Ahad, Disember 20, 2009

Polis Melayu

Menurut laman web Pasukan Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa terbabit kini mempunyai kekuatan 102,037 pegawai dan anggota.

Statistik Kementerian Dalam Negeri menunjukkan 20,967 pegawai dan anggota polis diambil bertugas di antara tahun 2006 dan September 2009.

Berikut pecahan mereka mengikut bilangan dan peratusan kaum.

Melayu 17,570 (83.8%)
Cina 291 (1.39%)
India 533 (2.54%)
Bumiputra lain 94 (0.45%)
Lain Bangsa 2,479 (11.82%)

Jelas, Melayu paling ramai menjadi polis berbanding kaum lain. Kenapa?

26 ulasan:

  1. kenapa?tanya kaum yang sikit itu.apakah tiada rasa keprihatinan terhadap keamanan negara sendiri?tpi rasanya yang penjenayah ganas tuh bley plak ramai dari golongan yang sedikit tuh..yela,polis gaji kecik.keja penat 24 jam..mana ada orang sanggup kan..

    BalasPadam
  2. sepanjang saya mengelani rakan setugas lain lain kaum...
    masalah adat, kepercayaan dan pegangan lain lain bangsa menjadi antara punca utama.

    BalasPadam
  3. "gaji kecik lebih baik berniaga", kata orang cina.

    "cita-cita saya menjadi lawyer", kata orang india.

    "kerja polis, sy boleh berkhidmat utk negara selain menerima rasuah. malah masa depan sy lebih terjamin", kata orang melayu.

    BalasPadam
  4. Emptyspace, entahlah. Apapun saya tidak fikir, majoriti Melayu berminat menjadi polis kerana ingin dirasuah.

    Masa depan lebih cerah? Tidak tentu lagi.

    Menjadi anggota atau pegawai PDRM mempunyai banyak cabaran.

    Tanya sahaja kepada Pegawai Penyiasat, IO, Faizul, betapa beratnya tanggungjawab dipikul pegawai polis. Apa tidaknya, bilangan kes jenayah berlambak, IP (kertas siasatan)kena buka, DPP (Deputy Public Prosecuter) kena jumpa.

    Apapun, selamat bertugas kepada semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara.

    Tanpa anda, saya pasti tidak berpeluang tidur lena.

    BalasPadam
  5. kenyataann emptyspace sgt sinis tuh..benci sgt kat polis ek.tau x kenyataan anda tuh fitnah terhadap ribuan lagi polis melayu yang x wat kerja tuh...

    BalasPadam
  6. juz a simple answer from me..
    Polis Diraja Malaysia..
    di Malaysia, penduduk paling ramai adalah berbangsa melayu..
    jadi wajar jika Pasukan Polis Diraja Malaysia ramai yang berbangsa melayu.

    BalasPadam
  7. Luqman, polis kerap bertugas lebih masa tetapi tanpa bayaran 'overtime'.

    Bayangkan, pekerja kilang warga asing dibayar untuk kerja lebih masa.

    Barangkali ramai tidak mengetahui fakta itu. Apapun, saya tidak pernah bercita-cita menjadi polis sewaktu kecil biarpun selalu 'main tembak-tembak' menggunakan pistol dan senapang kayu.

    BalasPadam
  8. Pertama mngkin sebab orang melayu merupakan penduduk majoriti dekat Malaysia.

    Kedua, gaji kecil kerja pula agak berat. Kadang2 cuti umum, sabtu ahad pun kena kerja. Kaum India confirm tak nak. Kaum cina kata "Baik kerja sama saya punya bapak."

    Ketiga, patriotik Melayu terhadap tanahair asalnya sendiri tentu berbeza sedikit dengan kaum lain. Jadi kerja2 yang melibatkan mempertahankan negara tentulah lebih digemari oleh "tuan punya" itu sendiri, sama macam pekerjaan askar jugak.

    BalasPadam
  9. Salam, kenapa anggap melayu ingin dirasuah? orang mencari kerja mengikut peluang yang ada. Janganlah merendah rendahkan bangsa sendiri. Bukan semua melayu kaki rasuah.
    Tengok saja siapa yang sanggup jadi askar untuk berkhidmat pada tanah air ini? Melayu.
    Orang Cina lagi kuat rasuah tapi tidak 'bising bising' macam sesetengah orang yang pandang rendah bangsa sendiri...

