Selasa, Disember 01, 2009

Berita Dari Hospital

Jam 6 petang semalam saya dan keluarga membawa abah ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Unit saringan atau ‘triage’ membuat pemeriksaan tekanan darah sebelum mengarahkannya bertemu doktor.

“Selalunya masa menunggu untuk jumpa doktor, tiga atau empat jam,” terdengar kenyataan lelaki berdiri di luar pintu kecemasan.

Bagaimanapun, telahan itu ternyata tersasar. Jam 7.30 malam, abah dibawa masuk ke satu daripada 4 bilik doktor untuk menjalani pemeriksaaan. Pemeriksaan ECG, normal, keputusan x-ray belum diterima. 30 minit kemudian, ubat penahan sakit dan gastrik diambil di farmasi sebelum kami beredar.

“Esok, kena pergi jumpa doktor pakar,” bisik adik perempuan saya.

Jam 10.30 tadi, kami ke klinik menempatkan doktor pakar di hospital sama.

“Nurse kata doktor tak ada. Once ada, doktor pakar akan tengok medical report then fix an appointment for further check up. Masa tak tentu, mungkin seminggu, mungkin sebulan. I tanya, kalau conditon pesakit tidak begitu baik, bagaimana? Nurse kata, kalau sakit sangat pergi balik ke emergency untuk pemeriksaan semula,” kata isteri.

Pantas kami kembali ke Bahagian Kecemasan untuk bertemu doktor kali kedua. Jam 11.30 pagi, abah bersama adik perempuan saya bertemu doktor. Saya kemudian mengikut mereka dari belakang.

“Doktor, ini ayah saya. Dua minggu lepas, dia komplen sakit perut. Sejak itu 3 kali sehari dia menggeletar, muntah dan kemudian pulih, keadaaan itu berulang. Sebelum ini 2 kali doktor klinik di Tanjung Malim (Perak) bagi ubat penahan sakit dan gastrik. Semalam dapat ubat sama selepas doktor checked di sini. Makan ubat pukul 9 malam, pukul 12.30 malam tadi jadi balik,” kata saya kepada doktor perempuan muda bertugas.

Doktor sama mendengar kenyataan saya seterusnya.

“Maaf saya tak pandai tetapi kawan saya, doktor pakar di Hospital Kubang Krian, Kelantan (Dr. Ramiza Ramza Ramli) kata ada baiknya kalau dibuat pemeriksaan air kencing sebab ayah ada sejarah batu karang, mungkin juga ulcer atau luka di dalam perut. Apabila dia berulangkali mengadu sakit perut, menggeletar dan muntah mesti ada sebab, kan? Kalau saya bawa dia balik ke kampung, masalah tak selesai,” ujar saya sebelum melangkah keluar.

Jam 1 tengahari tadi saya dimaklumkan, selepas perut diimbas, doktor mengesan keganjilan, ‘abnormality’ tetapi penemuan itu perlu disahkan doktor pakar. Dijangka abah akan berjumpa dengan doktor pakar pada jam 2.30 petang ini. Ketika ini, abah masih di bilik rawatan. Perkembangannya akan saya catatkan di tempelan ini kemudian.

Laporan dari Hospital Sungai Buloh.

29 ulasan:

  1. Gua doakan agar Abah Bro kembali sihat seperti sediakala,
    Take Care Bro

    BalasPadam
  2. Kata mazidul:
    “Selalunya masa menunggu untuk jumpa doktor, tiga atau empat jam,” terdengar kenyataan lelaki berdiri di luar pintu kecemasan.

    Bagaimanapun, telahan itu ternyata tersasar. Jam 7.30 malam, abah dibawa masuk ke satu daripada 4 bilik doktor untuk menjalani pemeriksaaan.

    Kata saya:
    hmmm... patutlah tersasar.. brader mazidul yg hantar... memanglah! kalau saya doktor pun saya cepatkan... (Read: Ko nak mampus, buat lewat lewat. Masuk TV kita nanti!)

    BalasPadam
  3. Bukan nak kata lah saudara Mazidul, tapi itulah hakikatnya.. kalau pegi hospital awam, macam tu la prosedur dan prosesnya.. berulang kali jumpa, baru la dapat rawatan yang sebetulnya. Berbeza kalau pergi ke hospital swasta, sekali jumpa, dah tau sebabnya.

