Rabu, Ogos 14, 2013

HUIYOOOOO!!! AIRASIA HADIAHKAN SAYA RM300,000 (SEBAB UNTUNG MENJUAL TIKET DENGAN HARGA 5 SEN?)

Eh! Apa fasal AirAsia ini, susah susah sahaja menghantar emel kepada saya. Bukan sekadar emel  'kosong' tetapi menawarkan wang ratusan ribu ringgit.

Silakan baca.

AirAsia Program Eksklusif
Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Old Airport Road Tanjung Aru 88100
Kota Kinabalu Sabah
Malaysia


*** Kenyataan di perenggan pertama mendakwa kini AirAsia mengendalikan cabutan loteri

2013 AirAsia High 5 Bonus Khas pemilihan program Eksklusif telah dijalankan di Ibu Pejabat Asia Pasifik kami Serantau di Sabah, Malaysia. 2013 AirAsia program Bonus Istimewa Eksklusif didaftarkan dan teratur selaras dengan Lembaga Permainan Asia (AGB) dan Dunia Akta Peraturan Loteri (WLRA).

*** Bahasa digunakan caca marba

Oleh itu, kami amat berbesar hati untuk secara rasmi memaklumkan kepada anda mengenai status Kemenangan anda. Pemberitahuan rasmi Bonus Istimewa Eksklusif AirAsia adalah dengan ini dikeluarkan kepada anda sebagai nombor tiket e-mel anda, AirAsia-09-0-96-10, dengan nombor siri; AirAsia / 01/2013, dan ref tidak; AirAsia / 019/2010007 dalam kumpulan A / 6183 secara rawak menarik untuk nombor bertuah 000-31-0584 yang dipilih alamat e-mel anda sebagai pemenang Bonus Istimewa pemilihan program Eksklusif kami. Anda telah itu seterusnya memenangi 2013 AirAsia Bonus Istimewa Eksklusif dalam kumpulan pertama.

*** Tiga ratus ribu ringgit tetapi dicetak RM300,000,00 BUKAN RM300,000.00. Penggunaan perkataan 'kita' juga tidak sesuai, sepatutnya, pihak kami.

Berkenaan perkara di atas, kita telah secara rasmi meluluskan pembayaran sejumlah RM 300,000,00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit) hanya untuk anda sebagai High 5 pemenang Exclusive Bonus Khas, Jawatankuasa Penganjur The 2013 AirAsia High 5 Eksklusif program Bonus Khas (LOC) akan segera memulakan penghantaran segera cek sebanyak $ 300,000,00 MYR (Tiga Ratus Ribu Ringgit) sebaik sahaja anda telah menghubungi mereka. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya menghubungi 2013 AirAsia High 5 Bonus Istimewa Eksklusif

*** Kaedah mendapatkan informasi peribadi di bawah kerap kali digunakan oleh warga Nigeria terbabit dalam kes penipuan parcel scam.

Jawatankuasa Penganjur program ini (LOC) dengan segera seperti yang dinyatakan di bawah;
================================================== ==============
Contact Person: JK Allen
Penghantaran Pegawai Penjaga
Jawatankuasa Penganjur 2013 AirAsia High 5 program ini (LOC)
Email: airsia2013@my0511.com
================================================== ==============

*** perhatikan perkataan digunakan, bercampur-aduk, bahasa Melayu dan Inggeris.

***********************************
1. Nama Penuh: .......
2. Alamat Kediaman: .....
3. Negara: ......
4. Occupation: ......
5. Telefon: ...

*** 'Ikhlas' sungguh Jimmy Chan

Ikhlas,
Jimmy Chan
Pengerusi
(C) Jawatankuasa Penganjur 2013 AirAsia program loteri ini (LOC)
Untuk dan bagi pihak AirAsia, Asia Pasifik.

Lagipun agak mustahil AirAsia memilih saya sebagai pemenang wang sebanyak itu setelah saya memaparkan entri berikut.

Kepada semua pembaca, berhati-hati dengan teknik penipuan di internet. It is too good to be true.

30 ulasan:

  1. Banyak sungguh scam macam ni, dari Microsoft pun ada saya dapat.

    BalasPadam
  2. abg mazidul,sy pun dpt email yg same...banyak kali dh .... padahal sy x pernah buat ape2 pn utk airasia... naik kapalterbang pun x pernah .... acaner..mmg nampak sgt tipunye...

