Rabu, Disember 23, 2009

Antara Kelantan, Air Asia Dan Firefly

Semalam, muka hadapan Harian Metro memaparkan kisah 15 peniaga wanita tidak menutup aurat disaman RM500 dek penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelantan. Mereka disaman, wanita memakai baju berlengan pendek dan berseluar panjang ketat.

Itu kisah di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Alangkah moleknya jika kerajaan negeri ‘memperluaskan’ penguatkuasaan peraturan sama kepada semua rakyat wanita Kelantan. Ertinya, saman semua wanita Islam di seluruh Kelantan jika mereka tidak menutup aurat tanpa mengira identiti dan kerjaya. Sepatutunya, perlaksanaan undang-undang Islam tidak sewajarnya memilih bulu.

Atau bakal timbul masalah dari aspek melaksanakan cadangan itu?

Barangkali.

Seperkara lagi, kebelakangan ini saya kerap menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan Air Asia dan Firefly.

Firefly beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, hanya 10 minit dari rumah, ke KLIA mengambil masa 40 minit perjalanan menggunakan kereta, lebih jauh.

Apapun itu bukan intipati utama tempelan ini.

Pengamatan saya, pramugari 2 syarikat penerbangan tambang murah terbabit bertugas hanya memakai skirt, ‘mendedahkan’ betis. Berbeza berbanding pramugari MAS, tanpa mengira bangsa mereka berkebaya dan kelihatan lebih ‘tertutup’ menggayakan pakaian tradisional Melayu.

Rupanya, kini penumpang terpaksa membayar harga tambang lebih mahal untuk dilayan pramugari lebih bersopan dari aspek pemakaian.

Barangkali?

44 ulasan:

  1. haha..baru taw ke? dah lame dah isu nih..tp sorang pon tak bleh ckp ape..nak nak kami yang rakyat biasa nih..kang bila bersuara mulalah kata kami nih penyokong PAS..padahal tak de kene mengena pon dengan politik..tak paham tul lah percaturan dunia skang..

    sy berharap sgt pihak media bukak isu nih..tp taw..nanti kene reject ngan penerbit kan..isu sensitip..

    senang citer kesimpulannya, firefly ngan air asia tu agama selain ISLAM yang jd CEO..MAS dah tentu2 org melayu kite..org ISLAM..

    tp utk pengetahuan bro, kalo nak jd pramugari tak kira lah kat company mane pon, TIDAK BOLEH BERTUDUNG!!!itu adalah syarat UTAMA selain fasih berbahasa INGGERIS. knp???knP??hope boleh di huraikan..supaya kami RAKYAT boleh faham syarat tersebut..

    BalasPadam
  2. Salam Sdr..

    agaknya apakah yang menghalang para pramugari itu untuk berpakaian lebih sopan ye? Adalah lebih bagus sekiranya mereka berseluar panjang dan berkemeja dari mendedahkan kaki (yg tak le rasanya ada yang teruja nak menengoknya!)....

    Sdr MAS...

    boleh tak tolong letakkan kat blog ini penunjuk arah ke tempat pertemuan bloggers tu??? Terima kasih. (Berapa ramai agaknya yang akan datang, ye?)

    BalasPadam
  3. Saira, pramugari negara Arab elok sahaja bertudung.

    Syarat fasih berbahasa Inggeris itu saya fikir penting kerana mereka juga berurusan dengan pelanggan asing.

    Kakcik, sampai FRIM, pandu sahaja terus ke dalam sampai ke sungai, park car dan keluar, jam 10 InsyaAllah saya ada di sana.

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ..
    ya bukan setakat pramugari sahaja wajar lebih bersopan dan mencerminkan budaya Malaysia, tetapi juga staf hotel-hotel. Rata-rata memang berslack tetapi masih ada yg berskirt..

    Hmm... rasanya ritu saya ada sebut “kalu lah ada penaja yang bermurah hati taja sekeping BANNER sederhana besar utk Gathering Blogger di FRIM, alangkah bagus”
    Boleh letak kat lokasi yg tepat itu, mudah dilihat dan bila BERGAMBAR reramai nanti, nampak seronok jerrrrr...
    *Idea 2 kupang...

