Sewaktu kecil, majoriti kita pernah tercicir duit syiling, samada 5 sen, 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Kita tepuk dahi berulang kali sebaik menyedari poket seluar dipakai bocor.
“Cuba engkau ingat balik elok-elok, bila last sekali duit 50 sen tu ada dalam poket?,” ujar kawan cuba membantu.
Spontan kita memerah otak.
“Tadi masa main getah (bulat) di tangga opah Limah, aku raba poket, duit tu ada lagi,” ujar kita, sedih.
“Lepas tu engkau kan pergi tangkap anak lipas kat bawah rumah Pak Talib nak buat umpan pancing, ingat tak?,” soal rakan.
Maka berduyunlah semua rakan sepermainan, lelaki dan perempuan menuju ke bawah rumah Pak Talib. Zaman 70 an kebanyakan rumah di kampung bertiang kayu tinggi, kawasan bawah rumah selalunya dipenuhi pasir halus berdebu. Sambil membongkok, semuanya terkuis sana, terkuis sini. Tangan berhabuk, dahi berpeluh. Jika ada rezeki, syiling 50 sen dijumpai, jika tidak kita melopong, berdebar, takut dimarahi.
“Cuba engkau ingat balik elok-elok, bila last sekali duit 50 sen tu ada dalam poket?,” ujar kawan cuba membantu.
Spontan kita memerah otak.
“Tadi masa main getah (bulat) di tangga opah Limah, aku raba poket, duit tu ada lagi,” ujar kita, sedih.
“Lepas tu engkau kan pergi tangkap anak lipas kat bawah rumah Pak Talib nak buat umpan pancing, ingat tak?,” soal rakan.
Maka berduyunlah semua rakan sepermainan, lelaki dan perempuan menuju ke bawah rumah Pak Talib. Zaman 70 an kebanyakan rumah di kampung bertiang kayu tinggi, kawasan bawah rumah selalunya dipenuhi pasir halus berdebu. Sambil membongkok, semuanya terkuis sana, terkuis sini. Tangan berhabuk, dahi berpeluh. Jika ada rezeki, syiling 50 sen dijumpai, jika tidak kita melopong, berdebar, takut dimarahi.
"Duit tu tadi emak suruh beli asam Jawa, dia nak masak. Mesti dia marah, matilah aku. Itulah engkau orang, aku nak pergi kedai runcit Pak Mat, ajak aku main getah!," kita menyalahkan rakan.
Perlahan, kita melangkah berjalan semula menuju rumah.
“Tak apalah, tak ada rezekilah tu. Duit syiling, kecil, memang senang hilang. Lain kali periksa poket dahulu sebelum bubuh duit. Lepas itu, ingat, kalau emak suruh pergi kedai, pergi terus, jangan menyinggah pula. Petang nanti lepas ayah jual getah beku, mintaklah duit, dia tak marah, cakap emak suruh beli asam, 50 sen sahaja,” kata emak menyedapkan hati.
Benar kata emak, duit syiling, kecil. Terlalu kecil, mudah hilang berbanding enjin jet pemintas, F-5E milik Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM, hilang sejak tahun 2007 dan dilaporkan dijual kepada syarikat antarabangsa di Amerika Selatan.
Enjin terbabit bernilai RM50 juta, bukan 50 sen.
Kejadian berlaku akibat bukan sahaja ‘poket’ TUDM dikatakan bocor, malah pesak seluar juga dengarnya rabak. Mesti ayah dia orang mengamuk, kan?
Perlahan, kita melangkah berjalan semula menuju rumah.
“Tak apalah, tak ada rezekilah tu. Duit syiling, kecil, memang senang hilang. Lain kali periksa poket dahulu sebelum bubuh duit. Lepas itu, ingat, kalau emak suruh pergi kedai, pergi terus, jangan menyinggah pula. Petang nanti lepas ayah jual getah beku, mintaklah duit, dia tak marah, cakap emak suruh beli asam, 50 sen sahaja,” kata emak menyedapkan hati.
Benar kata emak, duit syiling, kecil. Terlalu kecil, mudah hilang berbanding enjin jet pemintas, F-5E milik Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM, hilang sejak tahun 2007 dan dilaporkan dijual kepada syarikat antarabangsa di Amerika Selatan.
Enjin terbabit bernilai RM50 juta, bukan 50 sen.
Kejadian berlaku akibat bukan sahaja ‘poket’ TUDM dikatakan bocor, malah pesak seluar juga dengarnya rabak. Mesti ayah dia orang mengamuk, kan?
Kes ini mereka memang dah tak pakai seluar lagi dah ni..
BalasPadamSalam Bro Mazidul,
BalasPadamBarang RM50 juta Bro, bukan kecil jumlahnya. Duit rakyat tu, takkan nak biar hangus gitu je.
Cuba check di unit lain dalam cabang ATM seperti TLDM, pun ada 'tiris'nya.
Tapi bila dah jadi begini, tentu golongan pengkhianat yang berkenaan panas punggung.
Harap-harap kerajaan tak senyapkan kes ni.
