Sabtu, Disember 26, 2009

Ini Kisahnya (Pertemuan Bloggers)

Terima kasih kepada semua bloggers, kanak-kanak, muda dan tua sudi datang ke FRIM, Kepong, Selangor di antara jam 10 pagi dan 2 petang tadi.

Azrul dan tunangnya, Ayu, Azieazah, Kak Cik dan beberapa lain muncul 10.10 pagi (a perfect number). Lokasi dipilih mereka, kawasan lapang datar di tepi sungai di bawah rimbunan pepohon hijau.

Acara dimulakan apabila Azie mengambil alih tugas sebagai ‘tester’ makanan dan minuman dibawa secara pot luck. Hampir kesemua makanan dikatakan menjadi kegemarannya, itu hakikat.

“Ha! Bak sini dulu! Saya test,” katanya sambil mengambil tempat di tengah ‘gelanggang’, di kelilingi lain.

Sejam kemudian, bloggers lain tiba dengan keluarga dan rakan, 32 kesemuanya. Diana, Acu, Yuz, Mohd Rahman, Azrul, Azie, Kak Cik, Azizah, Rahmat, Idayu, Izan, Nor Sharifah, Norhayati dan DJ Epoi, semuanya gembira membawa pelbagai juadah. Mee goreng, bihun goreng, nasi goreng, nasi lemak, roti, jeli, dadih dan pelbagai lagi makanan.

Tetamu termuda dan berusia, Alia, 2 tahun dan datuknya, Nordin Hitam, 61 tahun (anak dan ayah Diana). Sedang Nordin melayan cucunya mandi di sungai berair jernih, bloggers lain sibuk bersembang. Editorially, cerita menyentuh soal pendatang tanpa izin, hantu dan kes Kartika. Kisah tidak mampu dipaparkan bloggers dalam tempelan mereka, itu perkiraan saya.

Cuaca pada awalnya cerah, mendung pada jam 12 tengah hari.

“Saya diam tadi bukan kosong, baca tu (jampi),” usik Mustafa, kakitangan Bernas, kini bertugas di Shah Alam, Selangor.

Mungkin nasib menyebelahi semua, awan mendung berarak pergi, cuaca kembali panas.

“Zaman dulu, sebelum majlis kahwin, keluarga pengantin buang baju pengantin atas bumbung rumah, petua elak hujan,” ujar Azie.

Memang Azie berulang kali mencuit hati semua dengan keletah dan gurauannya.

“Alah! Kereta tinted apa class? Buat apa pun kat dalam, asyik terlanggar gear,” katanya selamba.

Kak Cik hanya tersenyum mendengar komen 18SX rakannya.

Rahmat tiba dengan temannya, Rose, menjinjing jajan dan brownies. Pelbagai soalan diajukan kepada ‘pemburu hantu’ terbabit dan dijawabnya selamba sambil menunjukkan jari tangan kiri putus sewaktu kemalangan di Bukit Putus, Negeri Sembilan.

Blogger Azizah, bekas majestrit kini bertugas di Palace Of Justice, Putrajaya, datang bersama rakannya.

“Hilang stress bila datang ke gathering macam ini. Selalunya saya busy, bangun pagi sempat tengok MHI (Malaysia Har Ini) sahaja,” bisik anak kelahiran Kelantan itu.

Untuk rekod, tiada bloggers perempuan mandi kerana tidak dibenarkan memakai swimming suit seperti dipersetujui semua. Mereka bimbang air sungai mengalir, terhenti terkejut melihat keseksian dipamerkan, barangkali.

Syukur, makanan dibawa mencukupi untuk semua. Saya pasti mereka semua kenyang dengan juadah dihidangkan.

Tepat jam 2 petang, hujan turun lebat bagai mengetahui saat perpisahan tiba seperti dirancang. Diharapkan, itu bukan pertemuan pertama dan terakhir bagi semua pembaca blog ini.

“Next time kita buat di Kemensah, saya sponsor sound system, kita karaoke,” janji DJ Epoi.

Ya! Kita akan bertemu kembali, InsyaAllah. Apapun sekali lagi, terima kasih kepada semua datang dengan minda terbuka dan berhati ikhlas.

Gambar lain akan dimasukkan kemudian.

23 ulasan:

  1. Emmm! Sdr VIC, Azieazah sempat sampai! Rugi tak kenal tunangnya Azrul... Ayu!!!

    Saya sebenarnya ada e-mel seseorang nak numpang kereta kononnya. Kenderaan tak ada biasalah tengah sibuk persiapan terakhir mahu melancong & terus balik kampung!. Kenderaan memang kena ligat sikit. Akhirnya saya yang terpaksa ke hulu ke hilir! Isk! hati jauh di FRIM.

    Nanti buatlah lagi Pertemuan Bloggers gathering begini; InsyaAllah jika ada jodoh pertemuan pasti dapat berjumpa dengan semua blogger terutama Bro Maidul & keluarga.

    Nampak meriah & ruginya tak dapat bersama!

    BalasPadam
  2. Benar, saya sudah jatuh cinta dengan FRIM. I had a memorable experience this afternoon with all the bloggers. It is so worth it!! Diskusi berilmiah sangat berguna untuk kita sama-sama mempertajamkan pemikiran. Brother MAS, MHI pun hamba sempat tonton hingga jam 7.40 am sahaja.

