Jumaat, Disember 18, 2009

Bung Mokhtar Cium Dahi

Jarang orang tidak mengenali Ahli Parlimen, MP, Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, 50 tahun. MP bersuara amat lantang berhujah di Parlimen menggunakan loghat Sabah pekat.

Justeru, desas-desus pernikahannya dengan aktres, Zizie Ezette, 31 tahun, turut lantang diperkatakan banyak pihak. Setakat ini Datuk Bung menafikan berita terbabit, alasannya beliau tidak cukup kacak untuk mengahwini Zizie.

Orang politik bagi saya memang bijak berseloroh. Untuk rekod, Datuk Bung sudah berkahwin dan bapa kepada 4 anak.

Ketika dihubungi wartawan, ibu Zizie, Kathy Fauziah berkata Datuk Bung dan anaknya belum bernikah dan tiada majlis resepsi dalam tempoh terdekat.

Rabu lalu di akhbar Kosmo!, Zizie mendedahkan berita dia dilamar dan akan mengahwini MP dari Sabah.

Berikut hemat saya.

Kita semua tahu, berita pernikahan harus dihebahkan agar tidak timbul syak wasangka di kalangan ahli masyarakat. Sebab itu samada di kampung mahupun di bandar besar kenduri kendara diadakan bertujuan mengumumkan pernikahan Raja Sehari, cuma stail dan skala sahaja berbeza.

“Saya telah menghubungi kawan saya Bung Mokhtar, senang cakap mereka sudah selamat,” ujar Datuk Mohamed Aziz dalam laporan akhbar hari ini.

Datuk Mohamed, rakan baik, ‘sparring partner’ Datuk Bung di Parlimen.

Sudah selamat? Selamat apa?

Persoalannya jika mereka sudah bernikah, masakan tiada gambar 'terlepas' ke tangan media? Maklumlah, gambar sekarang boleh dirakam menggunakan kamera telefon bimbit 1.3 Mega Pixel bukan semestinya Canon EOS.

Ingat kes Akhil dan Wahida sebelum ini? Berulangkali menafikan pernikahan mereka, akhirnya kebenaran dan kenyataan terserlah juga.

Bukan saya ingin menyibuk berhubung kisah perkahwinan mereka, cuma teringin benar menatap gambar Datuk Bung mencium dahi Zizie (biasanya gambar dirakam selepas upacara nikah).

Jika pembaca mempunyai maklumat terkini berhubung berita sebenar, sila kongsikan di sini.

Nota Sidang media akan dibuat keluarga Zizie pada Januari 2010. Apapun, selamat pengantin baru Datuk!

32 ulasan:

  1. 1. Tahniah kepada Datuk Bung kerana berjaya 'melunaskan' satu lagi kuota yang empat. Ketentuan Allah, tidak ada siapa yang boleh mengatakan TIDAK MAHU...Amin.

    2. Takziah kepada Sdr Ahmad Fedtri Yahya, yang telah kehilangan ibu tercinta, yang telah pergi menemuai Ilahi. Ketentuan Allah, tidak ada siapa yang boleh mengatakan JANGAN DULU...Al-Fatihah.


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  2. untungnya dapat isteri segebu zizie ni...jeles sue tgok..
    harap2 perkahwinan mereka (kalau betul la) ni kekal ke akhir hayat..
    tak larat dah tengok kes rumahtangga artis yang bercerai-berai...

    BalasPadam
  3. ok apa , bung mokhtar tak buat salah apa2 , pada siapa2 ..
    zizie pun umur dah tinggi , memang patut dia kawin pun , bujang lama2 semakin banyak gossip , tak baik ..

    kita doakan semoga mereka bahagia sampai mati [bukan sampai anak cucu ja ] sayang sampai mati , kekal bahagia sehingga keakhirnya ..

    BalasPadam
  4. andai benar seperti dikhabarkan jgn la menyembunyikan fakta. peminat zizie rasanya wajar diberitahu status mereka. kalau benarla seperti yg dicanangkan, tahniah kepada mereka berdua dan semoga jodoh ini berpanjangan :d

    BalasPadam
  5. Shazriena, saya juga tidak sabar ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua andainya sudah menjadi pasangan suami isteri sah.

    BalasPadam
  6. Mazidul...ajaklah pembaca lawat blog saya. Ada banyak cerita pasal kawin-kawin dua.

    Kalau dah berhajat tu silakanlah. Hari baik, bulan baik ni, kalau dah ada cita-cita, teruskanlah.

    Sila lawat blog saya
    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Khalil, biarlah pelawat membaca apa mereka suka tanpa disuruh. Saya juga tidak pernah meminta mahupun menyuruh sesiapa membaca blog ini.

