Selasa, Disember 08, 2009

Saya Masih Ingat

Dalam tempoh hampir 3 tahun banyak episod '360' terhasil disaksikan purata 1.8 juta penonton pada jam 9 malam, setiap Rabu. Di sebalik pembikinan episod terbabit, pelbagai cabaran kami hadapi, sebahagian masih segar di ingatan, saya kongsikan di sini bersama pembaca sekelian.

Saya masih ingat …

Sewaktu membuat liputan berhubung kegiatan lambakan peniaga asing warga Myanmar berhampiran Hentian Pudu Raya di Kuala Lumpur, saya dan jurukamera dikejar dek 'taiko', gengster Cina menaiki motosikal. Dia barangkali berang kerana rakaman terbabit bakal mendedahkan kegiatan selama ini tidak berani 'disentuh' pelbagai pihak. Hemat saya, pekerja Myanmar dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, saling berkejaran bak kucing dan tikus namun di penghujungnya tikus masih tertawa ceria. Sindiket terbabit dipercayai menggajikan pekerja haram untuk menjual buah-buahan menggunakan gerai tolak di tepi jalan. Mujur pada hari itu, umur kami panjang dan berjaya keluar dari kawasan terbabit tepat pada waktunya.

Saya masih ingat …

Berikutan liputan berhubung kebanjiran warga Kemboja di Selangor, saya dan kakitangan terbabit dalam produksi '360' dipanggil Majlis Keselamatan Negara di Putrajaya. Mereka bimbang paparan terbabit bakal menggugat kesejahteraan semua. Perinciannya tidak dapat saya huraikan di sini. Kesannya, episod terbabit kemudian ditunda dan kami terpaksa berhempas-pulas menghasilkan paparan baharu dalam tempoh kurang 24 jam. Mujur ketika itu isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel hangat diperkatakan. Dalam tempoh singkat, wartawan '360',

ketika itu, Teh Syuhaida Sarip, Harris Farok Alex, Norasliza Norasikin Mohd Yusof berjaya menghasilkan laporan terbaharu, 'Kenaikan harga minyak', untuk dipertontonkan kepada semua. Terima kasih khusunya kepada mereka.

Saya masih ingat …

'360' pernah membongkar kes penipuan berselindung di sebalik pelaburan perniagaan ternakan lembu, kambing, lintah dan mesin menjual kad prabayar. Berikutan itu, satu daripada syarikat terbabit menghantar wakil ke pejabat lalu mengugut menyaman '360'. Peliknya beberapa bulan kemudian, akhbar menyiarkan berita syarikat sama disaman kerana beroperasi tanpa dokumen sah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi.

Saya masih ingat …

Saya pernah menerjah syarikat menawarkan pekerjaan separuh masa di Kuala Lumpur. Hanya 6 kakitangan bertugas di pejabat ketika saya cuba menemubual wakil syarikat, majoriti mereka berang dan mengeluarkan kata kesat namun tidak saya endahkan. Syarikat terbabit kononnya menjanjikan pekerjaan di rumah kepada mangsa, pada masa sama mengenakan bayaran tidak boleh dituntut, RM138, kepada setiap pemohon. Akhirnya, syarikat mendapat habuan mengaut keuntungan, mangsa tidak mendapat kerja dijanjikan sekaligus berputih mata kerugian wang. Ketika temubual dilakukan, pengawal keselamatan bangunan masuk lalu menghalau saya. Mujur hati masih cekal kerana mengetahui pengawal keselamatan tidak berhak menahan dan menggari saya. Episod terbabit berjaya kami paparkan.

Saya masih ingat …

Di jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor, saya dan jurukamera, Zulhazri Abu Bakar, pernah cuba ditetak lelaki menggunakan pisau pemotong daging ketika membuat rakaman episod ‘ubat jalanan’. Suspek melarikan diri kemudian berjaya diberkas pihak polis. Itu antara kenangan tidak mungkin saya lupakan, saya fikir begitu juga Hazri.

Saya masih ingat …

Ada kejadian lebih 'kritikal' tidak pernah kami kongsikan bersama ‘orang luar’ sebelum ini. Pada jam 11 pagi selepas selesai proses sound dubbing, saya pulang ke rumah di Kota Damanasara, Petaling Jaya, Selangor.

“Abang di mana?,” tanya Norasliza.

“Di rumah. Ada apa?,” tanya saya.

