Jumaat, Disember 18, 2009

Hospital Oh! Hospital

1. Penguatkuasa makan rasuah, bukan semua. Mereka terbabit rasuah, dituduh, didakwa dan jika sabit kesalahan dihukum.

2. Wartawan tidak beretika, bukan semua. Jika terbukti mereka menulis tanpa berlandaskan fakta sekaligus memfitnah, bahana pasti menimpa.

3. Politikus cakap tidak serupa bikin, bukan semua. Jika terbukti dakwaan, mereka pasti tidak kekal lama menyandang jawatan dan disingkirkan pengundi dan parti.

3 kenyataan di atas acapkali disentuh, diperkatakan sekaligus mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik. Majoriti mereka terbabit mampu menelan kenyataan itu dan dihukum jika terbukti bersalah. Bagi pihak menyedari perbuatan mereka bercanggah dengan perundangan negara, mereka berubah, berhijrah kepada perlakuan lebih baik.

Tetapi bukan semua kelompok mampu menerima teguran. Jika tidak percaya, cuba bangkitkan isu berikut.

Kakitangan hospital kerajaan tidak berkhemah melayan pesakit, bukan semua.

Tengok berapa ramai akan melenting biarpun dinyatakan secara jelas BUKAN SEMUA. Maksudnya, majoriti kakitangan hospital kerajaan berdedikasi dan berbangga melaksanakan tugasan diring senyuman manis.

Apapun bagi kelompok tidak dapat menerima teguran, antara alasan kuno mereka kemukakan, “Bayar RM1, what do you expect? Kalau hendak dilayan istimewa, pergi sahaja ke hospital swasta”

Jika diteliti, kos rawatan dan ubat pesakit disubsidi kerajaan malah gaji kakitangan hospital, dibiayai kerajaan. Harus difahami, sebahagian besar pendapatan kerajaan dipacu cukai dibayar rakyat.

Oleh itu, mengapa terlalu sukar menerima teguran rakyat?

27 ulasan:

  1. setuhu...dorang sangat besar kepala..padahal..gaji dibayar dengan duit rakyat , sedar lah sket oi..

    BalasPadam
  2. setuju sgt!
    layanan kakitgn hosp kerajaan sgt mendukacitakan.
    terutama nurse.
    Ini hakikat.

    BalasPadam
  3. Saya sokong 100% apa bro Mazidul cakap. Jangan nak melompat plak kalau anda bukan pekerja hospital kerajaan yang begitu... kalau yang marah2 tu, memang konfem la dia kambing hitam hospital kerajaan.

    BalasPadam
  4. hijrah hijrah hijrahlah
    jauhi makan lada, berkongsi lada, agar kurang rasa pedas.

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ..

    izinkan saya..Boleh saya tambah satu contoh lagi?

    Suatu stesen radio kerajaan (yg mempunyai komuniti penyokong paling besar di Lembah Klang).. dan mempunyai banyak ruang utk berhubung terus dgn para DJs...

    tetapi segelintir DJ tidak dapat menerima kritikan (bukan kutukan)..malah sering membalikkan kritikan kepada pendengar dgn cara paling sinis..

    Jadi, saya beranggapan orang yg tidak boleh menerima teguran dan kritikan adalah orang yang BONGKAK dan ANGKUH dgn kerjaya mereka...dan memandang kecil golongan yang bergantung (konon) kepada kerjaya mereka itu..

    Sedangkan golongan pengguna dan kerjaya mereka itu saling memerlukan..

    BalasPadam
  6. mungkin mereka perlu pergi kursus kot. atau jururawat dan staff yang berkerja di jabatan kerajaan perlu dipilih dan ditapis betul2 sebab mewakili imej kerajaan.

