Gambar 'lady boy', bapok, di bawah saya rakamkan di Patpong, Bangkok, Thailand. Menariknya, bapok di negara Gajah Putih itu tidak ambil pusing jika gambar mereka direkodkan.
Melihat sekali imbas, majoriti kita tidak berupaya membezakan di antara mereka dan wanita tulen. Saya difahamkan, seperti pelacur, mereka juga menawarkan khidmat seks kepada pelanggan, majoriti pelancong dari luar negara.
Barangkali ramai mengetahui fakta, sebilangan hospital di Bangkok menawarkan servis pembedahan plastik dengan harga berpatutan justeru tidak hairan jika ramai bapok berkeliaran di waktu malam kelihatan hampir sama seperti wanita.
Kehidupan malam di kota metropolis dihuni kira-kira 12 juta penduduk itu ternyata tidak setenang aliran Sungai Chao Phraya.
Wanita pelancong asing berikut, berjalan tenang di pasar malam tanpa menyedari pakaiannya menarik perhatian ramai dan juga lensa kamera digital saya.
Barangkali dia sekadar ingin mempamerkan tatoo di bahagian belakang untuk tontonan umum.
Saya bertugas purata 18 jam sehari namun berpeluang ke Old Siam Plaza dan merekodkan gambar beberapa pengemis menagih simpati orang ramai.
Mengikut statistik dikeluarkan oleh Jabatan Polis Trafik, 7.6 juta pelbagai jenis kenderaan bergerak di sekitar Bangkok setiap hari sekaligus memuntahkan gas karbon monoksida.
Saya berasa hairan, pengemis berikut mampu tidur lena dengan bunyi hiruk-pikuk di sekitar.
Alah bisa, tegal biasa, mungkin.
Dilaporkan, tahun 2010 hampir 400 mangsa maut di jalanraya.
Sewaktu menyertai sukarelawan Poh Teck Tung, saya melihat pelbagai kejadian menarik. Kes mangsa ditikam dalam pergaduhan, kemalangan jalanraya dan kes pembunuhan kejam.
3,454 sukarelawan menawarkan khidmat tanpa mendapat sebarang imbuhan. Antara tugasan mereka, menyelamatkan mangsa kemalangan, lemas, kebakaran dan menghantar mayat ke hospital jika berlaku kematian.
Mereka digelar 'body snatchers' atau 'Pemungut Mayat'.
Saya menyertai sukarelawan terbabit selama 6 hari dan akan berkongsi perincian pengalaman suka duka bersama mereka di Majalah 3, Sabtu, 7 April 2012, jam 9 malam.
Pelbagai warna kehidupan.
BalasPadampehh dasat ar kehidupan thailand ni.
BalasPadamhati mesti mau kering...
tak sabar nak lihat update seterusnya. good job bro
BalasPadamalahai tuan Mazidul, comelnya bapok dalam gambar diatas, kalah saya hehe
BalasPadamNegara kita alhamdulillah, walaupun ada cacat celanya.
BalasPadamwah, x sabar tunggu siaran tayangannya. pasti ceritanya menarik (dulu masa saya ke Bangkok, xde pulak saya jumpa kisah body snatcher ni).
BalasPadamtidak sabar dengan tayangan about body snatchers..
BalasPadamAs salam Bang Mazidul..
BalasPadamBetul ke, klu pengemis di sana, mereka tak menadah tangan meminta sedekah, dn tak hirau org lalu lang didepan mereka, mereka menunggu kita yg memberi...?
Tapi klu di Indonesia ke, Masya'allah, mmg tak boleh hulur tangan yg memberi, habis kena serbu...tapi kawan saya yg kata, di Bangkok tidak begitu..tak tau la betul ke tidak..
Dr pandangan Bang Mazidul bagaiman? Yg dh lihat sendiri..
menakutkan kehidupan disana
BalasPadam