Rabu, Disember 23, 2009

4 Jam 'Berpeleseran'

Setakat ini lebih 20 bloggers bersama ahli keluarga dan rakan mengesahkan kehadiran di Pertemuan Bloggers di FRIM pada 26 Disember 2009 (Sabtu) di antara jam 10 dan 2 petang.

Bagaimanapun saya amat yakin bilangan terbabit akan bertambah.

Ada orang bertanya kepada saya, mengapa tidak dirancang sebarang program atau pengisian?

Maaf, tiada treasure hunt, tiada acara lari dalam guni mahupun pertandingan menarik upih pinang. Jauh sekali, lucky draw atau exchange gifts (pertukaran hadiah).

Memang sejak awal saya nyatakan, kegiatan utama pada hari itu, anak kecil dan remaja bermanda-manda di sungai, orang dewasa (bloggers), 'berpeleseran' sambil berkenalan, bersembang dan makan juadah pot luck.

Saya yakin cerita bakal dikongsi pemilik blog penyiasat paranormal, Vamp Malaysia klik lebih menarik berbanding treasure hunt. Gelagat bloggers lelaki dan wanita, selama ini tidak berpeluang bersua muka, InsyaAllah lebih mencuit hati berbanding acara lari dalam guni.

Apapun, bagi bloggers berusia, sila bawa tikar mengkuang untuk duduk bersila di tepi sungai. Jika tidak, bimbang diserang gout, athiritis atau sakit lutut. Jangan lupa membawa sekali bekalan ubat diperlukan dalam tempoh 4 jam terbabit. Pusat rawatan terdekat, Hospital Selayang dan saya harap tiada ‘kambing hitam’ bertugas di situ seandainya blogger terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan.

Persoalan berikutnya, bolehkah silent readers blog ini menghadirkan diri? Tentu sahaja boleh, datanglah dengan keluarga ataupun rakan.

Bolehkah jurugambar bebas datang untuk mengabadikan keindahan alam di samping berkenalan dengan pembaca blog ini? Itu juga dibenarkan, no problem at all.

Kepada semua bloggers bakal hadir, datanglah berbekalkan minda terbuka dan hati tulus ikhlas. Jangan lupa melekatkan tanda nama di baju agar mudah dikenali dan diingati.

12 ulasan:

  1. yeahh.. sebagai freelancer ingin berterima kasih kepada Abg Mazidul. Insyaallah SH & NF akan hadirkan diri.. :( c u @ FRIM

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ..
    saya masih berpendapat (menyokong) idea sebegitu santai lebih baik (mungkin usia kita yg begini).

    No games, no lucky draw – kelak menyusahkan pula. Mana ada masa dan kederat kita nak berlari kejar bola or belon or whatever..

    Duduk berbual beramah mesra (cuma jangan tepuk tampar bini orang or laki orang) lebih seronok mengisi masa yang terhad. Ya ini suatu permulaan yang baik..

    Cuma nak pesan awal-awal, jangan ada yg terkejut bila nanti saya ASYIK GELAK (kuat plak tuuu...) dan GELAK selama 4 jam...
    ubat? saya bawa Panadol ActiFast jer kot...:D
    tikar? Saya bawak soratkabor lama jer ek..

    *Pesanan penaja seterusnya > jangan buang sampah merata-rata yerrr... nanti malu penganjur wooooo....

    BalasPadam
  3. oooo...cuti ku sudah abeh....kalo idak boleh je join...tentu best...

    BalasPadam
  4. kak azie...masak sedap2 tau nanti...nak rasa masakan akak..hehe :)

    BalasPadam
  5. seronoknya, hukhuk tp x leh nak join la bro mazidul, hari tu sy ada hal ngan family, kebetulan family dr kg dtg ke umah sy, so mintak maaf x leh nak join insyaAllah kalau ada rezeki lain kali join, doakan semua kawan2 blogger akan hepy n selamat.

    BalasPadam
  6. harap2 acu tak kena keja le time tu...x sabar nk jumpa dgn kwn2 blogger semua...

    BalasPadam
  7. AZRUL.. kalu hang nak makan masakan Kak AA, kena mai belakang pokok yang paling besaq di FRIM tu... cari ler hat yg GELAK kuat sekali tuh...

    kalu tak jumpa jugak.. nasib hang lerrr...

    *pokok paling besaq di situ untuk melindungi orang yg besaq....

    BalasPadam
  8. salam...
    saya memang berminat nak join tapi masa tak mengizinkan la..mmg nak jumpa tuan punya blog ni dan kwn blogger yg lain..
    harap pertemuan sebegini bukan yang terakhir diadakan...

    BalasPadam
  9. 9:00 pagi hingga 1:30 tengahhari; Kalau hujan lebat kena berteduhlah.

    Kereta RM10 & satu kepala RM1, jika siapa tak ada sakit kronik, lemah jantung dll boleh naik tangga gantung! Dengan RM5 anda dapat menyahut cabaran yang menarik lagi menggayatkan.

    http://www.frim.gov.my/cfm_bm/index2_bm.cfm?menu=services-forrental-recrationarea

    Mandi manda di sungai, alam fauna & flora semuannya percuma berkubanglah sampai air kering!

    Dari Kajang ke FRIM ikut MMR2 sekitar sejam sahaja. Tempat ini kaya dengan persekitaran hutan simpan yang masih tidak tercemar; memang menarik apatah lagi dapat berjumpa dengan Bro Mazidul kesayangan kita. Jangan tak pergi!

    Adoi! saya tengah pening ni! banyak sangat jadual bertindih.

    BalasPadam
  10. Salam to all,

    rasa sgt teruja pulak nak jumpa ngan para blogger.. and this my 1st time meet up ngan blogger.. c 2morrow.. :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.