, hanya sekadar mengikut katanya sekaligus melangkah ke arah pintu masuk premis tumpuan pelancong asing dan tempatan terbabit.
Guess what? Di hadapan kami, 2 kenderaan milik kawan Wan sedia diparkir, mereka tiba lebih awal.
Dia menunggu kawan, rupanya kawan sampai dahulu, detak hati kecil saya.
Berdiri di hadapan pintu masuk, Wan pantas meminta gambarnya diabadikan. Untuk rekod dia, akan berpindah untuk bertugas di cawangan bank di Alor Star, Kedah pada 3 Januari 2011.
Berdiri di hadapan pintu masuk, Wan pantas meminta gambarnya diabadikan. Untuk rekod dia, akan berpindah untuk bertugas di cawangan bank di Alor Star, Kedah pada 3 Januari 2011.
Berikut rekasi Ayam melihat gelagat Wan.
Huh! Dah nak balik Kedah baru nak ambil gambar! Barangkali itu kenyataan tercetus di fikirannya.
Kuang 5 minit, kami bertemu mereka ini.
"Anak kawan aku dapat 8A dalam PMR, aku nak bagi hadiah," ujar Wan.
Sewaktu berjalan dari gerai ke gerai mencari hadiah sesuai, saya dihampiri pengawal keselamatan berseragam biru. Dia senyum dan saya membalas senyuman pengawal agak berusia terbabit.
Tiba-tiba saya terdengar, suara dari walkie talkie dipegangnya.
"Tak apa, tak payah ikut dia!"
Pelik benar, kenapa saya perlu diikuti?
Jika itu arahan pegawainya bertugas di bilik kawalan, sekurang-kurangnya jangan benarkan saya terdengar perbualan mereka.
Adakah saya kelihatan seperti penjenayah kepada pihak pengurusan Central Market sehingga perlu diawasi?
Tidak sedikit pun terganggu berikutan situasi itu saya dan Ayam meneruskan perjalanan mengekori Wan mencari dan memilih hadiah bersesuaian untuk diberikan kepada anak rakannya.
Sewaktu berjalan di belakang, tiba-tiba saya terpandang kelibat lelaki warga asing berdiri di hadapan kedai ini.
"You guna apa permit kerja sini?," soal saya spontan.
"Construction," balasnya pantas.
"Permit kerja construction mana boleh kerja sini," balas saya.
"Bos sini hantar saya kerja," balas lelaki warga Bangladesh itu selamba.
Peringatan khusus kepada pengawal keselamatan di Central Market, tidak perlu mengekori saya, rakyat sah negara ini. Sebaliknya, sila kemukakan aduan segera kepada Jabatan Imigresen Malaysia berhubung pekerja asing menyalahgunakan permit, bebas bekerja di premis cukup dikenali ramai itu.
Berikut gambar pekerja terbabit, saya rakamkan untuk rujukan pihak pengurusan.
Berikutan itu saya mendekati beberapa pekerja kedai warga tempatan.
"Memang ramai pekerja warga asing ke di Central Market ni?," tanya saya.
"Ramai bang, status dokumen pun tak pasti," jawab mereka.
Dari pengamatan saya, selain warga Bangladesh, rakyat Indonesia dan negara Timur Tengah kelihatan sibuk melayan pelanggan di gerai kecil di premis sama.
Ada baiknya, jika penguatkuasa Jabatan Imigresen menjalankan operasi mengejut, memerikasa dokumen perjalanan mereka. Barangkali majikan menggajikan mereka berfikir, Central Market lokasi kunjungan ramai, justeru tidak mungkin diserbu pihak berkuasa.
Hampir jam 8 malam, Wan kemudian menyerahkan hadiah kepada pelajar cemerlang Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor itu.

Wan turut merakamkan gambar pelajar terbabit bersama ahli keluarga lain.
"Eh! Ini Tok Su kan?"
Berikut gambar Ayam dan cucunya.
Tidak diduga sama sekali, buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, kami berpeluang berjalan bersama dan Ayam sudah berstatus 'Datuk', datuk muda.
Ha! Ha! Ha!
Selesai pertemuan, kami bergerak ke Wangsa Maju.
"Ada staff aku nak belanja makan," ujar Wan.
Pada awalnya, kami berasa sedikit segan, terasa bak tetamu tidak diundang. Lebih malang, Ayam dan saya hanya berselipar.
Manakala Wan lengkap berkasut.
Sebaik tiba di pintu, TGIF kami disapa gadis manis ini menggunakan bahasa Inggeris.
"Welcome to TGIF, a table for how many?," soalnya.
"Alamak! Kami tak pandai cakap orang putih, macam mana?," usik saya.
Iman Nazura terpinga-pinga buat seketika sebelum soalan seterusnya menyusul.
"Kalau customers tak faham Inggeris, boleh ke cakap bahasa Melayu, bahasa kebangsaan Malaysia?," desak saya.
"Boleh," jawab Iman sebelum membawa kami ke meja anak buah Wan dan suaminya.
Kami dilayan D. Ruben, 19 tahun berasal dari Setapak, Kuala Lumpur.
"Ruben, girlfriend kamu berbadan kecil dan kamu pandai mengayat perempuan," ujar saya spontan.
"Mana tahu bang?," soalnya.
"Saya bomoh brother. Tak payah tengok tapak tangan, tengok muka boleh baca hati," dakwa saya.
Dia percaya dan ternyata dia tidak mengenali saya.
Kurang 15 minit kemudian lebih ramai pekerja TGIF, lelaki dan perempuan mendekati saya untuk ditafsirkan karakter mereka.
Bagi mereka tidak mengenali, barangkali saya kedengaran seperti bomoh apabila bercakap.
Pasangan Mohammad Izham Azmi, 35 dan isteri Noor Hafizatul Akmar hanya sekadar memerhati sambil sesekali tersenyum.

