Khamis, Disember 24, 2009

Mayat Di Kampung Boyan

Satu lagi kekejaman.

Satu lagi kes bunuh didepani pihak polis. Samada mampu diselesaikan atau tidak bakal kita lihat dalam jangka waktu terdekat.

11.30 pagi, 22 Disember lalu, 3 pekerja pembersihan melakukan tugasan rutin menemui mayat kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia di antara 11 dan 13 tahun di kolam takungan banjir Kampung Boyan, Lorong Gurney, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Leher mangsa dijerut menggunakan tuala kecil, mayat ditemui terapung memakai baju tidur tanpa seluar dalam. Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di kawasan terbabit dalam tempoh kurang 24 jam.

Siasatan awal polis mendapati mangsa berketurunan India dengan ketinggian 122 sentimeter. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.

Bayangkan bagaimana keadaan anak kecil itu sebelum mati? Jerutan di leher pasti amat menyakitkan sebelum nafas terhenti. Kaki dan tangan mungkin meronta cuba sedaya mungkin membebaskan tubuh kecilnya namun tidak berdaya kerana pembunuh berkudrat dewasa. Selepas dibunuh dan dirogol (bedah siasat 4 jam mendapati mengesan koyakan kecil pada kemaluan si mati), mayatnya dihumban ke dalam kolam berlumpur.

Amat zalim perbuatan makhluk bergelar manusia.

Update Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman, siang tadi polis menahan buruh, lelaki India berusia 34 tahun. Ibu mangsa mendakwa suspek bertemu anaknya sebelum kejadian. Dua hari lalu, kes kehilangan kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan wanita India di Balai Polis Dang Wangi. Wanita terbabit juga turut ditahan untuk tujuan siasatan.

27 ulasan:

  1. Pembunuh yang tiada perikemanusiaan. Kalau kanak-kanak itu ada membuat salah pun, takkanlah sampai tahap di bunuh.

    BalasPadam
  2. Astaghfirrullah..

    Mengapa agak nya ya, ada manusia boleh melakukan sesuatu yang kita rasa mustahil untuk manusia..

    BalasPadam
  3. Zaman sekarang ni di Malaysia sahaja kes pembunuhan menjadi-jadi. Sesuatu yang menakutkan. Dari peringkat anak kecil sehinggalah ke peringkat usia emas pun ada terjadi kes Pembunuhan.

    BalasPadam
  4. Salam Bro Mazidul,

    Alangkah kejamnya memperlakukan budak perempuan seperti ini.

    Pedulikan soal bangsanya, tak kira India, Cina, Melayu, Kadazan atau apa jua, dia tidak sepatutnya mati dengan diazab begitu.

    Memang setanlah manusia yang buat begini. Sejak peristiwa Nurin, dan kisah Sharlinie yang masih tak tau penghujungnya, kita berdepan dengan suasana tak selamat.

    Terus terang saya nyatakan, saya rasa memang Malaysia menjadi makin tak selamat.

    Pergilah ke KL pada musim cuti, jika melihat orang asing semakin banyak di negara kita, bercakap dalam bahasa yang tidak difahami, budayanya yang berbeza dengan budaya tempatan, apakah kita boleh rasa selamat?

    Jumlah penagih dadah yang bertambah saban hari juga menakutkan. Dadah sintetik seperti syabu bukan sahaja menjadikan penagih khayal dalam dunianya, tetapi juga menjadikannya lebih berani melakukan perkara yang orang biasa tak boleh buat.

    Selamatkah kita, Bro Mazidul?

    BalasPadam
  5. salam....memang dunia dah akhir zaman,manusia jadi zalim tanpa ada belas kasihan sanggup berbunuhan sesama manusia...

    BalasPadam
  6. Persekitaran yang semakin hari semakin tidak selamat untuk siapa saja.. :(

    BalasPadam
  7. KEJAM!
    KEJAM!
    KEJAM!

    Si pelaku wajib diperlakukan seperti apa yg telah dilakukannya kelak!

