Isnin, Disember 21, 2009

Cold Cases

Kes bunuh Norita Shamsudin, TIDAK selesai.

Kes bunuh Nurin Jazlin Jazimin, TIDAK selesai.

Kes misteri kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, TIDAK selesai.

Maksudnya, semua penjenayah tanpa identiti terbabit dalam 3 kes di atas masih bebas akibat kegagalan pihak berkuasa menyiasat, mengesan dan memberkas mereka.

Apapun, kredit kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia setakat ini berjaya menyelesaikan banyak kes rompakan, culik dan samun tetapi bukan 3 kes ini, kes dianggap mencabar kredibiliti pasukan terbabit.

Jika difikir mengikut logik akal, penjenayah kejam itu semestinya kenalan, jiran mahupun rakan sekerja seseorang (biarpun jika mereka warga asing) cuma di dahi mereka tidak tertulis tag ‘aku penjenayah’, justeru sukar dikenali.

Barangkali sudah menjadi lumrah di Malaysia, biarpun kes bunuh dianggap berprofil tinggi atau kes menarik minat ramai (case of interest), akhirnya tetap akan terbiar begitu sahaja (pada pandangan masyarakat), diklasifikasikan sebagai ‘cold cases’.

Di barat, cold cases dijadikan paparan program televisyen dan dengan siasatan lebih terperinci dibantu maklumat disalurkan masyarakat, sebilangan besar kes berjaya diselesaikan pihak berkuasa biarpun setelah lebih 20 tahun berlaku.

Khusus bagi kes Sharlinie, jika dia sudah tiada, saya percaya ibu bapanya amat kepingin tahu di mana pusara gadis cilik itu. Pusara boleh mereka ziarahi, pusara bukti dia pernah wujud di muka bumi ini.

Hemat saya, setakat ini mereka pasti terus gusar, dihantui pelbagai persoalan berhubung kehilangan zuriat disayangi. Kita semua mungkin tidak merasai beban emosi secara langsung terpaksa ditanggung, bak kata pepatah Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Malang, amat malang. Anak dilahir dan dibesarkan, hilang sekelip mata. Pelbagai kemungkinan boleh dijangka, tidak tergamak saya membuat telahan.

Bayangkan, jika Sharlinie anak kita, sudah pasti sukar mata dilelapkan untuk tidur malam. Tambahan pula kini tidak banyak usaha mampu diihtiarkan lagi kecuali berserah kepada ketentuan Allah, memanjatkan doa memohon dia dikembalikan kepangkuan kita dalam keadaan selamat.

Kepada semua pembaca blog ini, berwaspadalah, kita harus akur, bahana muncul tanpa diduga. Jika kejadian jenayah berlaku kepada orang lain, tidak mustahil bencana sama boleh menimpa kita dan keluarga.

33 ulasan:

  1. Janganlah dibiarkan saje kes2 seperti ini. Kalau kes ini terjadi kpd saya pun saya tak mampu nak lelapkan mata setiap malam.

    Geram dengan penjenayah yang sudah tidak ada hati perut lagi. Kanak2 menjadi mangsa. Kunci kebebasan kanak-kanak sekarang telah dicuri. Kebebasan anak-anak sudah tidak ada jikalau penjenayah2 seperti ini masih diluar sana, bebas sebebasnya.

    BalasPadam
  2. Semoga Allah merahmati roh2 mereka yang dizalimi..dan semoga mereka yang MENZALIMI...diberi balasan setimpal di dunia dan akhirat! Amin...

    BalasPadam
  3. Bagaimana akhirnya kes Aisyah Bukhari yang murtad dulu ye??

    BalasPadam
  4. Salam BRO MAZ...

    sebak nyer bila kes sebegini disebut lagi, diulas lagi..

    Cukuplah rasa melihat, membaca, dan mendengar rintihan sekian ramai para ibubapa yang menerima nasib sebegini..

    Menghargai segala usaha terbaik pihak-pihak yg bertanggungjawab, selebihnya serahkan pada NYA yang Maha Mengetahui..

    Cabaran hari ini. Apapun, apabila melibatkan anak-anak, semua para ibubapa turut merasainya...

