Pelbagai kejadian pedih jerih diharungi krew '360' selama hampir 3 tahun bersiaran. Apapun, hemat saya, tiada wartawan berasa ragu dengan setiap tugasan mereka laksanakan. Tidak sekalipun saya terdengar rungutan mahupun persoalan, "susah la!", "boleh ke?" atau "bahaya tak?" terpancul daripada mulut wartawan '360' ketika diberikan tugasan saban minggu.
Kepada wartawan, Fadzli Ramli, Teh Syuhaida Sarip, Harris Farok Alex, Mohd Raziff Zulkafli, Norasliza Norashikin Mohd Yusof dan Fadly Khamis, sekalung penghargaan kepada semua kerana sudi bekerja bersama saya.
Terima kasih juga kepada semua wakil TV3 bertugas sebagai wartawan dan jurukamera, antara mereka, Zulhazri Abu Bakar di Johor, Hanafi Mat di Kelantan dan Nong, Fadhil, Azmi, Anuar di Lembah Klang.
Semoga pengalaman dikutip, lebih mendewasakan fikiran dalam membuat keputusan sekaligus memungkinkan semua mendepani pelbagai cabaran di persada penyiaran negara.
Hakikatnya, pengalaman kita tempuhi bersama pastinya tidak mampu dibeli biarpun ditawarkan harga jutaan ringgit. Pengalaman dilalui, dirasai dan ditempuhi bukan sekadar imaginasi.
Apapun sewaktu menjalankan tugas pastinya terselit kisah manis mencuit hati biarpun barang sekelumit cuma. Abadikan itu sebagai kenangan terindah. Jika semua kejadian dilalui itu tiada getirnya, barangkali kita tidak menghargai kemanisan kejayaan diraih.
Saya percaya, ‘in order to be dominant, we have to be different’. Itu antara formula pendorong kejayaan dalam apa jua kerjaya di dunia ini. Tanpa formula itu masakan mampu kita mencapai ‘the next level’ dalam pekerjaan dan kehidupan.
Di kesempatan ini, terima kasih kepada semua pembaca blog juga penonton setia '360' selama ini. Untuk rekod, episod bakal disiarkan pada jam 9 malam ini, paparan terakhir kami.
Salam.
Penerbit Eksekutif '360'
Kepada wartawan, Fadzli Ramli, Teh Syuhaida Sarip, Harris Farok Alex, Mohd Raziff Zulkafli, Norasliza Norashikin Mohd Yusof dan Fadly Khamis, sekalung penghargaan kepada semua kerana sudi bekerja bersama saya.
Terima kasih juga kepada semua wakil TV3 bertugas sebagai wartawan dan jurukamera, antara mereka, Zulhazri Abu Bakar di Johor, Hanafi Mat di Kelantan dan Nong, Fadhil, Azmi, Anuar di Lembah Klang.
Semoga pengalaman dikutip, lebih mendewasakan fikiran dalam membuat keputusan sekaligus memungkinkan semua mendepani pelbagai cabaran di persada penyiaran negara.
Hakikatnya, pengalaman kita tempuhi bersama pastinya tidak mampu dibeli biarpun ditawarkan harga jutaan ringgit. Pengalaman dilalui, dirasai dan ditempuhi bukan sekadar imaginasi.
Apapun sewaktu menjalankan tugas pastinya terselit kisah manis mencuit hati biarpun barang sekelumit cuma. Abadikan itu sebagai kenangan terindah. Jika semua kejadian dilalui itu tiada getirnya, barangkali kita tidak menghargai kemanisan kejayaan diraih.
Saya percaya, ‘in order to be dominant, we have to be different’. Itu antara formula pendorong kejayaan dalam apa jua kerjaya di dunia ini. Tanpa formula itu masakan mampu kita mencapai ‘the next level’ dalam pekerjaan dan kehidupan.
Di kesempatan ini, terima kasih kepada semua pembaca blog juga penonton setia '360' selama ini. Untuk rekod, episod bakal disiarkan pada jam 9 malam ini, paparan terakhir kami.
Salam.
Penerbit Eksekutif '360'
Saudara Mazidul,
BalasPadamDulu, kita berjumpa untuk mengejar suspek dadah sehingga terjatuh. Tetapi jatuh itu tidak membuatkan kita putus asa, jauh sekali. Kita bangkit dan mengejar lagi. Untuk siapa? Untuk kepuasan journalism in us and demi kepuasan penonton.
