Selasa, Disember 22, 2009

Flying Without Wings

Pejabat Peguam Negara dilaporkan terpaksa menghantar semula fail kertas siasatan berhubung kehilangan enjin jet pemintas Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM, F-5E kepada pihak polis.

Siasatan dikatakan tidak lengkap berikutan laporan kehilangan satu lagi enjin, GE J85-21A milik pesawat tempur F-5E pasukan sama sejak 2 tahun lalu (5 bulan selepas kehilangan enjin pertama).

Ertinya, setakat ini, 2 enjin jet TUDM hilang, satu diseludup ke Amerika Selatan, satu lagi ke Eropah.

Panglima Angakatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin mengesahkan kehilangan terbabit dipercayai angkara ‘orang dalam’.

Enjin sebelum ini dianggarkan bernilai RM50 juta, dicongak, 2 enjin RM100 juta. Huh! Poket siapalah kembung agaknya?

Apapun, saya percaya pada ketika ini, kelompok terbabit pasti ‘flying without wings’.

21 ulasan:

  1. Salam BRO MAZ..

    RM100 juta? bukan kecik kuasa orang tu nak songlap enjin yang harga sebegitu?

    Hmmm.... siapalah agaknya yang berani sebegitu yer.. Takkan Pakcik Guard kot? hehehe...

    Mesti Santa Claus lah nii....

    BalasPadam
  2. Mungkin juga ada yang buat seolah2 tak tahu apa2 sdgkn dia perancang utama.. wallahhuaklam!

    BalasPadam
  3. aduhai seribu kali sayang..
    dlm masa 6 bln kehilangan aset bernilai RM100 juta.. sunggih tiris nampaknya pertahanan udara negara kita ni..
    'orang dalam' ?? hehehe.. siapa la agaknya yg bakal di'korban'kan..

    BalasPadam
  4. Best kan, free2 jer 100j masuk poket, tp tak heran pun sebab perut mereka pun sedang kembung ngan duit haram

    BalasPadam
  5. nak beli aset2 baru tuk jaga kedaulatan negara pun susah n x ckup bajet..ada plak yang senang2 jual aset sedia ada..harap2 kerajaan umum nama2 yang terlibat..biar semua tau sape pengkhianat jual aset yang dibeli dengan duit rakyat tuh..

    setiap akses kepada aset2 penting negara mestilah ada level 'clearance' yg tggi..dan mesti pegawai2 tertingg terlibat sana..harap bg hukuman seberat2 nya supaya kes neh x akan berulang dan menjadi pengajaran kepada org lain..setakat disuruh bersara awal tuh bukannye hukuman setimpal!

    BalasPadam
  6. RM 100 juta..it's a big figure. tak kira enjin lama atau enjin baru..terpakai atau pun tidak, govt. still at loss. selepas 2thn baru discover benda tu hilang...hurm..mmg something wrong somewhere laa..mmg sudah terancang!!

    BalasPadam
  7. Jangan pilih bulu
    Jangan tutup sebelah mata
    Jangan BILIS masuk ke jaring
    Jangan JERUNG lepas di laut dalam

    Inilah masa guna ISA tu...
    Inilah masa membuktikan KATA & PERBUATAN sama setara.

    Kami RAKYAT MALAYSIA amat hormat kepada MANUSIA yg tidak bias di dalam setiap perkara. Cuba lakukan sesuatu yg luarbiasa jauh daripada kebiasaan...

    'Tuhan tdk akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan diri mereka sendiri'

    BalasPadam
  8. Susah nak cakap tentang hukuman yang bakal dikenakan. Entah-entah ada pihak yang akan di kambing hitamkan untuk menutup perilaku empunya diri yang sebenar,,,Kalau tak tangkan sampai 2 tahun baru nak bongkar....

    BalasPadam
  9. huh byk tu.. mesti x dpt tido malam bila rahsia dh tbongkar, bila duit masuk poket sedap la lelap.. tp skang? huh...

