Sabtu, Ogos 10, 2013

SAMPAI BILAKAH HALIMATON AKAN TERUS MENJADI CALON DUN KOTA DAMANSARA?


Saya berasa amat bersimpati dengan Halimaton Saadiah Bohan.

Beliau memiliki akaun facebook, klik di sini tetapi malangnya barangkali tiada seorang pun antara penyokong  tegar  mahupun kakitangan pejabat beliau menyedari fakta ...

Halimaton BUKAN lagi calon DUN tetapi ADUN Kota Damansara secara sah.

Tolong paparkan informasi TEPAT. Bersama kita pantau, berapa lamakah masa diperlukan  oleh beliau untuk mengubah maklumat salah dipaparkan di laman sosial itu.

Telahan saya, Halimaton hanya akan bertahan selama 5 tahun sebagai wakil rakyat.  Karisma beliau tidak menonjol sebagai pemimpin.

Klik di sini.

5 ulasan:

  1. salam. selamat hari raya tuan mazidul dan keluarga.

    bukan tak tahu pasal fb adun seorang ni, tapi friend request yang dihantar dari sebelum pilihanraya baru2 ni tak pernah bersambut.

    tunggu sahaja pilihanraya akan datang.

    BalasPadam
  2. Sdr Mazidul,Halimaton berjaya menjadi ADUN Kota Damansara bukan kerana kebolehannya, tetapi lebih kpd nasib dan kebebalan calon Pas yg berdegil bertanding di kawasan yg telah di berikan kpd calon PSM yg bertanding atas tiket PKR, jika Pas tidak meletakkan calonnya, Insyaallah calon PSM tersebut ( Dr Nasir) berjaya menjadi ADUN.

    BalasPadam
  3. Hajah Halimaton nie barangkali buta komputer.Akuan FB dia nie mungkin dibuat oleh orang,kawan atau anak dia tu pun masa PRU13 je.Tak update langsung...hampeh.

    BalasPadam
  4. Dr Nasir tak diterima oleh orang melayu di kota damansara.. Kerana saya diberitahu Dr Nasir ada majlis di masjid dan surau hanya hantar wakil sahaja tetapi majlis di kuil dia tak pernah tak hadir

    BalasPadam
  5. macam ni punya ADUN lingkup la..benar lah kata orang, time election, time raya saja tunjuk muka, beramah mesra, beritu bagai, bagi derma la apa la, time hari biasa, jgn harap la..mcm ni ke ADUN yg cemerlang dan terbilang?..ingat kedudukan yang kita dapat hari ini tidak akan bertahan lama jika tidak berusaha dan mencuba sesuatu yang baru. jgn pikir dpt income penuh dan senang anak beranak lepas tu lupa rakyat. ingat lah rakyat lah yang menaikan kedudukan kamu..tanpa rakyat, kamu juga rakyat mcm rakyat2 yang lain. berusahalah menjadi ADUN terbaik untuk rakyat, bukan untuk kepentingan pribadi. tak kan nak ajar kot cam ner nak menang hati rakyat. time PRU pandai plak buat hal2 kebajikan. aku bercakap ini bukan hanya pada Halimanton, tapi kepada semua DUN, ADUN dan menteri2 yang lain.. tak rugi baik dgn rakyat, tak rugi jenguk rakyat tiap2 bulan, tak rugi beramah mesra dgn rakyat, tapi kalau bersikap pentign diri sendiri mmg akan rugi..selama2nya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.