Ahad, Disember 12, 2010

Haiyo! Jerawat Pecah

Pagi tadi saya pergi ke Pasar Tani, anak diupah ice blended, dia membawa barang dibeli, tidak terlalu berat. Kita orang tua sudah lama mengangkat pelbagai barangan termasuk dia sewaktu kecil.


Di lokasi sama, ternampak remaja berusia 12 tahun, Nurul Riduana.

"Nurul akan masuk Sekolah Menengah di Kundang, UPSR dapat 3A 2B," ujar ibunya.


Ramai remaja seusia Nurul mungkin hanya bangun tidur apabila matahari terpacak  di atas kepala, waktu tengahari pada hujung minggu. Namun Nurul dan ibunya, peniaga sayur-sayuran di Pasar Tani sama pastiuya terpaksa bangun awal untuk mula berniaga pada jam 7 pagi.

"Anak saya ada 7 orang, kakak paling tua dah 27 tahun, dia ni anak ke 5," kata ibu Nurul lagi.

Terfikir, berapa ramai kah remaja sanggup berkorban membantu ibu berniaga seperti Nurul? Majoriti mereka berasa malu berhadapan khalayak ramai biarpun mencari rezeki halal.

Tiba-tiba saya terlihat kelibat penipu besar, haram jadah berikut.

 Pantas saya mengekori dan memanggilnya dari belakang.
 

Dia menoleh.


Melihat saya merakamkan gambarnya berulang kali, dia melarikan diri, cuba keluar dari  kawasan Pasar Tani. Namun, malang. Kali ini dia tersilap langkah, saya terus mengekorinya rapat. Berikut aksinya saya rakamkan, merayu agar dibiarkan pergi. Oh tidak! Tidak kali ini.


Saya sudah muak melihat kegiatan ahli sindiket warga China ini menipu masyarakat tempatan. Mengemis dan bergerak bebas di negara kita tanpa sebarang dokumen. Terlalu kurang ajar! Lelaki ini bersama beberapa rakan senegara lain  dilaporkan menetap di hotel bajet untuk menjalankan rutin harian di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Dia tidak perlu bangun pagi, penat menjual sayur-sayuran seperti dilakukan Nurul dan ibunya. Mereka hanya perlu merayau, menampung tangan dengan wajah sayu dan menerima sumbangan tunai daripada warga tempatan menderma tanpa usul periksa.

Beberapa minit dia tidak putus asa merayu menggunakan bahasa Cina tidak saya fahami.

"Chao, chao, chao," ujarnya.

Cuma perkataan itu saya faham maksudnya, dia ingin beredar dari kawasan terbabit tetapi tidak semudah itu. Tangannya saya pegang erat.

Ha! Ha! Ha! Not this time buddy!

Entah mengapa dia memegang pipinya, barangkali ada jerawat pecah.


Saya memerika bekas di pinggangnya dan terjumpa ...


27 ulasan:

  1. hui yoo... hp saya pon tak secanggih hp pengemis tu...goOd jOb en mazidul..syabas bete!

    BalasPadam
  2. dia pegang pipi nya takot en . mazidul lempang dia laju2 kot hahahaahah

    BalasPadam
  3. terok betul...dorang ni la yang mencacatkan pemandangan di pasar2 tani mahupun pasar malam!!

    BalasPadam
  4. Nampak kesian..tapi penipu besar pulak tu..bro lu memng berani he3..

    BalasPadam
  5. hehehehe..bagus betul encik mazidul ni..lain kali kasi gertak sikit itu olang..perangai cam harammm. huhuu

    BalasPadam
  6. dia pernah baca kisah abg mazidul bagi tangan kat driver lori hari tu kot. tu yang awal-awal lagi dah cover pipi.

    bagus nurul tolong mak meniaga. semoga jadi anak yang taat..

    BalasPadam
  7. ah, rimas betul beggar penipu camni
    tapi pandai pula nak pakai hp canggih
    huh

    BalasPadam
  8. memang cukup menyampah bila melihat warga asing mengemis di negara kita sendiri.seolah-olah mencemarkan permandangan.

    BalasPadam
  9. Aduhai,negara tercinta...
    penuh dengan lambakan warga asing.Dimana-mana...
    Segala ceruk desa dan kota.Macam-mana dia
    orang mudah sangat masuk.

    BalasPadam
  10. Ramai anak-anak seusia Nurul bahkan lebih muda dari Nurul menolong ibu bapa berniaga di Perlis. Demi untuk menampung perbelanjaan seharian di zaman sekarag ni yang barang-barang semakin mahal harganya.

