Isnin, Ogos 05, 2013

IZINKAN AISYAH BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGANYA (UPDATED)



Semoga Aisyah ditemui semula. Ibunya, guru, klik di sini.


Lazimnya, kanak-kanak tidak  berasa selesa JIKA  didukung oleh individu tidak dikenali. Itu pandangan saya.  Namun Aishah kelihatan TENANG menghisap puting susu botol sambil didukung dek 'suspek'.

Selagi tiada permintaan membabitkan wang tebusan, saya percaya pihak polis tidak mengklasifikasikan kes ini sebagai culik.

Jika ibu Aishah mengenali 'suspek', ada baiknya fakta itu dikongsikan bersama, agar masyarakat memahami situasi sebenar dan menyebarkan  berita benar.


Kini LEBIH banyak fakta diperolehi berhubung kes ini. Baca laporan The Star, klik di sini.

36 ulasan:

  1. Sangat sedih..:( Moga Aisyah ditemui dalam keadaan yang selamat....Amin..

    BalasPadam
  2. Sila Zoom gambar mamat yang dokong budak ini...harap pihak Polis dapat segera carikan anak ini...kesian nak raya ni...sedih family..

    BalasPadam
  3. cam ne boleh leka x perasan anak pegi mana time gi shopping tu???????????????? adooiiiii

    BalasPadam
  4. Seperti yg dilihat dlm gambar..mgkn jgk adek aisyah knal dgn individu yg mndukung dia..apepon semoga adek aisyah kembali kpd keluarga dgn selamat..

    BalasPadam
  5. Semoga adek aisyah selamat kembali kpd keluarga..sprti yg dilihat dr gambar mgkn jgk adek aisyah knal dgn individu yg mndukung dia..

    BalasPadam
  6. Seperti yg dilihat dlm gambar..mgkn jgk adek aisyah knal dgn individu yg mndukung dia..apepon semoga adek aisyah kembali kpd keluarga dgn selamat..

    BalasPadam
  7. semoga Allah swt melindungi Aisyah dari segala kejahatan

    BalasPadam
  8. Semoga Aisyah berada dalam keadaan selamat... Dan dapat pulang ke pangkuan keluarga sebelum hari Raya...

    BalasPadam
  9. Ya Allah sedih nye... dh la nak raya.. semoga adik Aisyah cepat ditemui...

    BalasPadam
  10. Seeloknya sumbat dulu mak bapak atau penjaga Aishah dalam lokap kerana tidak bertanggungjawab

    BalasPadam
  11. sy pun sedih dgn berita ni.. sy faham perasaan parents Aishah.. sy pun pernah anak lelaki sy di Jusco Midvalley, swktu tu anak sy 3thn meronta dilepaskan tgn nak jln sendiri.. tiba2 pegangan terlepas die berlari di sekitar2 pakaian, sbb dia kecil sy sukar nk mengejar disamping org yg ramai.. tp xde sorang pun yg bantu tngkpkan anak sy padahal nampak sy mengejarnya bersungguh2 n menjerit nya suruh berhenti.. lepas tu sy xnampak dah kelibatnya.. panik sungguh kami waktu itu.. 5-8 minit mencari tiada.. akhirnya alhamdulillah terjumpa dia sdg berlegar bermain di tempat permainan kanak2.. waktu tu menangis sy dpt jumpa balik.. selepas tu lgsg xberi dia berjalan dah.. ddk distroller shj.. biasa dia menangis meronta.. jgn nnt kita yg nangis menyesal xsudah. tp bkn sy nk mengata atau apa, mmg kita xterlepas dari kesilapan.. tp ada juga parents yg mmg leka n xambil kisah anak mereka buat apa.. spt smlm sy di Tesco ada pengumuman bdk perempuan 3 tahun ditemui.. smpai 3 kali pengumuman sy dgr.. aduhai.. moga adik kecil ini tidak diapa2kan.. kesian nak raya

    BalasPadam
  12. Saya baca di blog Cucu Tok Selampit katanya itu mungkin bapa Aisyah. Refer kt cni http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/betulkah-penculik-aisyah-adalah-bapanya.html

    BalasPadam
  13. Ibu Aisyah memang menyembunyikan sesuatu, adakah mereka sudah bercerai atau duduk berasingan atau kerana ibu mertua ibu Aisyah seorang yang garang? Atau ibu Aisyah seorang yang cerewet tak tentu pasal, tapi anak sendiri tak reti nak jaga? SIbuk komplen pasal BEKAS suami tapi diri sendiri tak sempurna?