    BalasPadam
  8. SEHINGGA JAM 8 TADI MASIH BELUM ADA WARIS YG MENUNTUT MAYAT MANGSA. ADAKAH MANGSA DI BUNUH OLEH WARIS SENDIRI ATAU MANGSA MERUPAKAN PENDATANG ASING(ROHINGYA?).
    HARAP PIHAK POLIS DAPAT MENYIARKAN WAJAH MANGSA(JIKA MASIH SEMPURNA) UNTUK MENJEJAK WARISNYA. MUNGKIN JIKA MANGSA RAKYAT MALAYSIA, ADA JIRAN YG PRIHATIN YG MENGENALI MANGSA.

    BalasPadam
  9. Salam Satu Malaysia,
    Ibubapa kini harus sentiasa memantau anak-anak mereka kerana keadaan Di Malaysia kini tentang keselamatan kurang menyakinkan.

    BalasPadam
  10. Memang sadis betul.. Kejam dan tidak berperikemanusiaan... Binatang...!

    kasi hukum tembak sampai mamp**S...!!

    BalasPadam
  11. MasyaAllah....Apa la punya psyko pembunuh tu....budak kecik yang tak tau apa pun jadi mangsa..Betul kata Bro Maz tu, macamana la perasaan budak tu, tentu meronta dan dalam ketakutan yang amat sangat sambil merasakan saat-saat menunggu kematian....tak dapat nak bayangkan. Mintak dijauhkan daripada anak-anak aku ataupun anak-anak sesiapa saja....

    BalasPadam
  12. salam, satu lg kes manusia yg sakit jiwanya... tiada perikemanusiaan terutama kpd kanak2

    BalasPadam
  13. memang zalim.. saya berharap manusia binatang ini terima balasan nya. Secepat mungkin!!

    BalasPadam
  14. simpati dengan apa yang berlaku kat budak tu....satu lagi kes yang menyayat hati sebagai penutup tahun 2009...

    BalasPadam
  15. Semalam satu hari dok bercerita pasal kes ni di ofis gara2 gambar front page mayat budak tu.

    Innalillah... Takziah kepada keluarga kanak2 malang tu.

    Tugas Polis - cari penjenayah sampai dapat. Pastikan hukuman paling berat agar bagi pengajaran pada org lain.

    Tugas Kita- Pantau anak2. Jangan tak ambik tau mana anak2 pergi. Kalau boleh minta org dewasa temankan atau hantarkan kalau dia hendak ke mana2. Dulu emak saya sanggup hantar dan ambik saya di sekolah, hanya untuk memastikan saya selamat sampai ke sekolah dan rumah.

    Kalau emak saya boleh buat. Kenapa ibubapa lain tak boleh?????

    BalasPadam
  16. manusia mula hilang kewarasan....
    sorry to saylah, kalau dah gila sangat, apsallah tak melanggan di lorong2 jer?

    BalasPadam
  17. banyak kejadian seperti ini berlaku di seluruh Malaysia..
    tapi saya kesal tak pernah terlintas dalam fikiran rakyak Malaysia kepentingan bank DNA...
    dan ada pulak yang membangkang bank DNA...
    dek kerana kepentingan seseorang dan kepentingan politik
    2+ juta rakyat Malaysia mengalami kerugian yang amat besar...

    bersangkut dengan kes ini, cuba kita fikir,
    manyat sudah di temui, tapi kita nak banding dengan DNA siapa??? rakyat Malaysia ada 2+ Juta orang??
    sekiranya ada bank DNA seperti mana US dan lain lain negara, ambil sampel mangsa dapatkan laporan DNA dan check dalam bank DNA, serta merta dapat identiti mangsa dan tidak mustahil juga identiti saspek yang kemungkinan rambut atau cebiran kulit masih ada di kuku mangsa ketika mangsa melawan...

    sebaliknya sekrang, nak mengesan identiti mangsa saja dah jadi satu benda yang amat susah, bahkan lagi mahu tau saspek dan motif...