Peguam Negara pun kena cepat bertindaklah, ini kes profil tinggi ni.
Salam Sdr...
BalasPadamsatu lagi BESAR yg Malaysia BOLEH..
kehilangan terBESAR! :(
saya ingat kan baru baru ini hilang enjin nya... rupanya bila baca paper, tahun 2007 dah hilang...
BalasPadamlama betul nak kesan ye...
enjin bernilai RM50 juta yang besar gitu pun boleh hilang...
bagaimanakah mereka melaksankan operasi mencuri itu ye?
menggigil nak menjawab.....
BalasPadamHa ha ha..Mana tak nya Abg Mazidul kita... Bukan setakat mengamuk je..silap-silap ada yg kena tembak plak lepas ni..
BalasPadamSalam BRO MAZ..
BalasPadamni komen saya kali ke 3 untuk isu ini (di blog lain saya dah komen yg sama 2x)
Magic mana depa pakai...?
Bomoh Siam mana depa panggey?
Sah, Santa Claus ler yg bawak lari tuuuhhh....
Lols..macam penah jadi kat aku.Hilang 50 sen masa macam ilang 50 hinggit sekarang nih. Risau nak balik umah takut kena sebat dengan ayah.
BalasPadamAyah pulak dia tak der belas kasihan lagi rasa macam tinggal kat Abu gharib pulak. Undang-undang mengalahkan kem PLKN. Hilang 50 sen? Banzai!!! memang tak balik umah la sampai lepas maghrib. hahaha. Bro bila engin F5E ilang saper lak yang balik lepas airbase waktu maghrib?kener sebat tak?
Hahaha... ini kejadian kecurian paling bodoh pernah saya dengar. Sebab enjin sebesar tu, dengan harga macam tu, di dalam kawasan macam tu, dijual ke antarabangsa macam tu, masih boleh diklasifikasikan CURI??? sungguh lucu!
BalasPadamKeja pengkhianat ni...
BalasPadamYe Bro. memang tentu 'ayah' diaorang dalam TUDM akan marah 'anak-anaknnya'. Macamana 'sekecil-kecil' enjin tu boleh hilang. Kalau sekeping duit 50sen boleh diterima akal lagi.
BalasPadamkes ini mesti di siasat dengan teliti. Ianya melibatkan jutaan ringgit, bukannya sen..
BalasPadamDulu semasa menonton filem org PUTIH cerita tentang kecurian bom nuklear la, senjata rahsia la, sering tertanya dimanakah logiknya cerita tersebut, barangan yang besar-besar boleh diseludup dan di curi, terfikir mungkin keadaan geografi negara mereka yang luas dan besar memungkinkan sesuatu barang yang besar itu dicuri. Alih-alih terjadi di negara sendiri.... Sejauh manakah kekuatan angkatan tentera kita dalam mempertahankan negara sedangkan barangan yang besar seperti enjin jet pun boleh dicuri?? apatah lagi barangan yang kecil-kecil seperti M16, peluru ataupun bom C4. Agaknya ada tak yang hilang dicuri??? Dan terjadinya pulak pada tahun 2007 dan sampai sekarang masih belum selesai. Siapakah yang tak buat kerja atau kerja main-main sampai kes yang begitu besar seakan diabaikan.... Macam cerita lawak je....
BalasPadamenjin tu jugak bukan mcm enjin kete kontrol yg bole masukkn dlm poket...beso tu...dh ilang 2 tahun baru perasan kee...enjin tu terbang sendiri ke?????ish..ishh..ishhh
BalasPadamHU HU HU NASIB BAIK YOP DAH BERSARA DARI TUDM! KALO TAK MALU GAK NAK JAWAB! RASA2NYA TAHU MCMANA BOLEH BERLAKU TAPI TAK NAK ULAS PANJANG. BIARLAH PIHAK YG BERKENAAN YG SIASAT.
BalasPadamTerkejut dan rasa sesak kat dada baca paper Berita Harian hari ni...bukan 1 yang hilang, tapi 2 enjin jet yang hilang....isk2...
BalasPadamHarap kes ni cepat-cepat diselesaikan....maruah TUDM dan ATM sedikit sebanyak dah tercalar akibat kes berprofil tinggi ni...
Harap kes ni blh diselesaikan secepat mungkin..
BalasPadamhe...23x enjin kapal terbang kite laku sngat ke...??? US beli pulak tue...
BalasPadamjgn la melawak lebih2 kan... kite pun byk beli 2nd hand punye barang...
ops lupe..
BroFramestone Blog
Lepas nih jangan terkejut kalau banggunan KLCC hilang... Tetiba ada kat Bangladesh heheheh...
BalasPadamMudahnya kan? orang boleh senang2 bolosi sempadan negara?
?
Bro Yop, harap dapat berkongsi cerita la.. Kami orang biasa ni nak la tau jugak macamana prosedur nak bawak enjin jet tu....Tu pon kalu buleh la....( dulu masa kecik cita-cita nak bawak jet pejuang )
BalasPadamMacam mana ni bang ?
BalasPadamNajib kata takkan ada cover-up ? yeke...bleh percaya ke ?