    BalasPadam
  3. Dah 3 kali dpt email ni... ignore jer...

    BalasPadam
  4. Modus operandi yg sama.. selalu sgt dpt... sms, email... selalu guna nama2 syarikat besar spt Petronas, Shell, skrg Air Asia pulak... jumlah yg dimenangi pun tak masuk akal... punyalah besar... Jangan dilayan..

    BalasPadam
  5. saya rasa ayat-ayat di atas tu di translate guna google. dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. antara perkataan yg kita boleh nampak dgn jelas:
    "we" -> kita
    "ref no;" -> ref tidak

    BalasPadam
  6. Saya dah dapat e-mel dari Air Asia ni 5 kali. Dari syarikat loteri pun selalu dapat. Kaya la, dah jadi jutawan kalau betul...hehe...Nauzubillahhiminzalik dari kaya judi

    BalasPadam
  7. betul tu pak mie, dia org guna google trans. selalu juga dpt email dr bang mcm CI.., RH., katanya saya dpt hadiah besar.

    BalasPadam
  8. pelik betul. free2 aje dia org nak bagi kita duit

    BalasPadam
  9. Dahlah kita tidak menghantar apa-apa peraduan, tiba-tiba menang pulak? Aik... ajaib sungguh! Kalau orang menang loteri sekali pun dia akan pergi ke kedai nombor beli tiket. Siasatlah dulu... peribahasa mengatakan " Orang Tamak Selalu yang Rugi".

    BalasPadam
  10. betul2..sya pun dapat email cmtue..sib baik..tak tertipu..teruja gak..

    BalasPadam
  11. email terbaru.. sy bru dpt.. siap ad lmbg pdrm lg..



    Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
    50 560 Bukit Aman
    Kuala Lumpur, Malaysia.


    Tuan / Puan

    Perhatian : AirAsia Winner

    Ini adalah untuk memberitahu anda bahawa kami telah menemui melalui Rangkaian Pemantauan perisikan (IMN), di sini di pejabat kami Internet Online Jabatan Siasatan, bahawa anda mempunyai berterusan transaksi dengan Metro Bank, London United Kingdom, mengenai Anugerah Bonus Khas anda seperti yang dianjurkan oleh 2013 AirAsia High 5 Bonus Khas pemilihan program Eksklusif, Kuala Lumpur Malaysia daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM300, 000.00, Kami telah dalam hubungan dengan Metro Bank, London dan The 2013 AirAsia High 5 program Bonus Istimewa Eksklusif yang kami disahkan dari mereka bahawa dana anda adalah sah dan sah kerana anda terus transaksi dengan Metro Bank, United Kingdom.


    Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Jawatankuasa Pertubuhan Kerajaan British telah ditapis melalui rangkaian penipuan pemantauan kami dan telah disahkan dan dimaklumkan bahawa transaksi anda mempunyai sekarang dengan Metro Bank adalah benar dan Legit kerana anda mempunyai hak undang-undang untuk meneruskan urus niaga dengan mereka. Kerajaan Singapura dan Kerajaan Malaysia telah membelanjakan lebih daripada Dua Juta Dolar Amerika Negeri untuk memastikan bahawa penjenayah dalam talian yang dibawa ke hadapan undang-undang dan kita masih bersedia untuk berbelanja lebih untuk memastikan bahawa rakyat yang tidak bersalah di Malaysia dan Singapura tidak ditipu online mengenai talian penipuan yang sedang berlaku sekarang kerana kita sedang memantau transaksi anda sekarang jadi anda perlu berasa selamat dan terus dengan Pengurus Metro Bank, Mr.Charles Brown untuk mendapatkan dana anda berjaya dipindahkan ke akaun bank anda secepat mungkin.

    Dalam masa yang saya, anda dinasihatkan supaya mengikut prosedur dengan Metro Bank, London, dan menyediakan mereka dengan keperluan yang diperlukan mereka kerana mereka mempunyai undang-undang prosedur masing-masing yang telah kita meneliti dan mengesahkan bahawa ia adalah benar dan legit. jadi Ikut arahan mereka semasa anda menjaga kita dikemaskini untuk maklumat lanjut. Anda dinasihatkan untuk menghubungi Mr.Charles Pengurus Pemindahan Brown Metro Bank, London bagi pindahan dana anda kerana kami sedang memantau setiap langkah sekarang.

    Hubungi Metro Bank untuk maklumat lanjut mengenai pemindahan dana anda ke akaun bank tempatan anda.