Saya kagumi kecomelan 2 anak mereka, Muhammad Qaddafi, 7 bulan dan Aliah Sufiah, 2 tahun 6 bulan.
Qaddafi bagaikan kain putih, pemikiran tidak tercemar.
Dia tengok apa?
...
...
Ya! Qaddafi, rambut uncle Wan lebih kurang sama dengan rambut kamu! Itu hakikat tidak dapat disangkal. Bekerja di institusi kewangan, mungkin berhadapan banyak cabaran lalu tergambar di kepala.
Aliah pula terpesona tengok siapa? Perhatikan mata anak kecil ini.
Ya, pastinya dia mengkagumi uncle berperanan merakamkan semua gambar dimuatkan di tampalan ini.
Banyak cakap uncle ni! Mungkin itu kenyataan bermain di minda anak kecil petah berkata-kata ini.
Banyak cakap uncle ni! Mungkin itu kenyataan bermain di minda anak kecil petah berkata-kata ini.
Thanks Aliah! Uncle took that as a compliment.
Terima kasih juga kepada Izam dan Fiza sudi membelanja kami, 'orang kampung', makan malam di tempat eksklusif terbabit.
Kepada sahabat saya, Wan, selamat bertugas di lokasi baru dan semoga Allah memurahkan rezeki serta memanjangkan umur.
Thanks bro!
Untuk rekod, sewaktu menuntut di Kolej Pengajian Persediaan, saya tidur di katil atas manakala Wan di bawah (Baca: katil double decker).
"Hoi! Hang jangan bergerak sangat! Seriau aku kat bawah ni!"
Itu komplen lazimnya.
Ops! Selepas makan kami berkunjung ke pusat hiburan di Petaling Jaya, berkaraoke.
Gambar berikut menceritakan segalanya ...

Papa Rock! Mama Rock! Oooooooo Yeah!!!
perh...
BalasPadamberkaraoke smbl baby tido atas kerusi...
betul2 rocklah!
hahaha
TAHNIAH!!! kepada adik yg mendapat 8A.....semoga berterusan pada spm 2012....insyallah.
BalasPadamKetawa pastu sengih....:)
BalasPadamKetawa sebab masuk CM pun security cuak? Takut kena ambik gambar sbb tak buat kerja dgn betul atau memang selama ini depa dok perati BRO MAZIDUL tu berbahaya? pelik aihhh...
Seronok sungguh noo, keluaq berjalan dgn kengkawan mcm tu, lama tak jumpa gebang sakan sampai join karaoke lagi. Pendekata malam yang memuaskan hati walaupun hanya pakai selipar. Ehhh selipar bukan penghalang untuk menyanyi sedap...!
I like tengok mata bening ALIAH..
Comelnya Aliah tu... bulat matanya.. :)
BalasPadamHmmm.... sekolah di JB tu... Sekolah Tengku Fatimah ke Sekolah Tun Fatimah?? (Kakcik pun ingta2 lupa...)
perjalanan yg sgt menarik!!
BalasPadamsuatu perjalanan yang pendek namun pelbagai aktiviti
BalasPadampelik jugakan 'kenapa ada yang takut dengan sdr MAS'
diorang risau saudara buat intipan kot. hehehe bagus jugak biar diorang rasa macam tu. ada ke patut permit lain guna untuk buat kerja lain.
BalasPadamjumpa kawan2 lama best kan.
salam bro Mazidul.
BalasPadamsetiap pergerakan dapat perhatian. lepas ni kena pakai topeng macam Amuk Bandi kot.
apapun tahniah kerana malam minggu ada pengisian yang boleh dijadikan tampalan..
syabas bro..
Bertuahnya...ada kawan yang masih mengingati
BalasPadamwalaupun 20 tahun tak jumpa.
Ada kawan yang rapat masa sekolah bila status dah berbeza mula tak kenal lagi dah.
Pasal pekerja warga asing tu .. memang setuju dengan Mazidul. Penguat kuasa perlu buat pemeriksaan mengejut setiap hari. Kalau tak .. jadi macam nie la. Permit kerja buruh boleh kerja kat kedai. Pelik! pelik!
BalasPadamSalam...seronok mengembara bersama man "behind the lense".. gambar saudara x de ke mendendangkan lagu BARA lagi...:)
BalasPadam