Selasa, Disember 29, 2009

Aceh: Diberi Betis Hendak Paha

“Apa hal ambil gambar ni?”

Sergah lelaki Aceh berdiri di hadapan kedai menjual jamu berhampiran Lorong Hj Hussein 3, Pasar Chow Kit Road, Kuala Lumpur.

Sebenarnya saya merakamkan gambar adik lelaki berkebetulan melintas di hadapan premis sama, bukan gambar kedai mereka. Panas telinga, pantas saya kembali menemui lelaki terbabit, namun dia melarikan diri ke belakang kedai.

“Ini negara saya, apa salahnya saya ambil gambar? Bukan Aceh kan?,” soal saya kepada beberapa rakan lelaki terbabit.

“Tak, pak cik, kawan saya tak cakap apa pun,” balasnya.

“Kamu ingat saya pekak?,” tanya saya.

Kepada sebilangan warga Aceh berniaga di Chow Kit, usah terlalu besar kepala, ini bukan Provinsi Daerah Istimewa Aceh. Dilihat dengan menggunakan mata kasar, tidak dapat dipastikan samada mereka memiliki dokumen perjalanan sah atau sebaliknya. Pokoknya mereka ramai dan memonopoli perniagaan menjual buah-buahan di kawasan itu sehingga meminggirkan peniaga warga tempatan.

Jika disingkap sejarah, kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu mula menerima kedatangan warga Aceh kerana pada waktu itu mereka terbabit dalam perbalahan dan peperangan sesama kaum. Sebahagian besar melarikan diri ke negara ini bertujuan mendapatkan perlindungan, Malaysia bersikap ‘tutup mata’ kerana mereka beragama Islam. Itu antara sebab mengapa mereka kelihatan ‘kebal’, jarang diberkas pihak berkuasa sebelum ini. Ketika negara mereka dilanda Tsunami pada tahun 2004, bilangan warga Aceh di negara ini semakin bertambah. Kini Aceh tidak lagi bergolak mahupun dilanda musibah, namun majoriti mereka enggan pulang sekaligus membina empayar di negara kita, itu hakikatnya.

Tadi, pada jam 4 petang saya singgah di kedai runcit milik warga Aceh di Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membeli kacang hijau dibuat bubur.

“Siapa punya kedai ni?,” soal saya.

“Tengku ZM,” jawabnya (pekerja berbaju oren).

Untuk rekod, ZM, kini warganegara Malaysia berasal dari Aceh, pemilik rangkaian kedai runcit.

“Kamu pakai dokumen apa bekerja di sini?,” desak saya.

“Bos cakap dia mahu buat permit, dah 2 bulan tak buat buat lagi,” jawabnya jujur.

Saya kemudian menghubungi kenalan, pegawai polis. Menurutnya, polis ketika ini hanya memberkas warga Aceh terbabit melakukan perlakuan jenayah sahaja.

“Ada 8 balai polis di Petaling Jaya tetapi lock up diwartakan hanya 4. Kalau kita tangkap pendatang tanpa izin (PATI) Aceh, kita buka kertas siasatan, reman 14 hari, lock up sesak, penuh. Jadi kalau kita terima maklumat mengenai PATI, kita salurkan ke Bilik Gerakan Jabatan Imigresen, biar dia orang tangkap,” jelasnya.

“Kalau orang awam buat report polis?,” soal saya, ingin tahu.

“Kita tangkap jugalah,” balasnya.

Jam 7 malam saya dihubungi ZM melalui telefon bimbit.

“Sebab apa guna orang Aceh tak ada permit di kedai?,” tanya saya.

“Dia orang mendatang, kita cuma bagi kerja,” jawabnya perlahan.

“Encik warganegara, orang kaya, bawa Mercedes, banyak kedai runcit, takkan biarkan pekerja tanpa permit. Orang Aceh di Malaysia, memang kebal ke? Polis dan Imigresen tak tangkap?,” balas saya.

“Tak adalah begitu,” jawabnya ringkas sebelum membisukan diri.

Bagi saya, sebilangan warga Aceh di Malaysia, bersifat sudah diberi betis, hendak paha, melampau.

Apapun sekiranya pembaca ingin membuat aduan berhubung PATI, sila hubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen di Putrajaya di talian 03-8880 1556.

