Ahad, Disember 20, 2009

Bunian Ganda Wang

Kejadian berlaku di utara Semenanjung Malaysia dan sepengetahuan saya belum pernah didedahkan media tempatan.

Begini ringkasan ceritanya.

Pegawai tinggi penguatkuasa kerajaan didakwa isterinya terbabit dalam upacara pemujaan menggandakan wang menggunakan bantuan orang bunian.

Setiap bulan, pegawai terbabit dilapor mendepositkan ribuan ringgit ke dalam akaun individu tertentu dan kemudian dipercayai disalurkan kepada ketua kumpulan pemujaan. Mengejutkan, ketika berada di rumah, suaminya beragama Islam dikatakan kerap mengasingkan diri di dalam bilik gelap sambil membakar colok dan berzikir dalam bahasa tidak difahami.

Setakat ini mangsa tidak menerima sebarang imbuhan, maksudnya wang ‘dilabur’ tidak pernah berganda.

“Ketua kumpulan itu selalu bagi alasan. Apabila tiba waktu wang sepatutnya digandakan, dia kata tak jadi kononnya sebab orang bunian tu marah dan mengamuk dan terpaksa tambah lagi duit,” ujar isteri pegawai terbabit.

Mengapa dia sanggup mendedahkan kisah terbabit di program ’360’?

“Duit gaji habis bagi kepada ketua kumpulan tu. Bimbang kalau tak ada duit, suami saya terjebak mengambil rasuah,” jawabnya.

Tambahnya, setiap hujung bulan (setelah bayaran gaji) kumpulan disertai suaminya akan berzikir secara beramai-ramai di resort dan kemudian disambung di puncak gunung.

Kisah itu akan didedahkan secara eksklusif di episod ke 2 terakhir program ‘360’, 23 Disember akan datang.

Memang '360' bermain api dan kami mengambil risiko itu bagi mengelakkan lebih ramai individu terus terbakar dibuai angan-angan tidak kesampaian. Pendedahan bakal dipaparkan kelak antara sumbangan terakhir krew '360' kepada masyarakat.

Terimalah seadanya.

Pengumuman Lapor New Straits Times, Datuk Bung Mokhtar mengesahkan pernikahannya dengan Zizie Ezette.

17 ulasan:

  1. Terima Kasih Abang kerana pendedahan yang berani kerana demi wang manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup mengsekutukan Allah S.W.T dan saya amat berharap melalui pendedahan yang diberikan akan membuka pihak berkenaan untuk lebih bertindak agar perkara yang menyesatkan ini dapat dibendung. Syabas abang.

    BalasPadam
  2. Salam Bro Mazidul,

    Orang tamak selalu rugi; Dlm kes ni, tamak nak kaya cepat tanpa usaha yg sepatutnya menjadi kunci kepada kelemahan pegawai kerajaan itu.

    Akhirnya dia akan jadi mangsa spt mana kes "Black Money" dan Skim Cepat Kayap.

    Saya harap pendedahan 360 dapat menjadi pemangkin polis bertindak melumpuhkan kegiatan penipuan ni.

    Tapi, mangsa ni mau ke membantu siasatan? Maklum aje, duit yg dilabur belum berganda? Hahahaha...

    BalasPadam
  3. Jauhilah perbuatan seperti ini, boleh merosakkan akidah termasuk boleh menggugurkan syahadah seseorang.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Wow menariknya liputan kali ni. Tak sabar2 nak tengok. Tentu ramai pengikut pak bunian yang mengamuk dan mengugut nak buat something kat krew 360 kan? Hishh... tak senang nak jadi wartawan rupanya.

    BalasPadam
  5. salam ,Menarik&pelbagai maklumat dikongsi.TAHNIAH

    BalasPadam
  6. he...23x menarik hhuuuu... kerna duit... iman tergadai....

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  7. Sebab duit segelintir orang Melayu sanggup menggadaikan akidah...tak pasal-pasal dapat dosa...isk2...

    BalasPadam
  8. Salam BRO MAZ..
    saya tak berminat nak tau berapa ribu duit bakal diganda..
    tapi saya teringin nak tengok bagaimana pemujaan dilakukan, proses memuja dan zikir apa...
    bukan nak belajar, tapi itu sesuatu yang sangat eksklusif.. wajar dipaparkan..

    BalasPadam
  9. slam bro..pendedahan yang sangat menarik kerana ada antara insan yang terdekat dengan saya juga terjebak dalam aktiviti seperti ini. beribu ringgit habis begitu sahaja. akhirnya selepas di'basuh' oleh kami sekeluarga, Alhamdulillah dia sedar dan berhenti dari menyumbangkan modal kepada ahli kumpulah tersebut. rezeki tidak datang bergolek hanya dengan memuja yang lain selain Allah. ini antara dakyah yang dibawa syaitan durjana untuk menyesatkan kita, manusia.

    BalasPadam
  10. ...apapun TAHNIAH buat Bung Mokhtar dan ZIZIE... moga jodoh berkekalan...

    pengakuan itu akan mengikis tanggapan buruk orang...

    BalasPadam
  11. they are stupid person.mana boleh dapat duit kalau x usaha..sapa nak bagi free..adeii..malu, kadang2 yang kerja tggi2 dan berpangkat tggi2 tuh yang banyak terjebak..mana akal fikiran mereka

    p/s : teringat kwn mak..dia amik phD..tetapi percaya benda karut marut seperti pakai susuk untuk jadi cantik..gila ke apa..kadang2 rasa x suma amik phD tuh cerdik :P

    BalasPadam
  12. Macam-macam cara untuk manusia mendapatkan wang. Ini adalah salah satu lagi kisah yang menarik bakal di kupas oleh 360. Syabas bro.

    BalasPadam
  13. Syabas buat Isterinya! Kasih & sayang kepada suami tidak mengaburi matanya utk mendiamkan diri.

    Syabas kepada En.Mazidul,krew & Media Prima - Berani kerana benar-paparan bukan bertujuan membuka aib seseorang-menginsafkan si pelaku di dalam masa yg sama mendidik penonton adalah satu amalan yg mulia.

    Di dalam Cerekarama/drama bersiri TV kita x dpt ini semua. Yg ada adegan berpegangan tgn/peluk/kucup/baring di katil oleh si pelakon yg bkn muhrim - apa yg kami dapat?

    BalasPadam
  14. "duit duit dimana kau duit?"
    "duit ada ngan bunian"
    macam2 la manusia skrg ni lepas no ekor main bunian pulak, bila la mereka ni nak insaf n boleh berfikir dgn waras. kerna duit manusia sggp memuja,kerna duit manusia sggp berbunuhan, kerna duit manusia sanggup bermusuh,

    so skrg ni duit dah jadi mcm "tuhan" pada mereka. insafla sebelum terlewat, kalau dpt pn duit tu ia ttp haram... fikirkanla.

    BalasPadam
  15. salah satu cara nak kaya cepat atau KAYAP cepat.

    BalasPadam
  16. Rakan saya pernah menghilangkan diri lantaran pemujaan wang ini. Hingga kini tak tahu di mana menghilangnya; hidup atau pun mati.

    Lenyap begitu sahaja.

    Jangan main-main dengan sindiket ini yang telah pun ujud sejak tahun 80an lagi. Ianya boleh sampai kehilangan nyawa lantaran pemujaan kalut ini.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.