    Saya percaya, blog ditulis secara menarik akan terus dikunjungi pelawat.

    BalasPadam
  8. tahniah Bung Mokhtar!! info tentang seks suami isteri kat sini - Isteri Pura-pura Orgasma

    BalasPadam
  9. tahniah, makin panas orang politik bertemu artis, laku suratkhabar
    lalu bertemu pengulas politik dengan pengosip artis..

    fush,,
    Armouris,

    ramai ker isteri pura2 puas?. memilih sangat kot, remeh sangat.

    BalasPadam
  10. Salam Bro Mazidul,

    Bung Mokhtar ada alasan untuk menafikannya.

    Tapi saya juga sependapat dgn org lain, kalau perkahwinan itu baik, usah disembunyikan.

    p/s: Saya ke majlis pengebumian mak Fiedtri, staf MHI ptg semalam. Maknya pangkat ibu saudara kepada saya. Saya panggil Makcik Mah. Fiedtri sampai ketika jenazah sudah dikapan, tapi dia tabah biarpun ketika memandu ke Pantai remis, dia menggigil menahan sedih. Moga Makcik Mah tergolong dlm kumpulan org beriman.

    BalasPadam
  11. wow pasangan sama cantik sama padan, kalau benarlah dah bernikah tahniah di ucapkan, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat kepada kedua mempelai...

    gambarnya sape ade share2 lah teringin jugak nak tengok hehehe...

    BalasPadam
  12. aku nak cari wakil rakyat jugok la t wat bini, hheheheheh

    BalasPadam
  13. Salam Bro MAZ...

    alhamdulillah jika benar ada jodoh antara mereka..

    Memang wajar sekali didedahkan perkahwinan. Itupun sebabnya orang buat kenduri, nak publish bukan nak angkuh.

    Publish sekian sekian ni pasangan kita, supaya tidak timbul buruk sangka masyarakat.. hidup pun tenang..

    Dalam kes mereka ni, mungkin lebih nak menjaga hati pihak-pihak tertentu.. isteri pertama mungkin, anak-anak lagi..

    Begitulah bahagian "habuan" masing-masing...

    Moga jodoh berkekalan...

    BalasPadam
  14. Memang bung ada hak untuk bernikah lagi dan sy rasa dia pun mampu dr segi material (tu yg jelas .. duit berkepok2) harap dia juga mampu dr segi batin. Kalaulah benar, knp dia menafikan? Apakah bung juga ada sindrom penyakit TB (Takut Bini)! Masa dok ngorat tu tak pikir ker ada hati perlu jaga...bila dah heboh satu Malaya baru berfikir ada hati dan perasaan lain perlu jaga..pelik pelikk sindrom TB nih!!

    Zizie juga bukan muda lagi, elok dia kawin pun di usia begini.. walaupun dia kt dia jatuh cinta bukan krn harta, siapa yg nak cayer? Cuba tanya zizie kalau ada lelaki muka cam bung tu hanya title org biasa, lalu ker nak jatuh cinta?? lalu ker nak buat laki??

    "power of money" begitu besar hingga cinta pun boleh beli, cuma belum pasti dapat beli kebahagian.

    BalasPadam
  15. Tahniah la kepada YB Bung Mokhtar...semoga berbahagia :)

    BalasPadam
  16. antara analis yang belum dijumpai adalah,
    jika kita berumur 60 tahun berkahwin dengan wanita berumur 30tahun, kita akan awet muda sebaya 50tahun, manakala wanita akan tampak berseri sebaya 40tahun..
    begitulah sebaliknya bagi lelaki berkahwin wanita lebih berumur darinya..
    sekian alkisah..

    oleh itu kawin lah muda banyak banyak..supaya pertukaran hormon terjadi jika berkuasa wang dan tenaga.

    BalasPadam
  17. Setuju sangat dengan MrsNor. Masa dok mengorat, cintan cintun takde plak pk anak bini, bila nak kahwin baru terpk "eh.... aku ada bini la, nak kena jaga hati dia".

    Pada saya la... hal kahwin ni hal yang baik (walaupun kahwin ke-2 ke-3 ke4). Fitrah kahwin tu sendiri memang perlu dihebahkan bagi mengelakkan timbul syak wasangka dan fitnah.

    Zeq - lelaki tua kahwin pmpn muda, lelaki tu boleh jadi muda ye?

    Ok.. saya kongsi dengan zeq satu kisah perbualan antara doktor dengan pakcik tua berusia 65 tahun.

    Pakcik : Doktor percaya tak, dalam usia saya 65 tahun ni, saya masih kuat dan gagah. Bini muda saya baru 25 tahun tengah mengandung skang. Tak sangka saya masih power!

    Doktor: Saya tak percaya.

    Pakcik: Eh, kenapa plak doktor?

