Rabu, Disember 15, 2010

Usah Menuding Jari Kepada Orang Awam Enggan Menjadi Saksi

Masyarakat sering kali diminta pihak polis menyalurkan maklumat berhubung kegiatan jenayah  di pelbagai lokasi agar kegiatan terbabit mampu dibanteras.

4 Mei 2010, saya, Penerbit 999, Shahnun Hanif Suhaimi dan Penolong Penerbit, Rosli Abdul Rahman terbabit membantu 2 wanita dan kanak-kakak warga Indonesia mendakwa dijadikan mangsa pemerdagangan orang di Tawau, Sabah.

Perincian kisahnya di sini.

Untuk rekod, mereka kini telah selamat kembali ke kampung halaman di Bandung.

17 hari kemudian saya dan Shahnun terbabit pula membantu 8 warga Filipina berusia di antara 14 dan 27 tahun mendakwa mengalami nasib sama di Sandakan, baca tampalannya di sini.

Seperti dijangka, kenyataan kami berhubung 2 kes terbabit dirakamkan wakil Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tawau dari Brickfields, Kuala Lumpur dan Pegawai Penyiasat dari IPD Sandakan sewaktu kami berada di sana.

Sejak Oktober lalu, kami berulang kali dihubungi melalui panggilan telefon, diminta menghadirkan diri di mahkamah untuk memberikan keterangan berhubung pendakwaan terhadap suspek.

"Assalamualaikum! Kami terima semboyan dari IPD Tawau/Sandakan. Encik Mazidul boleh ke hadir ke mahkamah 3 hari lagi dari sekarang?"

Tanya anggota dari balai polis Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Wow! Kalau Tawau dan Sandakan itu jaraknya seperti dari Petaling Jaya ke Kuala Lumpur, InsyaAllah, saya pastinya bersetuju memenuhi permintaan terbabit.

Malangnya, untuk ke 2 lokasi di Negeri Di Bawah Bayu itu, kami  terpaksa menggunakan kapal terbang bukan berjalan kaki,  berbasikal, bermotosikal ataupun berkereta.

Komen awal berhubung hal sama, pernah saya catatkan di tampalan 19 Oktober 2009, di sini.

"Kos tiket kapal terbang dan hotel, encik Mazidul kena pakai duit sendiri dahulu, kemudian baru claim," jelas Pegawai Penyiasat.

"Bagaimana untuk membuat claim kalau tak ada sapina sebagai bukti you dipanggil ke mahkamah?"

Soal kenalan, pegawai berpangkat Superintendan.

Berkebetulan, persoalan sama, telah lama bermain di minda saya.

"How if you really don't have money to bear the cost?"

Tanya kenalan, pegawai berpangkat ACP.

To me, it is agood question and I am going to find out the answer, very soon.

Saya dimaklumkan, jika sapina dikeluarkan mahkamah ditandatangani saksi, andai  dia gagal hadir, saksi terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang, barangkali dipenjara.

Persoalannya, bagaimanakah jika terbukti saksi tidak berupaya membiayai kos tiket kapal terbang dan penginapan, adakah wajar tindakan dilaksanakan?

Perlu diingat, saksi bukan tertuduh, dia dikehendaki hadir di mahkamah bertujuan memberikan keterangan  sekaligus membantu Timbalan Pendakwa Raya, DPP mendakwa suspek dan mencuba mensabitkan kesalahan suspek selepas dia dituduh.

Maksudnya, polis dan  DPP memerlukan bantuan saksi.

Jadi tidak logik sekiranya saksi dibebankan dari aspek kos pengangkutan dan penginapan untuk dia memberikan keterangan di mahkamah.

Seperkara lagi, DPP kenalan saya memaklumkan, saksi awam tidak perlu hadir di mahkamah selagi tidak menerima dan menandatangani sapina.

... dan semua perbelanjaannya harus ditanggung.

Barangkali berikutan masalah sebegitu, ramai enggan menjadi saksi pendakwaan kes jenayah di negara kita.

Ada DPP atau peguam boleh berkongsi penglaman dengan saya dan pembaca berhubung perkara ini?

Please.