54 ulasan:

  1. salam mazidul,

    acheh ini memang kurang ajar terutama klau tempat yg org dia ramai, contoh di Apt Seri Murni Selayang. Dah ler pengotor, hari tu saya masa nak masuk lift saya buang rokok yg baru dihisap dia selambe dek hisap kat dlm. Saya tengking & halau dia keluar. Dah keluar dia siap tenung saya dr luar lift. Kalau kita tak berkeras kena mkn dgn diaorg.

    1 lagi isteri member yg meniaga kat pasar brg selayang kena ayat dgn acheh smapai nak bercerai-berai. kesnya aceh tu pegi minum masa beli brg pagi2 & sambil tu tunjuk duit berkepal2 dan bila bayar siap kata 'simpan baki'.

    mohon kerajaan kaji semula dasar yg ada.

    mat ayam

    BalasPadam
  2. Lama dah cerita ni ..sepatutnya kerajaan bertindak....
    Ini kan negara Malaysia...negara kita...
    Undang-undang kita yang buat ...bukanya minta nasihat dari negara luar...
    Malaysia hak kita...

    BalasPadam
  3. warga acheh boleh daftar SSM ker? atau guna ALI@ACHEH
    tangkap denda kedua2ya majikan 500% pekerja 200%..Malaysia dapat belanja PATI,

    kos menjaga PATI kerajaan tangung sampai bila,

    BalasPadam
  4. Sabar Mazidul... nanti kita minta YB Bong Mokhtar Raden bawa perkara ni ke Parlimen.

    BalasPadam
  5. Sangat sedih dengan kelonggaran yang Malaysia bagi pendatang-pendatang ni. Acheh ni ade sikap buruk sebenarnyer. Kalao ade pesaing yang berniaga dalam kawasan yang sama memang dia akan musnahkan perniagaan org tu baik dengan cara baik atau halus. Selalunya dengan cara halus.

    BalasPadam
  6. Sama juga di Pandan Indah. Banyak kedai runcit dikuasai oleh orang Acheh. Jangan sampai satu hari nanti, dapat paha dia hendak kepala pulak!

    BalasPadam
  7. Salam,
    Hakikatnya memang ramai PATI yang awalnya bersikap baik, rendah tapi bila semakin lama tinggal Di Malaysia, mereka semakin besar kepala dan lupa diri, itu yang menyebabkan mereka berani melarikan anak dara orang, mencuri dan pelbagai lagi yang membuat kita rimas, bagi penguatkuasa dua perkara dalam benak saya iaitu malas nak buat kerja atau mereka dah kena bayar.Bukan menuduh tapi kenapa kadar jenayah masih tinggi? dan kebanyakan kes melibatkan PATI

    BalasPadam
  8. Saudara mazidul, ada tak no bilik gerakan imigresen di sabah?..di sini lagi ramai PATI..

    BalasPadam
  9. Tu la masalahnya. Mula2 minta perlindungan. Kita tutup mata konon2 sebagai negara jiran.

    Sekarang kaut keuntungan, kita tutup mata juga ke?

    Sakit hati tengok orang Acheh mengaut keuntungan dan buat duit di negara kita, lepas tu jadi besar kepala. Kita plak seolah2 macam pendatang!

    BalasPadam
  10. salam... warga acheh ni boleh dikatakan berada di merata tempat di kl & selangor... sebilangan besar mereka ini tiada permit & ada yang telah tamat tempoh permit & pasport... pihak berkuasa lebih banyak menumpukan penangkapan keatas PATI disektor pembinaan sahaja... kalau bro ke selangor seperti di klang, bro akan dapat lihat kebanyakan kedai runcit 'melayu' dimiliki oleh warga acheh... apa yang menghairankan pihak berkuasa buat bodoh je dengan diorang ni walaupun banyak aduan dibuat seolah-olah mereka ni untouchables

    BalasPadam
  11. 1. Memberi perlindungan kepada PATI juga satu kesalahan. Khas buat penguatkuasa: Jangan laksanakan undang-undang negara separuh separuh sahaja. Biar adil dan sama rata buat semua.

    2. Orang Acheh sangat kental emosi. Kalau dilihat dari sudut sejarah, mereka boleh bangkit menentang Partai Nasionalis Indonesia dengan menubuhkan Gerakan Acheh Merdeka, dan persengketaannya berlarutan lama. Tapi Allah memberikan mereka pendidikan dalam bentuk yang istimewa apabila konflik berjaya dileraikan setelah tsunami melanda. Sayangnya, orang Acheh (segelintirnya) masih belum mahu belajar daripada sejarah. Masih mahu mendabik dada walau di mana kaki melangkah.