    BalasPadam
  5. Oh! Malaysiaku yg terchenta...

    Oh! Agamaku, bangsaku...

    Semuanya kerana Tuhan itu tidak menampakkan diriNya-maka adalah makhluk2 yg tiada perasaan takut & gerun ke atas kemurkaanNya.

    BalasPadam
  6. Teringat moto MAS.

    "Apabila anda terbang bersama kami, anda akan terasa seperti anda tidak pernah meninggalkan rumah"

    Memang betul. Semuanya running smoothly, perkhidmatan yang baik, selesa dan dilayan oleh si gadis kebaya....
    Rasa senang dan selesa macam saya berada di rumah saya.

    BalasPadam
  7. Pelik juga kenapa pramugari penerbangan tambang murah agak seksi..berbanding MAS yang lebih sopan(sedikit). sekurangnya2 ciri Malaysia ada pada pakaian kebaya tu.

    mungkin bajet penerbangan tambang murah tak cukup kut? hehe

    BalasPadam
  8. saira & mazidul,

    kapal terbang yang bawa jemaah haji boleh pula pramugari bertudung

    saira,

    ceo Air Asia & Firefly bukan Islam, pramugari tidak menutup aurat dan tidak menghidang arak(?)

    Ceo MAS islam, pramugari tidak menutup aurat dan menghidang arak

    mazidul,

    bayar tambang yang lebih juga termasuk kain yang lebih

    BalasPadam
  9. Betul kata arcahijau tu Bro...Bayar murah mana buleh nak dapat lebih...dapat separuh paha je la...Kalu tambang free, maknanya tak pakai apa la ye...hehehe ( just joking ) Nak buat macam mana, kan ke ni NEGARA ISLAMMM.......hadhari..

    BalasPadam
  10. salam..
    mungkin jg syarikat penerbangan tambang murah ni nk menapakkan imej korporat.. huhu.. lg pun ceo mereka bkn islam..

    BalasPadam
  11. Elizaberth Wong bogel tak kena saman pun sebaliknya ULAMA NIK AZIZ sokong pula


    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  12. Ape yang menarik di sini adalah mengenai isu aurat .. tak perlu tgk di dalam flight, even kat area KL shj pun dah macam2 fesyen ader .. Ini lah masalah nya apabile anak muda terutamanya gadis-gadis dah lupe akan padah yang akan menimpa jika mereka dengan sengaja ingin menayang aset-aset mereka tanpa segan silu, kejadian rogol dan cabul meningkat, seks bebas serta anak luar nikah bertambah dari semasa ke semasa .. Ape yang patut kita lakukan? Hanya berdiam diri atau sama-sama mencuci mata atau tunggu dan lihat??

    BalasPadam
  13. BOLEH TAK JGN SENTUH PASAL POLITIK DALAM RUANGAN KOMEN NI? KALO NAK KOMEN BAB POLITIK BYK LAGI BLOG LAIN YG KHAS UTK TUJUAN TERSEBUT. WALAUPUN ANDA HARDCORE BN SIMPAN 'KEPERCAYAAN' TERSEBUT BAIK2, OK?

    BalasPadam
  14. boleh di perbetulkan kalau pihak yg berkenaan sggp nak berubah, tp kalau berubah ada ke yg nak naik? hehehe, kalau ikutkan skrg ni kebanyakkan rakyat malaysia suka ngan yg terdedah2 ni... baru nampak mengikuti perkembangan semasa.

    berkaitan di kelantan, perkara ni dah lama ada, kalau balik kg pun siap ada tanda amaran,berpakaian sopan. elok juga di buat mcm ni, sekurang2nya ada juga tindakan yg diambil.

    cuma nak tegur ada la sesetengah pengguna forum yg mengatakan, perempuan skrg ni rimas pakai baju kurung sbb tu pakai seluar. x lah berpakaian ni mengikut keadaan dan tmpt, x semua tmpt leh pakai seluar. so pk2la.