    Saya juga tidak bersetuju dengan mencari rezeki dengan mengemis, bahkan banyak lagi cabang-cabang rezeki halal yang boleh dicari.

    Sekadar pendapat saya.

    BalasPadam
  11. bangga dgn anak kecil tuh tp si penipu tu..terang2an nak hidup senang dgn menagih simpati org!

    slalu nasihatkan anak murid..."berdiri atas kaki sendiri & jgn mengharap belas ihsan org utk berjaya dlm hidup"

    ~cikgu su~

    BalasPadam
  12. Terasa sayu bila mendengat cerita adik Nurul..semoga ALLAH SWT melimpahkan rzk berkat kesabaran mereka..amin

    TAPI..teramat GERAM, GERAM, GERAM bila baca cerita berikutnya..

    BalasPadam
  13. Malang sekali bila mereka yang sudah setua ini masih terpaksa merantau ke negara orang buat kerja menyalahi undang-undang pula.

    Memang kelihatan tua dan uzur sesuai utk pekerjaan ini, tapi dari segi kemanusiaan, ianya suatu penghinaan...!

    BalasPadam
  14. adik nurul cantik tapi tak kisah tolong mak dia berniaga di pasar.
    pengemis cina ada hp? saya punya pun dah outdated!

    BalasPadam
  15. Lebih baik mencari rezeki dengan menggunakan kudrat dan tenaga dari menadah tangan meminta belas kasihan tanpa usaha.Memang sekarang ni, di mana-mana shj ada manusia spt ini. Apapun kita pegang pada prinsip ni, Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

    BalasPadam
  16. Jangan beri sedekah kepada peminta2 sedekah yang meragukan, terutamanya warga asing...Itu sajalah formula penyelesaian yang mudah ni.
    Sikap rakyat Malaysia yang pemurah tak tentu pasal menjadi punca kebanjiran peminta2 sedekah warga asing / yang menipu ni.
    Banyak lagi cara2 lain untuk kita dapatkan pahala tanpa merugikan duit kita / tanpa perlu ditipu wang kita.
    Banyak peminta2 sedekah yang lebih kaya dari pemberi sedekah...ada yang dapat RM100 sehari!

    BalasPadam
  17. bila jadi miskin kita akan jadi kuat dan sedar diri...

    BalasPadam
  18. Abg mazidul maybe dia pernah baca entry abang mazidul yang pernah melempang orang aritu tuhh, so dia dah siap-siap pegang pipi dia takut kena lempang! huhuhuh....

    BalasPadam
  19. salam bang. betul ke 12 tahun? macam tak percayalah. Hehe.

    Ha, memang banyak ek pengemis dari cina? macam mana boleh masuk? (cuti-cuti malaysia ke?)

    aduhai...tengok muka kesian tapi ... entah ar.. aku sekarang sedang berada di negara mana entah???

    BalasPadam
  20. ramai sangat warga asing sekarang....yang buat kotor, gaduh semua dorang lah...
    www.sawanila.com

    BalasPadam
  21. aduh bang...saya sentimental sikit :( sedih la tengok muka dia. Kalau dia menagih pada saya, confirm dapat habuan..sebab saya ni belas sangat..( 1 yg saya benci kt saya sendiri). tapi saya akui, tindakan abang memang betul. syabas...

    BalasPadam
  22. Betul tu..Saudara Mazidul, saya rasa awak ni seorang yang agak zalim....Ha ha ha

    BalasPadam
  23. Memang benar ada ketikanya kita teramat bermurah hati; menghulurkan wang yang agak banyak jumlahnya kononnya kita pemurah & tak terfikir pun bersedekah itu sebaiknya kpd kaum kerabat terdekat sendiri.

    Ramai kalangan waris kita masih lagi dalam kesukaran untuk menghabiskan sisa usia; apa salahnya dikumpulkan sahaja rasa pemurah kita dengan sesekali menziarahi serta menghulur simpati terhadap kaum kerabat kita yang susah di kampung jalinkan semula ukhuwah dari memberi sedekah kepada peminta sedekah yang gerladangan begini...

    BalasPadam
  24. selalu nampak orang ni minta sedekah.area2 kota damansara,medan makan sri damansara.kadang2 kat pasar malam sg buloh.memang aktif betul orang tua ni!

    BalasPadam
  25. mak aih..canggihnye hp apek begger nie....

    BalasPadam
  26. secara logik memang geram, tapi dlm msa yg sama.. knp ada rsa belas dlm hati bila melihat wajahnya?? oh tidak !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.