13 ulasan:

  1. Wahhh nampaknya ini suatu maklumat penting. Kita tiba-tiba saja boleh menjadi (secara tak sengaja), dan jika sepelaung jarak tentulah tidak besar masalah, itupun jika kita sanggup mengorbankan masa pula.
    Ramai tahu, prosedur mahkamah bukan sejam dua, bukan sehari dua. Letih.

    Dan saya baru tahu, rupanya kos utk saksi adalah ditanggung.

    BalasPadam
  2. kos pergi dan balik patut ditanggungla. banyak tu...saya pun tunggu apa kata pihak yang memanggil saudara sebagai saksi

    BalasPadam
  3. Kena fikir 10kali juga..
    Bila agaknya akan ada perubahan positif buat saksi.

    BalasPadam
  4. betul tu bro.. pernah dengar jugak cerita org kena panggil menjadi saksi dimahkamah.. tapi kos perjalanan dan penginapan semua di tanggung sendiri. dgr cerita, saksi kena tidur di kaki lima sebab tiada wang nak dok kt hotel. hmm~ kita menjadi saksi kerana ingin membantu. tapi jika kita yg sengsara, siapa mahu terus menjadi saksi.. dah sign sapina, kena penjara lg kalu x pergi.. nk tegak keadilan pun susah...

    BalasPadam
  5. Salam saudara Mazidul,
    post yg menarik.
    sy pun pernah jadi saksi dlm satu kes yg dibicarakan di Mahkamah. Sebelum itu, menerima & menandatangani sapina yg dikeluarkan oleh Mahkamah. Jika tidak hadir pada tarikh yg disebutkan boleh dikeluarkan 'waran'.
    payah sebenarnya klu jadi saksi kena tanggung kos sendiri hadir di Court.
    Sekadar Pengalaman yg pernah dialami.

    BalasPadam
  6. mmm... salah satu sebab... tak nak terlibat jadi saksi...

    BalasPadam
  7. mak aih...ja0h 2..kalau sy la, x pegi kowt..
    mase lg terbuang, duit lg, tmpat tinggal lgi, xkn nk pergi sorang2, ..uish..leceh2..

    BalasPadam
  8. Something wrong with blogger sebab i have written so long tetiba refresh sendiri and everything hilang. Ni macam kes saksi hilanglah ni, mungkin sebab tak tau ujung pangkal siapa nak bayar kos. Haha.

    Anyway, kalau di UK, bukan sahaja kos pengangkutan akan dibayar tetapi makan, minum serta kehilangan sumber pendapatan akan turut dikembalikan. Dan Malaysia turut menggunakan british law.

    This is a good question, setakat ini tak pernah pulak dengar mengenai garis panduan khusus mengenai kemudahan khusus untuk saksi. Note that, saksi diperlukan dalam mahkamah bagi memperkukuhkan kes dan adakah dengan kehadiran saksi itu sendiri akan membebankan diri saksi?

    Sememangnya orang boleh cakap, boleh claim. Itu hearsay. Apakah garis panduan yang jelas? Menteri bertanggungjawab Tok Nazri perlu mengkhususkan perkara ini. Siapa nak tanggung? Adakah saksi boleh diberikan waran pengangkutan sebagaimana kakitangan kerajaan memandangkan kadangkala saksi tidak berkemampuan untuk mengeluarkan duit sendiri untuk didahulukan?

    Sepatutnya kerajaan melihat perkara ini, dan tak semua saksi kaya raya dan boleh kayakan Tony Fernandez atau MAS by the click of a mouse. Silap silap, internet pun tak ada kat rumah.

    Contohnya di Tawau nanti, lepas dah sampai kat airport, siapa yang nak ambik? Takkan nak tumpang lori batu? Ni nak tolong kerajaan ni nak menang kes, tapi bila dipikirkan balik nanti last last, kes menang, saksi yang kalah sebab saksi kena bersusah payah lebih susah dari apa yang disangkakan.

    Maka, Tok Nazri kena perjelaskan kemudahan saksi, bukanlah untuk bermewah tetapi memudahkan, kan kita nak menang kes maka peranan saksi perlu diberikan garis panduan yang jelas.