    memalukan

    BalasPadam
  7. Abg. Mazidul..
    Pendapat saya, isu 'service' kakitangan awam pernah menjadi isu besar satu ketika dulu. Hari ini nampak ada perkembangan yang baik. Bahkan ramai yang senang hati berurusan dengan pejabat atau hospital kerajaan hari ini walaupun ada yang masih bermasalah. Kebanyakkannya adalah kesan daripada pendedahan dan aduan orang ramai. Mungkin ada yang kurang jelas maksud 'service' itu sendiri. Berkhidmat untuk kerajaan atau untuk rakyat? Sila berkongsi pendapat. Merujuk alasan kuno tersebut, sebenarnya RM1 juga mempunyai nilai. Jika sebuah rumah banglo dijual dengan nilai RM1, kontrak jual beli itu sah. Sama juga jika saya membeli BMW 3 Series keluaran terbaru dengan nilai RM10, kontrak pembelian saya sah! (rujuk 'explanation 2, Section 26, Law of Contract 1956) Justeru, mereka tidak boleh mempersoalkan nilai yang telah dipersetujui tetapi kita boleh mempersoalkan 'service' yang kita expect daripada mereka, sebab kita tetap kena bayar walaupun dengan RM1! Memadai dilayan dengan 'service' yang standard jika tidak mewah. Jika hospital kerajaan itu dikelaskan di dalam kelas 1, maka 'service' yang kita harapkan sudah tentu bukan ditahap kelas 3! Alasan kuno sebegitu tidak sepatutnya terlintas di fikiran kakitangan kerajaan kerana mereka diberi amanah sepertimana kita memberi amanah kepada kerajaan, yang mengambil mereka untuk berkhidmat. Sepatutnya kita bekerja menggunakan kematangan fikiran dan pertimbangan yang professional. Kurangkanlah mentaliti 'saya yang menurut perintah' sehingga tidak mampu membuat pertimbangan yang wajar dalam keadaan yang memerlukan. Ambillah teguran sebagai pedoman dan teladan. Kita bukan manusia sempurna, tapi boleh menjadi manusia yang lebih baik. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat disekeliling kita.

    BalasPadam
  8. Setuju sangat-sangat dengan Bro Maz. Buat apa nak melenting, teguran tu satu kenyataan..'bukan semua'. Siapa makan cili, dia la yang rasa pedas nya. Dari tahun ke tahun, masih tak ada improvement dari segi perkhidmatan..terutama nya di hospital la. Kena herdik dengan nurse, kena sindir2 dengan doc...itu senario biasa yang boleh dilihat...

    BalasPadam
  9. Begitulah susahnya seseorang yang tidak boleh menerima teguran, sedangkan dia ada melakukan sesuatu kesalahan.

    BalasPadam
  10. Benar SITI MURNI... saya sehingga hari ini masih TIDAK FAHAM, kenapa nurse suka sindir pesakit? itu suatu budaya kerja kah? Kenapa nak sindir? Mereka tak pernah sakitkah? Doktor jarang yang sindir ler, rata-rata doktor sangat manis bahasa sbb tahu etika kerja..

    BalasPadam
  11. HAI YOP, MCM DAH NAK BERPERANG JE KAT POSTING KAMBING HITAM TU!

    BalasPadam
  12. pepatah inggeris ada mengatakan, 'WHEN I M RIGHT NOBODY REMEMBER BUT WHEN I M WRONG NOBODY FORGET'. sebagai kakitangan kerajaan yg telah bersara saya berasa pelik dgn sikap segelintir mereka ini. kenapa masalah peribadi di bawa ke tempat kerja? sebagai pesara tentera dan tempat terakhir berkhidmat adalah di INSTITUT PERUBATAN PENERBANGAN TUDM KUALA LUMPUR, saya faham seluk beluk hal perubatan dan saya TIDAK PERNAH mendapat lapuran mengenai PINCANG TUGAS anak buah saya. adakah kerana mereka tentera dan telah terdidik dgn disiplin yg ketat? sebagai ketua jabatan,saya akan memastikan anak buah SIHAT sebelum memulakan tugas. jika ada masalah berhubung terus dgn saya kerana saya tidak mahu terjadinya perkara berbangkit di kemudian hari. adakah ini di praktiskan di hospital kerajaan? adakah wujud unit kaunseling di hospital kerajaan yg memantau kakitangan? DAN PERLU DI INGAT, CUSTOMER ALWAYS RIGHT!

    BalasPadam
  13. Biasa la tu....bila ditegur rakyat, mulalah panas bontot ibarat cacing kepanasan....

    Alhamdulillah, time saya kena tahan wad kat Hospital Kemaman akibat denggi dulu, saya dilayan baik oleh para nurse dan doktor kat situ.. tak tau la kat hospital lain macam mana pulak...

