Khamis, Disember 31, 2009

Bisnes Air Lendir

Kini saya bertugas sebagai Penerbit Eksekutif program ‘999’. Sewaktu mula bersiaran lebih 7 tahun lalu, saya membantu program sama sebagai wartawan dan pengacara bersama Zakiah Anas. Untuk rekod, bermula Januari 2010, Zakiah mula mengacarakan program bual bicara Malaysia Hari Ini bermula jam 6.30 pagi.

Hakikatnya, sepanjang bersiaran, ‘999’ mempunyai rating tinggi, purata 2 juta penonton setiap minggu. Kini program diterajui Halim Din itu diambil alih Shahnon Hanif sebagai penerbit. Wartawan baharu di tampilkan bermula siaran 7 Januari, jam 9 malam akan datang. Bekas wartawan ‘360’ Norasliza Norasikin Mohd Yusof, Mohd Shahrizam Hamzah membantu penerbitan bersama pengacara baharu, Hazlin Hussain.

Saya menaruh keyakinan kepada Hazlin untuk diangkat sebagai ikon program ‘999’. Berusia 25 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur ini memiliki minat mendalam dalam bidang penyiaran. Saya dan Shahnun, 42 tahun akan cuba sedaya upaya untuk membantu Hazlin membina kredibiliti dan kerjayanya, InsyaAllah, bukan sahaja sebagai pengacara tetapi wartawan berjati diri tinggi.

Di awal pertemuan, katanya dia berasa ‘inferior’ melihat kebolehan saya dan Zakiah mengendalikan proram ‘999’ sebelum ini. Nasihat saya kepadanya, setiap manusia memiliki bakat unik, justeru Hazlin perlu menampilkan karektor tersendiri. Apapun, dengan latihan intensif, saya percaya ‘999’ akan sinonim dengan gadis manis, peserta program Gadis Melayu ini.

Misi saya, ‘999’ bagi tahun 2010 harus diangkat ke tahap lebih ‘hardcore’. Sebelum ini ‘999’ dilihat sebagai program berbentuk reaktif, maksudnya wartawan kerap menyertai operasi di atas jemputan pelbagai pihak berkuasa. Kini, saya ingin melihat ‘999’ membawa pendekatan berbeza, proaktif.

Contohnya, terbaharu '999' menghantar wartawan membuat penyamaran di rumah pelacuran di satu daerah di Kuala Lumpur. Menggunakan kamera tersembunyi wartawan terbabit ‘melanggan’ pelacur mengikut kadar ditetapkan. Dalam kes ini, seks bagi satu sesi berharga cuma RM30, mereka warga tempatan, bukan warga asing. Saya ingin mendengar kenyataan pelacur terbabit, mengapa mereka melacurkan diri? Siapa pelanggan mereka? Mengapa biarpun premis terbabit diserbu berulangkali dek pihak berkuasa tetapi masih terus berdiri gah?

Selesai rakaman dan temubual, saya meminta wartawan ‘999’ menemubual orang ramai lalu lalang di kawasan sama. Biar mereka melontarkan pandangan peribadi berhubung kes ini.

Kemudian baharulah ‘999’ meminta bantuan pihak berkuasa membuat pemeriksaan di premis sama. Kaedah terbaharu bermain di pemikiran saya, ‘dedah dan rujuk’.

Saya maklum pihak polis sentiasa menjalankan tugas mereka mengikut sistem perundangan sedia ada. Persoalannya, mengapa premis pelacuran masih terus beroperasi? Lebih menghairankan bukan secara tersembunyi tetapi terbuka, mudah dilihat setiap warga melintasi kawasan terbabit. Adakah ‘kuasa’ sindiket mendalangi rumah pelacuran itu mengatasi kuasa diperuntukkan kepada polis? Biarlah '999' menampilkan jawaban kepada soalan itu.

Terfikir, jika butiran kes boleh sampai kepengetahuan saya, masakan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL tidak menyedari premis di bawah bidang kuasa mereka digunakan sebagai premis pelacuran? Ingin benar saya mendengar kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fuad Ismail berhubung perkara ini.

