Jam 3.15 pagi tadi saya berdiri di hadapan hotel, lokasi saya menginap di Johor Bahru, Johor.
Saya berbisik kepada pemandu, berdiri di sebelah saya.
"Tengok siapa paling ramai mabuk"
Perlahan dia berkata.
"Melayu"
Ya, tinggal di Zon Regency Hotel memberikan saya peluang melihat gelagat anak muda pulang dari pusat hiburan di kawasan berhampiran.
Berjalan terhoyong-hayang dan sebilangan terpaksa dipimpin untuk berjalan ke kenderaan.
"Mazidul Akmal Sidik lah, sembilan, sembilan, sembilan"
Ujar remaja Melayu saya anggarkan berusia awal 20 an. Dia waktu itu berjalan bersama 2 gadis, saya percayai berada di bawah pengaruh alkohol.
"Pergi mampus dia lah!," jerit gadis terbabit.
'Cantik' amat bahasa dia tetapi saya langsung tidak berasa terkejut kerana dia sendiri kelihatan lunyai dan tidak sejelita mana pun.
Bersabar, mata saya sekadar mengekori pergerakan mereka bertiga berjalan keluar dari zon bebas cukai di Stulang Laut itu.
Apa salah saya? Entah. Barangkali takdir menentukan, itu sebahagian daripada asam garam menjadi insan dikenali. Hanya rumusan itu terlintas di fikiran saya ketika berjalan menuju lif untuk naik ke bilik hotel.
Jika nama saya Hisham, Danny atau Ismail dan bukan bertugas sebagai wartawan penyiaran pastinya kenyataan itu tidak sewenang-wenangnya dilemparkan kepada saya.
Apapun, itu bukan kejadian pertama berlaku.
Sebelum ini kerap remaja berusia bawah 20 an menjerit melihat saya dan kru berjalan berhampiran mereka.
"Hoi! Mazidul! Sombong lah engkau, aku panggil pun buat tak tahu!"
Ada waktunya saya berhenti lalu berpatah balik untuk mendekati mereka.
"Ya?"
Waktu itu majoriti tersipu-sipu dan lidah menjadi kelu, barangkali.
"Saya sungguh bersimpati dengan remaja Melayu macam awak, seriously. Terjerit-jerit macam saya ni adik awak. Oh! Sebab ada awek di sebelah ya?"
Lazimnya, mereka akan mendiamkan diri dan saya beredar.
Biasalah adat sebilangan lelaki, apabila didampingi teman wanita, dia berasa dirinya mampu melakukan apa sahaja biarpun kekadang tindakan dianggap kurang ajar.
Andai kata, kita bertemu di lokasi mana sekalipun, tegurlah saya secara hormat, InsyaAllah pembaca akan dilayan dengan baik.
Mulakan dengan salam, pasti saya akan menjawab. Hulurkan tangan, pasti akan saya sambut.
Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.
salam bro..
BalasPadambetul2, kalau org mulakan dgn baik, kita pasti akan layan dia dengan baik..sabar je lah..
btol2...kalau mahu menegur, biarlah dengan cara yg berhemah...barulah senang rasa hati nk membalas teguran...
BalasPadamitulah dia gelagat budak budak melayu sekarang. berlagak dan nak tunjuk dialah yang bagus sgt. tapi otak kosong!
BalasPadamanak-anak muda kita sekarang ni ramai dah hilang hormat pd yang lebih berusia. Dulu mak bapak kita kita cukup pantang kalau jumpa org lebih tua, tapi kita tak pergi salam..
BalasPadamsekarang?
bila dah mabuk, bahasa pun jadi kotor juga. apalah nasib anak bangsa kita di masa depan
BalasPadamsetuju.. setiap yang dimulakan dengan baik, akan baik juga kita berikan
Islam dah tinggal hanya pada nama...
BalasPadamSikap dan sifat seorang Islam dan sopan santun seorang Melayu dah punah...
semoga anak-cucu saya terhindar dari malapetaka ni..