    BalasPadam
  12. Tu lah selalunya yang terjadi...Bila kita berlembut diaorang bagai nak pijak kepala kita...apa sahaja undang-undang yang ada tu gunapakai la tuk membendung daripada kepala berlaku lagi segala bagai gejala yang macam-macam ada sekarang ni dek kerana kebanjiran mereka ni...."Mungkinkah" orang kita juga yang malas, sehinggakan segala peluang perniagaan terlepas ketangan diorang.....sehingga boleh membina empayar mereka sendiri di negara kita??....

    BalasPadam
  13. dari pengamatan yop yg dah lama memerhatikan kedai runcit aceh ni, persatuan mereka kuat. Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu untuk menaikkan kedai runcit yg dijalankan oleh sahabat mereka. kalau mazidul nak tahu, byk benda yg telah mereka kuasai. dari membekal barangan runcit hinggalah menyelenggara peti sejuk di kedai2 runcit milik sahabat mereka. perasan tak kalau ayam di kedai aceh(di puncak alam ni lah, tempat lain tak tahu la pulak) ni murah dari pasar malam! yop pernah bertanya kenapa harga ayam murah? mereka kata mereka hanya ambil untung dalam 10 sen ke 20 sen sahaja. janji pelanggan masuk kedai dan mencari barangan lain. cina pun mengaku kalah dgn peniaga aceh ni.
    tapi kemana orang melayu MALAYSIA? KALAU MEREKA BERNIAGA ADA TAK SESIAPA YG AKAN MEMBANTU UNTUK MEREKA BERTAHAN?
    TEKUN telah membekukan RAKAN NIAGA MEREKA,adakah bank akan memberi pinjaman mikro kalau umur syarikat di bawah 1 tahun?(baru nak berniaga) atau pinjaman peribadi kalau tanpa dokumen yg mencukupi?(slip gaji dan sebagainya)
    Kemana Melayu kita nak mengadu?

    BalasPadam
  14. orang Acheh tak sama dengan orang Jawa atau minang.

    mereka anggap diri ber'keturunan' raja walaupun mengemis di Malaysia.

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. ketiga-tiga tu pun sy xsuka.. xsama tp semua serupa.. menyemak jer kt Malaysia.. Adat Adab ZERO!!!

      Padam
  15. Abglong, kena hubungi Jabatan Imigresen di Putrajaya, maklumat kemudian akan disalurkan kepada Imigresen di Sabah.

    BalasPadam
  16. Salam...

    Isu PATI yang yang tiada kesudahan ni lama-kelamaan boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara...

    Rakyat pun dah puas menunggu penguatkuasaan dan tindakan dari pihak kerajaan dalam menangani masalah PATI ni...

    BalasPadam
  17. ....isu PATI lagi..sudah bosan dgn isu ni entah bila tindakkan akan diambil....Menteri Pertahanan nampaknya sekali aje turun padang itu pun bila baru dpt jawatan ni...sekarang ni tak dengar cerita...diam aje..jangan sampai nanti rakyat tempatan merempat ditempat sendiri...

    ...pernah tanya polis yg ketika itu sedang makan disebuah restoran..."kenapa tidak pernah buat spot check atau checking atau tangkap bangsa asing yg sedang berkumpul dan melepak dipadang tu"...meraka menjawab "ini diluar bidang kuasa mereka yg berhak membuat adalah Jabatan Imigresen slia lapur terus kat HQ kat Putrajaya.."....oh begitu rupanya...

    ....patutlah mereka ini tidak takut dan tidak kisah langsung kalau melihat polis kita....tu yg jadi besar kepala tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup mereka tdk gentar sebaliknyer org kita pula yg cuak bila nampak kelibat polis.. mn tdk nyer keje polis n JPJ buat road block nk cari salah n nk buat saman, yg dpt hasil dr saman tu 90% org sendiri..

      Padam
  18. Saya rasa masalah PATI ni perlu mendapat tekanan dari rakyat malaysia. Media Masa perlu berkerjasama dengan memaparkan kisah2 PATI ni hari-hari dan tekanan sebegini akan membuka mata pihak berkuasa untuk membanteras PATI ni. Tapi satu je..benda2 ni mcm hangat2 taik ayam je..PATI semakin ramai. Kemungkinan nanti dgn ramai mcmni, derang boleh berkuasa. Kekang dari awal. Jgn dah jadi parah baru nak bertindak...

    BalasPadam
  19. bagaimana nak banteras PATI kalau orang kita sendiri buat endah tidak endah saja pasal hal ini?

