Malam tadi saya bertemu bloggers, Azrul, Ayu dan Alidyangon (3A's) di restoran mamak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kenapa berjumpa mereka?
Jawabannya, kami semua tinggal berdekatan. Azrul di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Ayu di Bangsar manakala banglo Alid hanya sepelaung dari rumah kecil saya. Lagipun, Ayu dari awal berhasrat benar ingin membelanja kami semua.
Namun saya mengambil kesempatan menjelaskan bil tidak seberapa jumlahnya itu. Bukan apa, kasihan melihat Ayu.
"Bungkus tose ini," katanya lembut kepada pekerja restoran.
"Sebab apa bungkus?," soal saya.
"Tose ini masam sangat," balasnya tersenyum.
Jadi, masakan tergamak saya membiarkan dia membayar makanan hanya dijamah sedikit itu. Lagipun 'hero' Ayu, Azrul duduk di sebelah saya (tose dibungkus kemudian diganti baharu, diharapkan rasanya lebih enak).
"Ada blogger, dia ini perangai pelik. Hanya jumpa perempuan sahaja, lelaki dia tidak layan," tiba-tiba Alid mencelah.
Ha! Ha! Ha! Saya dapat menjangka siapa blogger terbabit tetapi izinkan saya menyimpan maklumat itu untuk diri sendiri. Bagi saya, itu hak dia, biar dia tentukan, anda tidak perlu meneka. Namun, saya akan lihat samada dia akan menyertai Perhimpunan Bloggers pada 26 Disember kelak.
Apapun, sebelum bertemu 3A's, saya duduk berseorangan di luar restoran menunggu mereka. Duduk di meja sebelah, beberapa lelaki tidak saya kenali namun perbualan mereka amat menarik perhatian saya.
“PDRM (Pasukan Polis Diraja Malaysia) sebelum ini menghantar ramai pegawai CID (Crime Investigation Department) berkursus ke luar negara. Dia orang belajar berhubung bidang Forensik dan kaedah mencegah jenayah tetapi malangnya aku tengok sekarang ini ramai pegawai itu ditempatkan di KDNKA (Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam), PGA (Pasukan Gerakan Am) dan FRU (Unit Simpanan Persekutuan). Pelik sungguh dan membazirkan duit kerajaan sebab kemahiran mereka tidak digunakan, it's a waste”
“Betul. Mereka ini, kira kelompok experts to combat crimes tetapi tidak dapat menyumbang mengurangkan kadar jenayah kerana diletakkan di tempat kurang sesuai. Tengok, sekarang ini berapa ramai OCCI (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah) betul-betul memang ada background dalam bidang jenayah? Boleh dikira dengan jari. Ada KBSJD (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah) baharu bertugas, orang pun tidak kenal. Bila tidak kenal, how would it be possible for the the society to pass information regarding crimes to him? Itu aku hairan. Jadi, macam manalah agaknya PDRM hendak mengurangkan 20 peratus kadar jenayah jalanan?," soal rakan lelaki pertama.
“They can dream on, aku rasa it will never materialise. Tengok semalam (7 Disember), kejadian ragut di Taman Maluri, Cheras, suami mati, isteri cedera parah, peragut bebas,” balas rakannya.
“God bless PDRM!,” sampuk rakan mereka seorang lagi sebelum kesemuanya beredar.
Gambar Ada 3A's (Azrul, Ayu dan Alid), why la seorang itu pemalu sangat?

http://www.theync.com/media.php?name=9904-barbaric-and-ruthless-beating . Minta abg mazidul siasat sikit kesahihan klip ni
BalasPadamTose telur boleh kurangkan masam,
BalasPadampersepsi kakitangan kerajaan. Kursus dalam kerja,.masuk untuk berkursus serta cuti bergaji, dan lain-lain. bertuahnya. Oleh sebab kakitangannya ramai tak jejas kerja. satu pegawai di swasta, 4 pegawai untuk sesatu kerja di dalam jabatan kerajaan.
membazir bukan keluar poket, ada peluang rembat sebelum orang lain dapat.
Salam Sdr..
BalasPadamTeringin sangat nak ikut serta dalam perjumpaan blogger tu.. tapi, apakan daya.. ada urusan lain yang terpaksa didahulukan.. Mungkin saja di lain kali, InsyaAllah..
Alalalalalala...
BalasPadammemalu plak si alid tu...
ada hidung tak dia?
Salam BRO MAZ..
BalasPadamweyyyy ALID, hang pi mamak, tak ajak aku? nak kene nihhh... hehehe
Ahaa.. kalu story blogger tu kuar dari mulut ALID, saya tau sapa orangnya.. sbb memang betul ler tuh.. Ahaks! (ALID ni memangggg tauuuu....)