    Moga dirahmati anak-anak yang malang itu...

    BalasPadam
  5. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kalau kita sebagai org awam terasa kehilangan, bagaimana dengan ahli keluarga sendiri?

    Harap PDRM akan terus mencari suspek untuk kes2 yang hampir terbengkalai ini.

    BalasPadam
  6. marilah sama2 kita sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarham..

    Al-fatihah...

    BalasPadam
  7. "innalilla hiwainna ilaihirajiun"
    daripada Allah kita datang, kepada Allah kita akan dikembalikan...
    semua yang kita ada hari ini adalah milik Allah..sebagai pinjaman semata-mata..bila-bila masa Tuhan boleh ambil pinjaman yg diberikan kepada kita..kita ini hanyalah hambaNya yang fakir dan tidak mempunyai apa-apa....

    catatanhamba.blogspot.com

    BalasPadam
  8. ku harap..kejadian yg sama tidak akan berulang lagi lepas nih...kesian keluarga, bila ini terjadi...redha dengan ketentuan Allah...

    *penjenayah tak pernah padam!
    *menantikan hari-hari tanpa jenayah..adakah ianya mustahil??

    BalasPadam
  9. Kesian dgn anak sendiri.. tidak spt zaman saya kecil2 dulu..bebas kemana shj dalam kg tanpa perlu risau ttg keselamatan..
    Sekrg ni nak lepaskan anak pergi main kat taman pun tak boleh kecuali kita turut sama..tp nak temankan anak tu yg jd masalah,badan penat seharian bekerja..sesekali tu boleh la temankan..

    BalasPadam
  10. Seperti akan wujud program baru di TV selepas ni... ala-ala Cold Cases... Barangkali? Amat menarik!

    BalasPadam
  11. Salam, cold cases macam ni membuatkan hati2 ibu bapa di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan risau, bimbang dan sebagainya. Selagi penjenayah tu berkeliaran, selagi tu kita tetap merasakan hidup ini tidak aman

    BalasPadam
  12. Kenapa tak selesai? Itu isu pokok.

    Kecekapan? Rasanya cekap dah.

    Disiplin? Oklah. ada jugalah kambing hitam sini sikit, sana sikit. Tapi terkawal.

    Dah tu?

    Kita kurang kepakaran teknikal ke?
    Barangkali sudah sampai masanya, PDRM di beri bajet lebih bagi update peralatan / gajet mereka. Latihan sudah tentu.

    Agaknyalah.

    BalasPadam
  13. penjenayah makin kejam...sukar untuk di kawal jenayah kalau harapkan polis je...orang ramai harus membantu...

    BalasPadam
  14. berat mata memandang (tiru Diana).
    agaknya hukuman masih lembut bagi penjenayah serik atau takut.

    BalasPadam
  15. Ini adalah bala, selagi kerajaan tidak melaksanakan hukum islam sepenuhnya, selagi itulah benda ni akan berleluasa.

    BalasPadam
  16. masih menunggu perkembangan kes-kes sebegini....agak-agak bila la nak diselesaikan ye??

    BalasPadam
  17. Saya terkilan ada kes di atas yang sah ada perlakuan zina tapi kepada tidak dirujuk ke perundangan syariah. Kita senegara menanggung dosa ini sebab berdiam diri.

    Bukan setakat tiga kes ini, bagaimana pula tentang mayat yang dibakar pun dibom pelbagai. Apa rasanya jika mangsa itu darah daging kita.

    Negara kita tak sebesar mana jika dibandingkan negara maju yang lain yang terus-terusan melakukan jenayah yag labgi hebat jenayah perang. Kita mengutuk jenayah perang yang dilakukan negara maju dalam masa yang sama kita seolah-olah melindungi jenazah sosial di negara kita. Seyogia itu siapa sebenarnya kita ini?.