Saya percaya sekiranya DBKL melaksanakan tugas mereka secara lebih efisien, premis ini tidak wujud secara berterusan. Arahkan kakitangan Tenaga Nasional Berhad memotong bekalan elektrik ke premis sama dibantu syarikat pembekal air memutuskan bekalan sumber asas kehidupan disalurkan selama ini. Relakah pelacur melayan pelanggan di dalam gelap tanpa air? Mungkin tidak, mereka pasti sukar melihat dan 'membasuh'.

Hemat saya, jika kemungkaran di hadapan mata tidak mampu dibanteras secara total apatah lagi kegiatan tersorok. Pasti ada pihak bertahta di mata beraja di hati, memperdagangkan tubuh manusia sekaligus mengaut keuntungan berganda bersandarkan bisnes ‘air lendir’ (memetik kenyataan penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim). Senario sebegini pastinya mencetuskan pelbagai andaian negatif masyarakat terhadap pihak berkuasa.

Setuju?

Hari ini, jam 9.15 pagi, saya akan ke Kota Kinabalu, Sabah membongkar kes menarik untuk didedahkan. Biarlah saya kongsikan butirannya setelah misi selesai dilaksanakan.

27 ulasan:

  1. Salam tahun 2010 buat Bro Mazidul.

    Tajuk entry kali ni memang 18SX.. Air lendir??

    Ketika bersiaran dlm 360 malam tadi, suara pun sayu je.

    Orang lain saya tak tahu, tapi dari pandangan saya, Bro Mazidul langsung tak ceria dlm siaran malam ni.

    Anyway, selamat berjaya dlm tahun 2010. Dah naik pangkat, Penerbit Eksekutif tu...

    BalasPadam
  2. Nak benteras pelacuran ini memang susah. Saya yang kerja di bahagian ini pun tak faham dengan jelas, kenapa perkara ini masih kekal berterusan. Yang pasti pejabat agama hanya boleh mengambil tindakan kalau pelacur itu Islam, atau pelanggannya Islam saja. Jadi pelacur itu ramai yang bukan Islam. Serbu beribu kali pun, premis dan pelacur tu tetap ada.

    Pihak berkuasa lain, bila saya desak, mereka kata undang-undang longgar. Saya tidak menyalahkan pegawai berkenaan, kerana mereka mesti bekerja menurut peraturan undang-undang. Yang dikesali adalah, kenapa tiada undang-undang khusus yang boleh menyekat pelacuran ini dari terus berleluasa.

    Saya nampak, undang-undang di bawah PBT amat penting kerana kuasa mereka sangat luas berkenaan premis atau hotel itu.

    Baru-baru ini saya buat serbuan tempat pelacuran di tempat saya. Boleh lihat di dalam blog saya

    www.kadikluang.blogspot.com .

    Boleh baca artikel terdahulu bertajuk "PELACUR AYAM PENCEN". Ada gambar sekali.

    BalasPadam
  3. Salam MAS...

    tetiba teringat kisah kamera yang cuma merakamkan gambar dinding! ;-)

    BalasPadam
  4. assalammualaikum mazidul

    kalau hendak seribu daya,
    kalau tak nak, seribu dalih.

    BalasPadam
  5. Saya SETUJU! SETUJU! SETUJU!

    Amal maaruf nahi mungkar - SYABAS!

    En. Mazidul & warga kerja 999 sekiranya anda perkasakan semangat, berani, tegas, adil, berhemah tinggi, Ihsan & prihatin - InsyaAllah pasti akan berjaya!

    BalasPadam
  6. 'Kelapa muda'..airnya belum masam lah mazidul

    http:/pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  7. memang betul tu..saya sendiri rasa agak hairan. takkanlah kegiatan sebegini masih lagi berterusan kalau pihak berkuasa membuat serbuan dan tindakan tegas. seolah2 ada yang membuatkan mereka ni tak takut dengan pihak berkuasa. dan saya sentiasa menyokong usaha saudara dan team saudara mendedahkan pelbagai kegiatan jenayah di negara kita agar tindakan yang lebih segera dapat diambil.bukan kes ni aje kan,biasanya sesuatu perkara bila didedahkan media, memang akan diberi perhatian serius. jadi teruskan ya!

