Rabu, Disember 02, 2009

Berita Dari Hospital II

Semalam saya berada di Hospital Sg. Buloh hampir 12 jam.

Biarpun pada awalnya abah kelihatan tidak berpeluang mendapatkan rawatan doktor pakar bagi menganalisa penyakitnya, senario itu berubah. Setelah saya menerangkan keadaan sebenar kepada doktor bertugas, imbasan badan dan ujian air kencing dijalankan.

Jam 3 petang, abah disahkan mempunyai batu karang di perutnya. Jangkitan kuman di usus dijangka penyebab dia menggeletar dan muntah sebelum ini. Dia kemudian dimasukkan ke wad di tingkat 5 hospital terbabit untuk dibedah sekiranya sakit kritikal.

“Kita tengok dulu sampai Friday, kalau tak sakit, saya akan teropong badan ayah En. Mazidul dan lepas itu kita buat keputusan macam mana nak keluarkan batu tu,” kata Dr Mohamad Shukri.

Dr. Mohd Shukri, Ketua Pakar Bedah diperkenalkan Ketua Penyelia Jururawat, Mek Jusoh kepada saya. Mek bertugas selama 26 tahun di dalam bidang kejururawatan, ibu kepada 3 anak berasal dari Kelantan.

“Tadi saya dah pergi tengok ayah Mazidul. Lepas tu saya called Dr. Shukri minta dia attend the case. Doktor Shukri, bagus orang dia,” ujar Mek.

Rakannya, penyelia jururawat, Jamaliah Sapian dan Rosianjan Mushal Khan duduk di sebelah saya di Kopi Tiam di tingkat 2 hospital tersenyum mendengar ‘bos’ mereka memuji pakar perubatan itu.

Syukur, saya kini lega, abah berada di tangan mereka berpengalaman dalam bidang tersendiri. Terima kasih kepada semua pembaca mendoakan kesejahteraan abah, saya menghargainya.

Gambar (dari kiri) Mek, Jamaliah dan Rosianjan

24 ulasan:

  1. Saya doakan agar abah bro sembuh seperti sedia kala.

    BalasPadam
  2. harap ayah bro sihat walafiat nanti...amin :)

    BalasPadam
  3. Ayah mazidul dapat keistimewaan...kalau ayah orang lain nampaknya kena tunggu kat pak guard lah sehari dua sebelum dapat wad...

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Dr Shukri - nama Shukri pun bermakna Syukur. Syukur Alhamdulillah... semoga semuanya selamat dan ayah Bro kembali sihat seperti sediakala. InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. ...sepatutnya layanan yg seperti ini harus dirasa dan dinikmati oleh semua golongan peringkat masyarakat terutama yg bawahan atau yg sederhana.Bagi golongan yg mampu lain ceritalah.

    ...untung cik mazidul dapat layanan yg seperti itu.Harap jangan ada orang lain cemburu sudahlah.Pada pihak hospital pula "jangan ada udang disebalik mee" pulak.Disebabkan orang yg bernama Mazidul Akmal sidik pihak hospital kena beri layanan yg bertaraf "A".Jangan ada double standard pulak..layanan harus sama tanpa mengira darjat.

    ....kepada ayahanda cik mazidul sekali lagi kita doakan semoga cepat sembuh hendaknya....

    BalasPadam
  6. Sama-sama BRO MAZ..

    moga terus beroleh kesejahteraan..aminnnn

    Bila kita berada di tempat yang betul, berhadapan dan berurusan dengan orang yang tepat, berpuas hati lah kita..

    Gandingan yang saling memerlukan..

    BalasPadam
  7. sue berdoa agar ayahanda encik mazidul selamat menjalani rawatan dan sentiasa sihat walafiat...
    sue pun pernah kena batu karang.. sakit sgt tapi tak serius sebab baru peringkat pertama...
    lepas 2minggu barulah sembuh, ubatnye sue cuma minum air suam yang betul-betul bersih...

    BalasPadam
  8. Head Nurse Jamaliah yang duduk di tengah-tengah tu dulu di HKL Wad SW14, baru transfer ke Hospital Sg Buloh. Dia attend ayah saya masa dia baru keluar dari ICU in October 09.