    BalasPadam
  15. Air-Asia and Firefly need to cut costs. Kos kurang, maka skirt pun kena pendek. Ironinya Air-Asia milik rakyat Kelantan juga, cuma CEO nya sahaja seorang Indian.

    BalasPadam
  16. citer AWAN DANIA @ ASTRO...FIREFLY kaler oren...('',)

    BalasPadam
  17. salam buat tuan punya blog dan pembaca,kerajaan kelantan hanya buat undang² memang memilih bulu,kenapa hanya jurujual saha ker yang berdosa bila tak tutup aurat...ingat la kalu nak buat biar lah meyeluruh supaya orang tak bercakap dikemudian hari....
    Jangan buat sesuatu hanya nak nampak kebaikan yang dibuat...
    Apa pun tahniah la..kerana berani buat undang² begitu tapi perlu di perluaskan...
    Nanti yang dah kena saman tu rasa tak puas hati la pulak...kan dia yang saman balik lagi susah kerajaan PAS.

    BalasPadam
  18. salam ukhuwah,
    soal saman bagi penjual yang tidak tutup aurat adalah langkah yang terbaik walaupun masih ada kelemahan iaitu tidak menyeluruh, lebih baik dari mereka yang menyatakan mereka Islam tapi tidak kuatkuasa Islam yang sebenarnya. Isu pemakaian bukan boleh buat main-main tambahan lagi wanita kerana tanyalah mana-mana ustaz, siapakah penghuni neraka yang paling ramai sudah pastinya wanita. Kenapa?tepuk dada tanya iman.

    BalasPadam
  19. "Ertinya, saman semua wanita Islam di seluruh Kelantan jika mereka tidak menutup aurat tanpa mengira identiti dan kerjaya."

    ouh..boleh saya tahu kerjaya apa yang tak disaman bila xtutup aurat? sebb i'm not kelantanese, so tak tahu cerita

    BalasPadam
  20. Greeting Abang Mazidul dan pembaca,

    Tak payahlah kita nak condemn each other kat sini. Tak payahlah kita nak pertikaikan bangsa/agama lain kat sini. Tak payahlah libatkan politik pula kat sini. Yang bukan Islam tak semestinya baik dan tak semestinya buruk. Yang Islam pun tak semestinya baik dan tak semestinya buruk.

    Kita semua manusia. Tiada yang sempurna. Kita satu rumpun, satu Malaysia.

    Saya rimas dengan isu2 yang berbaur perkauman.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  21. Kadang-kadang ada juga baiknya undang-undang yang di jalankan di negeri Kelantan ni.

    BalasPadam
  22. Tidak semestinya menjadi pramugari perlu mendedahkan tubuh badan.Kalau menutup aurat pun boleh jadi pramugari. Tidak semestinya dengan menutup aurat orang tak mahu menaiki kapal terbang.

    BalasPadam
  23. bagus posting tuan. mmg tak terpikir jgk pasal nie.
    kesian jgk nk dende peramugari ni, dieorang tu keje penat, senyum penat, nk make up pun penat gak, tp gaji bukan byk pun.

    peramugai singgah kejab2 jer, mungkin boleh terkecuali dari denda

    BalasPadam
  24. betul ker arcahijau..almaklumlah, saya nih org kampong..tak penah naik flight..dunia..dunia..dunia akhir zaman..sudah banyak terbalik..

    sbb tu susah media nak bukak isu nih kat luar, sensitip nor..

    kesian lak...

    BalasPadam
  25. Benda-benda baik camni eloklah kita beri sokongan, tutup aurat tu kan elok...

    BalasPadam
  26. AM selalu mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, bahawa sesuatu perbuatan yang baik itu hendaklah dilakukan dengan cara yang betul.

    Lalu apa kena mengenanya dengan posting bro Mazidul?

    OK, Islam adalah agama mulia dan suci. Mulia dari segi pengajarannya dan penganutnya.