Lets go straight to the facts. This is what came out from the PM's mouth himself k
- He said that the Ministry of Defence has lodged a police report as soon as the jet engine was discovered to be missing LATE LAST YEAR...that's 2007 people ! Skrg baru pekung terdedah. Yg terbabit da kena pecat tp general masih dpt pencen ? aikk mcm tu plak...
- then the Police are currently still investigating how the engine could have been stolen...alamak dah setahun siasat ? apa dah jadi ? No cover-up but no revelation either.
Siapa Menteri Pertahanan masa tu ? hehe...sedihnya apa la nak jadi dgn Malaysia ni. Kalo macam ni habis la KPI Government ?
GTP plak mcm mana ? bleh percaya ke dgn harapan & initiative baru ni. You people be the judge. I rest my case.
ekekekekeke
BalasPadamdahsyat betul kehilangannyer
sungguh trajis
50 juta???
ermmm
paris
london
istanbul
japan
taiwan
italy
africa
wahhh 2 many country can visit...
ekekekeke
jgan salahkan org luar
cari org dalam lu k
ni lagi teruk dari penghianat bangsa, hahaahaha
BalasPadam5 kupang kalo ilang...leh gak pi tolong mak pak kutip getah buku....
BalasPadam5 juta kalu.....gulppp....sape menteri pthanan time tu...sila jawab STS dari rakyat... :P
p/s : STS - surat tunjuk seluar ...(sebab poket koyak)
Banyak, 50juta memang banyak.
BalasPadamentah duit saper itu.
sesama rembat bila ada peluang,tanpa mengira pangkat.
Pastikan pesalah dapat di tangkap dan di humban ke dalam penjara...
BalasPadamdia org bwk pakai tikar terbang tu..ala..yg mcm dlm cite laksamana doremi tu..hehehe..tpi..yg ni laksamana pecuri...
BalasPadamntah2,data berkaitan pertahanan negara pun kena jual..
BalasPadamKecurian enjin jet F-5E bukan macam orang mencuri buku di kedai buku, curi seluar dalam perempuan yang sedang dijemur atau mencuri hati gadis cantik.
BalasPadamKecurian enjin jet F-5E itu AM rasa adalah 'penjualan yang tidak mengikut prosedur'.
Sebenarnya berbanding kecurian seluar dalam dan kehilangan duit 50 sen, kehilangan enjin jet pemintas F-5E terlalu mudah di kesan. Malah kerajaan boleh kesan siapa 'pencurinya'.
Kita dah tahu bahawa enjin itu di jual di USA. Jadi check saja siapa yang sign dokumen jual beli itu, dan ke dalam akaun mana duit dimasukkan. Habis cerita.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Salam bro...
BalasPadamJangan lupa kes pembelian pesawat A4 Skyhawk suatu ketika dahulu.
Dikatakan bahawa jumlah yg sampai ke Malaysia berbeza dgn jumlah yg dibeli. Mmg betui pun...
Malangnya TUDM kehilangan dokumen hakmilik semasa nak membawa kembali baki pesawat yg disimpan sekian lama di negara Uncle Sam tu.
Saya ada membuat posting isu ni.
Patutlah orang tu dapat naik jadi Punk-5 ATM. Ada udang di sebalik mee goreng rupanya.
Kah kah kah!!!...
...ape de hal RM50 juta jek!
BalasPadam> PKFZ rembat lg byk: 4, 5 kali ganda dari amount tu ...
> ni cite lama (2007) aleh2 baru surface skrg. aikk pelik2
> jgn2 nak alih pdgn kita kot ...aaa lu pikir la sendiri :P
Salam,
BalasPadampelik kan, hilang 2007 tp hujung 2009 baru boleh kesan. Magic tul
RM50j bukan RM0.50
Bapak mengamuk? Bapak TUDM dah disuruh BERSARA AWAL!
BalasPadamAnak Banjar, sebenarnya enjin pesawat itu sudah tidak digunakan lagi. Maksudnya (yang AM faham) kalau boleh dijualpun sebagai barang terpakai. Jadi tak ada kena mengena dengan keselamatan negara. Ianya bukan data perisikan atau maklumat tentang negara Malaysia.
BalasPadamApapun kerana harganya yang terlalu mahal dan itu adalah hak negara, tidak bolehlah suka-suka jual dan duitnya masuk poket sendiri.
www.anak2merdeka.blogspot.com
"....kita jangan jual k/terbang.. kita jual enginenya sahaja..kalau jual semua nanti orang perasan...masa orang perasan nanti semua sudah terlambat... masa tu kita dah kaya"
BalasPadam...begitulah agaknya dialog orang2 yg tidak berperikemanusian...macam ni sedih jadi rakyat malaysia...
weeeiii...audit mana pegi 2007??? bisu..??, tak buat keja..?? atau jerung dh mkn...??? hik3...lu pikir la sndiri...
BalasPadamCBENG, bukan jerung makan la, kena letup ngan C4 baru betol....hehehehe...
BalasPadamkalau setakat 50sen boleh dapat asam jawa. 50juta???
BalasPadam