    BalasPadam
  18. Bila nafsu membelakangi yg maha Esa...pikir pikirkan dan selamat beramal...keh3

    BalasPadam
  19. Kasih sayang, saling hormat menghormati pun tahu nilai & hak orang semestinya kena terusan dipelihara dalam hati setiap orang.

    Jika dalam rumah tangga pun seorang ibu & ayah sering bersikap jalak, garang, menjerit & tidak prihatin bagaimana jiwa manusia@anak bakal terbentuk pun akan terpelihara.

    Sejarah mereka yang berlaku kejam kalau pun tidak disebabkan dadah, arak, pasti ada kaitan dengan pendidikan awal pun persekitaran yang mendesak mereka melakukan sedemikian.

    Sifat azali manusia amat bersih & suci. Maka itu sering kita sebuti bayi itu laksana kain putih ibu & ayahnya yang bakal mencorakkan kain ini.

    Saya amat benci kekejaman pun mereka yang bersifat garang payah memaafkan kesalahan orang.

    Saya lebih tertarik mereka yang berhemah tinggi, sopan santun pun berperibadi mulia.

    Pembunuh kejam ini mesti ditangkap & dihukum jangan biarkan kekejaman ini terusan berlaku!.

    BalasPadam
  20. Setuju dengan faizul.Saya pun pernah berhujah dengan BAR Council pasal DNA Bank ini. Depa tak setuju.

    Bukankah DNA juga, dah terbukti banyak kali, dapat membebaskan mereka yang tidak bersalah?

    Atau barangkali kepentingan anak guam lebih utama daripada mangsa?

    Oh ya, kalau terasa Malaysia seakan tidak selamat, kenapa tidak kita berusaha untuk selamatkan?
    Atau kita sebenarnya lebih senang duduk diam daripada melakukan sesuatu untuk generasi kini dan akan datang?

    Jom cegah jenayah!

    BalasPadam
  21. Dalam soal ini, siapa yang patu dipertanggungjawabkan? Adakah penculik yang menculik? ibu bapa yang leka? ataupun pihak berkuasa yang kurang peka?

    BalasPadam
  22. kesihan, sedih, sebak, melihat seorg kanak2 yg diperlakukan sebegitu sekali, hukuman yg berat patut dijatuhkan pada yg bersalah, biar sapa pun pesalah yg terlibat hendakla berlaku adil. cume terdetik di hati, dah hilang akal kah yg melakukannya? tidak dgr kah dia rayuan si kecik tu ketika merayu dilepaskan? tiada sempatikah dia? atau selayaknya dia digelarkan haiwan, tetapi haiwan pun mengasihi sesama mereka... apa lg gelaran yg patut diberikan pada manusia zalim ni.

    BalasPadam
  23. tangkapan telah dibuat.. tunggu brita esok.. baru PC tadi...

    BalasPadam
  24. Malaysia bukan lagi negara yang aman damai, itulah hakikat sebenarnya, hati-hati kawan-kawan di luar sana, penjahat berada di mana-mana...

    BalasPadam
  25. Lagi-lagi jenayah kejam. Antara puncanya adalah ramainya penagih dadah. Sampai polis pun tak tertangkap, lokap pun penuh, pusat serenti pun tak muat.

    Penagih berkeliaran di persekitaran kita. Jadi mereka ini berpotensi untuk jenayah. Budak kecil yang nak ke sekolah pun dia mintak duit seringgit dua, kalau tak bagi, boleh jadi jenayah.

    Penagih ni, nafsu sex pun kuat. Nak puaskan nafsu tak kira pada budak ke orang tua, nenek pun dia sapu. Kalau tak dapat, dia rogol. Lepas tu boleh bunuh.

    BalasPadam
  26. intitusi yg bermula dari bawah,akraban alam sekeliling yg longgar dan lemah dari bawah.semangat jiran yg tak terkawal.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.