“Sekarang pukul 8.47 malam, kita bersiaran pukul 9,” katanya.

Bingkas bangun dari tidur, dalam keadaan mamai dan kepenatan, saya bergegas mencapai kunci kereta dan memandu ke Sri Pentas. Memang saya memandu laju, jam 8.58 malam, saya tiba di Studio B. Dalam masa 2 minit saya sempat menukar baju dihulurkan Norasliza di belakang pentas serta memakai mikrofon dan sempat muncul, mengacarakan '360' tepat pada jam 9 malam. Hingga ke saat ini saya masih berasa hairan, bagaimana saya mampu bercakap tenang biarpun berada dalam keadaan tercungap-cungap beberapa saat sebelum siaran bermula.

Apapun, terima kasih kepada semua sudi menonton rancangan '360' selama ini. Semoga pendedahan dibuat sedikit sebanyak memberikan pengajaran kepada majoriti daripada penonton. Sekalung penghargaan kepada semua pihak berkuasa selama ini menghulurkan kerjasama tanpa jemu, membantu kami menyermpurnakan setiap episod.

Siaran sulung '360' menemui penonton pada 4 April 2007. Jika tiada sebarang perubahan, '360' akan melabuhkan tirainya pada hujung bulan ini. Justeru, terima kasih tidak terhingga kepada semua krew dan wartawan pelatih pernah menyumbangkan kreativiti dan tenaga dalam produksi program sama.

Update 'Pertemuan Bloggers' Sila hadir dengan tag nama (kertas berpelekat bertulis nama ditampal di baju) bagi memudahkan pengenalan diri.

23 ulasan:

  1. sauadara mazidul kene sentiasa berhati2.. mungkin ade orang yang berdendam dengan mazidul dengan pembongkaran aktiviti mereka di 360.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam
  2. siapa tak panas punggung kalau kegiatan yang selama ni berselindung terdedah kepada umum...hehe

    apapun, tahniah kepada semua krew yang terlibat dengan pembikinan rancangan 360.. (^_^)

    BalasPadam
  3. bahaya betul jadi wartawan 360 ni ya? ibarat bperang di negara yg aman..hahaha..tp kenapa dh nk ditamatkn plak? kn bgs utk menyedarkan pihak2 yg bertanggungjawab..selama ni mereka berlepas tangan tanpa rasa sekelumit bersalah..bila dh masuk 360, br tau langit ni tinggi ke rendah..terima kasih bro maz diatas usaha menyedarkan pihak2 yg suka mkn gaji buta ni..

    p/s:sudi2 la ziarah blog sy n tinggalkn komen..tq..

    BalasPadam
  4. Selepas ini peminat setia 360 akan merindui Bro dan rancangan 360. Apapun, tahniah di ucapkan kepada semua yang menjayakan 360 dari mula sehingga episod terakhir.

    BalasPadam
  5. Pelbagai kenangan bersama 360 kan terus kekal bersamanya.

    BalasPadam
  6. Saya terkejut dan sedih juga sbb 360 akan ditamatkan siarannya hujg bln ni. Bro, akan ada ke rancangan lain mggantikn 360 yg sama objektifnya mcm 360? Saya gemar dgn isu2 yang bsifat global dgn kupasan menarik dan bg saya 360 bersifat lebih terbuka bbanding 999 yang fokus kpd isu polis dan keselamatan. Bukan mbanding, 999 mmg saya tak miss tgk. Cuma bg saya 360 masih relevan utk rakyat Malaysia hari ini..

    Bro, Kirim salam pd Raziff Zulkafli (wartawan 360) bestfren saya masa skolah dulu, dah lost contact.from Amin Taiping.Tq2!

    BalasPadam
  7. Salam Mazidul,
    Apa ada masalah ke dengan 360 ni sehingga nak ditamatkan atau ada slot lain yang lebih menarik..saya antara yg jarang ketinggalan 360 ni,cuma satu kalau ada slot lain sekurang-kurangnya mesti setanding dengan 360 kalau tidak..janganlah

    BalasPadam
  8. Apapun tahniah buat bro mazidul dan krew 360. Pendedahan 360 sedikit sebanyak menyedarkan banyak pihak terutamanya pihak berkuasa yang telah diberi amanah oleh rakyat.

    BalasPadam
  9. en.dul dh ade byk pnglmn, mstilah x gmuruh sgt masa tu evnthough tggl bpe saat je. apepun, thumbs up!

