Selasa, Disember 15, 2009

Jadahnya Umur Amah 15 tahun? Bangang!

Media Indonesia dijangka bakal kecoh lagi. Namun, harapannya tiada ahli pertubuhan bukan kerajaan mereka terdorong bercadang menyerang Malaysia seperti pernah berlaku sebelum ini.

Mengapa?

Pemilik kedai alat tulis, Lim Boon Chong, 34 tahun, dituduh menyiram air panas ke tangan amahnya pada jam 10 pagi, 1 November lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun, didenda dan disebat. Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan Hakim Yong Zarida Sazali dan diikat jamin RM6,000 sehingga sebutan semula kes, 1 Januari 2010.

Apapun, itu semua cerita biasa.

Fakta lebih menarik perhatian saya, pembantu rumah warga Indonesia itu, Mujiah, berusia 15 tahun.

"Umur amah warga asing berkerja di Malaysia mesti 18 tahun ke atas. Tetapi kalau di passport dia tercatat usia 15 tahun, Jabatan Imigresen kena hormat, sebab passport, dokumen perjalanan rasmi negara," ujar pegawai Jabatan Imigresen saya hubungi jam 6 petang tadi.

"Biarpun, kita tahu umur dia kurang 18 tahun?," soal saya.

"Ya," jawab beliau.

Di Malaysia dan majoriti negara dunia lain, mereka berusia 15 tahun, golongan di bawah umur (under age) dan tidak dibenarkan berkerja.

Jadi, bagaimana ke jadahnya, Mujiah boleh berkerja sebagai amah?

Ejen membawa dia masuk ke negara ini bangang! Kelompok berpura-pura kononnya tidak mengetahui dia berusia 15 tahun juga bangang! Pihak menggajikan dia juga harus dicop bangang!

Mereka semua sepatutnya melindungi hak dia! Tetapi sayang kerana bangang dan gagal membuat keputusan mengikut undang-undang atas alasan berbeza.

Fakta Jika orang dewasa mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan berusia 15 tahun, biarpun secara sukarela, perlakuan itu tetap dianggap merogol. Kenapa? Kerana keputusan remaja berusia sebegitu boleh dipertikaikan (bukan keputusan orang dewasa).

34 ulasan:

  1. salam, maid2 indon ni biasa bab2 umur ni. Kalau umur 15 ngaku 18, ada pulak umur 50 ngaku 35, bila dtg sini nak buat keje pn tak larat

    BalasPadam
  2. Di sana Pak, kalau ada uwang semuanya bisa.....

    BalasPadam
  3. ehm rasanya dah muak bercerita pasala amah indon, ada je yg x kene ngan mereka ni. sokong kata2 sis nanie, cth paling hampir adalah jiran sy bila tanya umur, katanya 30 thn, tp kalau tgk umur dah mcm 45 thn, lepas tu buat keje pun x larat. asyik tertido je time pegang baby. so kerajaan Malaysia, buatla something, terlalu banyak rasanya aduan berkaitan ngan amah indon ni. cume musykil apa jadi ngan kanak2 yg didera oleh pembantu rumah plak? fokuskan jugak hal ni. kerna kalau rakyat Malaysia ni dikatakan jahat dan zalim kerna mendera amah, amah ni pun sama jahat dan zalim kerna mendera kanak2 yg x tau apa2. jadi mana lagi jahat? majikan yg mendera amah atau amah yg mendera kanak2 yg x reti apa2.

    BalasPadam
  4. ros,
    mereka menipu umur sebab nak kerja, biasanya menipu umur nak lebih tua, bukan nak lebih muda.
    ros ,
    memang memang..menambah2 jer

    BalasPadam
  5. Saya terkejut juga.. tapi bak kata saudara Khalil tu, 'Di sana Pak, kalau ada uwang semuanya bisa.....'

    BalasPadam
  6. Begitulah, bila sudah terdesak dan tertekan oleh kesempitan hidup. Kalu kita sekali pun berada di keadaan mereka?

    hmmmm mujur tiada yang berani tipu jantina. Yang lelaki jadi amah. Macam dalam filem Mrs. Doubtfire tuh... heheheheh...

    BalasPadam
  7. Malaysia BOLEH!

    Perkara yg tak boleh - menjadi boleh
    Perkara yg tak boleh - dibolehkan

    Pihak berwajib yg BOLEH mengambil tindakan di mana ya? Bila?

    BalasPadam
  8. assalammualaikum

    kalau dah di depan mata duit, segalanya bisa jadi

    BalasPadam
  9. Salam perkenalan

    Kak zai dah muak dengan amah2 indon ni sebab sebelum ni pun anak kak zai pernah jadi mangsa dera.