    Bangkitlah bangsa Malaysia!!!!

    BalasPadam
  20. Salam Mazidul..
    alasan yg diberi pegawai polis "lock Up penuh" saya rasa tidak boleh diguna pakai..bnyak lagi cara lain untuk tahan reman diorg ni..mgkin boleh disediakan tmpat selain daripada lock up..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy bantah bw masuk lockup 3 4 hari makan tidor FREE.. waima sehari pun dlm lockup sy xkn setuju...

      Padam
  21. ACEH memang ada koloni dah kat sini..

    Di tempat saya, pasar mini mereka cukup popular kerana kerajinan dan ketekunan mereka yg sanggup buka kedai se awal 7 pagi... (sedangkan kedai lain beroperasi 9 pagi ke atas).

    Yang tak tahan mahal.. wpun mereka sangat manis mulut dan peramah... huh!

    BalasPadam
  22. salam bro..nak lari tajuk sket..pagi nih saya dpt emel dr sorang kwn, budak2 kat sekolah st.agustine, betong ajuk orang ISLAM solat dlam gereja..ini dah melampau!!tolong bro..dedahkan isu nih!!melampau sangat dah org2 kafir nih!

    BalasPadam
  23. salam...
    perkaka sebegini memang segenap tempat dimalaysia dipenuhi dgn PATI ini.dan ianya menjadi kebimbangan untuk kita bergerak kerana mereka berada secara berkumpulan.dan dalam kes berniaga ni kenapa orang kita sanggup meemberi mereka berniaga keatas primis yang didaftarkan atas nama warga negara adakah kerana orang kita terlalu baik hati....jangan sampai kita lupa akan bangsa kita sendiri....
    Seharusnya pihak berwajib tegas dalam megambil tindakan bukan hanya duduk dipejabat dan tggu 25hb untuk dapatkan gaji sahaja...bertindaklah sebelum aduan dibuat bukan menunggu aduan ataupun pihak tv megeluarkan cerita baru terhegeh² mahu bertindah sekadar menutup kelemahan jabatan tertentu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org kita ni nk untung atas angin jer zlan.. sewakan premis kpd mereka ni duit sentiasa masyukk..

      Padam
  24. Assalamualaikum Abg Mazidul..,

    memang betul warga Aceh kekadang melampau..,saya yang tinggal di kuala terengganu ni pun kekadang terserempak ngan gelagat Diaorang ni kat sekitar kuala terengganu ni..,kalau yang berada di pendalaman sikit ada yang suka tunjuk kurang ajar kat orang tempatan..,maklumlah..,bila diorang dah ramai.., memang betul la cakap abang tu...,! diaorang ni memang tak sedar diri agak nya..,dah la tuhan bagi musibah kat diaorang..,tak bersyukur pulak apa yang orang lain beri..,sedar-sedar lah wahai warga Aceh(indon)..,

    BalasPadam
  25. Jiwa merdeka sirna ditelan pesta
    Matilah rasa hilanglah peka
    betapapun gegak gempitanya
    pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!
    Tetapi semerta terbelalak mata
    bila setan korupsi menggoda,
    “Mau duit ka? Mau duit ka? Mau duit ka?”
    Akan terjualkah negara tercinta?

    Gejala pesona yang kian menggila
    menginjak taqwa menganjak jiwa
    merdeka dengan Ketuhanan Yang Maha Esa
    menjadi hamba kewangan yang “maha berkuasa”.

    Pada Hari Merdeka yang ceria
    kusimpan tangis di balik tawa
    kupendam cemas di tengah pesta
    Hak bangsaku semakin tinggal sisa
    Akan terjualkah merdeka kita?

    BalasPadam
  26. dah jemu isu PATI. seolah2 kerajaan kita tak buat kerja.

    BalasPadam
  27. salam mazidul..
    saya turut nak komen sikit kat sini

    Dikawasan kedai saya ni (Taman kota masai,Pasir Gudang,Johor) ada kedai runcit acheh..mmg kroni2 pekerja2 semua org2 acheh..buka kedai sampai 24 jam lagi tu..dan ada kawasan taman sekitar ada juga cawangan pulak tu..nama besar KANA...ada KANA Jaya <--- ni yg besar..ada KANA Haikal..KANA Haikal dan lain2 lg...pakai MPV mewah plak tu dah (ye la kalau gaji ciput2 mcm kebanyakan org malaysia ni mampu ker nak beli MPV tu..saya pun x mampu walau bisnes sendiri..perghhh TOYOTA ESTIMA..x kisah kalau nak berniaga tapi amik peduli la soal permit kerja..tuk pekerja2 dia tu..ada campur yg dtg dari narathiwat,Thai..permit x de jugak..ada serbuan Imegresen ke dorang lari..ada jugak yg dah dpt info awal..camane nak banteras mcm tu..makin ramai umat ACHEH kat kawasan pasir gudang ni..