    You got to respect these nurses, tanpa diorang siapalah nak membantu kita.

    Bersyukur kepada Yang Esa ayah bro selamat.

    BalasPadam
  9. Kenapa jadi begitu ya? Selepas hampir separuh hari barulah dapat bertemu dengan doktor pakar, itupun selepas saranan ketua jururawat dan sudah semestinya usaha saudara Mazidul sendiri.

    Apa-apa pun, saya berharap dan berdoa abah saudara Mazidul cepat sembuh.

    BalasPadam
  10. Salam Bang Maz

    moga ayahanda sihat walafiat n fast recovery....dl hospital sana terkenal hospital kusta ,kini dah makin popular..ade je ambulan anta pesakit dr arah tanjung karang ke sana tidak lagi ke HBKlang yg sesak ..gi lah makan kat cafe HSBuluh ..fuh sedap tu nasi dagangnya ..murah lak tu ...tempat pun selesa ..cuma parking tempat emegencies jauh ckit..kena naik tangga ke kaunter

    BalasPadam
  11. salam..
    saya juga berharap abah en.Mazidul akan mendapat rawatan yg terbaik..
    Insyaallah..

    BalasPadam
  12. semoga abah saudara cepat sembuh.. bawak banyak bersabar yer.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam
  13. Salam Bro Mazidul,

    Dengan personaliti Bro yang mengendalikan 360, 'public figure' macam Bro Mazidul akan mudah dikenali ramai, termasuk Dr. Mohd Shafie, Mek dan jururawat lain.

    Bayangkan, jika mereka membaca posting ini, pasti mereka rasa sangat dihargai.

    Agak-agaknya, mereka tahu tak blog Bro Mazidul bercerita tentang layanan mereka?

    BalasPadam
  14. I have bad feeling about this entry. Not about your father, sebab saya mendoakan abah cepat sihat.

    Just came back to Malaysia, and I aint sure whether I should say this or not, tapi it is too good to be true. Seriously. I mean, while it is good that daddy is getting the kind of treatment that he should be, lets not forget whether this kind of treatment will be consistent.

    Maaf kalau saya pesimistik tetapi hakikat tidak boleh dinafikan hanya kerana satu pengalaman. Dan pengalaman itu pula dilalui oleh seorang personaliti TV terkenal seperti bro.

    Hopefully not.

    BalasPadam
  15. alhamdulillah....
    skrg agak kurang orang yang berpengalaman seperti mereka....

    walaupun duduk di sebelah... tp tahu siapa yg perlu dirujuk

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  16. assalammualaikum

    semoga semuanya selamat...

    BalasPadam
  17. Semoga ayah Mazidul akan cepat sembuh........cuma satu saja komen, cepat diaorang tolong....yalah mungkin sebab ayah kepada Mazidul kot, kalau orang kebanyakan entah apalah nasib agaknya. Mau batu karang dah jaadi sebesar gunung baru nak refer doktor, itupun doktor pelatih saja kot....

    BalasPadam
  18. sy setuju dgn komen bapak gula2... i think it's because bro mazidul ni satu malaysia org kenal... tp mcmane dgn org awam yg lain, sure kena tunggu lebih lama utk dptkan treatment... sy tau mcmane perasaan bila dpt layanan mcm tu... mcm ada double standard je... apa pun, yg penting abah bro mazidul cepat sembuh dari sakitnya... insyaALLAH..!!

    BalasPadam
  19. Salam Bro Madz,
    sama2lah kita panjantkan doa kehadratNya, agar Abah Bro beransur pulih@ sihat hendaknya... Amin...
    TQ... n just keep on rolli'n Bro.

    BalasPadam
  20. Jangan main-main sakitnya serangan batu karang ini; duduk tak kena, baring lagi sakit, telan ubat tahan sakit tak berkesan... tambahan bagi mereka yang ada tekanan darah tinggi. Memang merisaukan.

    Agar Abahnya cepat sembuh; setiap penyakit ada penawar kena rajin berusaha insyaAllah pasti ada cara & ubat yang serasi dengan badan kita.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.