Kita mahukan yang terbaik, kerana kita sentiasa fikirkan yang terbaik, bukan untuk diri kita, tetapi untuk penonton.
Kita berpusing dalam bulatan melalui 360, walaupun awalnya kita turut melompat mengelak dari ditetak di Jalan Wong Ah Fook, dan itu semua akan diingati sampai bila bila. Agaknya, bila kita dah bercucu, apalah agaknya intro kita pada mereka? Soundbite kita pada mereka? Visual kita pada mereka?
It was and always an honour working with you, from 999 till 360. I know, somehow, I will be working with you again, again, again and again. Wait, selagi kederat ada. Hehe.
selepas 360 , ada rancangan baru?
BalasPadamSalam..
BalasPadamlepas ni MAS jadi penerbit eksekutif WHI @ Nona pulak ek? Kenangan indah di FRIM tetap diingatan :)
Sebab tu la dengar suara bro dalam iklan preview 360 mcm sedih je nadanya, sekali mention paparan terakhir 360. Tapi takpe... TV3 confirm dah letakkan bro dalam rancangan lain bagi menggantikan 360. Lagipun nak suh bro pi luar negara pun dah tak leh dah... hehehe..
BalasPadamKena buat nama Mazidul Akmal Sidek sejuk dulu kot dengan jadi hos rancangan macam jejak rasul ke... jalan2 cari makan ke..
Jangan jadi hos melodi sudah....
Rase mcm tak best plak bila 360 dah habis. Ganti dengan apa nnt abg Maz???
BalasPadamTakkan ada lagi pendedahan dalam 360, yang pasti. Mungkin ada perancangan lain selepas ini yang mana lebih gempak dari 360. Apa pun tahniah kerana 360 telah memberikan impak kepada semua....Terus menyokong di balik tiang....
BalasPadamsetiap yg bermula..pasti akan berakhir kan..?
BalasPadamkami2 pasti merindui rancangan 360 ini...
Salam BRO MAZ...
BalasPadamMenghargai kebolehan diri sendiri.... walau seperti tidak boleh pada mulanya, akhirnya menjadi rutin yang sangat dirindui untuk dilakukan lagi...
Maju setapak demi setapak dengan penuh keyakinan, hadiah buat diri sendiri. Kejayaan peribadi yang tidak tertulis di sijil atau digambar dengan kata-kata..
(kalu citer balik boleh, tapi mesti dengan nada jenaka.. baru bestttt..)
BRO.. U memang the best among the best...!
Semoga terus maju jaya...
Salam bro maz, teringin nak tengok bro membaca berita pulak, apa-apa pun semoga terus berjaya...
BalasPadamKeep moving forward bro Mazidul... :)
BalasPadamTahniah buat semua yg terlibat.
BalasPadamSesuatu yg luar biasa menjadik kekuatan 360
Pastinya Kami merindui rancangan Walaweii ini
Hope.... ada rancangan yg baru di bawah pimpinan Bro Mazidul
Syabas En. Mazidul, warga kerja 360 & TV3!
BalasPadamJadikan 360 sebagai "Bench Mark" kepada program baru pada 2010 kelak.
Pengisian paling penting - kami tidak hanya mahu menjamu mata sedangkan kami buta kepada segala kebejatan sosial & jenayah di sekeliling kami. Kami tidak hanya mahu mendapat halwa telinga sedangkan kami tuli dengan jeritan kemanusiaan yg perlu diperhalusi & diisi.
En. Mazidul, saya berangan tahun ni (mana yg sempat) atau tahun depan, TV3 berserta warga kerjanya (kalau sudi jemput kami semua) menganjurkan program kerohanian spt solat taubat, solat hajat, bacaan Yassin & doa selamat sewaktu :-
(1) Menyambut Maulidur Rasul
atau
(2) Menyambut Awal Muharam
atau
(3) Menyambut Tahun baru orang putih
atau
kesemua di atas.
Sayugia diingatkan, perkara2 di atas bukan utk org alim/org yg alim2 kucing/org yg baru nak belajar alim/org yg tak kisah apepun - Walau kategori manapun kita berada sekiranya kita mengaku 'Islam itu agamaku, Al-Quran & hadith peganganku' maka pengisian rohani walaupun sebesar zarah amatlah diperlukan. InsyaAllah.
salam bro maz,
BalasPadampaparan terakhir? 360 bakal dirindukan...
360 terbaek!
