Khamis, Disember 10, 2009

Chi Kut Teh Lebih Molek

Berikut petikan BERNAMA.

‘Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival ‘Fabulous Food 1Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini.

Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia.

"Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren’

Berikut maklumat saya petik daripada Wikipedia.

‘Bak kut teh (Hokkien: 肉骨茶) is a Chinese soup popularly served in Malaysia. The name literally translates as ‘meat bone tea’, and, at its simplest, consists of meaty pork ribs simmered in a complex broth of herbs and spices’

Jam 7.45 malam tadi saya menghubungi kenalan berbangsa Cina (juga pembaca blog ini), Stephen. Menurutnya, perkataan ‘bak’ bererti daging, ‘kut’, tulang manakala 'teh', teh.

“Kalau bak kut teh original mesti guna daging babilah. ‘Old school’ bak kut teh dahulu ada campur 'eksesori', hati, usus babi. Kalau bro ingat bila negara kena serang JE, masa itu restoran bak kut teh guna daging ayam. Dia orang pangil ‘chi kut teh’,” katanya.

Tambah Stephen, nama 'bak kut teh' begitu sinonim dengan babi. Katanya lagi, perkataan ‘ter’ bererti babi dalam dialek Hokkien.

Saya maklumkan kepadanya berhubung karnival bakal menghidangkan bak kut teh menggunakan bahan halal kepada 300 pengunjung termasuk orang Islam.

“Kira dia orang memang beranilah,” komen ringkasnya.

Hemat saya, jika daging ayam digunakan seperti didakwa, penganjur Fabulous Food 1Malaysia, Expomal International, harus menukar nama hidangan itu kepada ‘chi kut teh’ seperti dimaklumkan Stephen. Dalam hal ini, barangkali penganjur tidak begitu prihatin, tambahan pula pengarah projek dan perhubungan awam karnival terbabit berbangsa Cina.

Justeru, mereka perlu ditegur.

21 ulasan:

  1. Saya setuju - Apa yg dikatakan oleh En. Stephen mmg betul sebagaimana rakan2 Cina pernah terangkan makna 'bak kut teh' vs 'chi kut teh' kpd saya dahulu.

    Saya setuju - 'chi kut teh' digunapakai jika ramuan utamanya adalah ayam.

    Chef Zaffar Abd Samad - sila pastikan rempah-ratusnya di jamin Halalan Toyyiba (yg halal lagi baik)-makanan menjadi darah-daging-jangan jadikan matlamat menghalalkan cara.

    BalasPadam
  2. Whoah, bro.
    Sampai quote nama saya dalam blog ni yang buat saya terasa segan sikit nak komen (konon-lah!) :P

    The fact is that, like I mentioned to you over the phone, it's the general perception of the dish itself.

    Mungkin bahan yang digunakan adalah halal, as such, they should consider not using the original name of the dish which USUALLY brings about images of something that is traditionally non-halal.

    Sebagai contoh, jika kita ternampak gerai menjual satay di pesta makanan "vegetarian", bagaimana pula tanggapan pengguna yang melawat pesta itu seandainya majoriti yang melawat adalah golongan pengamal makanan "vegetarian"?

    Jika benar satay yang dijual bukanlah menggunakan daging ayam, lembu atau kambing yang "original", adalah menjadi tanggungjawab penjual satay tersebut untuk terang-terang memberitahu bakal pelangan-pelanggannya yang ianya "vegetarian satay" ataupun lebih baik, tidak memanggilnya "satay" from the beginning...

    Thanks, Pn. Liza.
    You have been well-informed.

    And bro Mazidul, I appreciate the trust you have in me to actually quote me "bulat-bulat" in your esteemed blog :)

    BalasPadam
  3. Iyer saya setuju jika tukar sahaja chi kut teh... jangan kelirukan generasi akan datang.

    Samalah root beer sebenarnya sarsi; kenapa buang sahaja nama root beer itu. Buruk banget bunyinya jika kita kata minum root beer tu!.

    BalasPadam
  4. ada sesiapa yang sudi jadi model test & kenyang..
    nasib baik tiada promosi menggunakan kopiah..selebriti mana yang akan merasmikannya..

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ...

    teringat dialog ni, “Bahasa menunjukkan bangsa tau.. Tengok orang tu tadi, sampai meludah pun..” — P.Ramlee dlm Seniman Bujang Lapuk..

    Susah ker nak tukar nama, yang kalu menjadi jenama, yang boleh jual?

    Lagi untung dan bleh tido lena lagi... kan?

    BalasPadam
  6. Wow... rupanya dahsyat juga ye rempah ratus yang digunakan oleh masakan tradisi Cina yang terkenal ni. Sungguh tak sangka, hari ni baru tahu.

    Saya fikir orang-orang India yang paling terkenal dengan rempah ratus dalam masakan. Tapi rasanya rempah ratus masakan Cina lebih susah nak dicari. Hmm... kalau betul2 halal... saya pun teringin nak rasa.

    BalasPadam
  7. Saya dah mention pasal bak kut teh/chi kut teh dalam komen saya di Mee Segera berperisa babi....

    Kan kan kan??

    BalasPadam
  8. Setuju sangat diorang ni kena tegur.. nanti takde la orang ramai keliru nanti bila menikmati hidangan tersebut....

    BalasPadam
  9. Ha baguslah kalau macam tu..saya pon dah mengulas isu ini dalam blog saya :

    http://akukertasputih.blogspot.com/2009/12/sup-babi-halal-part-ii.html

    Saya memang bersetuju kalau namanya ditukar kepada Chi Kut Teh, lebih MOLEK, lebih memudahkan dan tak meragukan umat Islam khususnya.

