Ahad, Disember 06, 2009

Restoran Mamak 'Kebal'

Malam tadi saya menyertai operasi bersama pegawai dan anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Johor. Turut membantu, penguatkuasa kakitangan Majlis Bandaraya Johor Baharu, MBJB.

Di Jalan Maju, restoran mamak ‘kebal’ disaman berulangkali pihak berkuasa diserbu. Majoriti pelanggan duduk di kerusi di kawasan parkir terpaksa berpindah ke dalam restoran. Manakala pekerja restoran bertempiaran ‘menyelamatkan’ kerusi dan meja daripada disita penguatkuasa MBJB.

Namun, pelanggan berbadan besar, ‘John’ kelihatan selamba makan dengan tenang tidak mengendahkan operasi dijalankan. Saya dan jurukamera, Zulhazri Abu Bakar memerhati dan merakamkan gambarnya.

“Tak apa, makanlah,” ujar Hazri.

Bayangkan jika dia mengamuk kerana ‘dikacau’ sedang makan, mesti keadaan menjadi kecoh. Bagaimanapun, John secara perlahan mengangkat pinggan dan gelas air minumannya, berpindah ke dalam restoran.

Hampir selesai operasi, John datang menghampiri saya.

“Saya makan roti nan tadi,” katanya mesra.

John, 33 tahun, tinggal di Johor Baharu dan berkerja di Tanjung Pelepas. Biarpun berperwatakan ‘ganas’, rupanya dia baik hati. Lihat sahaja gambar dirakamkan.

Benarlah kata pepatah Inggeris, ‘don’t judge a book by its cover’.

30 ulasan:

  1. assalammualaikum

    nasib baik tak tersedak John kan..

    BalasPadam
  2. ‘don’t judge a book by its cover’ - agreed. Agaknya roti nan dia makan tu sure sedap giler ek sampai tak hengat org keliling angkut kusi meja. hehehe

    BalasPadam
  3. Biasa la tu Tuan.... macam Tuan gak, macam2 impression orang bila tengok Tuan for the 1st time.....

    Salam usahawan

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ..
    agaknya itu bukan kali pertama John melihat kejadian kedai dia makan tu kena serbu.. so dia dah tak heran lagi..

    and mungkin dia dah penat nak lari lari tiap kali kena serbu, padahal dia tak salah apapun ... hehehhe

    BalasPadam
  5. Salam Bro Mazidul,

    Fuh, memang tegap mamat ni. Sekali ganda beso drp bro.

    Pasal restoran mamak ni, takleh kata depa jer kebal. Restoran Cina kat Manjung ni pun tak kurang hebatnya. Melimpah ruah pelanggan hingga ke jalan, majlis tempatan tutup mata.

    Susah bro, masyarakat kita dengan rasuah ni macam sebati..

    Faham-faham lah...SPRM bukan berkuku sangat. Kalau ada pun, tak tajam.

    Agensi penguatkuasa kita lemah..

    BalasPadam
  6. releks je dia, hehehe cool je tgk penguatkuasa tu angkat meja semua tu betul jgn nilai luaran je, kita kene kenal org tu dulu baru kita tau hati budinya tp rasanya ada jgak yg kenal berthn pun still x tau lagi hati budi kengkawan :d

    BalasPadam
  7. Salam Bro Maz, hehe nampak cute pulak korang nih...same bulat sama comel...jangan marah naa...

    BalasPadam
  8. macam adik beradik pulak tengok...hehe (^_^)

    apapun setuju dengan pepatah Inggeris tersebut....tak kenal maka tak cinta...hehe

    bila dah kenal, baru tau hati budi masing-masing....

    BalasPadam
  9. Harap-harap, Imigresen juga turut mengadakan pemeriksaan yang sama pada masa yang akan datang.

    Saya lihat ramai pekerja asing bekerja di kedai mamak. Adakah ada permit kerja yang sah ?

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  10. macam2 cerita pasal kedai mamak ni tapi masih ramai jugak pengunjungnya.....

    BalasPadam
  11. Ya, memang best tau berkawan dengan orang bersaiz besar ni, mereka sangat cool...!

    Hehehehe... yang pakai baju tulis no 25 tu memang sengaja nak bagitau umur dia 25 tahun.. hahahaha...> gelak Jin Noti nihhhh...