    Apa pun pendapat peribadi saya..x berape suker org asing lebih kuat dan rajin berniaga walau mula dgn jual jamu tepi warung...lama2 dorang ada outlet ada kedai..org kita yg x mo amik peluang pun ye..sorry..bukan semua la pun..

    Harap kerajaan akan ada akta juga peka dengan masalah seluruh malaysia ni dgn pendatang ACHEH selepas org INDON yg mmg berleluasa bekerja tanpa PERMIT ni...nak tgok meh la dtg pasir gudang mazidul..KAK N ada disini..

    wallahua'lam

    BalasPadam
  28. Salam bro Maz,

    sakan jugak org2 acheh kat Malaysia ni yer..nak tunjuk gengster lagi tu. ni la mcm pepatah tu, ibarat kaduk naik junjung. Masa ditimpa bencana, kerajaan nak tunjuk prihatin, bagi bantuan, bagi perlindungan.
    Tak tau pulak sy kes org2 acheh ni ada 'special treatment' pulak. hurm, lastly niat suci dibalas tuba. Rakyat jugak yang makan hati...

    BalasPadam
  29. Sokong En. Mazidul, sokong Yopsapu & sokong semua ulasan bernas drp rakan bloggers.

    Saya akui semangat perjuangan di dalam perniagaan org Melayu/Islam semakin terhakis dgn pelbagai faktor :-
    (1) Tak ramai org Melayu yg menyokong perniagaan sesama Melayu/Islam - Saya ahli *** (*** adalah MLMs - Multi level Marketing syariah)yg memasarkan produk halalan toyyiba - Sehingga kini masih menjemput rakan terdekat, ahli keluarga & jiran jd ahli - bukan suruh jual/bkn suruh cari ahli, hanya utk kegunaan harian di rumah sendiri ttp bkn semuanya berminat padahal majoriti barangannya adalah sama seperti apa yg di beli di kedai Acheh/Pasaraya BESAR.

    Sampai bila kita nak ke kedai org Acheh ataupun ke Pasaraya BESAR memenuhkan troli, mengempiskan saku kita demi makanan2 syubahah (bkn. semua produk) lantas mengkayakan mereka?

    Ayam organik yg sahih sumber pemakanan, kebersihan & sembelihannya msh tidak cukup menambat hati mereka berbanding ayam siap berbungkus di Pasaraya BESAR yg jelas siapa 'Taukehnya' (byk kali masuk berita 'ayam cucuk') ataupun ayam murah di kedai Acheh yg entah dari mana rebannya. 'Tepuk dada, tanya selera'.

    (2) Bagi yg memerlukan modal tambahan utk memajukan perniagaan/pusingan modal pula memang perit dgn kekangan pinjaman & pelbagai kerenah birokrasi pihak Bank/Tekun - salah satu sebabnya kerana yg dah dapat pinjaman liat nak bayar. Bersamalah kita mengubah mentaliti agar dapat mengorak langkah maju ke hadapan - bersamalah kita menyokong perniagaan sesama kita dgn fikiran yg positif - 'Sepakat membawa berkat'

    Esok saya akan buat aduan dgn menelefon Bilik Gerakan Jab. Imigresen, Putrajaya - saya akan maklumkan Sec. ** merupakan syurga PATI pelbagai negara & kedai Acheh mana yg WAJIB disiasat di situ, InsyaAllah.

    BalasPadam
  30. Salam bro maz, saya dulu masa tsunami kesihan sangat dekat derang ni, tapi bila tahu perangai derang ni kuang ajar, mulalah menyampah.

    Derang ni kalau lebih-lebih kita sergah balik, baru derang kecut perut sikit, jangan bagi can sangat kat indon2 ni.

    BalasPadam
  31. ...satu soalan...mereka semua ni ada dlm senarai pengundi pilihanraya??

    BalasPadam
  32. Salam..

    Saya setuju dgn post dan komen di atas yang ditujukan buat warga Acheh dan mungkin juga buat sebahagian pendatang yang lain.. itu yang negatifnya. Ada seperkara lagi yang patut juga kita perhatikan ialah, bagaimana warga Acheh ini boleh berniaga dan bertahan di kawasan yang pada awalnya dimonopoli oleh bangsa lain seperti Cina dan India.