    Bro Maz, betul ke isu ini akan diselitkan dalam episod '360' akan datang (16 Disember)?

    BalasPadam
  10. Memang patut tukar nama. Mengelirukan umat Islam. Betul seperti analogy "Satay Vegetarian". Jangan nanti sampai anak2 orang Islam terkeliru ingatkan bak kut teh itu halal. Yang halal mungkin hanya kat hotel tu saja. Kat tempat lain, mesti tak halal. Nanti jadi trend umat Islam (yang tak reti berfikir) pegi kedai order bak kut teh, sebab dah diendorse kerajaan. Mazidul tahniah kerana mengutarakan isu ini dalam MHI. Saya harap anda tidak akan berhenti di situ sahaja.

    BalasPadam
  11. setuju dengan bro mazidul,mereka(tak kira cina,melayu,india) perlu ditegur jika buat sesuatu yang boleh menimbulkan kekeliruan. Isu bak kut teh halal sama dengan isu bir halal yang hendak dijual oleh syarikat Malaysian Iranian Corporation Sdn. Bhd. (MICSB), pemegang hak eksklusif bagi pengedaran minuman bir tanpa alkohol jenama 'Istak' dari Iran, bakal membuka sebuah kilang di negara ini dengan pelaburan hampir RM50 juta.sumber ARKIB utusan online : 08/05/2009''Syarikat Iran mahu buka kilang bir tanpa alkohol'' Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
    najib.daud@utusan.com.my

    BalasPadam
  12. nak tengok bak kut teh guna darah lembu?
    layan blog saya hari ini :
    http://ajahare.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. Tengok nama pun dah terbantut selera nak mencuba!

    BalasPadam
  14. mcm2 hal. kaum cina ni kuat dgn herba mereka sampai dlm makanan pun boleh di campur ngan herba, sy setuju ngan bro mazidul utk menukarkan nama pada makanan tersebut. ianya lebih sesuai dgn keadaan kita skrg, tp kalau guna chi kut teh pun kene make sure ayam yg digunakan, jgn nama chi kut teh tp masih menggunakan ramuan lama.

    BalasPadam
  15. Ini kisah tiga empat tahun lepas, AM bersama seorang rakan cina dari Sarawak, yang datang ke Kuala Lumpur bersama teman wanitanya warga Australia.

    AM dan kawan AM tu sibuk promosi makanan bangsa masing-masing. AM perkenalkan satay, nasi lemak dan sambal belacan.

    Dalam masa yang sama, dia bercerita tentang Bak Kut Teh. AM kata Bak Kut Teh orang Islam tak boleh makan, sebab ada babi.

    Berikut adalah penjelasan dia.

    "Bak Kut Teh tu nama je. Tetapi kalau pandai, orang melayu boleh juga buat, guna ayam atau daging lembu atau ikan."

    Untuk mengukuhkan hujah dia, dia kata.

    "Serupa juga Hamburger. Di Australia dan USA, hamburger guna babi. Tetapi di sini orang masih panggil hamburger walaupun guna daging lembu. Macam juga hotdog. Maksudnya 'anjing panas'. Tak kan you tak nak makan hotdog, sebab nama dia 'anjing panas', sedangkan you tahu dia guna daging ayam dan lembu"

    Terserahlah kepada orang lain untuk menilai cerita kawan AM tu. Walau bagaimanapun, AM tak terliur lagi nak jamah Bak Kut Teh walaupun dibuat guna ayam. Kembang tekak...:)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Kemaruk sangat ke Muslim nak makan Bak Kut Teh ni???


    walaupun mendakwa Bak kut teh halal dari ayam, saya terasa geli tekak nak menelannya...

    BalasPadam
  17. tambahan..

    jangan kelirukan anak2 kita...!!! Faham maksud saya?

    BalasPadam
  18. Cukuplah dah ada nama 'hotdog' dan 'hamburger', nama2 ni mungkin kesalahan yang kita terlepas pandang, sepatutnya nama2 macam ni dah lama ditukarkan tp sekarang dah terlalu lewat.

    Biarlah hotdog & hamburger dgn namanya, kalau boleh ditukar tukarlah, TETAPI harus diingat tidak semestinya nama 'hotdog' & 'hamburger' yg telah diterima masyarakat sejak sekian lama ini boleh dijadikan alasan ataupun membuka pintu kepada segala macam nama2 yang pelik (bak kut teh) selepas ini.

    Nama2 yg pelik dan boleh menimbulkan syubaha ini seharusnya ditukarkan sejak awal2 pengenalannya ke mata masyarakat agar tidak timbul kekeliruan dan kesulitan kepada orang ramai kelak.

    Wallahualam.

    http://akukertasputih.blogspot.com/2009/12/sup-babi-halal-part-ii.html

    BalasPadam
  19. Sebelum makan tu, tanya-tanyalah kepada sesiapa yang memahami maksud sesuatu makanan yang pelik-pelik.. Jangan main bedal je makan.

    BalasPadam
  20. Tapi bukankah orang Malaysia makan semua benda. Taik itik, badak berendam, pucuk paku, telinga keling, abuk-abuk, ikan parang dan sebagainya? Hehe sekadar gurauan..

    Apapun, makanlah benda yang kita pasti halal dan bersih (walaupun susah nak jumpa tempat makan yang bersih kat KL - penuh dengan tikus)


    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  21. Masalahnya kalau dah dikatakan 'HALAL' nanti, dah jadi satu kekeliruan.
    Bak Ku Teh yang PURE tak dapat dibezakan dengan yang nak diperkenalkan kepada Islam.

    Mungkin ada YANG TAKE ADVANTAGE..
    Al maklum dalam dunia perniagaan ini yang diPAMER BERTANDA HALAL pun masih banyak yang diragui!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.