Khamis, Februari 03, 2011

Bercakap Dengan Hantu


Agak berat jari saya menari di papan kekunci untuk menulis tampalan ini.

Awal malam tadi, blogger ini meminta saya menyenaraikan namanya di YM list saya. So, I did

Setelah disapa, saya meminta dia memperkenalkan dirinya. Of course saya tidak mendesak dia mendedahkan nombor MyKad, nombor akaun bank, alamat, lokasi dia menetap mahu pun nama penuh teman lelakinya. Semua akur maklumat terbabit terlalu peribadi.

Namun katanya, dia tidak berminat memperkenalkan diri. Secara hormat saya catatkan, saya tidak mungkin menyenaraikan mereka tidak saya kenali di dalam list terbabit. Mengapa? Janggal jika 'bercakap' dengan 'hantu', individu tanpa identiti.

Saya ajukan soalan, apakah blog awak? Kerana dia mendakwa sering berkunjung ke blog ini. Katanya dia tidak memiliki blog.

Lalu saya kemudian memadamkan namanya daripada list YM.

Namun hati kecil berkata-kata apabila membaca komen ditaip menggunakan huruf besar di tampalan ini. Kejanggalan itu juga barangkali disedari blogger senior, Zeq Zeq melalui tulisannya di tampalan terkini di blognya.

Mungkin terusik dengan tindakan saya, blogger terbabit kemudian menulis tampalan terbuka berikut di blognya.


Terlintas di fikiran, jika dia berasa ragu-ragu berhubung kejujuran saya, mengapa mahu berkomunikasi?

Ya! Saya kongsikan 'perbualan' bersama anak lelaki saya di YM untuk tatapan semua, tindakan itu  sama sekali tidak bermaksud saya secara semberono akan mendedahkan setiap kandungan perbualan bersama rakan di alam maya ini.

Jika saya selancang itu, dengan pelbagai peristiwa pahit pernah saya tempuh selama ini, pasti banyak pihak bakal 'terangkat' jika saya kongsikan setiap perincian kejadian.

Analoginya begini, jurukamera merakamkan pelbagai gambar. Sebahagian dipamerkan untuk tatapan umum di galeri manakala sebilangan lagi karya dianggap koleksi peribadi disimpan kerana kurang kewajaran untuk  dikongsikan bersama khalayak.


Sebagai blogger berusia 22 tahun lebih tua berbanding usianya, saya tidak marah dengan tanggapan  dilontarkan melalui tulisan blogger terbabit, cuma sekadar ingin menegur. Jika berhasrat bersikap lancang meluahkan perasaan sekali pun, biar kena pada tempatnya.

Kepada blogger terbabit, teruskan menulis dan mencari identiti. Usia muda sesungguhnya bukan batu penghalang untuk kita berkongsi pengalaman dan pandangan secara lebih beradat dan beradab di alam maya ini.

17 ulasan:

  1. salam...
    saya jengah rumah blogger tersebut. Pada saya, dia mengagumi saudara mazidul sebenarnya dan berminat hendak menjadi wartawan (tapi masih mencari2)..
    usia muda gamaknya,agak kurang pandai menggunakan ayat bila bercakap dengan orang yang lebih dewasa...itu yang sedikit kesian :P

    mungkin boleh beri teguran yang membina padanya ;)

    BalasPadam
  2. Lazimnya, para remaja sering ingin ada idola dlm beberapa perkara yang mereka sangat minat.

    Mungkin Sdr Mazidul menjadi idolanya.

    Dan mungkin juga rasa rendah diri membuatkan beliau membuat andaian sebegitu.

    Kesian juga. Diharapkan beliau akan lebih berani (pada tempatnya) dan akan belajar sesuatu dari pengalaman ini.

    *Benar, tidak semua yg kita lalui akan dipaparkan secara umum. Pasti akan ditapis.
    Takkan lah saya bersembang di luar, nak rakam segala butir di dlm blog?

    BalasPadam
  3. ... saya sudah lebih setahun tidak hidupkan YM saya...

    sudah hilang minat pula untuk berbual di situ...

    BalasPadam
  4. Andaikan Mak atau remaja yang jadi Penunggu rumah. Stres haha..kesian tak boleh beraya, orang lain semua bercuti. KESANnya pening dan meracau mengorek identiti.

    BalasPadam
  5. as salam ..

    saya juga sudah ke blognya...
    remaja yang masih mencari identiti diri, harapnya dia akan berada di jalan yang betul

    kalau alasannya tidak mahu dikenali kerana ibu bapanya.... salah tindakannya

    BalasPadam
  6. Apa yg saya dpt rumuskan Adik Myra sedang menghadapi krisis identiti & kerjaya. Ini biasa buat gadis/teruna yg punyai impian 'to be somebody'.

    Tdk salah, tdk salah & tdk salah Adik Myra - Yg salahnya jika kita tdk tahu merencanakannya & bertindak mengikut acuan minda & ekpresi diri tanpa hala tuju yg tepat.

    Buat Adik Myra, Auntie Liza cadangkan begini :-
    Langkah pertama, Semak semula apa kelulusan di atas kertas yg Adik ada - Adakah kelulusan itu setara dgn kebolehan & pengalaman kerja yg Adik ada? Tanya diri sendiri, apa pula minat Adik - Adakah minat itu blh dijadikan kerjaya?
    Jgn terpengaruh dgn kerjaya org lain ttp jadikan kerjaya insan yg anda kagumi itu sebagai bench mark yg akan mempengaruhi kejayaan Adik.