    Doktor: Cuba pakcik bayangkan pakcik sedang pergi berburu kat hutan. Tiba-tiba senapang pakcik kehabisan peluru. Tembak2... angin je. Lalu plak seekor kijang depan pakcik. Sayangnya peluru pakcik dah habis, tapi pakcik buat2 aje tembak, nak sejukkan hati sendiri. Tiba2 pakcik terdengar satu tembakan, dan kijang tu mati. Adakah pakcik percaya kijang tu mati kerana senapang pakcik??

    Pakcik: Eh... tentulah bukan dari senapang saya. Tentulah ada pemburu lain yang dah tembak kijang tu.

    Doktor: Itulah yang cuba saya sampaikan pada pakcik.

    (Sekadar Selingan buat senyum2)

    BalasPadam
  18. Hahahaha... DIANA vs ZZ..

    kelakar citer Pakcik tu. Kak Azie faham apa yg doktor tu cuba sampaikan..

    yaaa mungkin pemburu lain dengan peluru yang lebih power...hehehehe...

    tapi tak mustahil juga Pakcik 65 akan berasa muda 20 tahun bila berbini muda...kan?

    BalasPadam
  19. Bung Mokhtar,
    Dah kahwin cakap kahwin. Jangan sembunyi-sembunyi. Nanti orang kata Bung takut bini. Parah

    BalasPadam
  20. betul betul Diana, saya nampak huby U yang berborak dengan doktor itu..
    saya berada di luar bilik bawa isteri, menunggu giliran.

    BalasPadam
  21. Perkara yang baik jangan di sembunyikan sebenarnya.. Apa salahnya bagitahu semua. Bukannya kena tangkap dan di masukkan ke dalam lokap pun.

    BalasPadam
  22. hak3 hubby vic ke yang borak dengan doktor tu? wakakakakaaa gelak gulen2 jap bwh meja

    BalasPadam
  23. Hahahahah..
    jahat nyer kowang
    Hubby vic ngan vic sebaya la..
    tak termasuk dalam ini cerita!
    hampeh!

    BalasPadam
  24. Kadang-kadang macam lawak pun ada dengan kerenah orang politik kawin ngan artis ni...main sembunyi-sembunyi fakta pulak...isk2..

    BalasPadam
  25. padan la 2 org politik jdoh ny artis....jd kite sme2 la doa agar jdoh mereka kekalan

    BalasPadam
  26. Menarik!, bagaimana iyer orang telah berumur ini mahu menyampaikan hasrat hati kepada perempuan yang muda lagi!.

    Saya rasalah, sebab berharta kut!. Kita yang tak berharta ini memang tak berani. Top-top diketawakan & diuar-uarkan seMalaya... tahu dek! bini atau keluarga mertua mana nak letak muka!.

    BalasPadam
  27. Sdr Idan,
    agaknya, ada masa, ada gadis muda menyapa, hai pakcik Idan, kemudian bila lama-lama,
    boleh ker tukar hai Abang Idan.

    BalasPadam
  28. Taniah kepada Datuk...dan harapnya dengan ada bunga mekar baru disebelah datuk kan terus lantang di parlimen demi menegakkan keadilan dan kebajikan rakyat jelata...tahniah datuk..

    BalasPadam
  29. salam.

    nmpknya majoriti beri komen positif pasal isu nie.mcm dpt terima poligami..but i'm not sure sama ada ikhlas or in other way, synical.

    most of my friends syok kutuk sakan bung ngn zizie mcm lupa diri lak diritu pun lum kahwin..mgkin ntah jd isteri ke3 or ke4..kuasa Allah sape taw..sadly if ngata lebih2 pada org,balasan Tuhan sapa tahu...

    tp da point is i believe that, klu mendoakan sesuatu yg baek utk org,kitapun akan dpt blsn yang baek...dr buat onwn judgement cos kita nie sape nk lebih2..Allah je yg layak mengadili

    BalasPadam
  30. Tapi tak semua cintakan suami orang kerana harta...sebab saya terpikat dengan suami saya(dulu suami org) sebab budi baik dia...kalau orang yg tengok sya dan suami..org akan ckp tak sesuai jugak.dah la suami sya tak ensem(BUNG tu 10 kali lebih ensem),tak kaya plak,tua..anak berderet,tapi takdir tuhan siapa boleh menafikan...yang penting KU PERCAYA ADA CINTA..bak kata siti nurhaliza.hehehehe

    BalasPadam
  31. Ape2 saja komen yg diberikan...kawen ke tak kwen ke...satu yg pasti....Kaum Adam dikurniakan Allah 1000 akal..dan mereka mmg amat pandai menyimpan rahsia sesama sendiri...tak gitu????

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.