    Harap someone at Justice Dept will read this.

    BalasPadam
  9. beberapa tahun lepas sorang jiran saya yang pernah menjadi saksi kes jenayah, diberi duit saku harian untuk tambang dan makan, tapi tak pasti berapa jumlahnya, kalau tak silap diberi setiap kali hadir ke mahkamah

    memang kena fikir 10kali kalau nak jadi saksi, banyak perkara yang menyusahkan saksi

    BalasPadam
  10. Saya tak pernah mempunyai pengalaman menjadi saksi. So, tidak ada pengalaman yang dapat saya kongsikan.

    Cuma, saya ingin memberi sedikit pandangan.

    Pada pandangan saya, orang awam dipanggil ke mahkamah untuk membantu pihak mahkamah mengadakan perbicaraan, bagi menguatkan hujah-hujah terhadap suatu dakwaan.

    Jadi saksi awam ini, seharusnya dipanggil sebagai "jemputan VIP" untuk menjayakan perbicaraan "majlis" tersebut.

    Sebagai "jemputan VIP", saksi awam sepatutnya mendapat layanan yang baik. Semua perbelanjaan menghadiri perbicaraan seharusnya ditanggung oleh pihak yang bertanggungjawab memanggil saksi.Ini kerana pihak tersebut yang memerlukan penglibatan saksi dalam perbicaraan tersebut. Tanpa kehadiran saksi, kebarangkalain untuk menyelesaikan kes agak sukar.

    Sekiranya perkara ini terlaksana, kemungkinan tidak akan ada sebarang alasan untuk orang awam tidak hadir daripada menjadi saksi dalam perbicaraan kes di mahkamah..

    Ini sahaja sedikit pandangan yang tidak seberapa daripada saya..Sekian, terima kasih

    BalasPadam
  11. Abang saya hilang pekerjaan kerana terpaksa menjadi saksi disepanjang perbicaraan suatu kes pembunuhan anaknya disuatu mahkamah tinggi dengan keputusan dibuang kes oleh hakim atas alasan sebagai suatu kes yang 'paling cuai pernah di bawa kepengadilan' oleh pihak pendakwa!.

    Ketua Polis Negara pernah berjanji (dengan menjadi berita utama didalam semua akhbar terkemuka)untuk menyemak kes ini tetapi sehingga beliau pencen, janji tinggal janji.

    Akibat tekanan perasaan kini beliau mendapat penyakit stroke dan tidak lagi boleh bekerja dan hanya di sara oleh isterinya.

    BalasPadam
  12. nak suruh aku jadi saksi tak der masaalah lah...cakap jer bila..
    cuma mereka kena bayar ganti rugi gaji dan kerja lebih masa atau apa2 saja bayaran yang menyamai pendapatan aku semasa hadzir dimahkamah.
    sediakan pengankutan pergi balik tak kisahlah ke amerika pun.
    penginapan dan segala perbelanjaan untuk beli belah..atau apa2 saja.
    kerana jadi saksi ni bukan mudah..tak pasal2 kita kena tengking dengan pendakwa dan peguam bela...
    latar belakang kita sebagai saksi pun akan diselidik.
    mana tau masa budak2 dulu kita penah curi motor ke.malu bang oiii..tak pasal2 rahsia kita terbuka...
    macam2 lagi ditanya..untuk mencari peluang supaya apa yang kita cakap dimasa perbicaraan bolih di tolak olih mahkamah.
    jadi saksi bicara kes curi telor ayam tu senang lah.

    BalasPadam
  13. Mengapa orang ramai kalau boleh tak mahu jadi saksi.1.Tiba masa bicara,polis akan cari kita untuk hantar sapina.(Jiran atau rakan ingat kita telah melakukan jenayah)2.Guna duit sendiri dulu.
    Kalau govement servant sebulan dua baru dapat.3.Berjam menunggu dibilik saksi tak boleh keluar kecuali nak lepas hajat kecil atau besar.Bosan sangat.4.Salah jawab kena tengking oleh peguam pembela.Jarang sangat polis beri perhargaan atas kerjasama kita jadi saksi.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.