Jumaat, Disember 11, 2009

Sigit Purnomo?

“Ilham itu harus dicari, bukan datang sendiri,” kata Onci.

Onci, nama sebenarnya Arlonsy Miraldi, 28 tahun, pemain gitar kumpulan Ungu dari Indonesia.

Onci muncul di program Malaysia Hari Ini, MHI, pada jam 8.45 pagi tadi bersama vokalis, Pasha, pemain bass, Makki, pemain gitar, Onci dan Enda serta pemain drum, Rowman. Kumpulan dari Indonesia itu ditubuhkan pada tahun 1996 hadir di MHI mempromosikan album ke 5 mereka, ‘Penguasa Hati’.

Pasha, 30 tahun, hemat saya, bijak menjawab setiap soalan diajukan kepadanya pada masa sama dia memberikan peluang kepada rakan lain mengutarakan pandangan mereka.

Sebelum siaran langsung bermula saya bertemu dan bersalaman dengan semua ahli kumpulan Ungu tiba di Malaysia kelmarin.

“Saya biasa jumpa kamu semua,” kata saya.

“Di mana?,” tanya Pasha kehairanan.

“Di skrin TV karaoke. Dengar kamu nyanyi lagu Kekasih Gelapku,” jawab saya.

Mereka semua tertawa mendengar jawaban itu.

Sebelum ini Ungu dikenali dengan lagu mendapat sambutan hangat peminat di Malaysia dan Indonesia, antaranya, Kekasih Gelapku, Andai Ku Tahu dan Tercipta Untukku.

“Tidakkah sukar menandingi hasil karya sebelum ini?,” soal saya.

“Oh! Tidak sekali. Jika dilihat penjualan album terbaharu ini sudah mendapat double platinum dan mengatasi album lain dalam tempoh sama,” balas Pasha.

Mungkin ramai tidak mengetahui beberapa fakta berhubung Pasha. Antaranya nama sebenar bapa kepada 3 anak itu, Sigit Purnomo Syamsudin Said.

Nota Saya akan berada di Kota Kinabalu, Sabah, dari esok hingga Isnin (14 Disember 2009)

20 ulasan:

  1. Salam Bro MAZ..

    bleh komen sedikit menyimpang? izinkan saya.

    Saya dengar, pihak RTM masih lagi mem“ban” hasil karya komposer juga segala bentuk nyanyian dari negara seberang. Sementara waktu? Benar?

    Saya sangat minat lagu “Madu Tiga” versi rock by Ahmad Dhani...

    Hmmm dan UNGU adalah kaler paberet saya...

    BalasPadam
  2. sya minat sungguh kump.ungu ni..
    terutama kekasih gelapku n beberapa buah lagu lain gak...menemani lenaku..liriknye sungguh menyusuk...

    BalasPadam
  3. Sigit Purnomo??

    Baru kutahu...
    nama sebenar kekasih gelapku.

    BalasPadam
  4. owh..ada album baru ye...dengar kat radio je la nanti...hehe

    BalasPadam
  5. hmm dah kurang minat dah dengan band2 dari indonesia nie...

    BalasPadam
  6. bukan senang mau senang pak..mungkin era kebangkitan band dari seberang sptmana yang berlaku di malaysia seketika dulu..

    BalasPadam
  7. tetiba je teringat kat ex kekasih gelapku dulu2... keh3

    BalasPadam
  8. Ice,
    pernah dengar kekasih 'gelapmu' dan kekasih gelapku??
    AHhhah?? dulu??
    dulo2 kini dan seterusnya..apasalahnya..

    BalasPadam
  9. unik nama sebenar dia. sy tak sempat tengok MHI pagi tadi. Anyway, lagu2 Ungu memang best.

    BalasPadam
  10. salam sweet,

    ayat Kemaruk sesuai remaja bawah umur yang ingin mencuba.
    minat mencuba semua 'benda' semua rasa'

    orang dewasa sudah letih mencuba

    BalasPadam
  11. iCE - ha... dengarlah nasihat si Zeq tu... itu bukan nasihat. Itu TakNakSihat.

