Selasa, Disember 15, 2009

Keliru di Tanjunag Aru

Semalam saya dibawa bersiar ke Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Ramai pelancong tempatan dan dari luar negara berkunjung ke pantai sama.

Matahari petang bersinar di ufuk barat di celah awan putih berarak menambahkan keindahan persekelilingan. Kebanyakan pasangan muda, duduk berduaan di tepi pantai, kelihatan romantis.

Apapun, ada perkara lebih menarik perhatian saya.

“Banyak kali sudah kita orang komplen, tetapi tiada tindakan. Busuk bah bau itu sampah,” kata peniaga menjual air kelapa.

Dia mengadu berhubung timbunan sampah tidak dikutip kakitangan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu. Biarpun bau kurang menyenangkan menusuk hidung setibanya di kawasan terbabit, gambar tong sampah ‘overflow’ sempat saya rakamkan sebagai bahan bukti.

Sebelum pulang saya sempat memesan makanan, sotong masak sambal dari gerai 43 di Fourt Court berhampiran. Bukan sahaja tidak sedap, harganya ‘cekik darah’, RM25 ( seekor sotong).

“Lagi dekat gerai dengan pantai, lagi mahal harga dia,” bisik seorang daripada pelanggan mendekati saya.

Saya tidak suka bercakap di belakang seperti tin kosong, bising tidak berisi, lalu mendekati pemilik gerai.

"Maaf, tukang masak baharu," kata wanita terbabit.

"Mungkin lain kali cuba rasa dahulu masakan sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Mahal itu persoalan kedua tetapi biar makanannya sedap," pandangan saya lontarkan.

Hemat saya, jika ke lokasi sama, tidak perlu menjamu selera kerana ada banyak premis menjual makanan enak dan halal dengan harga berpatutan. Satu daripada premis terbabit, Restoran Sedap, No 1-0-1 Blok B, Lot 20, Kolam Center, Fasa 2, Jalan Lintas, Luyang, Kota Kinabalu.

Ketam sambal dan ikan masak asam antara menu istimewa restoran dikunjungi ramai itu. Pemiliknya chef berbangsa Cina tetapi restoran memiliki sijil halal, Majlis Agama Islam Sabah.

Cubalah, jika berada di Kota Kinabalu.

14 ulasan:

  1. Salam BRO MAZ...

    terimakasih perkongsian info dan pengalaman menarik..

    Saya belum pernah sampai ke Sabah.

    Kes lewat angkut sampah ni berlaku di merata tempat... bila tegur baru bergerak..

    Tak komplen, buat lengah. Sudah macam budaya kerja pulak..

    Pastu pihak terbabit akan cuba salahkan pengguna tak bayar maintenance fees...

    tak berkesudahan... Kena ada kesedaran di kedua-dua pihak.

    BalasPadam
  2. syabas bro....berani krana benar,takut krana takda duit,,,kehkehkeh...



    rimautokakpedang.blogspot.com

    BalasPadam
  3. hi sir mazidul,

    sory to say.. makanan di gerai2 tg aru beach memang tak berapa sedap.. or..memang TAK sedap.
    dorang cuma harap kn pemandangan indah laut dn pntai utk menjual makanan dorang.
    u wan real tasty food? yes, Lintas is the place.

    Nancy.
    Tg Aru :)

    BalasPadam
  4. baguslah bro Maz berani bersuara kalau makanan yang dihidangkan tidak enak, kalau saya, saya masih belum kuat hati utk menegur pemilik gerai/kedai yang menghidangkan hidangan yang tidak sedap...pendam je dan complaint sorang2...hahaha mungkin lain kali akan beranikan diri...huhu

    BalasPadam
  5. Bro

    ha ha ha

    Saya dah 'kena' dulu

    ha ha ha

    Di tempat lain tidak sebegitu mahal sebenarnya...

    Apapun, peristiwa itu menambah pengalaman dan menjadi teladan kepada saya...