    BalasPadam
  14. saya selalu bc blog mazidul, tp kali nih terdetik nk komen. kesal dgn few comments kat atas. yg nk masukkan parent kt lokap la sebab cuai and keep blaming the parent, i dont say parent to x salah, well, tiap org melakukan kesalahan. things happen to me once, lost kt jusco juga sbb my daughter terlepas pegangan then lari tgh2 rmi org. sy lari dptkan dia, but i lost her. jerit lah 1 jusco tu lucky got 1 indian family jaga dia, and panggil i. eventho lost her for 3 minutes, rasa mcm berjam2. well parents, just be careful and alert, and masyarakat jangan asyik nk tuding jari, kiter x tau cerita yg sebenar.

    BalasPadam
  15. Dikatakan suspek:
    http://1.bp.blogspot.com/-rIKprJl9p7w/Uf6e0nQdasI/AAAAAAAAFNk/QNlxJznhbW0/s320/559663_511660608903705_2142783801_n.jpeg

    BalasPadam
  16. for all you know, the suspect is the child father.. wallahualam..
    moga Allah SWT pelihara anak kecil ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Correction. No, he is not the father. He is the mother's boyfriend of one week.

      Padam
  17. Saya banyak kali dengar pengumuman kanak-kanak yang kehilangan ibu-bapa di shopping complex atau di hypermart. Boleh dikatakan lebih 90% kanak-kanak tersebut adalah berbangsa Melayu. Mungkin sikap orang Melayu yang rasa selamat di bumi sendiri menyebabkan fenomena ini berlaku, mugkin juga terlalu asyik membeli-belah sampai alpa anak sendiri, mungkin juga sikap malas dan acuh tak acuh, dan mugkin juga anak tersebut jenis hyper-aktif. Kalau anak hyper-aktif mungkin patut letakkan ke dalam stroller dan pasang strapnye agar anak tak terlepas. Mungkin juga cara yang digunakan di luar negara iaitu gunakan tali khas yang mana satu hujung diikat ke tangan anak, yang satu lagi di tangan ibu atau ayah. Bagi yang acuh tak acuh atau cuai mungkin perlu ubah persepsi yang mugkin lain kali nasib kita tak baik atau apa yang berlaku seperti kes ini boleh berlaku pada kita. Mungkin juga boleh berfikir dalam acuan lain, bayangkan kalau anak yang hilang ini dijual kepada orang bukan Islam, mahukah atau sanggupkah kita kalau anak kita membesar sebagai orang kafir kerana diculik kerana kealpaan kita. Fikirkan, memang semua qadha dan qadhar tapi kita tetap bertanggungjawab atas apa yang berlaku kalau tidak tak adalah syurga dan neraka. Ramai sangat yang memberikan alasan qadha dan qadar bila berlaku musibah sedangkan rasulullah s.a.w.sendiri melarang kita berhujah tentang qadha dan qadhar kerana ia sesuatu yang sulit. Jadi usahalah dulu dengan sekuat mugkin sebelum meyalahkan takdir. Bagi yang membuat spekulasi mengenai kes ini janganlah memperkatakan sesuatu yang kita tak tahu yang mugkin menimbulkan fitnah. Doakan anak agar dilindungi jasad dan masa depan akidahnya dan selamat kembali kepada keluarganya, dan semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi ujian berat ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kat tempat saya ni selalunya bangsa cha ya nun alif yg anaknya selalu hilang kat shopping mall. Ini bukan sbb bangsa. Mana2 bangsa pun ada yg cuai dan tak terkecuali benda ni tak disengajakan

      Padam
    2. Tak payah nak argue siapa lagi cuai. Yang penting apa yang disarankan oleh sdra Rodin tu boleh dipertimbangkan secara serius. Kalau kita nak sensitif sgt bila org cakap bangsa Melayu ni cuai tapi tak buat apa pun. yang rugi bangsa kita juga.

      Padam
  18. PETALING JAYA: Di saat bahang sambutan Aidilfitri semakin terasa, seorang ibu memohon bantuan rakyat Malaysia dalam usaha mengesan anak perempuannya berusia tiga tahun, Aisyah Wan Exzan yang dilaporkan hilang di Rawang pada Selasa.

    Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata ibu Aisyah, Arbaiyah Md Zin didakwa bertemu dengan penculik tersebut menerusi laman sosial Facebook pada Mei dan menjalin hubungan dengan suspek serta merancang untuk berkahwin.

    Walupun hanya mengenali lelaki tersebut selama beberapa minggu, Arbaiyah, seorang guru matematik berusia lewat 30-an, meninggalkan anak perempuannya itu dibawah jagaan suspek pada 30 Julai.