    BalasPadam
  14. Saudara Mazidul,

    Kemampuan dan kemauan bekerja dapat diamati dalam perilaku seseorang melaksanakan pekerjaannya.

    Untuk mencapai dedikasi tinggi dalam bekerja kunci utamanya adalah kompetensi diri!

    Apa itu kompetensi diri?

    Mungkin boleh didefinisikan sebagai peningkatan kemampuan kognitif dan skill dalam bekerja yang disinergikan menjadi usaha-usaha untuk lebih produktif dalam karier dan how to life secara cerdas.

    Tidak hanya berkisar pada aspek kognitif aja, ada baiknya dalam aspek ‘emotional intelligence’ juga perlu diperhatikan pula! Iaitu bagaimana cara kita bersikap ketika menghadapi klien atau customer dalam kecemasan atau customer yang lebih cerdas dari kita?

    Performance appraisal pekerja bukan hanya dinilai dari aspek kognitif, prestasi kerja, kepuasan kerja, 'time mangement', 'flexi-time', gaji dan kesihatan sahaja. Namun, bagaimana cara kita mengelola dan mengaplikasikan bentuk emosi kita, itu pun turut memberikan sumbangan yang besar dalam peningkatan kompetensi diri.
    Kalau dilihat kakitangan kerajaan telah digariskan fungsi dan diskripsi tugas PROFIL AM TUGAS DAN KOMPETENSI kakitangan awam.

    Jika masih ada kelemahan dan teguran maka ”kurikulum-berbasiskan-kompetensi” kemungkinan besar perlu diperbaiki.

    BalasPadam
  15. Yop, I always remember anyone for good deeds done as well as bad ones.

    Saya komplen sekiranya masakan di kedai makan tidak enak tetapi pada masa sama saya akan memanggil tukang masak dan melontarkan pujian kepadanya andai masakan memenuhi citarasa.

    Fair enough?


    Izad, terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  16. Saya pun setuju Bro,mlm semalam adik sedara mengalami kemalangan yang serius dan terus dibawa ke Hospital Pontian.. kami menanti dari pukul 7 malam sampai pkul 11 malam dan kami hanya diberitahu pihak hospital masih menanti keputusan x-ray..kami sekeluarga mengambil keputusan utk membawa mangsa ke Hospital Pakar Johor..malangnya prosedur yang dikenakan seolah-olah mereka tidak menghiraukan keadaan mangsa yang semakin kritikal..prosedur yang dikenakna utk memindahkan mangsa ke hospital pakar amat menyedihkan hati kami...pihak hospital hanya menyediakan ambulance sahaja tanpa diiringi oleh Nurse atau Pembantu Perubatan..bayangkanlah...prosedur yang boleh menyebabkan risiko pada mangsa yang semakin kritikal dan pihak hospital seolah-olah lepas tangan apabila mengetahui pihak keluarga ingin membawa mangsa ke hospital pakar..tiada Istilah Rakyat Didahulukan di hospital ini..saya sekeluarga sangat kesal dan ingin memastikan isu ini diketengahkan kepada pihak bertanggungjawab..alhamdulilah keadaan mangsa stabil ketika ini..mohon didoakan agar beliau selamat..amin..

    BalasPadam
  17. Pemuda, saya percaya bukan mudah mendedahkan kepincangan. Banyak cabaran dihadapi. Apapun, itu semua tidak pernah menjadi kudis kepada diri saya selama ini.

    BalasPadam
  18. Setiap pekerjaan baik itu ibadah..
    Buat kerja kita kerana ibadah..

    Maka, kerja kena buat baik-baik lah..
    Jangan berkira..


    http://manis18.blogspot.com

    BalasPadam
  19. Saudara Mazidul,

    Sama-sama.

    Kalau kita lihat kepada tuntutan consumer sudah semakin kritis, sebaiknya latihan harus diperbaiki jangan berharap kepada “NASIB TAK ADA KOMPLEN”

    Apakah suatu kerugian untuk mengadakan ujian kompetensi lebih kerap?

    Jika memang ujian kompetensi ini bertujuan mulia untuk memastikan kakitangan lebih berkompeten, apa salah jika uji kompetensi ini diadakan lebih kerap demi memperlancar usaha untuk bekerja secara dedikasi dan mengurangkan angka yang melanggar peraturan?

