Khamis, Disember 10, 2009

Sialan Biawak Hidup

Mesti ramai akan berasa marah membaca tempelan berikut.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, kerajaan membelanjakan RM30.2 juta, kos penghantaran pulang 154,729 pendatang tanpa izin, PATI di antara tahun 2007 dan 2009.

Selain itu kerajaan dilapor membelanjakan RM30 sehari membiayai kos kehidupan harian dan rawatan (tidak termasuk kos perubatan) PATI di Depot (tahanan) Imigresen.

RM30.2 juta itu wang cukai dikutip daripada kita semua.

154,729 PATI bukan satu bilangan kecil. Mereka semua menjadi ‘biawak hidup’, beban kerajaan sekaligus beban rakyat negara ini. Apabila PATI diberkas pihak berkuasa, mereka akan dihantar ke depo tahanan sementara. Pegawai Jabatan Imigresen akan melakukan identifikasi, siasatan dan pendakwaan. Jika sabit kesalahan, PATI akan dikompaun atau dipenjara (di bawah Jabatan Imigeresn) atau keduanya. Selepas itu baharulah mereka diusir keluar dari negara ini.

Manakala PATI melakukan kesalahan berulang, memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah akan dimasukkan ke penjara di bawah kendalian Jabatan Penjara Malaysia. Mereka diberikan makanan dan minuman 5 kali sehari. Jika tidak, pasti banyak pertubuhan bukan kerajaan akan menyalak memperjuangkan hak mereka. Kos menampung makanan dan minuman mereka bukan percuma, RM17 sehari, dibayar menggunakan wang rakyat sekali lagi.

“Arahan Kementerian Dalam Negeri, menu 6 hari seminggu, sayur, ayam dan daging sahaja. Hanya sehari mereka makan ikan basah. Kita rakyat biasa pun tidak makan semewah itu,” komen kenalan berkhidmat dengan Jabatan Penjara.

"Memang kita kerja dan bayar cukai sebab hendak bagi makan PATI, sial sungguhlah," usik saya.

24 ulasan:

  1. RM30.2 juta, perhh satu amaun yang agak besar, membazirkan duit rakyat je.

    PATI ni banyak mengundang masalah kepada negara,

    Terfikir, macam manalah kita nak kurangkan PATI ni? Apa lagi tindakan yang boleh kita buat untuk mengurangkan kemasukan PATI ini?

    BalasPadam
  2. huh..banyaknya..
    tak boleh ker kerajaan claim balik duit tu pada negara diorang?..

    BalasPadam
  3. patut PATI sronok masuk negara ni. kebajikan sungguh trjaga.

    BalasPadam
  4. Bro

    Betul tu bro

    Melampau betul dia orang ni...

    Segala masalah dalam negara masih belum selesai lagi, mereka pula kita nak kena tanggung..

    Memang Melampau

    BalasPadam
  5. Kalu dah brengsek tu brengsek ler jugak...!

    Korang ingat sedap sangat Bakso yang korang jual kat pasar malam tuh? pegi balik...

    Saya pun pandai la buat bakso sendirikk..
    (ada kene mengena tak?)

    Huhhh yang pasti, hantor jer semua tu balik. Kena ubah apa2 jer undang-undang berkaitan.

    BalasPadam
  6. Betapa bertuahnye mereka bila berada di negara bernama Malaysia... tapi kenapa hanya rakyat jelata yang bersuara... kenapa bukan pemerintah negara...? aduiiyaaiii... kasar sangatkah bahasaku ini...

    memang diriku ini anti dengan orang macam tu tapi bukan bermakna diamku ini tak ambil tahu tapi apakan daya diriku ini hanya bernama rakyat jelata...

    geram... geram... marah... marah... sakitnya hati tapi siapalah yang nak dengar luahan hati... rugi oooo... duit tu kalau simpan boleh guna untuk beli susu anak pe...?

    Ibarat kera di hutan disusukan... anak dirumah kelaparan...

    BalasPadam
  7. Terbakar pulak saya baca entri...memang dukung biawak betul tu....huh...

    Kerajaan kita terlalu berlembut...itu lah masalahnya....

    BalasPadam
  8. ....apa lagilah kerajaan ini jangan bagi peluang..ini negara kita....kita berhak menentukan apa juga bentuk tindakan dan hukuman..

    ....Ni cuba tengok dahlah memenuhkan pusat2 tahanan dan juga penjara2 yg ada...makan minum berak ditanggung...berabis duit rakyat aje...pas tu dgn bangga bentang laporan yg mengatakan kita berbelanja berjuta2 ringgit...duit siapa kalau tak duit rakyat...macam mana orang tak sakit hati,menyampah,menyumpah atau memaki hamun...apa action atau tindakan seterusnya...mana...mana..mana

    ...aduh sedih betul cubalah kenangkan kat sini masih ada lagi orang yg duduk di dlm pondok atau khemah buruk..dan makan nasi dgn air atau kicap dan juga kais pagi makan pagi...kais petang makan petang..kadang2 kais hanya anak aje yg dapat makan ..mak bapak terpaksa ikat perut ...kesihan....

    ....memang s##l kerja teruk2 kadang2 tak tidur nak bayar cukai itu cukai ini...yg untung biawak hidup ini duduk mengangkang aje cukup time.. makan..pas berak pastu tidur....s##l sungguh....

    BalasPadam
  9. Sepatutnya makan 6 kali sehari tu dikurangkan kepada 3 kali sehari.

    Sarapan, makan tengah hari, makan malam.


    Biarlah diorang berlapar, siapa suruh datang secara haram.

