Sabtu, Disember 25, 2010

Boleh Ikut?

Hari ini Sabtu, semua bercuti sempena sambutan Hari Kristmas.

Keluarga saya bercuti di utara so saya duduk di rumah.

Barangkali sebilangan blogger tinggal di Lembah Klang merancang untuk beriadah bersama keluarga tersayang hari ini.

Boleh ikut?

Jemputlah, saya cuba datang ... 

Kita ambil gambar bersama dan later muatkan di sini dan di blog anda. Jika sudi mengundang, nyatakan mengapa saya harus bersama anda dan keluarga hari ini.

Sebab isteri masak nasi lemak sedap? Tengahari nanti ibu mertua masak juadah special? Birthday anak? Meraikan kenaikan pangkat? Kahwin? Berkelah?

Jemputan boleh dibuat melalui ruangan komen di tampalan ini dan kemudian disusuli pesanan ringkas ke 013 6330 360.

Teringat, blogger Azieazah dan Kak Cik Seroja bangun awal, buat apa hari ini ya? Orang kaya Kota Damansara, The Red Rambutan?

Ondscene mesti tengah mengantuk sebab terlalu sibuk membuat liputan kes kemalangan jalanraya membabitkan 6 kematian dalam tempoh 3 jam. Kalau diajak breakfast, penat barangkali.

2 jemputan boleh dihadiri hari ini, InsyaAllah, free sangat.

Kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

8 ulasan:

  1. selamat bercuti..

    kita dah nasib kerja gaji JAM...
    tak kerja tak ada WAP.,

    BalasPadam
  2. Selamat Bercuti kepada Suadara Mazidul dan rakan-rakan Blogger yang turut bercuti..

    Bagi rakan-rakan blogger atau peminat setia blog bersama Mazidul yg beragama Kristian saya ucapkan selamat menyambut hari Krismas....

    Macam kawasan saya di Mukah ni memang ramai yang beragama Kristian..

    Tapi kami anak-beranak biasanya tetap dengan rutin harian kami iaitu pergi ke pasar Mukah dan berjalan-jalan di sekitar Mukah..

    Setakat ini belum ada lagi rakan-rakan yang menyambut Krismas mengajak kami sekeluarga berkunjung ke rumah..

    Tak tahu lah kalau petang atau malam nanti ada jemputan.. ;)

    BalasPadam
  3. wahhh...saudara memang seorg yang friendly. Bagus mempuntai sifat sedemikian.Syabas!!!Semoga berterusan dgn sifat begini

    BalasPadam
  4. La... kalu cepat saya buka blog tadi dah tentu saya ajak Cikgu bersarapan dgn keluarga saya tadi - di Rahmats Bistro, Alam Budiman (blh ajak Pengerusi Alam Budiman, En. Badrul yg berhujah di program Hujah mlm tadi dtg minum sekali!). Terlewat sudah...

    Tak pun sama2 dgn Suami saya hantar kambing ke rmh Pak Mertua abangnya di Tmn Dato Haron utk majlis Akikah esok. Terlewat sudah...

    Msh belum terlewat, esok msh ada... kalau senang & sudi moh ikut saya sekorga ke Majlis Akikah tu & terus ke Kg. Sri Aman, Puchong menghadiri majlis kahwin adik ipar kpd Pak Ustaz, sahabat yg saya kenali di fb (Pak Ustaz dah maklumkan pd saya agar mengajak sahabat2 rasa sup camsonak air tgnnya).

    BalasPadam
  5. cuti pun den kat ofis...haha...siapkan koje...

    BalasPadam
  6. La... terlambat kakcik buka catatan ini. Patutlah masa kakcik kat Pasar Chow Kit tadi asyik teringat kat Sdr. Kalau tidak, boleh kita sama2 berada di Chow Kit (sementara suami kakcik masuk pasar), memerhati dan merakam gelagat 'mat-mat parking' dan pelbagai gelagat manusia di situ. Kemudian, kita balik ke rumah kakcik, hari ini kakcik masak kari kepala ikan, ikan bawal goreng garing dan sambal belacan. :)

    BalasPadam
  7. Thanks atas ingatan.

    Banyak kerja hari ini. Masak sudah tentulah, tetapi tak sempat la nak jemput makan di rumah, sebab tengah bersepah mengemas barang. Anak nak kena daftar diri on Monday 27th.

    BalasPadam
  8. baru on laptop jek. seawal pagi bertolak ke Jelebu tgk kawan baik kawin...

    lepas tu kawan2 ni melepak kat rumah minum2 air..hehe..bestkan dikelilingi kawan2.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.