Sejak 13 Mac lalu sehingga semalam, saya berada di kota Bangkok melaksanakan tugasan Majalah 3, 'pemungut mayat', InsyaAllah akan disiarkan kelak.
Sebelum bergerak ke lapangan terbang, saya berpeluang makan tengahari bersama Duta Besar Malaysia di Bangkok, Datuk Nazirah Hussain di Restoran Cili Padi.
"Lain kali kalau hendak membuat cerita di sini (Thailand), beri tahu. Kita akan bantu," ujar beliau.
Sekalung penghargaan kepada Datuk dan kakitangan beliau, sudi membantu proses penerbitan Majalah 3 di ibu negara Thailand itu.
"Tolong beri tahu kepada tukang masak, semua lauk sedap," ujar saya.
Saya difahamkan restoran terbabit beroperasi di lokasi baru, 107/3, Thannon Pan, Silom Road, Bangkok sejak 13 Mac lalu.
"Saya berasal dari Alor Setar, Kedah. Isteri, Noriza Mhd Tahir orang Butterworth, Pulau Pinang, dia masak," kata pemilik restoran, Azizan, 53 tahun.
Turut menyambut kedatangan saya dan kru, anak beliau, Amira.
"Amira pun ada membuka syarikat pelancongan. Jadi kepada sesiapa hendak datang ke Bangkok boleh menghubungi dia," ujar ayah kepada dua anak itu.
Untuk rekod, Amira berbaju hitam berjalur putih. Di sebelah kiri, Counsellor Pertanian, Idi Fazlul Zainuddin, manakala di kanan, Datuk Nazirah dan Noriza.
Sewaktu menjamu selera, ramai pelanggan, majoriti rakyat Malaysia datang makan tengahari bersama rakan dan ahli keluarga.
"InsyaAllah, kita akan membuka ruang di bahagian atas restoran ini untuk menyediakan lebih banyak tempat duduk untuk pelanggan dari Malaysia sekiranya mereka datang menaiki bas," tambah Azizan.
Restoran Cili Padi dilengkapi kemudahan wifi untuk memudahkan pelanggan berhubung sewaktu bercuti di negara gajah putih itu.
"Restoran ini dibuka di antara jam 11 pagi dan 10 malam," jelas Pengarah Restoran Cili Padi, Fahmi Sabri.
Fahmi boleh dihubungi di talian +66087 8641234.
Berikut antara menu istimewa disediakan oleh restoran terbabit. Sila klik imej untuk memperjelaskan jenis juadah dihidangkan.
Terima kasih kepada semua sudi mengabadikan gambar bersama saya semalam.
SILA HEBAHKAN
tentu seronok bile ke negara org n berjumpa dgn org malaysia
BalasPadamAs salam Bang Mazidul..
BalasPadamMesti makanannya semua pedas2 ye? namanya pun cili padi tp tak sangka ye kat Thailand sana ada restoran yg menyajikan makanan ala2 kat Malaysia cmni...
Thankx 4 the info Bang.. :)
*tak sabar menunggu Majalah 3 akan dtg 'pemungut mayat'..
mudahnya bila dah tahu arah nak dituju masa di Thailand nanti. terima kaseh berkongsi ilmu.. =D
BalasPadamTerima kasih en.mazidul sudi buat review pasal restaurant cili padi, yer,,lain kali datanglah lagi,pepe boleh email myra yer,,
BalasPadamhttp://authenticcilipadi.blogspot.com/
Terima kasih en.mazidul sudi buat review pasal restaurant cili padi, yer,,lain kali datanglah lagi,pepe boleh email myra yer,,
BalasPadamhttp://authenticcilipadi.blogspot.com/
SMTI
BalasPadamkalau kat Silom Road untuk makanan halal authentic thai boleh juga pergi ke Deen Restoran kat simpang Silom Soi 13..sedap tom yam dia :)..masa Mazidul ada sana kita pon tengah merayau di Bangkok
BalasPadamnext time gi Bangkok nak ajak kawan Siam makan kat Cili Padi plak....ada buat delivery order tak ke hotel2 sekitar Silom?
BalasPadamsalam: exoticmatahari,,
BalasPadamCili padi restaurant ada menyediakan delivery ke hotel,,tapi untuk selected area jer,takpe kalau nk tau lebih lanjut pasal cili padi restaurant & pakej jalan2 ke bangkok contact myra @ myrazarn@gmail.com,,
terima kasih yer,,,