    Kenapa ianya dipanggil Kekasih Gelap? Kerana kekasihnya Negro ye ataupun kekasihnya berkulit Gelap? Kalau gitu saya mau kekasih Cerah.

    BalasPadam
  12. Salam Bro Mazidul.

    Jangan minat juga dengan beberapa lagu Ungu, tapi tidaklah fanatik sangat. Sekadar jadi halwa telinga.

    Harap band Indonesia yang datang promosi di Malaysia menjaga hubungan baik dengan negara ini.

    Bro, Malaysia menang lawan Thailand di Sukan SEA di Laos. Menang 2-1...

    Siapa sangka,.. sebab saya sendiri jangka skuad kita 'kena titik'. tapi anak buah Rajagobal ni mengubah persepsi saya.

    Komen sikit, Bro?

    BalasPadam
  13. Sesungguhnya memang Malaysia menjadi tempat artis Indonesia mengembangkan sayap mereka..

    BalasPadam
  14. .."dan lalu DIANA pun berkongsilah kekasih cerahmu bersama-sama kekasih cerahku"
    bukan dua tapi 3 kekasih sekaligus cari yang muda2 sihat dan kuat (bawah 30an),
    mana aci asyik lelaki saja yang ada kekasih gelap??

    BalasPadam
  15. MENGAPA MEDIA PRIMA MASIH MENGAGONG-AGONGKAN PRODUK DARI SEBERANG? DARI SHITNETRON,LAGU DI HOTFM HINGGA BAND2 PUN DI BAWA MASUK. ADAKAH INI SATU STRATEGI UTK MENJERNIHKAN HUBUNGAN ANTARA MALAYSIA INDONESIA? TAPI STESEN TV RADIO DI SANA LANGSUNG TIDAK BAGI TEMPAT PADA PRODUK MALAYSIA! MALAH DI DALAM BLOG MEREKA, MEREKA MENGATAKAN STESEN RADIA DI MALAYSIA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA LAGU2 DARI SANA! DAN STESEN TV MALAYSIA MENYIARKAN SHITNETRON YG TAK LAKU DI SANA!

    BalasPadam
  16. Maaf, orang-orang yg menganggotai Kumpulan Ungu tersebut & lagu-lagunya bukan menjadi minat saya.

    Saya anti suami yg mengasari isteri - si pemilik nama Sigit Purnomo Syamsudin Said bukanlah lelaki terbaik buat isterinya.

    Pancaindera Ahad, 6 Dis 2009 M/S 18 memperjelaskan butirannya.

    Saya Hairan (sampai bila-bila) Malaysia ini terlalu "baik", Malaysia ini "pintu"nya terbuka luas, Malaysia ini "Satu" - tafsirkan sendiri...

    BalasPadam
  17. Yop, memilih itu hak semua orang. Sebab itu di Malaysia banyak station TV.

    Untuk rekod, Winnie K, penyanyi Cina dari Malaysia mencipta nama di Indonesia tidak di negara sendiri.

    Pn. Liza, kita tidak tahu kisah sebenar.

    BalasPadam
  18. ....sekadar mendengar sahaja tidak lebih tapi jangan lupa artis tempatan pulak..

    BalasPadam
  19. Yup!, ada ketikanya watak peribadi seseorang penyanyi itu buat kita hilang minat dengan lagunya.

    Anak teruna saya yang empat orang ini suka belaka lagu dari Indon seperti Ungu ini; saya tak perasan sangat lagu moden & baru. Saya lebih suka lagu lama, lagu Klasik & Asyik FM lagu-lagu Orang Asli ini amat menghiburkan; kalau muzik luar tu! mungkin lagu Hindi & Seriosa Jepun.

    Emmm! selera halua telinga orang berbeda!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.