Selasa, Ogos 27, 2013

TERIMA KASIH TM ...


Ruang untuk pelanggan TM berhadapan dengan masalah mengakses internet untuk mengemukakan komen mereka, di sediakan.

Klik sahaja  di sini.


Barangkali di waktu terluang pihak pengurusan Telekom Malaysia, sekali sekala boleh menjenguk komen di entri terbabit untuk lebih memahami rungutan pengguna sekaligus melaksanakan tindakan lebih berkesan menangani masalah didepani oleh pelanggan. .

Pelanggan TIDAK bermaksud untuk mengkritik SEMUA kakitangan TM tetapi sekadar ingin menyedarkan kelompok terbabit  secara langsung dengan  usaha peningkatan mutu servis ditawarkan kepada mereka.  

Jika teguran pelanggan enggan diterima, abaikan sahaja. 

Kepada sebilangan kakitangan TM melontarkan respon, kami membaca setiap patah perkataan dicatatkan.  Biarpun segelintir  mendakwa kakitangan syarikat sama berhujah bak menegakkan benang basah.  

Andai kritikan pelanggan dianggap penting untuk mengangkat TM ke satu tahap tersendiri dalam menawarkan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia, pertimbangkan.

Hakikatnya, pelanggan tidak berpuas hati BUKAN dibayar untuk mengemukakan kritikan dilontarkan. Mereka melakukannya secara ikhlas samada TM melaksanakan  tindakan susulan berikutan kritikan itu atau sebaliknya.

Sekalung penghargaan kepada semua kakitangan TM melaksanakan tugas secara profesional dan ikhlas. 

Terima kasih TM kerana memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengakses internet,  membenarkan kami mencapai informasi di hujung jari. 


Apakah sebenarnya terjadi kepada tiang telefon di atas?  Berhantu? Mata beragan?  Adakah TM telah mengambil tindakan terhadap komplen dikemukakan lebih 2 (DUA) tahun lalu? 

JAWABANNYA?  Klik di sini.

5 ulasan:

  1. Bukan ke Unifi pakai underground cable ke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. streamyx 4 Mbps dan 8 Mbps juga adalah jalur lebar dan perkhidmatan 4 Mbps dan 8Mbps masih menggunakan kabel yang tergantung seperti di tiang tu

      Padam
  2. En Mazidul ambil gambar tiang talipon yg tidak lagi diguna pakai buat apa. Banyak besepah di merata tempat. Biasanya tiang yang tak diguna pakai lagi ialah bekas public phone yg dah tak relevan.

    Kalau nak bersihkan senang aja. suruh pemungut2 besi buruk potong aja tiang ni. bersihlah tempat itu. No brainer.

    Setakat ini saya puji servis Unifi. Tak ada masaalah pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduh! Esa Adam ...

      Saya terlupa hendak pulangkan balik kamera digital awak sewaktu saya merakamkan gambar itu ke?

      Hahahahahaha

      No brainer?

      Siapa? Awak?

      Kalau saya dimaksudkan, pelik juga because you keep coming and reading the blog. In addition to that you also crave to leave your traces.

      Go ahead and study so you would be able to have a BIGGER brain which will not only make you intelligent but also wiser.

      Ops! Lain kali tidak perlu meninggalkan komen, sebab I will make it dissappeared.



      Padam
    2. En Mazidul, Sekurang-kurangnya saya tak berselindung dibawah nama Anon. Tentang tiang talipon tu saya pernah suruh seorang pemungut besi potong tiang yg menyemak mata tu. Besoknya dah tiada lagi. Masaalahnya pun selesai.

      Adakah tiang talipon yg En Mazidul komplen tu masih ada lagi selepas 2 tahun. Jika ada lagi ikut cadangan saya. Tak payah pening kepala berurusan dengan TM.

      TM akan hantar TQ letter pada En Mazidul lagi. Think outside the box. Then you will be wiser.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.