    Apa pun Islam (undang-undang Islam itu) tidak zalim sehingga boleh menakutkan bukan sahaja penganutnya malah orang kafir yang ingin mendekatinya.

    Islam menuntut umatnya agar mengajar kepada orang yang jahil, dengan apa cara sekalipun. Jika mereka engkar, maka ada cara untuk menghukum.

    Pastikan mereka faham, bahawa mereka telah melakukan perkara yang mereka tahu adalah salah, sebelum mereka dihukum. Orang jahil tidak wajib dihukum.

    Sebagai negeri yang diberi jolokan serembi mekah dan ditadbir oleh sebuah kerajaan yang bertunjangkan Islam sejati, adakah 'pengajaran dan pembelajaran' telah diberi kepada anak negeri (sebelum mengajar anak negeri lain?)

    Jika sudah diajar dan diberitahu secara betul, AM rasakan jangan kata rakyat tempatan, warga asing yang tidak beragama islam, yang datang melancong ke Kelantan juga pastinya mengetahui bahawa Islam menuntut umatnya agar menutup aurat. Bukan hanya bila masuk ke Kelantan, mesti menutup aurat.

    www.anak2merdeka.blogspot

    BalasPadam
  27. nampaknya seksi adalah salah satu bentuk perniagaan.

    BalasPadam
  28. Kenapa pramugari mereka dressing code seksi ??
    Bukankah orang atasan mereka bukan Melayu ?* Betulkan kalau saya salah ya..?
    Mereka fikir dressing code (pakai skirt pendek ) tu OK (nothing wrong)..
    Actually, skirt pendek macam tu sebenarnya pelaris bisnes mereka saya rasa..They do that on purpose..hehe..

    http://wajahbuku.blogspot.com

    BalasPadam
  29. baguslah kerajaan kelantan nk buat camtu...
    atleast ad y ambil peduli..
    betol x ?

    nanti dah elok jaga peniaga, bolehla perluaskan cket ke profesional(yang nie mesti ramai y takot) muahahaa...
    anyway, org nk buat baek, sokong aje..
    bukan benda jahat..
    psal syrkt penerbangan tu...
    tah la nk ckp ape...
    dah company pnyer polisi camtu..
    kalu y buat polisi tu muslim
    pndai2 la nk jwb nanti..

    BalasPadam
  30. sudah berkali-kali diutarakan termasuk di Parlimen. Namun kekebalan CEO warga Malaysia tersebut masih belum ditumpaskan.
    p/s. kempunan nak dengar CEO tu cakap Bahasa Malaysia

    BalasPadam
  31. walaupun tak menyeluruh dan dikatekan pilih bulu,tapi sekurangnye kerajaan kelantan itu sendiri telah membuat apa yg d suruh tuhan,

    MAS sekarang lagi murah la bro dr airasia.

    BalasPadam
  32. pd masa yg sama aku harap PBT yg wujud kat muka bumi malaysia ni tolonglah buat sesuatu yg baik dan bernas kepada masyarakat selain dr sibuk mengutip cukai pintu setiap tahun atau sibuk dgn tunggakan bayaran denda meletak kenderaan..
    PBT boleh mewujudkan undang-undang kecil yg boleh memberi apa jua keuntungan kpd mereka tp jgn lupa keuntungan nilai/modal insan..apa yg berlaku dlm kawasan MPKBBI ni aku rasa yang pertama seumpamanya di malaysia ni serta patut jadi contoh kpd negeri2 lain yg sibuk dgn masalah rogol,cabul dan sebagainya..tp pada masa yg sama kod etika berpakaian perlu ada supaya masyarakat awam tidak teraniaya..bkn nak meminggirkan soal hukum syara' tetapi penekanan dakwah jg tidak perlu diabaikan..
    antara undang-undang kecil yg belum pernah aku dgr lagi ialah PBT menyaman / mengenakan kompaun kpd premis judi berlesen jika didapati ada org Islam yg ditangkap oleh Penguatkuasa JAIN..1 org kena tangkap saman rm300-500..tp agaknya mungkin susah nak diwartakan namun bukanlah sesuatu yg mustahil utk dilaksanakan..entahlah..