    Jika kita sedar, tidak kira di mana juga mereka memulakan 'bisnes', amat jarang sekali yang gulung tikar. Mungkin kita boleh 'mencungkil' rahsia kejayaan mereka. Adakah bertahannya perniagaan mereka ini benar-benar 'bersih' atau mungkin adanya sindiket yang melindungi dan menggunakan perniagaan mereka untuk menutup kegiatan 'gelap' mereka?

    BalasPadam
  33. Raziff, saya harap tidak. Sebagai penduduk tetap, mereka tidak berhak mengundi.

    Pendatang asing di Sabah? Huh! Sukar untuk dijawab :)

    BalasPadam
  34. Fenomena sama berlaku di Kg. Datuk Keramat. Kawasan kelahiran saya ni sekarang bertukar suasana seolah-olah berada di Indonesia. Perniagaan pon ramai dikuasai mereka. Saya pon hairan mcmmana dorang boleh berniaga dan buka kedai. Mcm2 perniagaan ada..kedai runcit, gunting rambut, kedai makan, kedai jamu, yang berniaga depan halaman rumah jual Bakso pon ada. Tu..kat Pasar Keramat, berlambak kedai dorang..sampai dah bukak kedai borong lagi...

    Kalau lah saudara Mazidul boleh buat liputan di sini, alangkah bagusnya. Tapi yang geramnya ada pulak warga malaysia kita ni yang sanggup sewakan tanah kat warga asing ni. Warga asing pulak berniaga..keuntungan lebih besar dari bayaran sewa tanah. Sapa yg rugi.. Geram btol dgn org Malaysia yang bodoh mcm ni...

    BalasPadam
  35. ape yg pelik kalau aceh bukak kedai kat sini kalau tak orang kite gak yg sewakan kedai tu kat diorang dgn harga tinggi. nak salahkan sape tu?
    yg tade permit memang patut halau je dari Malaysia. warga aceh da makin ramai kat Malaysia. wajar ke kite pandang sebelah mate je?

    BalasPadam
  36. mereka ni dah buat Malaysia mcm negara mereka, kekadang tu kita yg takut pada mereka, negara mereka sudah aman kemabalila ke negara sendiri, knp masih nak menumpang negara org. atau negara sendiri sudah tidak mampu memberikan rezeki pada mereka? mereka ni benar memberikan masalah kepada Malaysia, ambikla tindakan yg sewajarnya.

    BalasPadam
  37. tersenyum sendiri baca kebanyakkan komen di atas...

    apa yang saya nak beritahu bersifat peribadi dan tidak memihak kepada PDRM...

    lockap... setiap balai kebanykkan lokap tidak besar seperti sangkaan orang, dan kebanyakkan di penuhi dengan penjenayah lain selain pati..
    dan sekiranya di kuala lumpur, sekrang lokap balai balai tidak lagi boleh digunakan, kerana lokap berpusat di bukit jalil telah siap.
    untuk buat satu lokap perlu di gazekkan.

    penguatkuasaan, aku tak setuju la dengan apa jawapan yang diberikan oleh anggota polis tu.. tapi aku faham apa yang dia rasa..

    minta maaf kepada pihak Imigresen.. aku pernah tangkap Pati dah tak ingat berapa orang... tapi bila nak di masukkan ke dalam lokap Imigresen alasan tak cukup orang... mungkin ada OKT sek samun atau ragut dalam tu... mungkin jugak kes bunuh.. aku pun pergi sendiri pergi ke lokap sana(untuk tujuan usir saspek disyaki "ayam") kosong ja...
    apa maksud aku bila aku katakan aku faham apa yang polis tu rasa...
    kawan kawan pernah dengar pihak imigresen buat serbuan di tempat tempat pati??? jarang sekali.. yang ada mungkin polis dan rela kalau ada pihak imigresen pun... saya rasa saudara mazidul tahu berapa kerat yang di hantar ^_^..
    untuk pengetahun imigresen ada unit penguatkuasaan sendiri...
    ingat bila time pengarah dia di tangkap SPRM... berapa kerap serbuan di buat... cuba bandingkan dengan sekarang....

    ya pati salah satu dari kuasa polis..
    bagi aku, dari segi jenayah saja aku dah tak terbuat... inikan pula di tambah dengan masalah pati...
    sebab tu di tubuhkan jabatan Imigresen Malaysia....

    ops besaran2 paling last di buat di KL berkaitan dengan pati adalah di jinjang kalau tak salah aku... pihak media pun datang.. tanya pihak media.. jabatan mana banyak??

    apa apa pun cuba hubungi MCC.. atau rakan cop beri maklumat menerusi rakan cop... sebab rakan cop ni lebih berkesan dari mengadu polis yang sedang meronda,
    dan aku yakin dari 10 orang dalam forum ni cuma 3-4 orang ada no telefon polis.....

    ps: pandangan dan pendapat peribadi..