Org dah mabuk, letak najis depan mata, apa agaknya aksi dia,kuih bakul, isk isk
BalasPadamSalam bro.kalau jadi wartawan hiburan mungkin lain cerita..
BalasPadamencek mazidul di luar tak nampak sombongla, cuma saya aje yang segan nak bersapa..harap ketemu lagi ;)
BalasPadamSalam, sedih bila melihat kisah sedemikian bila terjadi pada anak bangsa kita.
BalasPadamNew Entry "Gadis unik boleh lenturkan badan"
hrmm... cmne la ngan remaja2 skg ek.. Nk tuding jari slh siapa2, rsenye x ptut bt mase skg.
BalasPadamMntak2 krajaan brtindak lbih tegas. kmbalilah kpd sumber rujukan terbaik.. Quran dan Hadis.
Saya kira salah didikan kot. Sebagai seorang penddidik , saya dan rakan-rakan lain mengajar pelajar untuk hormati orang lain. Tapi entahlah..remaja sekarang ni tak tahu langsung nak hormat org tua. bukan abang sahaja yang terkena macam ni, saya rasa orang lain pun sama juga. Yang sedihnya, masa sek rendah tak jadi begini tapi dah masuk alam remaja lain pula jadinya. Nak salahkan siapa ya?
BalasPadampatut laa org johor sokong umno, bebas minum air kencing setan tu..
BalasPadambudak-budak baru nak naik bang, kenalah tunjuk hebat depan awek. heh
BalasPadamtak de adat langsung ... tu lah jadinye kalau dah minum air setan
BalasPadamAssalam Mat yie,
BalasPadamtak elok ngata org Johor, org kelantan pun ada, cuma dia buat di negeri org, haha..kira cerdik sikit. MCM rakyat Brunei, nak libur masuk KK, Masuk Labuan,kunjung kucing, bijak kan?
Moralnya undilah ..
ragam budak2 zaman sekarang...itu lah dia
BalasPadamBukan semua yang ada blog itu adalah blogger
Jangan asyik cari punca, cuba cari penyelesaiannya
ala. depan awek je berani. belakang, kecut!
BalasPadamsungguh tidak bersopan
BalasPadambahasa bukankah melambangkan bangsa?
nak2 lagi dengan org lebih tua
apalah~
tindakan perlu diambil...
BalasPadampasti satu hari anak2 cucu kita tergolong dlm golongan ini...
jika kita berpeluk tubuh...
abg mazidul... saya selalu nampak tuan di mamak sebelah apartment salvia seksyen 11 kota damnsara...
takut nak tegur...hehhee...
teruskan perjuangan...
Budak2 Melayu skrg banyak yang dah rosak dan akan dirosakkan nanti.
BalasPadamLangkah pembetulan perlu dilakukan segera oleh kerajaan dan masyarakat.
Nak diharapkan kpd individu memang banyak tak sanggup / tak jalan....
Salam
BalasPadamOrang Perak mana ada sombong-sombong kan abang Maz? :)
zz...moralnya undilah parti TUPPERWARE hahaha :D
BalasPadamhazrey pun org johor tau.ishhh3...
salam...
BalasPadamInilah gelagat sosial di Malaysia, tak kira dah teguk arak ke...dari negeri antah berantah ke...anak bangsawan ke...tak kira jantina tahap keruntuhan AKHLAK sudah ke bacaan sifar!
Semua terjadi kerana pengamatan, pengalaman, persekitaran, teknologi, tiada pertimbangan, tiada jati diri dan longgar disiplin ISLAM. Banyak faktor mempengaruhi SIKAP.
Perubahan akan hanya dengan izin dan HIDAYAH ALLAH SWT, itulah akhir pertolongan.
Justeru itu kita kena usaha dan sentiasa berdoa perlindungan ALLAH SWT agar anak2 kita tergolong dalam golongan anak2 yang soleh dan solehah.
Mazidul...bawalah isu ini dalam 999 biar pihak yang berwajib buat kerja tidak hanya PLKN aje..buang duit rakyat. Isu akhlak ni lebih penting diperjuangkan berbanding DADAH.
ok...teruskan perjuangan.