    Tolak ketepi soal bayaran mahal atau tidak, kenapa ada "jurang" dari segi proses dan prosedur rawatan?

    Apa-apa pun, saya berharap dan berdoa abah saudara Mazidul cepat sembuh..

    BalasPadam
  4. doktor perubatan pun tahu main politik kat hospital dengan memperbodohkan pesakit...


    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Mazidul, maafkan saja doktor tu kalau memang doktor tak cukup di hospital tu. Maklumlah, jumlah hospital makin meningkat, doktor tak ramai. Pesakit pun makin ramai sampai tak terlayan.

    Tapi kalau doktor sepatutnya ada tapi celok ke lain, maka kalau saya pun berasap juga.

    BalasPadam
  6. SALAM simpati ai ucapkan, semoga abah bro cepat semboh dan kembali normal paras kesihatan nya...HUSM kubang kerian tu dekat ngan kampum ai ('',) 8 tahun lalu ai jaga abah ai kat wat neurologi sana...

    BalasPadam
  7. semoga 'abah' cepat sembuh dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa

    BalasPadam
  8. Pengalaman saya dalam kes yr father, batu karang tak habis dikeluarkan tu. Masa mak saya masuk hospital dulu, muntah2 tu petanda batu atau serpihan batu masih ada. Memandangkan usia ayah sudah lanjut, kadang2 usus nipis. Bila tersentuh je dengan batu karang yang kecil2, akan beri kesan seperti muntah dan loya. Mohon usahakan secara kampung juga sebab orang tua selalunya tak tahan kalau buat operation berkali-kali. Didoakan semoga cepat sembuh dan bersabarlah dengan kesakitan dunia. Sesungguhnya ianya membasuh dosa2 kecil kita. Amin...

    BalasPadam
  9. ....diantara cabaran2 yg kita kena tempuhi bila kita berurusan dgn hospital kerajaan. Maaf bukan niat nak mengondem ye...kesabaran itu perlu.

    ....Pernah juga berurusan selepas waktu pejabat selalu jarang dpt berjumpa pakar atau doktor yg ada hanya senior nurse atau pembantu doktor sahaja..sekali lagi bukan niat mengondem ye...

    ...sama2lah kita berdoa agar ayahanda cik mazidul tidak mengalami masalah kesihatan yg serius dan semoga semboh dgn segera..hendaknya...

    BalasPadam
  10. Salam BRO MAZ..

    moga Abah Bro Mazidul segera sembuh, dan diberi kesejahteraan.. aminnnnn...

    BalasPadam
  11. Bro Mazidul,

    Agaknya disebabkan bro seorang personaliti tv, maka kata-kata begitu laku pada doktor tersebut. Lagipun, takut juga bro buat liputan ttg pengabaian doktor kerajaan terhadap pesakit. Saya kira orang2 seperti Bro Mazidul, Karam Singh Wallia dan yang sebaris dengannya adalah orang-orang yang digeruni.

    Macam saya hari tu berhujah panjang dengan Doktor di hospital Slim gara-gara hilang penglihatan lebih 1/2 jam, diberinya sy ubat migrain dan tahan sakit je. Saya cakap... "kepala saya langsung tak sakit sekarang ni doktor, saya tak boleh nampak. Mata saya yang tiba2 kabur. Kenapa bagi ubat migrain?" Dia buat bodoh je. geram betul. Siap suh datang esok pagi untuk ambik ubat migrain lagi sebab ubat migrain dia tinggal sikit - dah habis stok!!!..... Geramnya!!!!!!

    BalasPadam
  12. semoga abah en. Mazidul cepat sembuh.. amin :)

    BalasPadam
  13. smoga ayah bro mazidul cpt sembuh..smoga xde ape yg serius...

    BalasPadam
  14. Moga abah abang mazidul cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian dari yang Maha Esa.