    BalasPadam
  10. Biasa kita perasan la dalam organisasi polis jarang ada kaum Cina dan India yang berada di peringkat bawahan...tapi ada kalangan mereka yang berada di peringkat pegawai atasan...sama juga dalam organisasi ATM...

    BalasPadam
  11. bg saya, kebykan org melayu bkn dtg dari family yg berada mcm kaum cina & india. bila nk smbung bljr, kalau x dpt msuk ipta, rmi trpksa mmilih jln lain. jadi polis salah satunya. lain pula dgn kaum lain, ada duit smua jalan. nk msuk private uni, tak jd mslh. no offence, tiada kaitan antara yg hidup atau yg sudah tiada.

    ckp psl polis, trigt mse kecik2 dulu slalu isi dalam kad pelajar, cita2 nk jd polis :)

    BalasPadam
  12. Zaman ibu bapa kita dulu, kerja POLIS ni dipandang tinggi, dan ramai sungguh berhasrat nak bermenantukan POLIS...

    sekarang?
    POLIS pun dicemuh..
    tak kira ler apa bangsa, kerjaya tetap dipandang mulia selagi mengikut etika dan landasan yg betul..

    Dan bukan polis sahaja yang boleh ambil rasuah..

    BalasPadam
  13. bro mazidul , my dad also police..i knw better than emptyspace..so i said he better shut off his mouth as he doesnt know anything..tiada istilah cuti atau off bg polis..even kat rumah , ada jadi pape wajib ..baru balik keje kul 10 malam .kul 1 nak kena kuar plak..orang x pernah amik tau susahnye keja polis ..yang orang tau cop polis rasuah..orang politik tuduh polis barua kerajaan.kalau x suka polis skalipun , xpayah lah hina mintak kerja polis sbb nak makan rasuah ,ingat mereka juga ada isteri dan anak2..mereka x mintak pujian melangit , ckupla hormat dengan kerja dorg dan hormat dorg sbgai manusia gak..

    BalasPadam
  14. Mungkin bangsa lain kurang berminat dengan bidang kepolisan ni. ( Pada pendapat aku la)

    BalasPadam
  15. bangang tol si luqman ni, aku bagi perumpamaan yg ditujukan buat entri ini, dan perumpamaan ini diberi secara umum, bukan tuduh sape2 secara melulu.. bapak kau kerja polis aku pedulik ape, atuk aku dulu polis, sedare-mare aku kebanyakkannye polis... mcm bapak kau sorang je la keje polis.. aku pun tak hingin la kerja polis sbb aku sendiri pun skang ni government servant.. bukan niat aku nak kutuk bapak kau kerja polis, ok? loser..

    BalasPadam
  16. Tiba-tiba saya teringat dialog dari filem Seniman Bujang Lapok..

    "apa ni? pasal belacan pun nak memancong-mancong? Buat ler kisah ikan belaga ker? Itik terbang kerr..?"

    Dan tiap kali kotak komen diklik, ada peringatan "kesederhanaan ulasan telah diupayakan"..

    BalasPadam
  17. Baru sebentar tadi saya menyaksikan seorang india dengan si isteri dipukul oleh 5(seingat saya) orang lelaki yang bersenjatakan besi dan kayu.. melihat dari atas(di dalam bilik, melalui sisi tingkap, jelas kelihatan lelaki tersebut teruk dipukul. Ironinya, balai polis tidak jauh dari situ(berada di blok yang sama). Masyarakat sekeliling juga takut untuk bertindak.... Untuk pengetahuan saudara Mazidul, saya tinggal di perumahan flat Desa Mentari, Petaling Jaya.Rata-rata yang mendiami kawasan ini ialah mayarakat berbangsa India. Bukan ingin prejudis atau bersifat perkauman, tetapi apabila mereka ramai, wujud perasaan gerun melihat perlakuan mereka yang sewenang2nya melakukan sesuatu dengan berani. Anggota polis, dengan jumlah yang kecil sangat sukar mengawal pergerakan mereka. Hal ini belum lagi ditambah dengan kehadiran beratus(mungkin beribu) penduduk asing yang mencari nafkah di kilang2 besar yang terdapat di situ...alangkah bagusnya jika pihak polis terdiri daripada bangsa india yang lebih memehami kerenah masyarakat mereka dan mampu mengawal tindak tanduk mereka.

