Khamis, Mac 01, 2012

ALONG MEMBUNUH

Kira-kira jam 9.30 pagi semalam, sewaktu memandu di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terserempak 3 kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, sedang bertugas.

Lama saya memerhatikan mereka sambil merakamkan gambar berikut.


Apakah mereka lakukan?

Tercetus persoalan itu di minda.


"Kita bersihkan hari ini, bila along tengok, esok mereka tampal balik," ujar pekerja terbabit.


'Along',  pemberi pinjam wang secara tidak sah.

"Berapa ramai membuat kerja pembersihan papan tanda ini?," soal saya.

"Dua belas orang," balasnya.

Barangkali kerana terlalu banyak papan tanda ditampal iklan along, sebilangan ditinggalkan begitu sahaja.


Ternyata untuk meraih keuntungan berlipat ganda, along menyusahkan pelbagai pihak.

Jika diperhatikan, iklan terbabit disertakan nombor telefon along untuk dihubungi jika peminjam berhasrat untuk berurusan dengan kumpulan lintah darat itu. Mengapa tidak pihak berkuasa memerangkap mereka sekaligus mengarahkan ahli kumpulan sama membersihkan semua papan tanda mereka cemari?

Rasanya ramai pembaca bersetuju jika saya katakan, pihak berkuasa kelihatan bak hilang taring dalam menangani masalah along di negara ini.

Mereka terus bermaharajalela, malah terbukti menjadi semakin ganas.

Terkini, peniaga meminjam wang along, RM4,000, dibelasah sehingga maut di Sabak Bernam, Selangor. 

Baca perincian kes di sini.

Harga nyawa, terlalu murah.


13 ulasan:

  1. smti.. diaorg ni banyak menyusahkan dari menyenangkan orang..nk tolong konon..

    BalasPadam
  2. MANUSIA SEMAKIN GILA DUIT,JD SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA..SIAPA JD MANGSA MMG MALANG..NAUZUBILLAH

    BalasPadam
  3. betul hilang taring, elok Ban nama pemberi nama telefon..rakyat mana yang daftar??

    BalasPadam
  4. MEMANG PELIK EN MAZIDUL..
    kALAU BETUL PIHAK BERKUASA HENDAK BERTINDAK TELEFON ALONG DAN BATALKAN PERNIAGAAN MRK.

    INI MAKIN BERLAMBAK-LAMBAK TERUTAMA DI BANDAR RAWANG NI..

    INI MESTI ADA UDANG SEBALIK MEE TAK BERANI NAK CAKAP ,SAMA JUGA DGN PUSAT HIBURAN DAN PELACURAN.
    HARI NI TANGKAP MASUK TV, ESOK BUKA BALIK..

    SAJA NAK KABURKAN MATA KITA KONON PIHAK BERKUASA BUAT KERJA!!!!!

    BalasPadam
  5. Persoalan yang sangat bagus di utarakan...ya kenapa sukar sangat menangani masalah 'along ' ini?

    Kita tahu bagaimana mahu enghapuskan mereka tetapi pihak yang berwajip seakan 'buta' bagaimana cara harus di lakukan!

    Sukar sangatkah untuk di 'hapuskan' mereka-mereka ini atau mereka-mereka ini sudah mengahpuskan pihak yang bertanggungjawap?

    BalasPadam
  6. perkara ini akan berterusan jika tidak mengambil tindakan...

    harap pihak berkuasa prihatin perkara ini...

    BalasPadam
  7. sama juga seperti kes awang hitam.. mengapa pihak berkuasa terlalu berlembut sangat dengan ah long ni.. sukar di fahami

    BalasPadam
  8. Perlukan pemantauan yang rapi. kadang2 sampai tak nampak papan tanda pun ada.

    Jadual Pawagam Bulan Mac 2012

    BalasPadam
  9. salam. smti.

    sekarang ni,along dah jadi pilihan utama berbanding bank.

    elok diblacklist je IC along ni, sekat no telefon mereka dan biar mereka tak dapat register nombor baru.

    BalasPadam
  10. Betul tu saudara Mazidul...

    Polis kita terkenal dengan kepantasan dalam penyiasatan. Dlm kes along ni, maklumat no telefon along tu dh ada terpampang. Logik mudahnya bagi kita yg xde kepakaran menyiasat ni.... tapi kenapakah susah bagi mereka?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.