Salaam Saudara,
BalasPadamSaya amat sedih dengan remaja melayu masakini.Apa-apapun segalanya bermula dari rumah.Kalau mampu tegur, tegurlah mereka.
Semasa saya berada dihotel yang sama juga pada penghujung tahun lepas untuk urusan kerja, terlalu banyak anak-anak melayu hanyut.. bergaduh, mabuk dan berpakaian tidak senonoh seperti sudah perkara biasa.. Namun, tidak pernah sekali memandang hina pada mereka kerana mereka juga mahkluk Allah.. apa yang pasti saya KESIAN dan sedih melihat anak melayu yg sudah lupa asal usul dan taksub dengan keamanan kecukupan yang dikecapi kita.. 'wahai anak2 melayu.. ingatlah akan jasa perjuangan mereka terdahulu.. jgn semudah itu menggadaikan maruah bangsa'.. memang sedihhh.. :(
BalasPadamSalam Mazidul...
BalasPadamKalau mereka marah dan kesal kepada anda adalah kerana anda mengatasi mereka dalam hal kebaikan, keilmuan dan tingkah-laku
Kalau boleh mereka ingin kita semua menjadi orang yang bodoh, pandir dan jahil seperti mereka.
.....HATI yang baik akan menzahirkan perbuatan dan percakapan yang baik.
nampaknya remaja sekarang sudah jauh terpesong..angkara siapakah yang menjadi mereka sebegini???...
BalasPadamHuh..bahasa orang yang letak otak kat kepala...lutut.
BalasPadamSuruh sekolah pandai pandai, dah besar pandai macam tu pulak gayanya....
*salah cikgukah?*
Salam hormat;
BalasPadamNak mengata,menuduh, mencari salah dan membuat andaian memang mudah.
Semudah jari menaip.(walaupun taip patuk ayam - macam abg)
Mazidul mengolah tampalan sebegini, pinta kita bersama-sama mencari di mana susur galur buat cari jalan selesainya masalah akhlak sebegini.
Bukan sekali dua beliau mengangkat isu anak muda kita (bangsa kita) yang kurang bahasa.
Bahasa menunjukkan Bangsa. (itu pun kalau mereka ada Bangsa?)
Assalam, aZUL,
BalasPadamKerana kita Melayu jadi sayang melayu, mengata melayu, jaga hal melayu,andain Melayu, siapa lagi. Kalau tak Melayu,komen tanda perihatin.
salam.betul tuh...kadang kadang terfikir mana pergi rasa hormat dorang kat orang lain...n kenapa sampai boleh jadi macam tu..berdoa agar dijauhi..aminn..
BalasPadamWlkmsalam zeqzeq;
BalasPadamBukan tidak prihatin atau saya tidak setuju komen dari para blogger dan pembaca yang telah meninggalkan ulasan.
Cuma mungkin saya berfikiran dari sudut yang sempit agaknya.
Saya lebih cenderung hendak melihat ulasan rakan-rakan pembaca yang bijaksana bagaimanakah hendak mencantas hingga ke akar umbi kepada perlakuan anak remaja yang isunya diangkat dalam tampalan Mazidul di sini dan tampalan-tampalan beliau sebelumnya.
Itu sahaja. Saya tidak punya hajat untuk berdebat dalam bidang yang saya tidak arif.
Maafkan saya andai ada yang terasa seolah saya telah berbuat sesuatu yang menyentuh hati mereka.
saya sangat teruja nak jumpa incik mazidul!
BalasPadamThe Zon tu tempat kunjungan org berpangkat tinggi...faham-fahamlah. So JAIJ tak kacau. Bila Badan Agama dah tak berani...maka jadi setanlah.
BalasPadamKadang2 bkn remaja je yg tk beretika...ada juga yg dewasa n umur mencecah 50an tak tau berkomunikasi dgn baik...nk bg teguran tp menjerit emo tk tentu psl...dimana jatuhnya kuah kalo tk ke nasi..septtnya yg veteran ni kenalah tunjukkan tauladan yg baik...just my 50cent...:-)
BalasPadam