    BalasPadam
  18. terima kasih pihak polis yang menjaga keamanan,
    ,,cuma segelintir yang ambil kesempatan..
    kuasa, wang dan wanita.

    BalasPadam
  19. salam...

    2 la tandanya Melayu sygkan negaranya...ok x pndapat Pak Tua?

    BalasPadam
  20. pesan orang2 tua..
    kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. tapi dalam setandan pisang tak semuanya busuk.. kerat je lah yang busuk tu..
    jadi kita paham2 je lah..

    BalasPadam
  21. Tak dinafikan tanpa Polis belum tentu kita rasa selamat & aman. Perasuah di mana-mana pun ada. Hanyalah sebab nila setitik; janganlah kita anggap rosak susu sebelanga.

    Saya tetap menghormati PDRM ramai kalangan mereka sedia membantu & sanggup menyabung nyawa sendiri semata-mata mencegah jenayah. Orang biasa macam kita jangan harap!. Seharusnya kita amat memerlukan mereka & sentiasa menghormati mereka.

    Orang kita ramai menjadi Polis bagi saya ada banyak baiknya berbanding kaum lain menjadi Polis. Bayangkan jika kebanyakan Polis itu bukan orang Melayu; tak seram ke kita?.

    Kenapa:

    Faktor sejarah & budaya hidup juga mungkin menjadi penyebab; sejak berzaman siapalah pahlawan kita jika tidak orang kita yang sanggup berjuang bermati-matian menentang baik penjajah mahu pun kominis demi tanah air Tanah Melayu. Orang Melayu memang berani ke hadapan seharusnya kita berbangga dengan ramainya anggota PDRM orang kita, anak jati tempatan.

    Rasanya kerajaan telah banyak membaiki skim gajian PDRM & seharusnya kebajikan lain mereka terusan giat diusahakan. Jangan lagi ada berek polis yang dua bilik bagai dulu. Berikan keutamaan dalam pendidikan bagi kaum kerabat mereka demi mengenang jasa mreka.

    Keluarga saya tak ada kerja di PDRM kecuali abg tiri ayah AC Mizal itu & biras tiri yang nikah dengan Noi di Kelantan.

    BalasPadam
  22. abg mazidul (harap takpa kot panggil abg ^_^)

    minta maaf agak bz..

    hahahah saya sebelum ni dah pernah kerja 8 jenis kerja...

    yg paling mencabar ni lah...

    bila sama mula bertugas di Kuala lumpur dalam seminggu hanya 3-4 hari balik ke rumah sewa... itu pun balik awal pagi dan keluar ke tempat kerja juga awal pagi... selebihnya tido di office..., selalunya selepas 24jam off.. tapi malam jam 9 malam hari off baru balik kerja...
    Alhamdullillah sekarang dah tambah IO baru... senang la sikit nak di bandingkan 2-3 tahun lepas
    nak tau tekanan kerja lanjut kena PM ^_^

    ps: sy cabar kepada semua untuk isi borang dan buat perubahan sendiri seperti mana kawan kawan semua mahukan...

    BalasPadam
  23. banyak yang bboleh diperkatakan mengenai hal ini. yang paling penting sekali ialah minat. tidak kiralah apa pun kaum mereka, jika mereka tidak minat, apa yang boleh kita perkatakan. tambahan pula, perspektif masyarakat yang berasakan pekerjaan polis berbahaya kerana sentiasa berurusan dengan penjenayah membuatkan kaum-kaum selain melayu tidak sanggup menjadi polis. Malah, ada yang beranggapan gaji polis kecil.

    BalasPadam
  24. nak kate gaji polis kecik, rasenye gaji polis ni bole dikatekan antare yg paling tinggi dalam sektor kerajaan...
    org cina x mau sertai polis mungkin sebab diorang fikir berniaga lebih menguntungkan dan mudah - diorang ade modal, kalo x pun diorang ade persatuan yg membantu diorang dr mule, tp melayu kebanyakannye dtg dr keluarge yg sederhana dan berpendapatan rendah, so xde modal atau cagaran utk memulakan perniaagaan, jd bekerja di sektor awam jd pilihan utama...

    BalasPadam
  25. lepastu, dengan enaknya polis dikutuk...
    adoi...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.