PDRM?
BalasPadamtumpang kesian dgn kes ragut lari yg berlaku di Tmn Maluri tu.. dekat benar dgn rumah saya. Sampai pagi ni saya dan suami masih dok bercakap lagi.. “kesian anak-anak mereka..”
btw, sudah berapa tahun PDRM? 100? 101 tahun? hmmm lupa..
nanti ngeteh kat area wangsa maju pulak yer... :)
BalasPadamBoleh datuk mazidul ulas mengenai kenyataan di bawah...
BalasPadam1Malaysia bererti 1-Masjid perlu didirikan 1-kuil untuk agama Hindu dan Buddha, 1- Gereja. Itu kata Ahli Parlimen DAP Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming.
LUPAKAN PASAL PERSENGKETAAN ANTARA ORANG ISLAM...DAP SEPERTI KATA IBRAHIM ALI KINI SEDANG MENUNTUT HAK YANG BUKAN2...
pkrpasdap.blogspot.com
BRO, dia tak hadir kot nanti, sbb tiket balik dari New York khabarnya sudah habis dijual...
BalasPadamKena tunggu kapal laut, tahun depan.
Hahaha.. Alid... Alid..
Bro Alid memang pemalu orangnya...ngehehe
BalasPadamacu suka tose sardin & tose rawa..sedap nye..nyum..nyum...
BalasPadamBro
BalasPadamha ha ha
Tu anak siapa tu yang pemalu sangat tu
ha ha ha
GOD BLESS THEM
ha ha ha
nota untuk azieazah: karipap beku 1000 biji berapa hang nak charge? berapa hari boleh siap? Flight 20 haribulan ni, sempat ke?
....
....itu bukan perkara luar biasa didalam organisasi kerajaan kita..pegawai yg telah diberi latihan khusus dlm bidangnya dan dibiayai juga dgn kos yg tinggi apabila tamat ianya ditempatkan ditempatkan diluar bidang yg sepatutnya..ataupun berkhidmat sekejap dan kemudian ditranfer ketempat lain.Sungguh merugikan.Ataupun berkhidmat dgn seorang leader yg tidak terkenal apatah lagi pengetahuan dan pengalamannya kurang dari pegawai bawahannya yg mempunyai pengkhususan dlm bidang tersebut.
BalasPadam...Rasanya itu sebab banyak perkara atau kes tidak dapat diselesai dgn sempurna kalau selesai pun sekadar selesai yg tiada berkualiti...dgn menganbil masa yg panjang.
...Harap dgn perlaksanaan "KPI" yg diperkenal oleh PM kita ianya serba sedikit dpt membantu mereka2 ini atau jabatan2 ini mempertingkatkan prestasi kerja.
ALID > aku dah lupa resipi buat karipap. SORI BERLORI beb...! ha ha ha...
BalasPadam*kalu aku janji, tak tunai aku jadi orang munafik..hehehe
Bro
BalasPadamTumpang sat
Azieazah
aku tak gi New York la...
Kan ke yang selalu gi New York tu kawan baek hang
ha ha ha
Aku gi Kedai Spec New York iye la..
Ha ha ha
Makan tose masam ok lagi bro..
BalasPadamMasa belajar dulu..makan nasi dengan kuah kari kedah aje bila hujung bulan kat warong pantai baru kl.
siapa yang mahu jumpe dgn blogger perempuan aje
BalasPadamwww.broframestone.com
Terima kasi kepada PDRM yang menjalankan tugas dengan cemerlang.
BalasPadamCuma nak minta tolong sikit, kalau Polis buat sekatan jalanraya, janganlah sampai berlaku kesesakan lalulintas.
Kecualilah kalau ada jenayah berat berlaku, ini cuma setakat nak tengok cukai jalan saja. Berilah kereta yang dan penuh sesat tu jalan.
Awat yg kawan Gua sorang tuh....malu butui arrrrr?
BalasPadamAlid...tak Aci....hang gi jumpa Bro Mazidul dendiam....huhuuuuuu.....
Itulah di namakan tugas PDRM semakin mencabar dan susah..
BalasPadamAlid ni macam saya kenal saja :)
BalasPadamSelalunya begitulah kita makan gaji ini Sdr Mazidul, ikut sahaja arahan orang atasan takut periuk nasi kita bocor!. Janji gaji jalan memang ramai tak sesuai dengan persekitaran kerja sebenarnya.
Musibahnya memang kita banyak membazir & kepakaran yang ada terbuang begitu sahaja. Sifar!.
Duit rakyat yang habis hantar kursus sini sana!. Saya bersara awal pun antara lain sikap tidak hormat majikan atas kebolehan yang saya ada. Akur sajalah kita ini melukut!.
Macam kita perasanlah pulak!.. :(