Rabu, Februari 16, 2011

Gesel Jangan Tak Gesel

Wow!

Kejadian mencipta sejarah. Selama ini saya tidak pernah mendengar tindakan terbabit dilakukan.

Pembunuh ditangkap polis, itu normal.

Cakera optik cetak rompak dirampas penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, itu biasa.

Pelacur diberkas, tindakan tidak langsung menghairankan.

Mat Rempit ditahan, didenda RM9,000 dan disebat? Tindakan pernah dilaksanakan pihak berkuasa. 

Bagaimanapun, tidak pernah saya mendengar kes 'gesel jangan tak gesel' diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang termaktub.

... kerana si penggesel berfikir, mereka 'kebal'.

Sedikit butiran berhubung mereka pernah saya catatkan di tampalan ini dan tidak sesuai dibaca mereka berusia 18 tahun ke bawah.

Hemat saya, Jabatan Agama Islam Johor, JAIJ telah membuka lebaran baru dalam bidang tugas mereka apabila melaksanakan tindakan dilaporkan Hazrey dari Johor Bahru.

Bravo! Bravo! Bravo!

4 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.