Pernah sebelum ini sebilangan kenalan berkata kepada saya ...
"Apa fasal engkau sibuk sangat attack gay? Biarlah dia orang nak main bontot. Ditegur pun bukan dia orang nak dengar, jauh sekali berusaha nak berubah"
Excuse me!
Saya tidak 'attack' gay. Fizikal sebilangan mereka lebih sasa berbanding tubuh saya, abdomen mereka six-pack! Bukan semua lelaki gay berperawakan lembut.
Kenyataan, sebelum ini, berulang kali melaui blog ini saya berusaha mendesak sebilangan gay Melayu menukar status blog mereka kepada 'private', bertujuan agar tampalan dipenuhi gambar dan video lucah lelaki berbogel dan melakukan hubungan seks sesama jenis tidak diakses remaja dan anak kecil di negara kita atau di dunia. Usaha itu saya anggap separuh berjaya.
Syukur, tindakan itu disokong pembaca setia blog ini.
Syukur, tindakan itu disokong pembaca setia blog ini.
15 Disember lalu, negara digemparkan dengan rakaman video kenyataan terbuka jurutera gay, Azwan Ismail, 32 tahun disiarkan di You Tube.
Berikutan itu phrasa 'saya gay, saya Ok' mula bermain di bibir orang ramai berpeluang menonton video terbabit.
Biar pun kenyataan itu kekadang dijadikan bahan gurauan, hakikatnya majoriti orang Melayu berasa amat marah sekaligus mengecam tindakan Azwan kerana dia berbangsa dan beragama sama seperti mereka.
Di laman web Seksualiti Merdeka, pengakuan 2 individu lain, penyanyi serta pelajar berbangsa Cina dan India berhubung gay turut disiarkan secara terbuka namun tindakan mereka tidak langsung menjadi isu di kalangan masyarakat Melayu.
Mengapa?
Kerana kita menghormati pendirian bangsa lain berhubung isu gay.
Menurut laman web sama, Azwan didakwa menerima ugutan bunuh melalui komen dihantar orang ramai tetapi setakat ini saya tidak mendengar perkhabaran dia membuat laporan polis. Untuk rekod, suspek terbabit membuat ugutan jenayah boleh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Azwan harus faham, masyarakat marah kerana menganggap dia sebahagian daripada mereka. Dia berbangsa Melayu dan menganuti agama sama, Islam.
Kepada kelompok terlupa, Islam, agama rasmi negara ini seperti termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Sebagai individu berpendidikan tinggi dan bekerjaya profesional dia juga semestinya mampu menjangka reaksi masyarakat terhadap pengakuannya.
Justeru mengapa dia membuat keputusa nekad itu?
Kepada kelompok terlupa, Islam, agama rasmi negara ini seperti termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Sebagai individu berpendidikan tinggi dan bekerjaya profesional dia juga semestinya mampu menjangka reaksi masyarakat terhadap pengakuannya.
Justeru mengapa dia membuat keputusa nekad itu?
Terfikir, bagaimanakah perasaan ibu dan ayah serta adik-beradik Azwan berhubung pengakuannya? Adakah mereka meredai keberaniannya tampil menyatakan pendirian 'saya gay, saya ok' itu? Setakat ini barangkali tiada pihak merakamkan kenyataan mereka.
Seksualiti Malaysia di laman web mereka mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak bertanggungjawab.
'We find it irresponsible of the Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom to ask JAKIM to monitor the activities of gay groups, while failing to ask JAKIM to criminalise those who post abusive and vulgar comments which threaten Malaysian citizens with violence and death'
Saya yakin, JAKIM, Jabatan Kebajikan Islam Malaysia hanya diarahkan memantau kegiatan gay beragama Islam sahaja. Apa logiknya JAKIM memantau kegiatan gay bukan Islam? Hak itu bukan milik agensi kerajaan terbabit. Jadi mengapa Seksualiti Merdeka harus berasa gusar?
Seksualiti Mederka turut mengeluarkan kenyataan berikut.