    BalasPadam
  10. ITULAH YG DI KATAKAN BIJAK TAK BERTEMPAT.UTK MAKLUMAT SEMUA ENJIN TERSEBUT BUKANLAH ENJIN BARU TETAPI ENJIN YG BARU DI OVERHAUL DAN MASIH BAIK KEADAANNYA. DI SIMPAN DI GUDANG SEBAGAI SPARE PART. BILA ADA KEPERLUAN BARU DI KELUARKAN DAN DI HANTAR BUTTERWORTH(SKUADRON F5E) ATAUPUN KE AIROD(AIROD MENJALANKAN MAJOR SERVICING UTK PESAWAT F5E). ATAS KEBIJAKSAAN TAK BERTEMPAT MEREKA INI, DGN SOKONGAN DOKUMEN YG KELIHATAN SAH DAN DI TANDATANGANI OLEH PEGAWAI ATASAN YG TERBABIT(SIAPA YG AKAN MERAGUI?), ENJIN TERSEBUT DI BAWA KELUAR DARI GUDANG DGN MENGGUNAKAN LORI KONTENA(DGR CERITA DRIVER LORI TU PUN DAH KAYA JUGAK!).RAMAI YG MENGAMBIL BAHAGIAN DLM SENARIO MEMBAWA ENJIN TERSEBUT KELUAR. DARI PEGAWAI ATASAN HINGGALAH PANGKAT BAWAH. DARI PEMANDU LORI HINGGALAH KE ANGGOTA PROVOST(YG MENJAGA PINTU MASUK).DAN SEMUANYA 'TELAH' KAYA! MISSION PERTAMA SUCCES MAKA MISSION KEDUA DIJALANKAN.
    SEBENARNYA PIHAK TUDM TELAH MENUBUHKAN LEMBAGA SIASATAN(B.O.I- BOARD OF INQUIRY)DAN TELAH MENJALANKAN SIASATAN DALAMAN BERMULA PADA TAHUN 2007 LAGI. BIASANYA B.O.I INI AKAN MENGAMBIL MASA YG AGAK LAMA(YOP BIASA TERLIBAT DLM B.O.I NI, KIRA MCM PENYIASAT LA).AHLI B.O.I AKAN MENYUNGKIT ABIS SEHINGGA KE AKAR UMBI. DAN DI PENGHUJUNGNYA BILA ADA KES YG SAHIH( DI DALAM KES ENJIN NI MERUPAKAN KES BERPROFILE TINGGI) MAKA LAPORAN POLIS DIBUAT. BILA LAPORAN POLIS DI BUAT MAKA HEBOHLAH (SURE HEBOH!) SATU MALAYSIA.

    BalasPadam
  11. Thanks Bro Yop...Baru la orang jahil macam aku ni faham....

    BalasPadam
  12. Sorry...Yop, B.O.I. tu macam yang cerita J.A.G.( Judge advocate General )TV siri tu ker ?

    BalasPadam
  13. Sori berlori YOB... jadi bukan ler Santa Claus yg bawak lari yerrr...
    saya silap... maaf yerrr...

    *pssttt dulu kem Handau ker?

    BalasPadam
  14. FADZLI,LEBIH KURANG MCM JAG JUGA LA TAPI BOI NI DI ANGGOTAI OLEH MEREKA YG PAKAR DALAM BIDANG MASING2(ENGINEERING,ADMIN,MATERIEL DAN SEBAGAINYA)DAN TIDAK SEPENUH MASA. BILA ADA KES BARU DI LANTIK. PENGHUJUNG KES SAMADA BERSALAH ATAU TIDAK,PERLUKAN HUKUMAN ATAU TIDAK,PEMBETULAN YG BOLEH DI BUAT, PERLU COURT MASHALL ATAU MAHKAMAH AWAM(KES POLIS LA TU)
    AA,DULU MEMANG HANDAU(PERTAHANAN UDARA) SEKARANG PASKAU(PASUKAN KHAS UDARA,BERET BIRU) KOMANDO UDARA, TERJUN TAK PAKAI PAYUNG PUNYA HE HE HE

    BalasPadam
  15. saya salah seorang yg sangat menyanjung budaya dan kerjaya tentera...terus terang saya kurang respect pada polis berbanding dgn askar.

    tapi berita nie sangat mengecewakan saya...selain duit bernilai puluh2@ratusan juta...nilai taat setia pada negara jadi ukuran...

    ikutkan saya...charge jer dierorg nie menderhaka pada negara @ melancarkan peperangan pada yg dipertuan agonggg....hukum bunuh jerkk!!!!

    BalasPadam
  16. Seyakinnya aku berasa 'orang yang terlibat' pasti panas bontot sekarang ni. poket yang penuh berisi duit akan jadi duit panas selepas ini.

    BalasPadam
  17. RM100 juta.. Kalau aku dapat, seumur hidupku goyang kaki pun belum tentu habis duit sebanyak tu.. Banyak wooo..

    BalasPadam
  18. Bukan setakat mereka yang melakukan nya malah ahli keluarganya juga mereka mereka memerintah,pemerintah kerana tidak amanah menghabiskan wang yang patut untuk rakyat di dahulukan.Dalam Kerajaan dah tak ada duit jumlah RM100juta banyak projek untuk rakyat bolih digunakan.Jangan perut di utamakan ,keluarga didahulukan.Kesalahan yang tak bolih dimaafkan.

    BalasPadam
  19. ...RM100juta...kalaulah blh dpt balik..tk payahlah Bersamamu@TV3 mintak derma susah2..blh guna duit tu bantu rakyat termiskin...kalau kos rumah RM25,000...lbh kurang 4,000 buah rumah tu...

    BalasPadam
  20. Bila 1 persatu pertahanan kita sudah dicerobohi dengan sikap2 tamak seperti ini! Yg menderita suatu hari nanti adalah rakyat! Ummi harap sangat agar kes ini disiasat sehinggan pesalah2 terbabit dihukum! Kalo ditahan sbg tahanan ISA pun bagus!

    BalasPadam
  21. er.. kenape tak repot kat polis awal2 dan dgn itu diselaraskan sekali BOI kerja menyiasatan tu? maybe ia takan mengambil masa lama..

    maaf .. saya bertanya.. sbb mahu tahu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.