Jumaat, Disember 25, 2009

Bukan Senang Jadi Bunga

Dalam persembahan pentas, selalunya ramai kanak-kanak kepingin memegang watak putera atau puteri, watak kerap menjadi tumpuan penonton.

Berikut antara contohnya, manis.

Jika tidak berpeluang memegang watak utama, menjadi 'raindeer,' memacu peluncur salji Santa Claus sudah lebih daripada mencukupi.

Seperti di bawah ini.

Tetapi bagaimana jika terpaksa memegang watak sekuntum bunga merah? Mungkin ramai melihat watak kecil itu tidak langsung signifikan, kurang penting sekaligus sukar mencuri perhatian pernonton. Perhatikan reaksi watak bunga merah (berbaju hijau) di posisi bawah tengah gambar. Dia hanya mampu memerhatikan putera, putera, 'witch', 'angel', 'bee' melakonkan watak mereka sambil menari dan menyanyi gembira.


Penat menoleh ke belakang, dia kemudian kembali ke posisi asal sebagai bunga peghias pentas watak diamanahkan hanya memandang kehadapan (read: wajah bosan).


Saya kemudian merakamkan gambar 'bunga merah' tiba-tiba tersenyum. Bukan kerana dia menjadi tumpuan penonton tetapi kerana baharu tersedar gambarnya disiarkan secara langsung di skrin televisyen (tidak kelihatan) di hadapannya.


'Bunga merah' ini bernama Haziq (gambar bawah), berusia 5 tahun dan bersekolah tadika di Sepang, Selangor sama seperti 2 bunga lain, hijau dan biru. Mereka mengadakan persembahan pada jam 8.45 pagi tadi di program Malaysia Hari Ini dan tiba di Sri Pentas pada jam 7 pagi. Saya difahamkan, mereka semua terpaksa bangun awal, jam 5.30 pagi biarpun hari ini cuti umum, Hari Christmas.



Bagi saya, Haziq dan bunga lain, insan kecil berdisiplin, mampu bangun pagi, disolek (read: muka diconteng) kemudian menaiki kenderaan ke TV3 biarpun untuk memegang watak kecil sahaja.

Sedangkan sebelum ini saya pernah melihat artis tempatan, dewasa dan terkenal tiba di TV3, 30 minit selepas waktu diperuntukkan kepadanya membuat persembahan berakhir.

13 ulasan:

  1. Kanak-kanak masih lagi innocent..
    Bila masuk remaja barulah....

    Waktu remaja adalah storm and stress of all parents..

    http://wajahbuku.blogspot.com

    BalasPadam
  2. biasa la artis tempatan...lagak kadang-kadang macam diva tapi lakonan atau nyanyian boleh nampak macam kayu dan ada yang kurang berdispilin....

    BalasPadam
  3. Saya bunga!!!! Itu kanak2 tadika. Saya jadi bunga di pentas besar DECTAR UKM semasa matrikulasi. Bunga paling besarrrrrr dalam sejarah.Heheheheh.

    BalasPadam
  4. Mama melihat persembahan ini pagi tadi.Ada daya kesungguhan.

    BalasPadam
  5. Salam BRO MAZ..
    seronok tengok insan cilik yg tekun dan ceria dlm kostum berwarna warni..
    ya, datang tepat pada masa, didikan disiplin dari awal usia muda.. mungkin perasaan teruja mendorong mereka melakukan begitu bersungguh..

    tu belum lagi kira masa latihan.. kan? mesti sangat gigih dan penuh komited...

    BalasPadam
  6. Saya fikir bukan kanak2 je yang macam ni Bro. Saya ni kalau besok berpeluang masuk tv3 live, confirm saya tak tido malam ni. Debar2 punya pasal. Kalau siaran langsung saya pukul 7 pagi agaknya pukul 3 pagi dah bangun siap. (Pernah ada pengalaman masuk Sinaran Pasport Kegemilangan dulu. Gitu la rasanya)

    Artis Malaysia ni memang KEBANYAKANNYA cepat sangat lupa diri bila bergelar artis. Kadang2 album pun belum ada, satu je lagu yang pernah keluar radio dah berlagak dah.

    Saya tak berapa minat Siti, tp rahsia org mcm dia mampu bertahan lama dalam industri ni, disenangi semua org termasuk produser dan stesen tv tentu kerana sikap disiplin dan tak perasan diva dia.

    Artis yg perasan diva dan tak berdisiplin.... bukan lama mana pun dalam industri ni. Hangat tahi ayam je.

    BalasPadam
  7. kanak2 lebih pandai menguruskan masa berbanding artis2 yg berpengalaman, mereka tahu peminat akan tunggu jgak kemunculan mereka ni. tp biarpun hanya watak yg kecil, kalau tiada 'bunga merah' ini maka cacatla persembahan tersebut, x berseri persembahan tersebut.

    BalasPadam
  8. Anak2 kecil sentiasa memandang sesuatu perkara itu sebagai suatu yg menyeronokkan, menyebabkan dia akan sntiasa rasa teruja. Wpn kena bgn pukul 5 pg, tidak mnjadi soal kerana motivasi kepada mereka adalah perkara itu menyeronokkan

    orang dewasa pula terlalu byk masa berfikir, menjadikan mereka suka berlengah, ditambah lg mungkin semuanya dilakukan bukan pada dasar seronok. Itu blum lg dicampur jika timbul perasaan "takper, orang tunggu aku, lambat pn no hal, aku takde, program tak jalan"

    BalasPadam
  9. kalau kena kanak2 yang berdisiplin dan rajin memang bagus dilatih, cepat ingat dan pandai,sambil berhibur

    BalasPadam
  10. Budak-budak jangan digalak menyanyi dan berlakon semata-mata..

    Akademik dan sahsiah paling utama..

    Ramai artis tidak memajukan negara pun..sekadar hiburan..

    Ramai ilmuan, pakar-pakar, saintis, jurutera, doktor itu lebih bagus..

    http://wajahbuku.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Salam,
    sesungguh mereka adalah kain putih yang sedang dicorak agar menjadi kain yang terhebat nilainya, pelukis kain ini bukan hanya ibubapa tapi kita selaku masyarakat juga adalah pelukisnya. Bagi artis pula biasalah mereka ingat mereka sentiasa diperlukan tanpa mereka sedar kadangkala tiada siapa ambil peduli tentang mereka, bukan semua, cuma yang lupa diri seketika

    BalasPadam
  12. Harus ikhtiarkan anak2 mempunyai malu bukan pemalu.Sebab mempunyai malu wajib tiap2 manusia.Seseorang yang telah hilang malunya atau tidak bermalu boleh dikatakan telah hilang kemanusiaannya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.