    Langkah ke-2, timbangkan kelulusan, kebolehan & minat Adik itu ke mana arah tujunya dgn bertanyakan kpd diri sendi "Apa yg aku mahu?" & "Apa yg aku perlu?" Auntie Liza yakin jika Adik dpt membezakan apa yg diMAHUkan & apa yg diPERLUkan, InsyaAllah ketika itu Adik akan tersenyum gembira kerana Adik telahpun memberikan jawapan kepada konflik diri Adik.

    Langkah ke-3, Mulakan... jika gagal cuba lagi - hidup ini adalah ujian & kita tdk akan menjadi hebat & kuat tanpa kegagalan. Teruskan kehidupan dgn positif.

    Bersuara tdk salah, asal shj memberi kebaikan kpd diri sendiri & dpt pula mendatangkan kebaikan kpd yg lain. Speak out dear! Pls. ensure loud & clear okay..?

    Yang penting Adik Myra msh mengingati pesanan Ibu & menghormati kerjaya Ayah. Itulah hadiah terhebat daripada Adik utk kedua Ibu & Bapa.

    BalasPadam
  7. mungkin tindakan saya salah menulis tampalan terbuka tersebut dan mengakibatkan ia menjadi salah satu tampalan anda.

    MAAF.

    segala teguran telah diterima dan akan lebih berhati hati selepas ini.

    TERIMA KASIH kepada yang menegur :)

    BalasPadam
  8. OHYA! saya TIDAK berniat mencabar mana-mana pihak. MAAF atas segala keterlanjuran yang terjadi. Saya harus belajar menggunakan ayat yang lebih sopan bila bercakap dengan orang yang lebih dewasa.

    BalasPadam
  9. Tak sempat nk masuk blog adik myra tuh, dh set as privacy rasanye..ntah2 ketegasan en mazidul buat dia takot..ketegasan juga wat adik myra yg berani-berani-takot tu bimbang nk reveal identitinya..

    Hurm..sy slalu selongkar blog en mazidul nih pun sbb kagum dgn entry & cara penulisan. kagum smpi kan segan nk wat blog sbb tiba2 tersedar diri ini sgttttlah kerdilnya~

    BalasPadam
  10. Blogger, permohonan maaf awak diterima.

    Biar kita ikut resmi padi, semakin tunduk semakin menjadi.

    Itu pesanan saya sebagai orang lebih tua.

    Case closed.

    Thanks.

    BalasPadam
  11. Ahaa, elok remaja dgrikut amalkan nasihat Untie Liza aman keluarga.
    Supaya tidak jadi anak jiran saya 'like father like song'. Nasihat saudaramara ayahibu, nenek tak dipakai tapi, dia boleh respek masuk telinga bila org luar bgi nasihat..anak Zaman burger dan ICT.

    BalasPadam
  12. dia low profile kot bro..
    tak mahu di kenali atau takut bayang2 diri sendiri. takut andai apa yg di perkata dan di bincangkan akan jadi tajuk blog bro.
    he he he

    InsyaAllah, semoga dia bertemu identiti diri

    BalasPadam
  13. walaupun kes dah tutup saya nak komen jugak! saya penah berniat nak jadi blogger yg taknak dikenali tapi last-last saya decide nak jumpa jugak kawan2 blogger (walaupun bukan selalu). puncanya adalah kerana mahu dikenali melalui tulisan dan blog semata-mata dan bukan kerana siapa kita.

    jadi saya berpendapat ada juga rasionalnya alasan blogger tersebut.

    tapi sebab encik mazidul dah terlalu byk makan garam, maka alasan encik mazidul juga boleh diterima. hihi.

    BalasPadam
  14. kalo ngan hantu betul leh bercakap kerw?? huhuhu.. arghh.. lari topik! ampunnnnn! hahaha

    BalasPadam
  15. Salam;
    Sedikit sebanyak, apa yang dibicarakan Mazidul di posting kali ni melibatkan saya.

    Kenapa? Terasa sangat kerdil berbanding Mazidul (bukan saiz badan, ya..)kerana Mazidul seorang Jurnalis tersohor juga Blogger Elit pada pengamatan saya. Itu jika diukur pada hits dan ranking blog ini.

    Namun demikian saya berpendapat, Mazidul juga manusia biasa. Punya hati dan perasaan walau kelihatan seolah beliau sangat tegas ketika bertugas dan menulis blog.

    Kali pertama menjengah blog ini, saya terus memberikan komen pembetulan. Berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.

    Syukur... dari situ saya telah meletakkan Mazidul pada kedudukan tersendiri dalam 'list' orang yang saya kegumi.

    Ini kerana, komen saya yang terawal tu (jika disalah tafsirkan) boleh membuatkan Blogger sehebat Mazidul 'fed up'.

    Namun Mazidul tidak begitu, malahan sedia mengedit post tersebut serta meletakkan footnote mengucapkan terima kasih kepada saya.(Bayangkan bagaimana terharunya saya bila seorang Blogger Elit sudi metakkan nama saya di footnote entry dengan highlight warna merah lagi)

    Siapa lah saya untuk menegur seseorang seperti Mazidul...tapi rupanya Mazidul 'BERJIWA BESAR'.

    Hanya orang yang 'BERJIWA BESAR' sahaja sedia berbuat perkara sedemikian.

    "NEVER JUDGE THE BOOK BY IT'S COVER !!"

    BalasPadam
  16. Malang sekali saya tidak dapat masuk ke blog tersebut. Dia dah 'kunci' blog itu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.