    BalasPadam
  3. bestnye!!!!!!!!!! saya ada temuduga lah pulak pagi tadi di kagumas! jeles nyeeeeeeeeeeeee.... mmg nak sangat pergi.. dh lah kat sg bil tak dpt join... kat frim pun tak dpt join jugak!

    duh!

    BalasPadam
  4. Saya rasa kalu nak bagi Anugerah Blogger Paling Ceria saya cadangkan kak Azieazah kita...hehe (^_^)

    BalasPadam
  5. salam
    alamak...apsal la tak perasan ada seisi bertemu blogger.....
    kalau tak boleh pokli dapat jumpa MAS...

    tak perla lain kali laaaaa


    admin
    www.pokli.com
    tokey emas online

    BalasPadam
  6. Walaupun mama baru tapi ingin nak pi tadi...apakan daya kena ambil anak sedara kat airport..haeap lain kali kita boleh berjumpa....

    BalasPadam
  7. salam ziarah....wahhh..bestmya program mcm ni..ade manfaaat dan talian sillaturrahim...

    BalasPadam
  8. Salam ...
    Tn Mazidul senang didekati dan jenis yg sengaja cari cara utk bergaul ialah kita bukan golongan biasa, perkenalan dihargai... begitu juga kpd semua yg ditemui siang di bawah litup hijau FRIM

    Pasti teruja utk kali kedua dan seterusnya dgn bilangan tak terhad...

    BalasPadam
  9. salam... en maz, tgh jeles ni, best nyer dpt jumpa kwn2...

    kak azie tu suka buat lawak eh? Dah agak dah....

    BalasPadam
  10. Salam ziarah

    nice gathering !

    Seronok tengok kemeriahan geng blogger.

    jemput berkunjung ke blog daif saya
    www.ratudewicinta.blogspot

    BalasPadam
  11. Terasa kemeriahannya. Kalau dekat memang saya dah join event siang tadi. Peluang bertemu rakan blogger lain. Oo kak azie yang paling ceria eh..mesti gamat & riuh rendah..hihi. cemburu ni...tak dapat join.

    BalasPadam
  12. Azrul: im second for your statement.. Kak Zizah seorang yang ceria! :) peace kak! **grin**

    BalasPadam
  13. Salam...Letak saje lah Kak Azieazah dimana mana, suasana pasti ceria. TERBUKTI... HIDUP KAK AA ;)

    Rugi nyer tak pergi .... sigh

    BalasPadam
  14. Seronok betul pertemuan semalam....
    Sangat sangat sangat puas hati.
    Especially sesi debat perdana, sindir menyindir, tembak menembak dan ketawa terbahak2....

    Bila balik siap bawak makanan banyak... terima kasih kak cik seroja.. semalam aje... dah 5 bungkus roti gardenia pisang tu dia makan... terkejut jugak. Tak pernah dia suka satu2 makanan tu smpi mcm tu.

    Kalau nak tau... bro Mazidul kalau jumpa in person rupanya sangatlah berbeza dengan org yg dlm blog dan dalam tv. Sebabnya mazidul dlm blog dan tv orgnya serius tp bila jumpa.... ha... meletup aje la ketawa... dapat regu dengan kak azie plak tu. Memang menjadi.

    Saya memang puas hati dan gembira dengan pertemuan semalam... terasa nak jumpa lagi. :P

    BalasPadam
  15. Salam perkenalan kepada semua bloggers yang hadir semalam di FRIM..lepas ni kita buat ghost bloggers hunting!

    BalasPadam
  16. Saja jer Kak Azie komen lewat skit.. Nak tengok apa korang nak kutuk aku.. wuaaa...

    apa aku nak komen? Apa aku nak jawab?

    Tak nak komen apa-apa... Tapi nanti dalam entri aku...korang tahu laaaa...

    jaga koranggg...

    BalasPadam
  17. hahaha waa seronoknya, jeles betul x dpt join, mcm2 jadi pada tarikh ni x perla insyaAllah lain kali kalau ada peluang akan jumpe jga

    BalasPadam
  18. bestnya tengok abang2 dan kakak2 bergathering... kak azie ada pelawa ke FRIM haritu, tapi saya yang segan2 nak join...lagipula tak ada kenderaan... jadi harap2 next gathering boleh le saya join...

    setuju dgn azrul hisham, kak azie memang sentiasa ceria... dengar dia ketawa pun kita nak ketawa sekali... walaupun tak tahu hujung pangkal...

    BalasPadam
  19. Dina: alamak, nape x join.. saya lagi segan2 kucin aritu. huehue p wat muke selambakk jek. :P

    BalasPadam
  20. best tgk gambar2 tuh tak dapat joint coz orang tua balik dari haji
    :(:(:(

    BalasPadam
  21. Seronok tgok geng2 blogger geder2 mcm ni..kakciks pun ada azieazah ada...bila la dpt join sekali geng KL ni ek..mesti gempaq sakan..
    ke org KL ada nak geder2 kat JB boleh juga kan...tunggu ada cuti pjg lepas ni..amacam mazidul..ok kan

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.