    BalasPadam
  38. Happy Birthday Mimi,semuga jadi anak yang solehah, panjang umur dan dimurahkan rezeki.

    Dulu anak bongsu saya pun hisab jari sampai berkematu.

    BalasPadam
  39. Tuan Faizul, saya hanya melaporkan kenyataan dikeluarkan bukan anggota tetapi pegawai berpangkat sama dengan Tuan.

    Saya cuma terkilan wujudnya 'double standard' dalam menangani isu warga asing tanpa dokumen sah.

    Jarang amat saya mendengar warga Aceh ditahan kerana tinggal di negara ini secara tidak sah. Alasannya kerana mereka beragama Islam. Rakyat Bangladesh juga beragama sama namun mereka diberkas jika melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2001. Saya pasti tiada termetrai sebarang perjanjian 'G to G' di antara Malaysia dan Indonesia mengatakan warga Aceh tidak boleh ditahan kecuali jika mereka melakukan jenayah.

    Segelintir warga Aceh sebelum ini banyak terbabit dalam kes pengedaran ganja, dibungkus kertas minyak, itu trademark mereka. Di samping itu, mereka amat 'liat' semasa disoal siasat. Saya rasa Tuan lebih arif berhubung kes seperti itu. Sepak, terajang, tentunya tidak 'makan' dan memeberi kesan kepada tubuh mereka. Degil mereka teramat dan sukar ditangani, hati kering.

    Saya pernah menghubungi balai polis mengadu berhubung kehadiran warga Myanmar, sah tidak memiliki dokumen perjalanan.

    Respon saya terima dari anggota menjawab panggilan di kaunter, "Encik, tolong hubungi Imigresen". Amat mengecewakan, bukan?

    Selalunya, polis dan Imigeresen kelihatannya sering 'pointing fingers', menuding jari di antara satu sama lain dalam hal ini. Imigresen kata, polis boleh tangkap, polis kata lebih baik penguatkuasa Imigresen tangkap. Akhirnya, orang ramai meluat diperkotak-katikkan.

    Bukan tujuan saya memperlekehkan polis dan Imigresen, saya juga berkawan dan mengenali ramai pegawai atasan mahupun anggota. Tetapi, hakikat tidak dapat saya tolak begitu sahaja.

    Komen Tuan?

    BalasPadam
  40. saya setuju dengan apa yang saudara mazidul katakan...

    memang sesetengah punca jenayah berpunca dari PATI..

    dan saya setuju memang polis ada kuasa dan boleh menangkap...

    tapi secara peribadi saya di dalam pasukan saya berasa kecewa jika pihak Imigresen katakan kerja menangkap PATI adalah kerja polis..
    ya memang Polis diberi kuasa..
    tapi sekiranya polis hanya di beri tugasan khas untuk kes berkaitan Imigresen dan PATI saya rasa pencegahan dan pembenterasan adalah lebih efektif..

    senang cakap saya umpama seorang cikgu yang ada lima anak perlu jaga... satu terlepas pandang boleh di terima...
    tapi kalau saya ada satu anak saja perlu di jaga... tapi saya menyalahkan cikgu yang tak jaga murid di atas tanggungjawab dia....
    dan orang juga nampak cikgu yang tak jaga anak tersebut...

    sama juga dengan SPRM.. dulunya SPRM dalam polis jugak.. tapi untuk menjadikan jabatan SPRM lebih berkesan di mana dia hanya tumpukan kes rasuah.. maka di pecahkan kepada satu jabatan asing...

    dan juga JPJ.. dulunya polis boleh memberikan lesen kepada orang awam dan menguatkuasakan hal hal jalanraya... tapi untuk memantabkan lagi perkhidmatan kita jadikan satu jabatan khas(JPJ) dan semua hal berkaitan dengan jalanraya, lesen dan sebagainya di kuatkuasakan sepenuhnya oleh jpj...

