Isnin, Disember 14, 2009

'Gadis' Bersanggul Siput

“Pagi ini, dia orang memang terpaksa tutup ‘kedai’ awal nampaknya,” ujar rakan saya memandu kereta.

Saya hanya tersenyum.

Bukan niat saya ‘mengacau’ pondan berkeliaran di Kampung Air dan Asia City, Kota Kinabalu, Sabah, jam 1 pagi tadi. Tujuan asal saya ke kawasan terbabit hanya untuk merakamkan gambar anak hingusan menghidu gam secara terbuka saya lihat pada pagi hari sebelumnya. Berjalan berkumpulan, setiap mereka saya anggarkan berusia kurang 15 tahun menggenggam plastik merah berisi gam dilekap ke mulut sambil berjalan terhoyong-hayang pada jam 4 pagi.

“Anak orang Filipina tu, gasak dia lah. Lagipun kawasan ini memang black area,” bisik rakan.

"Alah! Saya nak ambil gambar sahaja. Apa salahnya? Jom la," desak saya.

Kawan selalunya tidak menghampakan permintaan kawan dikenali lebih 8 tahun.

Sedang berlegar-legar mencari kumpulan remaja terbabit, kami kemudian terserempak ‘gadis’ memakai baju terdedah di bahagian belakang dan bersanggul siput berdiri di celah beberapa kenderaan diberhentikan di tepi jalan. Pantas saya merakamkan gambarnya, mujur dia sempat berpaling ke arah lain, jika tidak saya terpaksa membuang masa mengkaburkan wajahnya.

“Ramai spesis dia orang ni, setiap malam ‘menjual’ tak jemu jemu. Tetapi menarik bang, sesetengah tu lebih cantik berbanding pelacur di hotel murahan di kawasan ini,” komen rakan saya lagi.

“Stop kereta sekejap bro, nak ambil gambar pondan berdiri dengan budak-budak lelaki tu, siap silang kaki lagi,” pinta saya.

(Lihat tanda 'X', read: Celcom 'X Pax', you got 'X', you got everything hu hu!)

Dari dalam kereta, saya rakamkan gambar pondan berpakaian ‘seksi’ serba hitam dilengkapi beg tangan kecil di kelilingi beberapa remaja ‘bersidai’ bersamanya.

Lihat kasut bertumit tinggi hitam dipakainya, wow!.

Kurang 10 minit merakamkan gambar, tiba-tiba kumpulan terbabit bertempiaran melarikan diri.

“Dia orang nampak hantu ke apa?,” soal saya spontan.

“Hantu apanya, dia orang nampak kau la bang,” balas rakan.

“Ish! Lari buat apa? Pondan kan biasa buat paper doll show, pakai baju perempuan, berhias, berdandan. Lengkap pakai push up bra lagi sambil cat walk di hadapan penonton,” jawab saya.

Rakan saya kemudian pantas memandu mengekori pondan terbabit sambil saya terus merakamkan gambarnya.

Pada awalnya, saya berasa agak musykil melihat larian pondan itu, terlalu laju bak lipas kudung.

“Uh! Hilang seksinya,” ujar rakan sambil tersenyum nakal.

“Mengapa pula?,” soal saya.

“Tengok kaki dia,” balasnya spontan.

17 ulasan:

  1. Salam Bro MAZ..

    wahhh seronok gak ek pengalaman main kejar-kejar dgn golongan pondan ni yer.. bila cool depa lenggang lenggok sampai tergoda dibuatnya..

    tapi bila terdesak kena skodeng, lari kalahkan atlit lelaki.. hahaha masa tu ler bleh nampak muscle dia, kaki keras dia..hehehe

    BalasPadam
  2. kat kuantan dlu pernah kena
    ketuk pintu
    50 bang
    eeiiiwww

    BalasPadam
  3. huhuhu.. dah macam ciderella la pulak... lari sambil tanggal kasut!

    BalasPadam
  4. Hebat juga ye aktiviti bro cuci mata2 malam2 di KK. Saya masa di KK cuci mata dekat pasar malam tengok mutiara dan batu permata je. Bro dapat tengok mutiara lagi dahsyat... hahahahah

    BalasPadam
  5. Hahaha.. lawak juga kawan bro tu ye. buat ape tengok kaki si pondan tu.. kantoilah dia. hahaha..

    BalasPadam
  6. Takpe bro.. nak rakam kisah remaja hidu gam, tapi dapat cerita tentang pondan. Ok juga tu, dapat dua cerita sekaligus. ibarat kata pepatah, 'sambil menyelam minum air'.

    BalasPadam
  7. Kasihan dia terpaksa berkaki ayam!, ini mesti gara-gara nak lari takut kena cekup.

    BalasPadam
  8. Pondan tu takut muka masuk tv tu.... nanti tak pasal-pasal glamer free...

    BalasPadam
  9. hahaha..
    teringat cerita nenek masa dia tunggu nenek sedara yg datang dari kampung kat bus stop kg.melayu pandan. kat situ nenek kata ramai maknyah. kebetulan tu ada ambush. nenek kata kalau buat kerja haram tu memang ngalahkan perempuan.. tapi kena kejar,lari memang tak ubah lelaki...hehehehe..

    BalasPadam
  10. Nape ngan kaki dia?
    Saya tak faham...

    BalasPadam
  11. huhuhu.. tengok kaki tengok halkum..
    sekitar 1999-2000 dulu pun di seremban area rahang ( depan Balai Polis tuu ) dan taman AST cukup banyak group ni..
    tapi sekarang ni banyak kurangnya.. mungkin usaha membenteras berjaya atau mungkin juga pemintaan dah berkurang berbanding penawaran.. entah lah...

    BalasPadam
  12. Teringat masa lepas SPM 11 tahun dulu. Lepas solat tarawih, saya dan kawan2 naik van jalan2 di Tmn Tasik Taiping, singgah di Taman Elliathamby tgk pondan. Ramai jugak yang lawa-lawa. Habis semuanya lari lintang pukang, yang masuk dalam hutan pun ada. Sebab takut tengok kami yang pakai kopiah ramai2 ni, naik van macam orang JAIP agaknya.. Hahaha. Rugi tak sempat nak tangkap gambar.

    BalasPadam
  13. he...23x dorg lari coz takut jd mangsa samun kot huhuhu

    org zaman skrg bukan kira pondan ke orang tua....

    mungkin takut gambar dipaparazikan..xpsal2 popular nnt...xleh nk cari makan huhhu

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  14. tok ada 1crita nak kongsi,dulu masa zaman jahiliah,slalu gak lepak kat tasek di tepeng.1mlm tu geng pondan kena ambush dgn jabatan agama...apalg lari lintang pukang la depa smua.salah sorang xsempat lari...brader jabatan agama ni...tangkapla pastu teerpegang bontot dia,dgn secara spontan pondan tu trus sound dgn nada lelaki sejati la"bang!!! tempat lain takpa kalau sentuh.tempat cari makan jgn!"keh3.....garu kepala jgk mamat jabatan agama tu......


    rimautokakpedang.blogspot.com

    BalasPadam
  15. dulu mesti pernah masuk acara 4x100 mter kat sekolah nie..hehe

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.