    BalasPadam
  10. Saya tak suka indon, kuat pembohong, depan cakap lain belakang cakap lain, manusia munafiq itulah indon...

    BalasPadam
  11. Yah, kes ini berbeza, mangsa di bawah umur.

    Bayangkan, jika awak mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun dan diperlakukan seperti didakwa. What do you feel?

    Saya juga tidak suka kepada Indon jahat tetapi amah ini saya 100% yakin tidak boleh dipersalahkan.

    Dia bukan dewasa.

    BalasPadam
  12. Ehem. Siapa bagi permit? Siapa? Sila angkat tangan. Dah angkat tangan? Ok, sekarang, beratur, berbaris serah diri ke SPRM. Ada kautim?

    BalasPadam
  13. terkenang kisah di pelarian taliban dulu, sy ada trbaca dlm paper, lelaki blh dikatakan pangkat datuk berkhawin dgn budak pangkat cucu 12 thn... c isteri "muda" terpaksa mendapatkan bantuan sb "cedera" di bah kemaluan... x trasa ke mcm "buat" dgn anak cucu sendiri, pelik!

    nasib baik perkara sebegini xkan terjadi di bumi Malaysia, kalau ada pun mesti jadi kes rogol...

    BalasPadam
  14. Bro

    Dalam kes ini, sebenarnya 'Agent di kedua dua Negara' yang banyak tipu helah mereka.

    Di sebelah sana, mereka menipu rakyat sendiri supaya mereka terpedaya dan mahu terus ikut supaya bekerja di Malaysia walaupun belum cukup umur atau terlebih umur.

    Di Sebelah sini, banyak penipuan dokumentasi berlaku, terutama hal umur PRA dan laporan kesihatan.

    Tapi siapa yang patut menyiasat, mengawal dan mengambil tindakan ke atas perkara ini?

    Sedah tentulah mereka yang di berikan kuasa...

    Apapun, Orang Malaysia memang terlalu 'baik' dan terlalu 'bagus'

    Akhirkata, saya setuju dengan bro, mereka memang BANGANG!

    ha ha ha

    BalasPadam
  15. haiizzzz...
    baru 15 tahun tapi dah terpaksa menghadapi dan melalui semua niee..berbeza cam aku dulu..
    relax je..
    huhu..
    belajar belajar belajar belajar
    xde nk pk keja2
    xde nk kena dera

    www.sobirin.co.cc

    BalasPadam
  16. Yang pasti yang siksa orang gaji ni bukan bangsa melayu...

    BalasPadam
  17. Sebenarnya perkara tipu umur ni dah lama diamalkan.. kalau budak bawah umur, akan di"tua"kan, kalau makcik yang dah 40 lebih, akan di"muda"kan.. semuanya sebab $$$$$.

    Itu belum lagi kes boleh tukar-tukar nama, tukar-tukar tempat asal dalam passport. Bukan perkara baru pun.

    BalasPadam
  18. ....saya pun dah muak dgn cerita amah2 indon ni tak sedar diuntung lansung....

    ....untuk pengetahuan cik mazidul kalau kes2 tipu umur ini tak jadi masalah bagi mereka dokumen bisa diatur....saya dah kena 2 kali...kali pertama dapat pembantu rumah kalau dikira apa yg tercatat didokumen kesihatan dan pengenalan diri dan juga passport 28 tahun sekali tanya punya tanya suruh dia mengaku...sebenarnya baru berusia 18 tahun...complain dgn agen...agen kata oklah encik..dokumen semua complete dan disahkan oleh imigresen sana dan juga dipihak imigresen malaysia..apableh buat duit dah bayar...mahal pulak tu tahan ajelah..terus buat medical check up balik kat disini...nasib itu pun tak tipu....perangai boleh tahan 1 tahun aje masuk tahun kedua dah banyak songeh....malas nak layan terus hantar balik w/pun kontrek ada lg 5 bulan...

    ....Ambil pembantu yg kali kedua pun sama kena tipu juga..dlm dokumen kalau dikira 30 tahun tapi sebenarnya baru 17 tahun...tapi kali ni lagi teruk buat medical check up balik rupanya berpenyakit yg agak kronik ..tp dlm dokumen kesihatan semua ok tapi semuanya tipu....pulangkan blk kat agen...agen offer lain tp saya tak nak...sudah serik...

    BalasPadam
  19. Penipuan umur bukan lagi perkara LUAR BIASA! Semua ini utk kepentingan masing2. Bukan sekadar penipuan umur, penipuan medical check up, penipuan passport, Boleh dikatakan jika ada duit semua boleh buat!