BalasPadamkupas lebeh banyak supaye sume rakyat Malaysia bukak mate dengan keadaan sekeliling.. ;)
Salam, harap ada pengganti 360 yg lebih hebat dari 360,
BalasPadamen maz masih mengacara kan?
Salam,
BalasPadamu all do great job!
terjatuh masa kejar penagih dadah dan hampir ditetak- ia memang pengalaman yg susah org lain nak dapat... hatta pemimpin negara pun tak pernah merasainya barangkali...
Terima kasih!
yang mana bermanfaat diambil..lepas ini seronok berleluasa..mana2 lokasi yg pernah masuk TV 360..senyum jer mereka..
BalasPadammasa berlalu begitu pantas, tidak sangka sudah 3 thn sy bersama 360, byk info yg menarik, dan yg mampu diteladani, kupasan2 topik yg menarik dan terkini, berharap agar lepas ni ada yg lebih terbaik drpd bro mazidul, good luck..
BalasPadamSemua, InsyaAllah, saya akan turut serta dalam kelompok pengacara mengendalikan program 'Soal Jawab' disiarkan selama 1 jam, secara langsung, setiap Isnin, jam 10 malam bermula 4 Januari 2010.
BalasPadamAntara pengacara program, Datuk Manja dan Datuk Ahmad A. Talib (Politik), Nurin Mastura (business), Ahmad Fetri Yahya(hiburan) serta saya (isu sosial.
Butiran program akan saya kongsikan kemudian.
sori bro..sya ni silent reader blog ni..sya rasa x bes la xde 360 ni..tpi..pe2 pon..tahniah wat bro yg tlah menjayakan rancangan 360 ni.hrp2 pas ni rancangan ni diganti dgn 720' biar lbih mantap..hehehe..
BalasPadamAwang, saya yakin, 360 akan kembali pada waktu ditetapkan kelak.
BalasPadamApapun terima kasih kerana sudi membaca blog ini.
Sob.....Sob....Sob....
BalasPadamSesambil Gua layan 360 yg terakhir...nih....sedih siut!!
Gua berharap ianya akan......kembaliiiiii!!
NOTA : Kalau ada mana2 wakil daripada TV3 yang mengikuti Blog ini......
BalasPadamGua berharap Rancangan 360 disambungkan lagi.....
Jangan biarkan rancangan yang dekat dengan masyarakat ini tiada sambungannya.
ppsstt apa cerita disebalik robohnya kelas Al-quran di Damansara, versi mana ??
BalasPadamversi bising komplen, versi kelas Alquran? ..
maaf lari tajuk sikit ada sesiapa yg terlibat??..
encik mazidul, saya rasa agak terkilan yang 360 is discontinued. syabas atas program yang bermutu. susah untuk saya di engage pada tv. tapi you got me glued. semoga program yang berunsurkan kemasyarakatan seperti ini di lahirkan lagi dan mesti di terajui oleh anda sendiri.
BalasPadamsalam dan selamat tahun baru.
'360 mesti berlainan dan kelihatan lain dari yang lain', jika ianya hendak disiarkan semula. 360 mesti berdiri sendiri tanpa dibayangi rancangan 999 atau edisi siasat.
BalasPadamSebagai contoh, cuba siasat sesuatu kes dan paparkan dalam 360. Kemudian pada siri berikutnya, disiarkan pula apakah kesan dari penyiaran isu itu, samada dari segi penguatkuasaan atau perubahan sikap golongan yang terbabit. Jika tidak berubah, cuba siasat apa puncanya. Mungkin ada unsur rasuah semasa proses penguatkuasaan.
Cuba elakkan dari menyiarkan cerita atau isu yang pernah disiarkan di dalam akhbar atau stesyen televisyen lain.
Kisah mat rempit, dadah, gay, hidu gam, rumah urut dan yang seumpama dengannya, telah banyak kali disiarkan dalam akhbar dan televisyen. Adakah isu rumah urut, hidu gam, gejala rempit dan lain-lain itu pernah lupus atau sekurang-kurangannya berkurangan?
Lalu mungkin penonton akan berkata, "banyak kali keluar akhbar dan tv, tetapi keadaan masih macam itu juga".
Apapun ini cuma pandangan AM secara peribadi. Tidak ada niat untuk mengkritik. Peace :) Selamat tahun baru kepada semua blogers.
www.anak2merdeka.blogspot.com
Sesuatu yang baik bila tercantas rasa macam tak kenalah pula!...
BalasPadamharap... harap 360 tetap akan muncul semula!