    BalasPadam
  8. efisyen, cekap ulangi perkataan efisyen, cekap, efisyen..

    berapa orang kakitangan yang bersedia untuk cekap??

    --nombor yang anda dail sedang sibuk..
    --pegawai sedang ber..ber..

    PBT..???..selamat menyamar..
    --kalau nyamar nak dapat projek kan bagus..
    --nyamar nak dapat dana rumah murah??
    --bantuan ibu tunggal..
    --nyamar asnaf..

    BalasPadam
  9. Salam saudara Mazidul...diantara peminat 360 dan 999.. Bagus kalau macam tu, macam program realiti la, siap ada kamera tersembunyi lagi... Saja nak berkongsi bersama, saya kerja di pulau pinang, macalister road.. Disepanjang jalan ni pada waktu pagi sampai ke petang ada satu pos polis yang didirikan ditepi jalan..dan pada sebelah petang lagi lebih kurang pukul 5 lebih yang mana pos polis dah ditutup, sepanjang jalan ni ada peniaga yang berniaga DVD cetak rompak dan lebih memualkan mereka juga menyediakan DVD lucah secara terang-terangan...kalau tak silap ada lebih kurang 5 hingga 6 gerai tepi jalan..Dan yang lebih memilukan, polis yang meronda menggunakan motosikal hanya memandang sebelah mata dan macam tak nampak gerai yang dibuka( yang menggunakan meja ) di tepi jalan... Mungkin saudara Mazidul boleh datang dan membuat tinjauan. Betullah bak kata saudara Mazidul,"jika kemungkaran di hadapan mata tidak mampu dibanteras secara total apatah lagi kegiatan tersorok".

    BalasPadam
  10. ...moralnya kita perlu 'diam'bila kawan2 kita buat bisnes, mana tau dapat tumpang sekaki, makan FREE..syer, yang penting ada masyukkk..

    BalasPadam
  11. wow... bertambah menarik 999 di thn dan musim baru ni, dgn pengacara baru, n intipati yg baru berharap agar lebih byk dedahan yg x terlintas pun di fikiran kami yg menonton ni. dan semoga lebih sukses. lebih mencabar, dan lebih maklumat:d

    BalasPadam
  12. Setuju dengan pandangan bro Mazidul...kadang-kadang pelik bila pihak berkuasa macam tak endah je bila ada premis pelacuran menjalankan kegiatan tak bermoral mereka secara terbuka.

    Apapun semoga misi di Kota Kinabalu, Sabah berjaya. Take care bro... :D

    BalasPadam
  13. Wow... akan bertambah mantaplah 999 seperti masa dulu2...

    Apa yer agaknya kes hangat di Sabah?
    Penyeludupan dan penjualan rokok kretek? Kebanjiran warga filipina dan indonesia tanpa permit? Hmmm...

    BalasPadam
  14. Salam,
    syabas abang kerana bakal membawa kelainan kepada '999' dan membuka minda rakyat Malaysia bahawa banyak perkara dalam gelap boleh menghancurkan bangsa jika tidak diambil langkah sewajarnya. Bagi pihak berkuasa cukuplah kalian tidur kerana team gempur '999' pasti membuat anda beringat kerana rakyat sekarang pandai menilai.

    BalasPadam
  15. semoga 999 nie trus mantap...
    999 memang banyak manafaat pada masyarakat...

    Selamat Tahun Baru 2010 dan semoga kadar jenayah akan berkurangan..

    BalasPadam
  16. AM secara jujur merasakan Bro Maz memang paling sesuai 'duduk' di 999, bukan dirancangan lain.

    AM nak cadangkan lepas ini 999 serang habis-habisan pusat mesin judi, tak kiralah yang haram atau yang halal. Bagi AM semua itu bukan sahaja haram, tetapi merosakkan anak-anak melayu (dan bapak-bapak melayu)dengan berselindung di sebalik pusat internet.

