Ahad, Disember 20, 2009

Saya Boleh Hadir (2)

Ingat!

Pertemuan Bloggers 6 hari lagi.

Tarikh : 26 Disember 2009 (Sabtu).
Lokasi : FRIM, Kepong, Selangor.
Masa : 10 pagi-2 petang.

Sebagai peringatan, bloggers dipersilakan membawa makanan dan minuman, 'pot luck' dari rumah. Nasi lemak, bihun, karipap, satay, semua boleh. Bawalah keluarga sekali, suami, isteri, anak dan rakan taulan. Samada anda pembaca blog ini atau tidak, bukan masalah, sila datang.

Di FRIM, semua boleh bermandi-manda di sungai berair jernih. Jika ingin berborak bersama kenalan baharu atau lama, peluang terbuka. Jika selama ini kita berkenalan dan berinteraksi di dunia maya, 6 hari lagi, semua berpeluang bersua muka. Usah lupa, lekatkan kertas bertulis nama di baju, biar mudah orang kenal.

Baik, kali ini serius punya hal. Jika anda free, bercadang menghadirkan diri, tolong catatkan di bahagian komen tempelan ini, 'saya boleh hadir', ringkasannya 'SBH' berserta bilangan ahli.

Contoh: SBH(10)

Jumpa di FRIM!

21 ulasan:

  1. Mazidul...mana menghilangnya layout 'komen terkini'. Pada blog saya pun hilang.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Dj Epoi melapurkan diri....

    Bilangan 1 jewk

    BalasPadam
  3. Epoi, nanti boleh kongsi dengan kawan-kawan cara bercakap secara tenang di hadapan khalayak. Terima kasih sebab bercadang datang.

    BalasPadam
  4. InsyaAllah saya boleh hadir, bilangan termasuk saya 4 org (termasuk budak kecik 2 tahun yg pantang jumpa air).

    BalasPadam
  5. Selaku penganjur, wajar gak bawa pelekat dan marker extra. Kot ada yang terlupa..

    Saya AKAN HADIR - sorang jer.
    (jika last minute ada perubahan, I'll update)

    *Bro KHALIL, blog saya juga missing "komen terkini". Saya rasa web tu yg error..

    BalasPadam
  6. teringin sangat nak join...tp apakan daya...mungkin di lain kali, insyaallah..:-)

    BalasPadam
  7. Saya boleh hadir..hehe

    Bilangan: 2 orang (saya dan Ayu) :D

    SBH(2)

    BalasPadam
  8. Anak lepas berkhatan dah ok-teringin nak pergi. Tapi sayangnya Sabtu 26/12/2009 kami dijangkakan bertolak balik dr Kempas Baru ke S. Alam - Konvoi 3 kereta menziarahi Abg Ipar yg tdk sihat.

    Sayang betul...

    Saya Mohon maaf 'STBH'(Saya tdk boleh hadir... sob..sob...)

    Salam keriangan, Salam Ukhuwah buat semua sahabat Bloggers! InsyaAllah, di lain kali kita bersua, berbicara & berkenal mesra.

    BalasPadam
  9. Uissshhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!....Missed lagi!!!...Hari tu tak tahu buat kat singgah selalu JB...sbb Ogie terlepas pandang tentang rancangan tu....adoyai...umah dekat jek ngan Singgah Selalu.
    kali ni.....missed lagih...ada majlis kahwin pulak....hmmm.......

    http://www.zeeiszee.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Teringin untuk hadir. Kena semak status kerja terkini, takut ada yang menimbun masuk. Akan dimaklumkan kemudian. Boleh?

    BalasPadam
  11. Datanglah, kawasan itu luas, kita penuhkan :)

    BalasPadam
  12. alamak!! sy punya Opiz tue!!! hehehehe..mesti hadir..

    BalasPadam
  13. Bro..Teringin gak nak join tapi jauh la pulak, penang ke kepong dan ada komitmen lain ( alasan la ni )...Bukan apa teringat masa kat ITM buat lawatan ke FRIM(1996), tengok arapaima gigas dalam tasik, naik kanopi walk.....kenangan manis semua tu..Tak tahu le mungkin ada perubahan dah kat sana, harap kehijauan dapat dikekalkan....

    BalasPadam
  14. AM tidak dapat membuat pengesahan sekarang. Yang sebenarnya AM tak suka berjanji jika tidak pasti boleh lakukannya. Tetapi akan hadir jika pada hari itu AM ada kelapangan.

    Tak apa lah kalau tak dapat masuk dalam group. Cukup sekadar menjenguk dari luar dan ambil gambar..:)

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  15. :( Saya tak boleh hadir kerana kena pulang ke halaman Bunda. Kalau ada sekitar KL, teringin juga bersua.

    Selamat bertemu teman-teman. Enjoy dan muga ukhuwah akan lebih rapat.

    :)

    BalasPadam
  16. Abg dul,

    insyaallah acu datang...
    acu bawa bodyguard nanti...hehehee

    BalasPadam
  17. alamak lupa lak nk bgtau bilangan yg hadir

    SBH(5) - acu + bodyguard air.. :-D

    BalasPadam
  18. bro Maz, update terbaru saya....

    SBH(3) - Saya, Ayu & adik Ayu :)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.