    BalasPadam
  15. bro ...nice meeting u again kat spital....u mmg brani dari dulu...it take sum1 like u to get things right...n people right....aku teringat drpd 7 juta kematian kat spital...1 juta due to negligence...x ingat source dr mana statement tu...but i wud imagine it would be a chaos to the patient...kuarga..sahabat...n maybe malaikat(kena amik nyawa lebih awal)....so i wish d best untuk ayah u...n i wish d best for my mother too....we r in d same boat...mine is at d part where it is sinking fast...ok bro take care...salam

    BalasPadam
  16. harap2 jgn lah ketumbuhan, ayah sy meninggal setahun lalu akibat ketumbuhan dlm perut, dh trlmbt baru sedar,nk buat camner dh ajal katanya :(

    sy doakan abah saudara mazidul cepat sembuh

    BalasPadam
  17. moga cepat sembuh,

    di sini antara ayah dan anak? mana yang paling berdebar??

    BalasPadam
  18. Terima kasih semua. Finally, abah saya dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh. Jumaat ini doktor pakar, head of surgeon, Dr. Mohamad Shukri akan memberikan rawatan diperlukan untuk kes batu karang dihidapnya.

    Saya tahu dia insan kuat dan teguh keimanan.

    BalasPadam
  19. Semoga ayah Bro akan sihat. Bertuah ayah Bro mempunyai anak yang sangat mengambil berat dan sayang kepada ayahnya. Sesungguhnya inilah saat kita membalas budi ayah kita. Semasa kecil dia menjaga kita, sekarang tibalah giliran kita pula yang menjaga dia.

    BalasPadam
  20. Berdasarkan jalan penceritaan yang bro catatkan, jelas menunjukkan yang Bro ini anak yang baik. Saya tabik dengan orang yang menyayangi kedua ayah dan ibunya..

    BalasPadam
  21. sebenarnya hospital kerajaan ka, klinik swasta ka sama saja bagi saya. yang ok cuma kalau pergi klinik swasta pakar (mahal lah kan)....bukan apa xperience sendiri bawa anak2 demam ka batuk ka kalu x kena 2 3 kali follow up memang xkan baik. kali pertama pergi Dr tanya kenapa? bila kita kata batuk terus bagi ubat batuk. x de nak check2 dah... entahhhlahhh

    BalasPadam
  22. Semalam saya ke Ujian Stres sebab masalah jantung saya di Klinik Kardio Hospital Serdang; pertemuaan dengan doktor pakar semuanya kena ada temujanji; tak kronik sangat biasanya tiga bulan, jika kronik sekitar dua bulan. Itu memang fakta.

    Saya sampai sekitar 9:45 pagi menunggu hingga 2:00 petang. Congaklah berapa lama. Itu pun biasanya Klinik Kardio ini hanya dibuka separuh hari. Amat kasihan lantaran mereka yang benar-benar uzur & datang dari jauh.

    Jika ke Wad Kecemasaan tanpa temujanji minta ampunlah. Kecuali memang ada kategori sakitnya yang akan dilayan cepat; ada terlekat di dinding Wad Kecemasan sana apa itu kategori sakit kecemasan. Yang kelakarnya saya dihantar dengan Ambulan doktor di UPM mengesahkan saya kena tahan di wad; sampai di Wad Kecemasan Hospital Serdang; mereka tak kesah pun...

    Setakat Tekanan Darah Tinggi melonjak naik..tunggulah.. dari pagi sampai maghrib baru dapat jumpa doktor. Pengalaman itu ada saya tulis di catatan MMms. Carilah di blog saya sana.

    Jika telah sampai strok lain layanannya!

    Saya mendoakan agar Abah Sdr Mazidul akan kebah segera. Sakit dalam badan memang sukar diramal. Jika mahu pihak hospital kerajaan mengesannya memang mengambil masa yang lama. Kira nasib-nasiblah!.

    Sakit jantung saya ini pun telah masuk tahun kedua masih tak tahu apa masalahnya. Hari-hari terpaksa telan ubat untuk cairkan darah!.

    Ubat pun satu hal, saya beruntung dapat ubat di PKupm, boleh makan sekali sahaja sehari; jika ambil ubat di Hospital Kerajaan terpaksa sehari tiga kali. Itulah nasib rakyat marhaen; kes rawatan pun ada kelas-kelasnya. Golongan macam kami staf sokongan hanya layak layanan kelas dua, faham-faham sahajalah!.

    Ayat orang besar-besar beri jika pertikai ini...

    "Kenapa dulu tak belajar pandai-pandai!" Ambik engkau!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.