    Kalau Bro Maz inginkan maklumat dimana pusat mesin judi (termasuk bengkel untuk memperbaiki mesin) AM boleh tunjuk.

    Kalau boleh 999 'bogelkan' siapa disebalik mesin judi tersebut dan kenapa penguatkuasa 'malu-malu' hendak ambil tindakan walaupun telah banyak aduan dari orang ramai dibuat.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  17. betul tu.. setakat serbu dan tangkap tetapi permis masih ada kemudahan letrik dan air... memang ianya hanya membuang masa, tenaga dan kos.
    ada masanya saya dah jemu cerita2 serbu dan tangkap di permis yang sama.......

    BalasPadam
  18. Salam BRO MAZ...

    Semoga program baru akan lebih menjana minda yang positif... membawa suatu program yang penuh manfaat dan bakal mencetuskan sesuatu perubahan yang lebih baik...

    All the Best to U, BRO..

    BalasPadam
  19. salam bro maz,

    antara program tv3 yg sy minat..zakiah anas dah sinonim dgn 999. harap kali ni hazlin dpt terus memantapkan rancangan ni..insyaallah ya...dgn bimbingan bro maz:-)

    BalasPadam
  20. Nak buat camana bro, undang undang kita lomah sikit bab air lendir dan hasil lendir ni!

    nak tangkap boleh tapi nak dakwa susah. Kenapa? a)mesti ada pelacur itu b) mesti ada pelanggan dan c)duit langganan tadi.

    Haa, siapa nak ngaku bagi atau ambik duit? kang kalau lebih lebih siasat, suhakam lak marah!adoi!

    Yang paling hampir adalah PBT untuk menguatkuasakan.

    Berkenaan VCD tu bro, yang naik moto tu adakalanya polis bantuan je. Jadi, susah le sikit. Kalau polis betul pun, nak tangkap hanyalah atas kesalahan tiada sijil B penapisan filem. Tapi susahnya, akta penapisan filem ni kata hanya ASP dan ke atas sahaja boleh..hmmm

    gua support 999 lu bro..boleh hamba jadi pengacaranya?he he he

    BalasPadam
  21. salam tahun baru buat saudara mazidul,,,tahun baru,tugas pun baru...tak kira apa pun tugas anda atau program apa pun yang anda kendalikan,saya tetap sokong anda,lebih2 lgi jika setiap program itu memberi manfaat kepada penonton..saya percaya anda mampu membuat yang lebih baik dan terbaik dari yang dulu...

    BalasPadam
  22. as'salam bro maz..selamat thn baru..semoga lbeh sukses dgn tugasan baru anda..
    pasal entry jual air lendir ni..x leh nak komen..dgr je tajuk tu dah geli..hehehe.pe2 pon hrp pihak berkaitan kena ambil langkah yg tegas..

    BalasPadam
  23. Bro menutup 360 dengan jayanya.. Aku anggap rancangan tu berjaya 100%. Apepun, kita perlu melakukan perubahan untuk lebih berjaya. Rasullullah pun turut melakukan hijrah.. Syabas Bro.

    BalasPadam
  24. 999 turut menerima pengacara baru. (Hazlin) Disini perlu juga pelapis pengacara baru. Kalau tidak nanti kita tiada pengacara yang boleh menggantikan pengacara yang lama. Semoga rancangan 999 akan terus di minati sama seperti ketika di hoskan oleh pengacara2 yang lepas.

    BalasPadam
  25. Salam maal hijrah dan selamat tahun baru buat bro maz dan semua..semuga rancangan 999 nanti akan lebih hebat dan berjaya.

    Yang paling dekat pada kita ialah masa yang akan datang atau ajal dan yang paling jauh ialah cita cita.(socrates)

    BalasPadam
  26. Bro Mazidul, kalau blh cara penyampaian pengacara juga perlu diubah, jgn jadi seperti sebelumnya, maaf terleboh control, lagak seperti mengacara program nona...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.