    BalasPadam
  20. iyaaa pak......orang berkuasa ini jika ada duit bisa diatur.....hulur sana...hulur sini....lepass......

    kesimpulannya....duit itu seperti pass untuk melakukan perkara yang nggak bisa dibuat.....

    BalasPadam
  21. Bangang!!!
    kenapa ambil org gaji berusia 15 tahun?
    sedangkan usia yg sebegini rupa harus belajar bersungguh-sungguh..
    apakah kejadahnya ejen yg mengambil amah usia semuda ini?
    ejen yg bangang!!!
    jujurlah dlm semua perkara.

    BalasPadam
  22. kesimpulannya memang BANGANG. Apa punya manusia macam ni.

    BalasPadam
  23. Setakat tipu umur tu biasa.. dulu lepas bersalin anak ke 5, maid baru saya katanya umur 35 (standard umur utk diorang ni), bila sampai Msia, dgn cara jalan, muka, kedutnye, macam dah dekat 60. Bila kita bercakap dgn dia, dia tenung mata kita mcm nak telan. Saya panggil dia Zombie kg pisang... sangat menakutkan. Lepas 3 hari kerja, dia sendiri surrender tak larat lagi nak kerja dan saya dapat ganti maid lain. Fuuuhhhhhhhh!!!!!! Tapi masih juga, buat perangai dan terpaksa dihantar pulang.

    BalasPadam
  24. memang ada amah bawah umur tapi tarikh lahirnya di tukar tahun lahirnya..

    kesian... gadis bawah umur terpaksa bekerja dan berjauhan dari keluarga, kemudian didera oleh majikannya. so insane.

    pada pendapat sue, sepatutnya negara merekalah yang patut bertanggungjawab dalam hal ni. sebelum gadis tu di bawa masuk ke malaysia, dorang patut siasat betul-betul. mungkin sistem diorang ada yang tak betul ni.
    byk makan suap agaknya.

    BalasPadam
  25. MAKA MAKIN HEBATLAH YOP AKAN BERPERANG DI LAMAN BLOG MAT2 INDON SUKU JAWA NIH, MENANGKIS SEGALA DAKWAAN DAN SEPERTI MANA KEBIASAAN MEREKA AKAN TERUS MENGHENTAM BANGSA MELAYU.

    BalasPadam
  26. Di Indonesia kadar kemiskinan tinggi..
    Yang kaya, kaya giler..
    Yang miskin, banyak giler..
    Sebab itu, ramai sanggup bersusah payah masuk Malaysia cari wang..

    Kalau sudah hidup susah, ada yang sanggup tipu umur untuk layak bekerja..


    http://cikguaziz.bogspot.com

    BalasPadam
  27. Salam. Apa tajuk rancangan 360 (16/12/2009) di TV3 yang ada pendedahan mi segera ada campuran sup babi?

    BalasPadam
  28. DUA PIHAK SALING KAUT UNTUNG,
    ADA JUAL ADA BELI, AGEN SANA, AGEN SINI. (MAAF TUAN KEYPAD SAYA ROSAK, OTAK SAYA MASIH BETUL)

    BalasPadam
  29. Hmmmm...kenapa selalunya penzalim berbangsa Cina? Mungkin media kena tekankan perkara ni kerana kita tidak mahu orang Melayu yang dituduh zalim.

    BalasPadam
  30. Mak ayah benarkan atau budak kecik 15 tahun ini lari rumah?.

    Dengar khabarnya begitu yang berlaku di Siam sana, pelacur bawah umur lantaran kehidupan keluarga terdesak! benarkah?.

    Bila wang itu menjadi idola & impian semua pelbagai boleh berlaku. Khabarnya ada pelajar IPTA & IPTS di Malaya buat kerja sambilan tak senonoh sebab mahukan kehidupan anggun.

    Bila kita sebut Indon memang tak pelik & menghairankan lagi. Mereka nampaknya ada yang kaya semakin kaya & ada yang miskin semakin melarat ini yang terjadi pada Mujiah ini!.

    BalasPadam
  31. sy hanya mampu senyum mengenai isu ini....

    isu amah di dera
    isu amah mendera
    isu ajen menipu
    isu imigresen nunisia menipu (ada pelincir semuanya bisa lancar...!)
    dll isu berkaitan pendatang..

    hurm....^_^

    BalasPadam
  32. Mereka ni tak fahamkah?? mula-mula mereka juga yang mebuat masalah. Apabila cuma seorang orang malaysia terlanjur, terus nak ganyang kita!!

    BalasPadam
  33. Indonesia itu jauh lebih kaya Dari Malaysia, krn orang Malaysia itu "hanya perasaannya saja dia hebat dan pandai, merasa diri lebih dari. Indonesia, padahal di malaysia itu banyak tukang tipu"

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.