'The honorable minister’s primary concern is the image of Islam being tarnished. However, we feel that Islam’s image can also be tarnished by those who speak with hate and intolerance, completely without a trace of humanity'
Pandangan kelompok bukan Islam berhubung Islam.
Wajarkah?
'We never intended to tarnish the image of Islam. We simply wanted to give hope'
Berikan harapan itu kepada gay bukan bergama Islam, itu pandangan peribadi saya. Saya yakin, agama syumul, Islam mempunyai kaedah tersendiri untuk memulihkan gay berbangsa Melayu. Bukan harapan dan perjuangan memperuntukkan mereka ruang serta peluang untuk mengamalkan seks songsang seperti dipraktikkan kelompok gay di negara barat.
Cuma setakat ini tiada agensi kerajaan berusaha gigih memberikan harapan dan bantuan kepada gay Melayu untuk hidup normal.
Apakah tindakan JAKIM? Jabatan Agama Islam Negeri?
Apakah pula usaha pelbagai pertubuhan Islam di negara ini? Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah, PEKIDA? Angkatan Belia Islam Malaysia?
Pembaca pastinya arif jawaban kepada soalan itu.
Mustahil pihak terbabit tidak mengetahui perkembangan kegiatan gay di negara sendiri? Tidak cukupkah 'isyarat' dipancarkan maklumat hasil serbuan pihak polis di spa dan kelab gay di pelbagai lokasi disiarkan media cetak dan eletronik selama ini?
'... kondom terpakai turut ditemui di premis diserbu', itu antara kenyataan dipaparkan media.
Hemat saya, jika arahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) kepada JAKIM berani dipertikai dan diperkotak katikkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak harus campur tangan menangani isu gay Melayu sebelum menjadi lebih kritikal.
... kerana beliau juga berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Usah suatu hari kelak, melihat pasangan gay Melayu berpelukan dan berciuman di khalayak ramai, sebilangan berkata ...
"Hey! Mereka gay, mereka Ok"
Tanggungjawab sosial... agak subjective bagi saya ayat itu. So, cara tidak terhadp dengan hanya lapur polis kemudian tangkap.
BalasPadamApa pun cara, adalah usaha kerana kita mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, negara dan agama.
Azieazah, di manakah awak sekarang?
BalasPadamGay tidak boleh ditangkap begitu sahaja.
Mengapa?
Pertama, atas kesalahan apa?
Jika ada mangsa mendakwa diliwat, suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan tetapi jika 2 gay melakukan seks dengan kerelaan, siapa akan melaporkan kepada polis?
saya berasakan mungkin sudah tiba masanya kerajaan kita menggunakan undang-undang Islam sepenuhnya..
BalasPadamsaya percaya masalah GAY ini akan selesai jika undang2 Islam dilaksanakan di negara ini..
tidak la isu jika 2 gay melakukan seks dengan kerelaan, siapa akan melaporkan kepada polis?
ini hanya pendapat saya...
tiada kaitan dgn politik,,,
nanti ramai lak yang melenting..
dari segi udang2 manusia memanglah tak boleh ditangkap kalau perlakuan seks gay dilakukan dengan kerelaan hati
BalasPadampersoalannya dimana letaknya undang2 islam dalam hal ini?
mana lebih tinggi? undang2 ciptaan manusia atau udang2 Allah?
Memang golongan gay ni jenis yg agak pelik sikit - Walaupun fizikal mereka seperti lelaki sejati ; ada yang berbadan sasa, berbulu dada dan bermisai ( biasanya menjadi tarikan kepada wanita ), tetapi naluri dan nafsu mereka(gay) adalah seperti wanita yang berminat kepada tubuh lelaki.
BalasPadamYang saya hairan bagaimana ada yang terpikat dengan lelaki gay ini? Sebagai lelaki normal, aku memang tak berselera langsung bila melihat gay...ha ha ha
Mazidul: Fizikal lelaki gay ni sama je dgn lelaki2 yang biasa.; tu yg susah utk dikenalpasti tu....tp mmg apa yg dilakukan tu dh menyalahi hukum agama..na'uzubillah....
BalasPadam