    360 dh xde, gnti dgn ape plak?

    BalasPadam
  10. Salam Bro MAZ..
    saya kagum dengan segala usaha dan kerjasama semua krew 360 selama ini. Setiap yang bermula pasti akan ada akhirnya, mungkin sebagai pembuka jalan kepada yang lebih baik lagi..

    Semoga apa yang telah diusahakan menjadi pengajaran dan memberi manfaat kepada sesapa saja.

    Saya yakin ada lagi perkara yang BRO terpaksa simpan sendiri. Kadang2 tempias kerja terkena ahli keluarga juga. Itu risiko. Semoga selepas ini lebih maju jaya lagi.

    *Pakai tag nama? Hmm rasanya saya pernah sebut pasal tag nama ni. Paling mudah dan murah, guna pelekat yang lebar, tulis nama sendiri dgn marker. Jimat.

    BalasPadam
  11. alahai,

    boleh tidur lena, sesetengah orang bisnes tu ..kurang kacauan..

    BalasPadam
  12. sy agak trperanjat 360 nak ditamatkan, kenapa? setahu sy 999 mempunyai format yg sama brtahan bertahun lamanya...

    ada rancangan baru ke nak msuk slot 360?

    BalasPadam
  13. salam sdr mazidul,lama betul tak menjengah blog saudara..bila buka aje..terus baca entry pasal rancangan 360 nk di tamatkan.., kenapa ye?melalui 360 lah saya bekenalan dgn saudara dan blog saudara..

    BalasPadam
  14. Rencam kehidupan. Pernah dahulu NTV7 dengan siaran 7 di pihak anda. TV3 memang mula mendapat tarikan penonton dengan 360. Saya tak tahu mengapa dihentikan kerana program yang memaparkan realiti sebegini yang berbentuk pengajaran kepada manusia lebih untuk membentuk 1Malaysia.

    BalasPadam
  15. Banyaknya cerita belakang tabir kan? Tapi kenapa 360 akan melabuhkan tirainya??? tirai tu terlalu singkat ke??? (buat2 tak faham ni...)

    BalasPadam
  16. kalau boleh tirai 360 jgn dilabuhkan lagi..rancangan yg byk memberi manafaat kepada penonton.. byk yg berjaya dibongkarkan..

    BalasPadam
  17. ...apa boleh buat...itu keputusan yg telah dibuat oleh top managment..anyhow syabas kepada cik mazidul dan juga crew2 yg terlibat menjayakan rancangan ini..tanpa mengira penat lelah dan juga keselamatan diri...


    ...ini adalah salah satu rancangan yg berjaya memapar,membongkar dan menyingkap realiti kehidupan sekarang...manafaatnya tidak ternilai harganya...sekarang ini cuma tinggal slot "999" sahaja...harapan ianya dapat menerusakan kesinambunganya...

    BalasPadam
  18. Bro

    Saya pun masih ingat lagi...

    1. Demonstrasi menuntut demokrasi di Yangon, saya dan lain lain tak balik rumah 3 hari 3 malam sebab curfew.

    2. Dilanda ribut Nargis semasa di Yangon dan terpaksa berbaris hampir 3 jam semata mata untuk menggunakan Internet (nak beri khabar berita kepada keluarga di Malaysia) yang cuma 10 minit seorang

    3. Kena tangkap oleh Tentera Junta pada tengah malam bulan purnama kerana salah faham jiran jiran dan kerana mereka tidak boleh membaca tulisan rumi...ha ha ha

    4. Pertama kali mendapat 'baseball cap dengan cetakan 999 dan 360 (Topi tu aku simpan dalam display show case

    ha ha ha

    Kenangan tidak boleh dibeli, tidak boleh digamit...ia datang sendiri kata seorang rakan...(malam tadi...ha ha ha)

    BalasPadam
  19. emmm! mungkinkah apabila kita semakin berani ada orang semakin takut?..

    mungkinkah kita memang ibarat mentimun mereka itu durian belaka...

    mungkinkah sebaliknya?.

    dalam satu keadaan kita bagaikan terkurung di dunia yang bebas lagi globalisasi ini.

    Isk!

    BalasPadam
  20. Mesti rindu dengan 360 *sedih*

    Tak tau rancangan apa lagi nak refer selepas ini *siGh*

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.