    BalasPadam
  18. saya orang kampung... bila pindah bertugas di kuala lumpur... saya agak kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak anak berkeliaran bermain tanpa kawalan...

    masih ada usaha sehingga kini... cuba tanya salah seorang pensyarah dari jurusan forensik USM....

    selain itu saya mengambil kesmpatan ini untuk minta kepada semua yang tinggal di kawasan Setapak kuala lumpur sekiranya ada apa apa maklumat sila mesej saya di arthas211083@yahoo.com, atau lawat blog saya di faizuljournal.blogspot.com dan masukkan dalam chat box dan saya akan beri no hp sy... kebetulan saya baru di beri tugas sebagai Peg Medan Hot Spot selama 2 minggu bermula hari ini...

    BalasPadam
  19. Menyiasat kes jenayah bukan kerja senang..
    Realiti penyiasatan bukan senang macam Detective Conan..

    Dalam kebanyakan kes jenayah, muka sebenar penjenayah tidak dapat dikenalpasti. Hanya sekadar lakaran dan bayangan sahaja. Itu tidak mencukupi dan tidak menjamin pengesanan dan penangkapan penjenayah yang terlibat..

    Penjenayah ni pandai main sorok-sorok. Inikan pula sorok-sorok dalam satu Malaysia. Ingat senang hendak kesan ?? Sebab itulah masayarakat kena membantu..

    Dalam kes tidak berjaya selesai ni, tidak boleh menyalahkan pihak polis sepenuhnya. Polis itu manusia biasa bukan ada kuasa sakti pun...

    Setuju ?


    Try this link:
    http://manis18.blogspot.com/2009/12/telekomb-malaysia-potong-jangan-tak.html

    BalasPadam
  20. mazidul,kes norita bukan dah selesai ke?as far as i know,it's just a matter of 'love' gone bad. kes bondage yang membawa ke sesak nafas. jadi tak bolehlah nak dakwa tertuduh, sebab ni hal suka sama suka. kiranya selesai dah lah.

    BalasPadam
  21. nina...

    untuk pengetahuan kes ini bukan selesai.. cuma hanif di DAA discharge amaunting to an acuital(di bebaskan dan di lepaskan) di sebabkan pihak pembelaan dapat menimbulkan satu keraguan munasabah (reasonable doubt) di mana ada kesan air mani orang kedua selain hanif... jadi pihak pembelaan dapat menimbulkan "tak mustahil orang kedua yang meninggalkan air mani tersebut yang membunuh norita" dan pemilik air mani ke dua juga gagal di kesan....
    pada PANDANGAN peribadi saya sahaja yang hanif kemungkinan 70% bersalah...cuma pandangan....

    BalasPadam
  22. Faizul, terima kasih kerana
    menjawab soalan Nina. Jika saya betul, maksudnya ada kebarangakalian pembunuhan dilakukan orang kedua (lain) selain daripada Hanif, wujud reasonable doubt.

    Di Malaysia, murder is murder, tiada first degree murder atau second degree murder seperti di Amerika Syarikat.

    BalasPadam
  23. Kepada mereka yang di zalimi di muka bumi, InsyaALLAH mereka di pelihara oleh ALLAH di akhirat. Tetapi kepada si penzalim yang terlepas di muka bumi, jangan lupa akhirat menanti anda. Sampai bila anda boleh terselamat..

    BalasPadam
  24. Apa yang berlaku mengundangkan rasa sedih, kesal dan takut dengan keadaan yang berlaku, selain kes yang belum selesai masih ada kes-kes baru berkenaan kehilangan kanak-kanak atau remaja dari rumah. Ini menimbulkan pertanyaan di benak saya adakah negara Selamat?, dengan PATI, dengan awang hitam dan macam-macam lagi yang akhirnya kesedihan mendatang kepada keluarga dan masyarakat

    BalasPadam
  25. Mintak dijauhkan.....Kerana kita semua ada anak....dan tak mau perkara yang sama berulang lagi....oleh itu apa yang kita boleh buat bersama cegah perkara tersebut dan berserah....
    Agaknya dah samapi masa pasukan polis mempunyai kelengkapan dan kepakaran macam yang di tunjukkan dalam siri CSI...( hehehehe...lagi satu terpengaruh dengan TV siri...)

    BalasPadam
  26. Manusia boleh lari dari undang-undang manusia, tetapi tidak mungkin akan terlepas dari undang-undang dan hukuman Allah.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  27. Kes awek mongoli yang kena BOOM tu dah settle ke?????