    BalasPadam
  10. suruh je kerajaan diorang bayar balik kos bawak balik PATI nie.. menyusahkan~

    BalasPadam
  11. Abang mazidul
    andai katai tergerak hati nak ke jb lagi sekali
    apa kata kita minum kopi di Old Malaya Kopitiam di JB Central.memacam kopi ade.teh pon ada juga.roti bakar dia bleh tahan power!

    BalasPadam
  12. Orang yang tinggal di tempat air yang melimpah ruah tidak mengetahui harganya setitik air.Seorang musafir dalam kehausan kerana telah dua hari tidak minum di padang pasir ketika panas yang terik lebih berharga baginya segelas air dari segelas emas.

    BalasPadam
  13. Hampas!

    Pak Menteri sila perah otak-capai satu keputusan ke atas PATI yg tidak babitkan duit rakyat-duit kami-duit saya!

    Kalau x mampu berfikir dgn waras-serah pada rakyat - ramai yg genius di Malaysia ni - malangnya suara & pendapat kami tak laku.

    HAMPAS!

    BalasPadam
  14. memang membazir sangat. banyak lagi bende untuk duit tu digunakan. cukai dari rakyat Malaysia, tapi biawak hidup lak yang merasa nikmatnya..hampagas

    BalasPadam
  15. RM30.2 juta emmm! kalau kasi sayalah Mak Datok!, tak tahu macam mana habiskan!.

    Maka itu saya pernah kata kita sebut PATI pun bunyi macam mengagungkan mereka, Sebagai contoh pati kelapa lebih nikmat dari HAMPAS kelapa!.

    Nak buat macam mana sudah itu singkatannya. Hakikatnya PATI itu HAMPAS. Kita tak dapat apa pun, cemuhan Indon adalah!.

    BalasPadam
  16. Membangun bersama PATI.bolehka?
    Kalau tiada PATI bangunan tak naik?

    BalasPadam
  17. Duit tu baik bagi bonus kat kitaorg ni haaaa..

    BalasPadam
  18. Fuhhhhhhhhhhhhhhh.... yang ini tak pulak termasuk dalam agenda "bertekak" ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat. Serious ni. RM30 juta tu boleh buat macam-macam.. boleh bagi macam-macam pada rakyat.

    Yang saya tak paham, namapun PATI. Kalau dah PATI, apsal tak depot terus dan disenaraihitamkan (gambar diambil untuk pengecaman sebab dorang ni boleh masuk balik dengan pakai nama lain)? Apsal nak simpan, nak dakwa bagai? Kalau hantar balik, mesti kos yang ditanggung tak setinggi ini.

    Memang saya marah. Sebab sumbangan saya, sebahagiannya dibelanjakan pada orang yang macam ni - yang banyak menyusahkan kita.. yang menyebabkan kita boleh berasa paranoid.

    Boleh claim RM30 juta tu dari kerajaan negara asal PATI ni?

    BalasPadam
  19. Saya tengok bapak menteri jawab kat parlimen macam melepas batuk di tangga saja.
    Tidak ada plan tindakan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah ni. Kite orng rakyat biasa menyalak kat bawah dorang buat pekak telinga.
    Isu di besarkan oleh media baru ramai yang nak buat statement baru nak bertindak skit. Media kena main peranan besarkan skit isu ni. Baru ada orang buka mata.

    BalasPadam
  20. ...dah ler menompang tempat kita. makan minum kita tanggung. tak cukup, jadi perompak plak, tambah lagi ngan jenayah2 lain - bunuh, ragut, culik, rogol dsb.
    ...aleh2 nak ganyang kita dgn buluh runcing lar, ikrar perang lar,gendang perang lar ...melampau betol.
    ...mesti ada 'invincible hands' yg kaut untung dalam bab ni... kalu tak masakan mereka makin ramai, makin berani sekarang!!! :(

    BalasPadam
  21. he..23x dah lama tahu he...23x

    rasa mereka pun tahu... dtg sinie bersusah payah... asalkan nk balik nnt sonang he..23x

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  22. salam...

    dah hampir 4 tahun bertugas sebagai IO di kl ni... ni sedikit pengalaman mengenai PATI...

    persoalan blacklist...
    sekiranya di senarai hitamkan melalui nama dan no passpot.. makanya bila kali kedua dia datang nama baru, umur baru, no pp baru...
    ni pengalaman sy berjumpa dengan dah beratus ratus pati... cuba kita tanya soalan simple bila buat pemeriksaan "umur aslinya apa???" nescaya kita akan dapat tau umur asal berbeza dengan passpot.. kenapa jadi begini ?? tanya imigresen Indonesia...
    kalau di senarai hitam cap jari...
    apabila masuk secara sah menggunakan passpot sah.. berapa kerap imigresen atau pintu pintu masuk sempadan check cap jari???

    penguatkuasaan... sy selalu buat ops bersama rela dan sebagainya...
    dalam nisbah 10... 5 polis 4 rela dan 1 pegawai imigresen...
    ingat time pengarah imigresen ditahan?? lepas tu brapa kerap serbuan di buat oleh imigresen dan rela??? dan selepas 6 bulan apa jadi??? tido......

    masalah kebanjiran pendatang... siapa yang sign kebenaran??????

    sekadar sedikit pengalaman dan pandangan peribadi untuk di kongsi...

    BalasPadam
  23. Abg mazidul,

    duit sebanyak itu boleh disalurkan kepada para pelajar universiti yang menjalani latihan industri (practical training) kan?

    kami ini tidak dibekalkan dengan wang saku.

    BalasPadam
  24. mcm mane nak kurangkan kos tu... tembak je diorang ni kalo jumpe kat laut... hantar surat kat kerajaaan diorang, kalo diorang x nak tanggung sebahagian kos pati di sini potong je peruntukan makanan kat tahanan pati ni....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.