Jam 2 petang tadi saya keluar makan tengahari. Semasa keluar dari rumah saya singgah sebentar di pondok pengawal keselamatan apartment.
“Asal dari mana?,” soal saya.
Pengawal keselematan berseragam biru itu menjawab bersahaja.
“Tawau, Sabah”
Bagaimanapun loghatnya tidak langsung menggambarkan dia berasal dari Negeri Di Bawah Bayu.
“Kamu ada MyCard?,” tanya saya lagi.
“Ada. Tetapi tinggal di rumah,” balasnya.
Selepas makan, saya ke pejabat penyelenggaraan bertanyakan identiti pengawal keselamatan terbabit. Maklumat salinan kad pengenalan diberikan majikannya mencatatkan dia berasal dari Tawau, Sabah, dilahirkan pada 8 Januari 1984. Di hadapan tiga kakitangan syarikat penyelengaraan saya memanggil pengawal itu.
“Umur berapa? Tarikh lahir?,” tanya saya.
“Umur 25, lahir 28 Januari 1985,” jawabnya.
Maklumat itu bercanggah berbanding maklumat di salinan kad pengenalan ditunjukkan kepada saya. Saya kemudian menghubungi Ketua Balai, Balai Polis Kota Damansara melalui SMS.
‘Saya hantar MPV,’ balas SMS beliau.
Kurang 20 minit, pengawal keselamatan itu ditahan. Dia mengaku berasal dari Sumatera, Indonesia dan berhijrah ke negara ini sebagai pekerja ladang. Berikutan gaji murah, dia menggunakan salinan kad pengenalan palsu sekaligus menyalahgunakan permit bekerja sebagai pengawal keselamatan secara tidak sah.
Saya ingin mengingatkan semua, pengawal keselamatan layak bertugas di negara kita, wajib warga Malaysia atau bekas tentera warga Nepal atau warga asing diluluskan Kementerian Dalam Negeri. Itu sahaja.

salam. kalau pihak atasan mahu untung, begitulah jadinya. isu ini sudah lam berlaku. daripada isu drebar bas, pengawal keselamatan dan berbagai lagi. apabila berlaku kejadian yang tidak diingini, barulah nyanyian katak oh katak diperdengarkan semula
BalasPadamnak save bajet punya pasal jd camni la....tp kadang2 x leh nak salahkan diaorang jgk, org kita pun x minat nak jd pengawal keselamatan....mungkin disebabkan gaji x lumayan @ mungkin rasa malu nak jd pengawal keselamatan....
BalasPadamtp jika difikirkan...adalah x sesuai orang asing jadi pengawal keselamatan di negara kita....tidak diketahui asal usul terus jd pengawal keselamatan....adalah lebih baik orang kita yang sudah diketahui background mereka...
Uik............!!!
BalasPadamMacamaman ler nak jaga keselamatan!!
Sedangkan..dok menipu jer khojernyeeeeer......
Bagus Bro!!!
Lpas nih gi plak check driver2 TEKSI yang skank nih dah banyak dikuasai Orang Asing....
Ish....Ish!!! Ish......!!!
Macammana ler Orang Kita sendirik nak carik....makan?
tahniah....saudara, tapi hukuman yang buat 'serik 'juga perlu kepada syarikat yang mengambil pengawal tu...istilah SERIK penting..
BalasPadamMaka bila isu ini diutarakan maka terdengarlah lagu "BANGAU oh bangau mengapa engkau kurus" maka jawablah bangau "bagaimana aku tak kurus, IKAN tak mahu timbul"
BalasPadamPelbagai watak dan alasan akan kita dengar, masalah takkan selesai gak....kemudian sunyi sepi...sehinggalah lagu itu diudarakan lagi...hehehehe
ramai je guard2 warga asing. Sebab bayo murah kot.
BalasPadamp/s: bro, cuba check topik ni. Kalau lom diketengahkan dlm 360, menarik juga.
Saya syorkan sektor perkhidmatan seperti jawatan pengawal keselamatan ini dikeluarkan dari senarai sektor pekerja asing. Sudah banyak sektor dimonopoli oleh warga asing seperti pembinaan, pertanian, pembantu rumah dan sebagainya.
BalasPadamlupa nak kasi link. http://ibualiya.blogspot.com/2009/05/anak-yatim-menjaja-di-jalanan.html
BalasPadamBro Maz
BalasPadamSatu Tindakan yang wajar
Dulu kawasan rumah saya tu (kejiranan sebelah tu...) pun buat perkara yang sama dan akibatnya banyak kes kecurian berlaku
Sekarang pengawal keselamatan adalah orang kita sendiri dan berasal dari Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Penang dan Pahang.
Sejak itu kes yang tidak diingini tidak berlaku lagi.
Siapa kata orang kita memilih kerja?
Cuma taukay taukay yang tak cintakan Malaysia je yang ckap macam tu, mereka nak untung lebih, ambik orang luar...
lepas tu yang menanggung masalahnya...
kita jugak!
Tak guna punya char Ya Nun alif ba alif ba ya....
( emotional la pulak aku bila cakap hal ni... maaf ye Bro Mazidul)
Rakan saya seorang polis di kota damansara juga ada kata masalah membanteras PATI ni sangat sukar skrg ni. Sebab kadang2 bilangan mereka lagi ramai dari polis sendiri. Dah tepu dan sukar dibendung. Tahan 1 masuk 100. Sepatutnya kawalan sempadan itu yang penting untuk diutamakan.
BalasPadamSaya penah lihat fenomena di KLIA di mana ramai wanita dr china turun dari flight dan ada sorg laki yg bawak mereka yang nampak samseng. Pegang walkie talkie plak tu. Musykil2...
Kebanyakkan syarikat kawalan keselamatan dipunyai bekas pegawai tinggi tentera,polis dan pengarah urusan syarikat wajib bekas anggota keselamatan tapi demi mengaut keuntungan sanggup mengaji warga asing yang tidak berkelayakkan.
BalasPadambila dah jadi camni , alert sekejap
BalasPadampastu buat balik
bila sistem dah korup , camnilah jadinya
akhirnya terjadilah kes hari ini pegawai bank ditembak mati oleh security guard...
BalasPadamSaya pernah ke Philippine, pada kasar pandangan sy, negara tu kat mane je saya pegi suma bangsa dorg je yg jd pengawal..xnmpak plak bangsa asing ke ape..
BalasPadammaap la kalo sy bersuara..just berdasarkan apa yg sy nampak..rumah sendiri sapa yg patut jaga?? hehee