    begitu juga dengan hal PATI.. dulunya polis memang ada kuasa penuh... tapi di sebabkan polis sahaja tidak mampu untuk mengawal semua, jadi diwujudkan jabatan Imigresen untuk menguruskan semua berkaitan pendatang dan juga menguatkuasakan.
    dan kepada sesiapa yang bekerja di pejabat Peguam negara tahu pegawai penyiasat PDRM atau pegawai penyiasat Imigresen yang selalu datang berkaitan dengan kes PATI...

    untuk pengetahuan umum.. Imigresen juga ada penguatkuasa dan ada juga pegawai penyiasat untuk siasat segala kes berkenaan dengan PATI terutamanya...

    dan sekiranya laporan tentang PATI kepada PDRM tidak di ambil kisah, kita ada cawangan aduan.. boleh buat aduan di bukit aman...

    cuba buat aduan/complain di kedua dua tempat Imigresen dan PDRM dan lihat pihak mana yang ambil tindakan...

    BalasPadam
  41. Kalu macam tu PATI jugakla yang tersenyum kedua-dua jabatan menuding jari dan terus boleh duduk meneruskan kegiatan seperti biasa dan bermaharajalela...Akhirnya orang awam seperti kami yang terpaksa berhadapan dengan semua ni...

    BalasPadam
  42. bukan org acheh ajer..smua orang indonesia sya tak brape suka.kalu yang pompuan tu kalu dapat kwin dengan orang malaysia.bukan main lain berlagaknya.akhirnya nanti,bila duit laki dah abis p anta ke indonesia...dorg pun lari dok indonesia balik..

    BalasPadam
  43. PATI lagi!

    maka sejarah dahulu terusan berulang, kita tidak pernah takut pada sejarah biar pun terkadang sejarah dahulu sering menghitamkan buminya Tanah Melayu!

    Singkap tentang perbalahan antara Kesultanan Melayu kita dengan kaum kerabat Sultan Acheh ini!

    "Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh di sana disebut " Marhum Syahid di Acheh "...

    Kita tidak pernah takut tentang kekuatan PATI dalam memijak darjat kita. Sedangkan Sultan pun mereka tidak pernah takut untuk dibunuh apatah kita rakyat jelata.

    Kerja siapa mahu menjaga kemasukan PATI ini?. Apakah rakyat marhaen yang naik miskin membayar cukai ini juga yang perlu memegang buluh runcing agar kaum keluarga kita tidak diusik PATI ini.

    Nasi atau beras di dapur kita pun diam tak diam habis dikebas oleh PATI ini; lagipun memang mereka ini lindungan kaum usahawan yang gila mencetak duit dengan keringat PATI yang murah & lasak ini.

    Kita tak sedar kita pun tak mahu berubah, biarlah!... biarlah!.

    Jelas PATI dilindung di Malaya sekarang ini.

    BalasPadam
  44. Acheh, Sulawesi, Lombok, Padang, Jawa (Indonesia), Kemboja, Bangla, China, Vietnam, Pakistan, India, Nepal, Siam, Filipino...bebasnya mereka di tanah air kita. Agaknya mereka ini betul-betul menghayati semangat "Malaysia Truly Asia" kot..

    BalasPadam
  45. Malaysia Truly Asia..Nasib badan jadi warganegara. Rumah aku pun tukang Indonesia dan Kemboja yang buat...Hmmmm..

    BalasPadam
  46. as salam..memang kalau boleh kita perlu membantu sesama muslim..tapi jangan sampai ada yg mengambil kesempatan diatas keikhlasan kita dah la..

    BalasPadam
  47. Kes PATI atau pendatang asing sukar di bendung kerana simpati yang berterusan lantaran barisan pemimpin kita yang berketurunan Melayu dagang (Indonesia) Hubungan rakyat dengan rakyat yang tebal rasa persaudaraan, contoh Kelantan/Patani dan juga Bajau/Suluk dengan saudara-saudara mereka di Sulu dan Mindanau. 1Bangsa 2Negara dipraktik mereka.

    BalasPadam
  48. Kenapa la..orang melayu ni dengki sangat dekat orang..jangankan ngan orang asing..orang sendiri pun dengki..taubat la bro..check keturunan korang asal mana bro..skrang apa pulak cite bila ramai bangla.myanmar.,dll.

    BalasPadam
  49. 167juta USD. Uang saudagar aceh di malaysia pada tahun 1957 belum di bayar.
    http://www.pelita.or.id/baca.php?id=34333

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.