    Suspek memberitahu Arbaiyah bahawa dia ingin memperkenalkan Aisyah kepada kakaknya.

    Ibu kanak-kanak itu turut memberikan suspek sijil kelahiran Aisyah kerana mereka berdua merancang untuk pergi berbulan madu bersama kanak-kanak tersebut selepas mereka berkahwin.

    "Pada 2 Ogos, Arbaiyah turut memberi wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di sebuah pusat membeli-belah di Rawang.

    "Keesokan harinya, Arbaiyah menunggu suspek untuk membawa Aisyah pulang ke rumah. Suspek berjanji untuk membawanya keluar dan membeli barang keperluan perkahwinan mereka. Namun suspek tidak muncul dan panggilan ke telefon bimbitnya tidak berjawab," kata Abdul Rahim kepada The Star.

    Beliau berkata ibu mangsa turut pergi ke rumah suspek di Taman Tun Dr Ismail dalam usaha mencari anak perempuannya itu tetapi alamat rumah tersebut milik orang lain.

    Kes itu diklasifikasikan polis sebagai penculikan kanak-kanak.

    Abdul Rahim berkata siasatan masih dijalankan dan menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu sehingga maklumat lanjut diketahui.

    Sementara itu, #findaisyah tersebar pantas di laman Twitter dengan pengguna Internet seluruh negara menggunakan medium tersebut untuk mencari kanak-kanak tersebut selepas berita penculikannya disebarkan dalam laman media sosial awal pagi Isnin.

    http://mymassa.blogspot.com/2013/08/gempar-ibu-aisyah-rancang-kahwin-dengan.html

    BalasPadam
  19. Dengar cerita kanak-kanak ini sudah dijumpai, betul ker?

    BalasPadam
  20. Pendapat saye lelaki nih nak jual Aisyah. Sbb mak Aisyah pernah bg wang tunai RM25,000 kepada lelaki tersebut untuk pelaburan perniagaan emas di shopping mall di Rawang dan lelaki tu pun minta sijil beranak dari mak Aisyah dan dia bagi plak tu sijil beranak kt lelaki tu. Minta maaf tapi saya nak katakan bahawa Cikgu Arbaiyah ni mmg BODOH.
    Baru kenal seminggu dia dah boleh serah anak dia siap dgn sijil beranak pada saspek tu dgn alasan kononnya saspek nk pinjam Aisyah nak bawak jumpa kakak saspek.
    I never trust my daughter with anyone but my close family. Relatives pun payah aku nk lepaskan anak aku mcmtu je.

    BalasPadam
  21. Da jumpe ka Teluk Kumbar Penang. The suspect is her mom's boyfriend yaww

    BalasPadam
  22. Da jumpe dkt Telok Kumbar, Penang. Saspek tu boipren maknye

    BalasPadam
  23. Alhamdulilah... Aisyah telah ditemui di Pulau Pinang!!! To Cikgu Arbaiyah, this should be a lesson learned... THE HARD WAY!
    http://mymassa.blogspot.com/2013/08/update-findaisyah-telah-ditemui-di.html

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah... adik aishah telah selamat ditemui di Pulau Pinang. Syukran ya ALLAH!

    BalasPadam
  25. Apa pun komen Bro Mazidul memang tepat sekali - ini bukannya kes colik tapi ada udang disebalik mee. Rasanya ibu Aishah tidak bercakap benar atau berlaku jujur didalam situasi kes ini.

    BalasPadam
  26. Pesanan pada ibu2 di luar sana, tolonglah jgn percaya dan serahkan anak2 kita kpd sesiapa, baik lelaki atau perempuan. Kecuali saudara rapat/muhrim. Kalau tk kena culik utk dijual, fikirlah tentang sexual abuse. For a teacher, the mum's pretty 'naïve'.

    BalasPadam
  27. Dalam hal ini saya salahkan ibu nya..baru kenal beberapa minggu boleh serah sijil kelahiran anak sekali...yg lain apa lagi..

    BalasPadam
  28. Ahak...gitulah adatnya...bila hati dah tersangkut...maklumlah.....segalanya diserahkan...baru kenal individu tersebut,tidak tahu latar belakang dan asal usul keluarga..terus percaya...hingga anak sendiri sanggup diserahkan..pelik memikir sikap manusia..sanggup berebut anak hingga ke mahkamah sedangkan anak itu hasil perkongsian bersama..tetapi..ada juga manusia yg rela menyerahkan anak kepada individu yg entah dari mana datangnya hanya kerana dilamun cinta...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.