    Saya pasti mereka juga ingin melakukan segala sesuatu sesuai dengan peraturan yang ditetapkan yang mana akan memberikan ketenangan kepada pegawai atasan mereka.

    BalasPadam
  20. Salam Mazidul,

    Discussion ini amat baik agar hospital kerajaan maupun swasta dapat dikelola dengan berprinsip pada good corporate governance dan good clinical governance.

    Tugas tersebut memang berat, yg penting ikhlas membantu yang sakit..dijamin rezeki melimpah dari Allah swt.

    BalasPadam
  21. memang tul pun....diaorg nii bla tegur skit..mla laaaaa pegi laaa swasta lg snang...cam 2 ke gayanya nurse yg berhemah tinggi...aku nii byk sgt pengalaman ngan nurse2..lbh2 lg aku nii pnh bekerja ngan klinik swasta...lg laa diaorg x mo bertegur sape...aku pun pelik ngan diaorg yg diaorg skit ati ngan swasta pe hal ntah aku bkn wat pe2 pun..aku cri reeki jeeeeeee...bla aku senyum dia tarik mukaaaa...ish3 ape la nk jd ngan diaorg niii

    BalasPadam
  22. orang hospital kadang2,bila diusik skit, melatahnye lebih ..dicuit sikit melenting nya lebih..kepada orang2 yang berangan2 nak amik doctor ke nurse ke ma ke..fikir la baik2..jangan dikejar gaji besar klu rasa susah nak berkhidmat tuk orang ramai..pernah tengok orang kg ditengking oleh staf hospital , apakan daya , mereka memang la xtau prosedur..apa salahnya bagi tunjuk ajar..

    BalasPadam
  23. Bukan saja hospital.. Bank pun macam tu, bukan semua. Muak tengok..

    BalasPadam
  24. Kakcik pernah membuat teguran kepada kakitangan sebuah Hospital Kerajaan melalui portal kementerian Kesihatan. Hasilnya, Pengarah Hospital tersebut berkali-kali menelefon kakcik, memohon maaf dan siap memberi nombor telefon bimbit dan talian terusnya untuk kakcik hubungi sekiranya ada apa-apa masalah. Tapi, adakah perubahan di kalangan kakitangan selepas itu??? Hmmmmmmm.......

    BalasPadam
  25. Saya ini Pesara... pun Pesakit Kronik; apa yag saya lihat tiap kali ke hospital masalah terbesarnya ialah tak cukup doktor!. Maka lambatlah dapat ketemu doktor!.

    Cuba pergi Pusat Kesihatan UPM (PKupm) pesakit dijanjikan 22 minit mesti ketemu doktor. Sebabnya doktor ramai di PKupm, biar pun terkadang pesakit tak seramai mana.

    Telah lima kali saya pergi ke Pakar Jantung, Klinik Kardio Hospital Serdang. Saya selalu sampai sekitar 9:00 pagi sebab memang itu temujanji saya di Kad Rawatan & biasanya sekitar jam 1:00 tengah hari barulah dapat ketemu doktor. Congaklah berapa jam terpaksa menunggu.

    Ada satu hari itu, seorang doktor hilang kereta & seorang lagi cuti kecemasan bayangkan temujanji pesakit yang telah dibuat! mana mungkin ditunda. Hari itu saya sekadar dapat buat Ujian Stres jam 2:30 petang, sudah dikira lebih masa sebab Klinik Kardio hanya dibuka separuhan hari; sehingga sekitar jam 1:00 tengah hari sahaja.

    Isunya sekarang kerajaan memang kena menambah doktor pakar. Jangan biarkan mereka terusan mengejar gaji besar di klinik sendiri atau swasta. Caranya bagaimana? Kita kena fikirkan bersama.

    Salah satu yang saya nampak kita kena mengawal kos rawatan. Manusia takut nyawa melayang maka sanggup perabis harta benda untuk biaya kos rawatan. Isu ini kerajaan kena pandang berat; pun kena pantau selalu. Kos rawatan yang mahal menjadikan impak besar dalam masalah perubatan negara. Hospital swasta mengenakan kos rawatan yang mahal; maka pastilah ganjaran doktornya juga mahal lagi bergaji tinggi.