    Pengalaman tidak sama harganya dengan saekor ketam bakar di sana bro

    ha ha

    BalasPadam
  6. Makanan di Sabah yang sudah siap dimasak memang mahal.. tak sedap pulak tu, memang tak kena dgn taste org Smnjung...masakan tawar dan tasteless..org Sabah tak payah la nak marah..ini kenyataan, kpd peniaga makanan pi la belajar dulu baru buka gerai or restauran...walaupun disini terkenal dgn sea food tapi mereka tak pandai sgt nak masak cuma celur, rebus bakar...itu je..saya jarang makan diluar kecuali tempat tertentu spt Rice/Reflesia chicken Hut (RCH) utk nasi ayam dan mee kari, kari kepala ikan Joti Api-Api ctr sebelah Cosway..Asam Pedas Lintas Plaza...Roti canai paling best Sutera Golf Resort, sup tulang Dkt masjid Jln Sembulan...itu je yg saya suka...makanan hotel yg sedap Hyatt
    Apa pun kena hati hati bukan semua muslim owner dan tukang masaknya..

    BalasPadam
  7. setuju dgn en.mazidul..tak kisah harga mahal,janji service dan makanan sdp..jual makanan pon mau tipu2 ka..

    BalasPadam
  8. Ada sambal tumis yg boleh dicuba... tunggu....

    Apapepun pengalaman itu x boleh dijual beli.

    Buat para peniaga makanan -kebersihan, harga, layanan mesra & rasa WAJIB diutamakan.

    BalasPadam
  9. Saya singgah di food court tu dan makan di gerai tepi pantai sebab tak tahan dengan asap yang memenuhi ruang food court. Kipas banyak tapi tak dibuka. :(

    Rasanya sangatlah tak sedap dan mahal. Sangat berbeza sewaktu saya pertama kali makan di situ beberapa tahun lepas. Kalau ada rezeki lagi ke KK, saya takkan jejak food court tu lagi.. tapi saya akan cuba restoran Sedap tu ;)

    BalasPadam
  10. Makanan mahal + tempat yang kotor + tidak sedap= baik makan kat tempat lain.

    BalasPadam
  11. Peniaga makanan begini di dunia memang mereka kaya & gumbira pekena pelanggan; kalau tidak kita halalkan harga yang mahal itu bagaimana?.

    Saya benci amat orang yang ambil kesempatan dengan masalah benda menjadi darah daging ini. Nak berniaga makanan pun biarlah secara jujur & harga yang berpatutan.

    Masing-masing kita merasa kelaparan; sudahlah lapar lepas itu naik tekanan darah tinggi dengan harga yang menggila mahalnya. Jauh di dalam hati memang menyumpah peniaga begini.

    Lainlah makan di hotel 5 bintang!.

    BalasPadam
  12. salam...
    sy cuma ke Tg. Aru utk makan sate, itupun kt 2nd Beach.
    Betul tu.. Sy pon highly recommend Restoran sedap kt lintas. sy dok dkt je dgn restoran tu, tmn hiltop.. sy sekeluarga slalu dinner kt sana. menu wajib - butter prawn, ketam msk blackpepper, steam fish, lemon chicken... sy mmg ketagih dgn tomyam udang n bihun goreng isi ikan dia. kejap lg nak gi sana la ni..
    lain kali, sy rekomen kt saudara p ke Restoran Sri Gayang kt Jln Sulaman. Kat Salut pon org kata ok, tp sy pernah g sana sekali..ternampak timbunan kotak2 Tiger Beer kt pintu masuk... terus hilang mood. klu x silap... Tunku Maria sabri pernah g makan kt sana utk program JJCM..

    BalasPadam
  13. salam,
    En. Mazidul, sekiranya ke sabah lagi berhati2 dgn restoran seafood d sabah, ini kerana byk restoran yg di miliki oleh non muslim spt own cina. berkenaan restoran Sri Gayang sy mng x syor kan kpd umat muslim ke sana ini kerana ownnyer cina, lgpun kita tidak tahu kesahihannya memilik sijil halal atau tidak, kerana apa yg d katakan oleh anna, mng betul hidangan Tiger Beer mng terjadi d restoran tersebut. Bkn sy nk burukkan keadaan negeri kelahiran tersebut, namun sbg umat islam apa yg sy tahu atau nampak perlu d kongsi bersama. Harap maklum.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.