    Hubungi pengurus Pemindahan: Mr.Charles Brown
    Alamat E-mail: transfer@e-metrobn-co-uk.tk
    Nombor Telefon Langsung: +447017047085

    NOTA: Yang anda dinasihatkan untuk mengesahkan apa-apa urus niaga lain yang anda sendiri sama ada berkenaan dengan masa lalu atau sekarang di lain-lain bagi kita untuk mengesan sumber urus niaga dan untuk menentukan sama ada ia sah atau tidak. Metro Bank transaksi hanya mengesahkan legit dan dan semua yang lain masih di bawah siasatan.

    Terima kasih atas perhatian anda.

    Ikhlas

    E-mail: malaysiarpolice@asia.com
    Sgt Abdul Kadir Bin Abdullah
    Royal Malaysia Police (PDRM)

    BalasPadam
    Balasan
    1. phehhhh!.shehhh,hee heee.Dia guna nama,Abdul Kadir,sastrawan yahudi yg mengaku melayu campur keling tu.

      Padam
  12. Salam..Saya baru dpt email tersebut..Hari tu dari PETRONAS..ni dari Air Asia plak..yg sms dlm handphone entah brape byk dah...macam2 sekarang ..berhati2 lah..

    BalasPadam
  13. mcm2 SMS / email sekarang ni..boleh kata hari2 saya jadi billionaire / millionaire..asyik2 menang duit aje..macam loteri pulak saya menang sedangkan saya Islam tak pernah beli benda2 bodoh begitu..tu belum masuk lagi scam pak2 itam & rakyat Malaysia yg bodoh berkenaan Syarikat Batu Mulia UK ..ada juga email oleh seseorang yg nazak dak nak mampus tapi jutawan di negaranya untuk memberikan estate dia yang berjumlah berbilion kerana gagal mencari org yg berhati mulia sampai kena mencari hingga ke Malaysia! sapa yang tergoda oleh email/sms mcm ni, serious and adalah dari species SENGAL KEKAL dan BANGANG TAK BERTEPI..

    BalasPadam
  14. Salam... saya pun baru terima mesej yg bulat2 sama ngan isi kandungan ini...... hurm... ntah bila la pulak saya mengikuti mana-mana aktiviti atau competition airasia.... tetiba mau bagi RM300,000.00 ... KONTAI SGT MAU TIPU ORG.....

    BalasPadam
  15. Dapat jugak...baru nk cuba call firefly ngn air asia..dua email drp 2 cmpny ni tawarkn hadiah...dah knapa pemurah sangat..da la jrg2 purchase....

    BalasPadam
  16. nasib saya google cari bede ni...ptt ramai yg dapat ye...kes tipu la ni..

    BalasPadam
  17. saya pun dapat juga pada minggu lepas, tp cari dulu google, sebab tak pernah naik kapal terbang tiba2 menang hadiah pelik juga. kalau kapal kontena selalu lah naik hihihhi

    BalasPadam
  18. apa terjadi jika saya telah membuat transasi wang tersebut tolong beri risikonya skg

    BalasPadam
  19. saya pun dapat... dia hanatar email pada 19 sept 2013...

    BalasPadam
  20. kaya...dapat RM300,000.00. Menyemak inbox jer.

    BalasPadam
  21. saya baru dapat email airasia ni. terfikir pula nak google. jumpa blog Bersama Mazidul.. Sah.... aku sdg dicuba. hahahaha. sorrylah

    BalasPadam
  22. saya pun baru dapat email ni...dah 6 kali dia bagi..ish ish,,.pelik bin ajaib la,...tak pernah naik kapal terbang tapi dah dpaat cabutan bertuah..huk huk huk kaya laa sapa yang dapat...bukan daapat tuah...dapat bala ada lah...so berhati2 la dgn taktik orang yang nak cepat kaya ni....erm..dunia dunia....

    BalasPadam
  23. pun dpt gak. google jumpa blog ni. sah la pembongak eh...bnyk dpt emel camni. tapi ada juga org yg pecaya benda mustahil camni...

    BalasPadam
  24. Saya pun dapat 2x da email nie... Thanks for the info

    BalasPadam
  25. Saya pun dapat 2x email yg sama.. Thanks for the info

    BalasPadam
  26. saya pun dpt byk kali dari air asia rm300,000.. dari firefly pun ade dpt rm110,000.. pergghhh! mmg kaye ler teman.. kikuiii

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.