    Yang kehilangan kepakaran pastinya Hospital Kerajaan... yang menjadi mangsa tentunyalah kita... rakyat marhaen.

    Banyak isu lain lagi kita kena perbetulkan. Ubatan pun satu masalah juga. Malas komen bab ini, nanti ada pula yang tersinggung.

    Bab layanan ini saya rasa lebih kepada sikap antara pesakit, pengiring pun staf hospital itu sendiri.

    Orang macam saya tak kisah sangat; mati dekat bangku menunggu pun telah tawakal sahaja!. Sebab saya memang sering pergi seorang diri sahaja. Sakit tak sakit tanggunglah sendiri.

    Orang yang sakit dengan harapan; orang yang mengiring memanglah dengan kerisauan pun kebosanan jika melampau lama! Itu timbulnya stres.

    Berbeda Bro Mazidul, kalau saya sebagai anak pun memang rasa tercabar bila ayah saya yang tenat buat endah tak endah sahaja layanannya. Manusia ini pula memang tak boleh ditegur; bagaikan mahu dipuji disembah selalu, ditimang-timang pun dimanja-manja. Manalah mereka tahu wajah masam lagi buruk mereka itu buat kita tambah stres & sakit!.

    Memang sakit menjadi pesakit!.

    BalasPadam
  26. Salam semua!!Kita kena ingat jugak,bukan senang jika bergelar pesakit dan bukan jugak mudah nak layan pesakit. tetapi bagi kakitangan hospital saya pasti mereka sudah dilatih untuk menghadapi situasi ini dan mereka pasti ini lah situsi yang bakal mereka hadapi apabila mereka pilih kerjaya ini. mungkin adakala nya mood pesakit tak elok or mood kaki tangan hospital tak elok. tapi itu bukan lah alasan untuk pekerja professional.

    Hospital pernah menjadi rumah saya hampir 2 bulan apabila ibu menjalankan pembedahan hip replacement. Rumah yang terletak disibu dan pembedahan dijalan kan di general hospital kuching menyebabkan saya terpaksa berumah dihospital. saya boleh katakan lebih 90% mereka sangat berdedikasi dengan kerja.TAHNIAH kepada mereka. Mungkin sudah adat dunia jugak tanpa nama dah harta anda mungkin kurang mendapat perhatian. setelah pembedahan pertama dan kedua gagal dan 2 pembedahan tersebut mencecah kos hampir RM 20 ribu kami terpaksa melunaskan kos implan sebyk RM10 ribu lagi baru lah pembedahan ketiga (pembetulan untuk 2 pembedahan pertama) boleh dijalankan. No money, no implan no operation, itu saja mereka katakan. sikap sesetgh pihak atasan yang menyalahkan kami atas kegagalan implan pembedahan kedua teramatlah dikesali. Pilu hati melihat ibu yang kesakitan menunggu pembedahan ketiga kami sekeluarga memutuskan untuk menghabiskan simpanan untuk pembyran RM 10 ribu tersebut. oleh kerana kemampuan kami membayar kos pembedahan pertama dan kedua permohonan bantuan tabung kebajikan hospital untuk pembedahan ketiga tidak dilayan. duit boleh dicarik ibu tiada ganti. sehingga hari ini ibu masih bedridden setelah 2 tahun pembedahan ketiga berlalu. Mungkin ini takdir dari ilahi, kita kena berserah menerima dan berikhtiar untuk lebih baik. kepada pihak atasan hospital, tidak semua org mampu mcm kami dah tidak semestinya tanpa duit anda tidak boleh dirawat. mungkin pengalaman tidak cukup untuk anda menjadi lebih baik, sifat kasihan, tlg menolong, tidak pentingkan diri perlu ada dalam diri sendiri.

    BalasPadam
  27. Org ramai harus lebih pro aktif.Buat aduan secara rasmi dan kalau perlu saman. Ini tindakan yg berkesan dan bertamadun. ianya akan memberi kesan mendalam dan memastikan org lain tidak kena ulangan layanan yg buruk.kadang kala main bincang2 tertutup sahaja menyebab tiada perubahan selepas itu sebab tiada akibat kepada pelaku biadap dan yg cuai dan asyik leka.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.