    BalasPadam
  12. Salam Bro,
    Hajat hati nak jumpa bro kat Sekudai semalam sebab saya jangka bro ada kat venue : Sutera Mall sempena :The International Offroad Challenge of Malaysia - Rainforest Challenge Johor
    rupanya kat tempat lain pulak.Syok juga saya dapat'tumpang semangkuk' ikuti club 4x4 memeriahkan acara ni..

    Apepun kunjungilah blog saya :
    fasa1-pemikir agung >>ajahare.blogspot.com untuk melihat apa yang menarik di venue tersebut

    BalasPadam
  13. best la mamat ni cool je, kalau belaku gempa dia akan mati dulu ni

    BalasPadam
  14. Bukan ape bro.. dia tak lari masa makan sebab dia tak nak nikmat semasa makan tu hilang. hehe.. yup.. he's cool..

    BalasPadam
  15. Ada juga sesetengah orang menyebut.. 'orang yang sedang makan jangan di ganggu'. Pepatah inggeris pun ada menyatakan' the hungry man become the angry man.. so, bagilah dia makan dulu. apepun, john ni baik sebenarnya.. makanlah puas-puas ye.

    BalasPadam
  16. Abang Mazidul ... John is comel =)))))

    BalasPadam
  17. ......bak kata org2lah makan jangan pindah2 atau banyak tempat..nanti nanti kahwin banyak...

    ....tapi betullah orang tengah lapar makan ni kalau boleh jangan diganggu...boleh naik angin jadinya...pehh tengok badan udah cukup nasib baik cik mazidul kalau orang lain tu tak tau apa akan jadi..

    ....

    BalasPadam
  18. makan dalam diam/cool , bahaya juga tu, slow n steady

    BalasPadam
  19. Alaaaa.. takkan korang tak ingat kes Steven Corner.. skang ni dah besar gedabak dah kedai tu..

    BalasPadam
  20. Alahai! kasihannya dia; dalam kes ini John memang tak bersalah, mamak itu yang salah bahayakan nyawa pelanggan... orang lapar sampai taraf menggigil manalah boleh kawal selera! kat mana pun dia jumpa rezeki mesti bedal punya!.

    BalasPadam
  21. owh..saya kenal abg john ni..beliau memang sangat cool..pemes dah pokcik masuk blog incik mazidul..hehehehhe

    BalasPadam
  22. Sdr Mazidul.

    Saya harap sdr dapat tonjolkan isu restoran2 24 jam seperti ini kerana ia mendatangkan lebih banyak kesan negetif.

    Saya telah menulis isu ini dalam blog saya:

    http://duniasunawan.blogspot.com/2009/12/letupan-di-restoran-stulang-corner.html

    BalasPadam
  23. khusus buat iDAN dan rakan2, sesekali tukar selera dtglah www.seleraalatimur.blogspot.com
    dkt TKP jiran tu!!!!!!

    BalasPadam
  24. Kenapa saya suka restoran mamak? Ntah la... saya pun tak tahu.

    Pernah ada 2 restoran baru dibuka serentak di kawasan perumahan saya. Satu masakan melayu dan satu restoran mamak. Malam tu sy makan di restoran Melayu. Nasi putih Sup Ekor dan nasi goreng thai. Mengecewakan. Esoknya saya makan roti sardin + teur + bawang di restoran mamak dan nasi goreng ikan masin. Sedap.... esoknya datang lagi kedai mamak tu dan datang lagi hingga skang.

    BalasPadam
  25. salam vic@DIANA.....
    comelnya anakbuah you,
    saya rasa you ni dari keluarga campuran ya tak??

    BalasPadam
  26. saya ingin menyuarakan persoalan samada kdai mamak yang diperkatan tu muslim atau tak dan halal tuk dimakan..sbb de jgak yang bertopengkan mamak untuk menarik pelanggan melayu dan beragama islam...

    BalasPadam
  27. Di Johor Bahru, banyak restoran mamak menggunakan pekerja dari India yang bukan Muslim. Kebanyakan pengunjung tidak tahu hal ini. Cubalah kita beri salam kepada mereka atau minta mereka mengucap kalimah syahadah. Barulah kita tahu siapa pekerja restoran ini.

    Jangan terpedaya dengan nama "MAMAK".

    BalasPadam
  28. 'don’t judge a book by its cover’
    Betul juga pepatah tu....

    Yang jadi pembunuh Datuk Sosilawati tu tak macam penyangak pun....

    Tapi yang tolong dia membunuh tu ada betul macam penyangak....

    ... maka tak semesti semua betul.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.