    BalasPadam
  33. Betul tu jiMs...Islam tu kalu dalam feqahnya, segala hukum lebih kepada pencegahan sebab Allah tahu pencegahan tu lebih senang dari mengubati...

    BalasPadam
  34. Kak Rosnanie,

    Terima kasih kerana memahami. Jaga diri.

    =)

    BalasPadam
  35. Tindakan yang baik seharusnya kita alu-alukan; bab menyeluruh tangkapan buka aurat ini rasanya sama sahaja isu tangkapan tentang peminum arak; Baik Kelantan atau negeri lain masing-masing ada kelemahannya. Ramai jerung yang terlepas ikan bilis boleh sangkut di pukat jarang!.

    Satu ketika nanti tidak mustahil seluruh negara terpaksa perempuannya berpakaian jubah hitam tidak sama sekali pakaian menggoda lelaki. Setengah negara Arab memang mengamalkan ini...Jika memang negara kita tidak bebas lagi. Perogol & pembunuh berkeliaran; keluar rumah berpakaian seksi memang tidak selamat lagi.

    Isunya mahukah amoi atau minaci bergaun labuh!.

    Islam amat menitik beratkan tentang pakaian & aurat ini. Kita yang tak peka.

    Samalah kalau kekasih kita atau isteri kita keluar rumah sendirian; bergaya, anggun & seksi lagi! Apakah perasaan di hati kita?.

    Maka itu yang terjadi kepada empunya diri; peniaga wanita yang tidak menutup aurat & kena saman ini. Siapa yang patutnya cemburu & dapat menegur pakaian mereka ini. Siapa iyer?.

    BalasPadam
  36. yang sedihnya juga kebanyakan pramugari tersebut beragama islam. entah mengapa mereka sanggup juga berpakaian sedemikian yang sudah tentu-tentu menjolok mata dan mampu menaikkkan nafsu yang memandang. sanggup pula menggadaikan agama mereka demi pekerjaan. ini bukalah isunya cuma perlu direnungkan bersama dari pelbagai pihak. soal ceo nya beragama islam ataupun tidak bukanlah penting. yang penting, kita semua tahu pakaian perempuan islam. adakah menjadi satu masalah jika pramugari berpakaian lebih sopan??

    BalasPadam
  37. Masyarakat non Muslim dan Muslim melihat etika berpakaian berbeza.

    Satu isu yang dilihat dari 2 nilai yang berbeza.

    Kalau sudah tahu Muslim, nanti terpaksa pakai skirt pendek, tolong jangan kerja di sana. Kerjalah di tempat lain yang boleh menutup aurat..

    Itu sahaja.


    http://wajahbuku.blogspot.com

    BalasPadam
  38. mengawal pekerja lebih senang bilngan dan permitnya, terbabit saman dan mahkamah, bila nak buka kedai kena sain, bila kena saman kedai akan tutup, lebih senang kejar kawal golongan kecil berbanding mengawal seluruh rakyat yg libatkan saman mahkamah masa dll.kecil dulu sebelum membesar lingkungannya.

    BalasPadam
  39. Mmg x dinafikan pramugari MAS elok je berbaju kebaya.. tapi masih ketat dan melekat pada tubuh.. menampakkan bentuk payudara... allahuakbar... apa lagi belahan kain yang sgt tinggi, menampakkan kegebuan paha dan betis pramugari apabila melangkah... masih tidak menepati ciri2 negara Islam

    BalasPadam
  40. setuju dengan Cute Rambo.. seseorang yg betol2 menjaga agamanya.. bila da tau kene pakai skirt pendek @ pakaian yg tidak menepati kriteria Islam, carilah rezeki di tempat lain... kerja halal, tp x diberkati Allah.. sama jugak jalannya... :) Rezeki Allah luas, ada di mana mana....

    BalasPadam
  41. ptotnya bg pramugari malaysia pakai tudung...brkebaya tidak ketat

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.