    BalasPadam
  28. Dan aku tidak pernah berdiam memburu semuanya...

    BalasPadam
  29. bak kata pepatah, mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

    Langkah berjaga-jaga memang sepatutnya diambil dari awal lagi kerana sudah banyak kes yang telah membuktikan, "mengubati"(menyelesaikan) itu adalah lebih sukar dan mustahil.

    BalasPadam
  30. saudara mazidul:
    ya tu yang saya maksudkan.. pihak pembelaan dapat timbulkan keraguan yang munasabah pada masa pembelaan dibuat(dalam fasa pembelaan selepas fasa pendakwaan(dimana pihak pendakwaan dapat menimbulkan "prima fasie" tetapi pihak pendakwaan dapat menimbukkan reasonable doubt dalam fasa pembelaan))

    tolong betulkan saya sekiranya salah

    BalasPadam
  31. fadzil amir:

    sebenarnya kes seperti norita kanak kanak yang baru baru ini dijumpai dalam taliair (dah ada tangkapan tunggu berita esok)
    boleh diselesaikan dengan lebih mudah dengan adanya bank DNA...
    contoh dalam kes norita DNA air mana orang kedua tidak dapat dikenalpasti sebab tiada bank DNA, dan sekiranyanya ada bank tersebut kemungkinan pembunuhan dilakukan oleh hanif atau orang lain dapat di selesaikan dengan tangkapan pemilik air mani kedua melalui pengecaman bank DNA...

    menurut sedikit pengalaman saya juga,.. saya dah tak ingat dah berapa ratus tempat kejadian samun telah saya pergi dan kekadang ada kesan darah saspek, boleh di ambil sampel.. tapi kalau nak dapatkan saspek saya perlu bandingkan dengan 2+ juta rakyat Malaysia, kerana ketiadaan bank DNA...

    selain itu pihak PDRM telah bekerjasama dengan JPJ/JPN dan lain lain jabatan untuk adakah sistem seperti MAFIS dan sebagainya...

    birokrasi juga menjadi aspek penting tidak kira dari dalam jab kerajaan atau swasta..
    contoh, sekiranya saspek menghubungi mangsa, untuk dapatkan butir saspek tidak kurang masa 1 minggu perlu di ambil beserta dengan surat rasmi, jadi saya terpaksa mencari "orang dalam" untuk dapatkan maklumat tersebut secepat munking(hanya lisan tidak bertulis)
    saya juga pernah ambil kes seorang polis dari London yang di ragut, beliau terkejut dengan karenah birokrasi yang di hadapi oleh PDRM sedangkan bagi beliau d sana tunjuk saja autoriti minta segala maklumat on the spot akan di beri (seperti mana yang termaktub dalam kuasa polis dalam akta polis)sekiranya mereka enggan memberi kita boleh charge 186kk, tapi try buat.. mampus suhakam hentam..
    saya juga pernah mahu ambil rakaman cctv dari bank, apa alasan di berikan, "perlu buat surat kepada bank negara" dan saya menghubungi bank negara apa balas bank negara " no such thing" seperti mana pegawai bank tu cakap..

    ya saya setuju sangat sangat sekiranya peralatan canggih diberikan kepada PDRM... tapi selagi masalah di atas yang saya luahkan tidak dapat diselesaikan.. selagi tu lah akan melambatkan proses siasatan...

    ps:betulkan saya sekiranya salah...

    BalasPadam
  32. jika terlihat poster sharlinie dimana2, tetiba hati menjadi sedih. melihat wajahnya yang sayu seolah2 mengharapkan simpati. Ya Allah sekiranya dia masih hidup, Kau temukanlah dia dengan keluarganya dan sekiranya dia sudah tiada Kau bagilah tandanya supaya hati kami lebih tenteram dan tempatkan dia di sisiMu. Ya Allah, Kau musnahkanlah manuasia durjana yang mengganggu keharmonian hidup ini. Amin..

    BalasPadam
  33. Jangan ditutup kes2 ber'profil' tinggi yang masih belum selesai ( penjenayah nya masih bebas ), untuk mengelakkan dari tercemarnya maruah pasukan penyiasatan - polis dan mahkamah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.