Sabtu, Ogos 31, 2013

KILANG HARAM MEMBAWA BAHANA KEPADA HAMPIR 1 JUTA RAKYAT SELANGOR? MPS LEMBAB BERTINDAK TAHAP GABAN


Tumpahan minyak diesel itu dilaporkan berlaku di Rawang berpunca dari sebuah BENGKEL. Akibatnya sejak semalam kira-kira 1 juta penduduk Selangor menerima bahananya, dicatu bekalan air.


Seperti dijangka, Syabas akan mencari kaedah terbaik untuk memastikan kehidupan jutaan penduduk Selangor tidak akan menjadi kritikal berikutan ketiadaaan keperluan asas itu.

Apapun, saya ingin tahu, BENGKEL manakah menjadi sumber tumpahan minyak itu? Tidakkah pengusaha mengambil langkah keselamatan bagi memastikan kejadian itu tidak berlaku?  Siapakah pula pemilik bengkel itu?  Bagaimanakah minyak diesel boleh tertumpah ke dalam sungai? Apakah pula tindakan Jabatan Alam Sekitar Selangor terhadap kilang itu? 

Akhbar The Star menghuraikan jawabannya.

Rupanya bukan bengkel tetapi KILANG.

Kilang beroperasi TANPA LESEN  terbabit dikatakan terletak kira-kira 500 meter dari Aeon Rawang. Menariknya,  kilang memproses semula minyak terbuang itu telah dikompaun 14 kali, berjumlah RM34,000. Berikutan kejadian minyak dibuang ke sungai berhampiran, penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang, MPS  telah menyerbu kilang itu.

Bangang juga, kan?

Kilang di Jalan Batu Arang itu disahkan berstatus haram dan telah dikompaun berulangkali tetapi masih terus gah  beroperasi. Lebih menarik lagi, penduduk di kawasan sekitar dilapor telah mengemukakan komplen berhubung bau busuk datang dari kilang sama tetapi tiada tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Penguatkuasa MPS sabar menunggu sehingga kejadian membebankan jutaan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berlaku, barulah mereka menutup kilang terbabit.



Kilang itu milik individu berbangsa Melayu, India atau Cina? Tidak pula dinyatakan dalam laporan  kerana pemilik terbabit dikata menghilangkan diri. 

Hemat saya, penguatkuasa MPS tentunya boleh menghubungi pengusaha itu kerana hampir 15 kompaun  telah dikeluarkan kepadanya.

Ternyata, MPS mengambil tindakan LEMBAB TAHAP GABAN.

Baca laporan The Star, klik di sini.

23 ulasan:

  1. Adakah kilang ini di bawah perlindungan kongsi gelap sampai pihak berkuasa hanya mengambil tindakan kompaun? Selepas bayar kompaun, boleh beroperasi seperti biasa. Bangsa yang selalu menyalak kerajaan rasuah adalah jenis yang sama suka melakukan kesalahan.

    BalasPadam
  2. Lambang mps termasuk tak dalam logo yg polis tunjukkan semalam?

    BalasPadam
  3. Bila duit beraja di hati, inilah akibatnya. Apa kejadahnya kalau saman berapa ratus juta kali pun akibatnya MPS kaya, tokey2 haram kaya, rakyat rugi.

    BalasPadam
  4. Hah.... xde lain.. bengkel cina ni... cinabeng tol...

    BalasPadam
  5. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu membuat PENILAIAN terhadap MPS dan GOMBAK kerana trajedi ini berpunca daripada KELALAIAN mereka dalam menjalankan tugas. Oleh kerana 1 Juta PENGGUNA telah mendapat kesan KELALAIAN ini maka PENGARAH atau KETUA MAJLIS PERBANDARAN seharusnya dikenakan TINDAKAN DILUCUTKAN JAWATAN SERTA-MERTA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya SETUJU 500% .. bukan satu SAMAN juga perlu dikeluarkan PENGARAH MPS sebab Tindakan sepatutnya sudah lama di ambil. Pelik bin ajaib bila SEBUAH KILANG boleh beroperasi secara haram sebegitu lama. Aduan rakyat tidak diperdulikan kerana rakyat mengadu guna air liur je .. tak ada wang ringgit terlibat.

      Padam
  6. Tindakan telah dibuat. Ini bukan kelemahan Majlis Perbandaran tetapi kelemahan undang-undang yang diperuntukkan kepada Majlis Perbandaran. Tiba masa mengkaji semula undang-undang tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tindakan telah dibuat, MENGAPA SERAMAI 1 JUTA ORANG mendapat kesan daripada hal ini? Tiada alasan dapat diterima walaupun alasan itu dibawa berguni-guni banyaknya. LUCUT JAWATAN, GANTUNG KERJA ATAU BERHENTI SAHAJA.

      Padam
  7. air sungai tahap tak sesuai di gunakan sebagai air minuman,langkah membeli air mentah dari negeri2 terdekat adalah lebih baik bagi mengatasi masalah sumber tercemar.pihak2 berkenaan boleh membeli air dari perak atau pahang dll harus di fikirkan .

    BalasPadam
  8. 1. Kilang haram
    2. Pekerja/pendatang asing haram
    3. Premis/gerai haram.

    Mana lagi kalau x dlm kwsn..

    MPS ( GOMBAK, SELAYANG, RAWANG )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kenyataan saudara..banyak perkara yg selama ini dilepas pandang.. dari bandar rawang hingga ke kawasan perumahan..

      Padam
  9. Terbau korupsi dn kurap berkongsi

    BalasPadam
  10. Terima kasih saudara mazidul..saya kira entri ni akan membuka mata banyak pihak..dan dari entri ini akan membuka cerita-cerita lain dibawah MPS.

    BalasPadam
  11. kilang haram mcm nie patutnya disita dan dirobohkan..bukannya dikompaun sbyk 14 kali...
    kilang haram...kompaun pun x guna...baik mps robohkan saja kilang tue..

    BalasPadam
  12. yang haram juga menjadi pilihan utama pemerintah malaysia.patut pun indonesia menggunakan malingsia merujuk negara malaysia.

    BalasPadam
  13. Sikap negara kita yang biasanya akan mengambil tindakan setelah berlakunya sesuatu tragedi atau musibah patut diubah. Selari dengan pepatah yang mengatakan: Sudah terhantuk baru terngadah. Jika pemantauan dan tindakan dapat dijalankan secara berkesan, saya rasa masaalah air yang kita hadapi sekarang ini tidak mungkin terjadi. Jika dapat dijadikan pendapat bahawa mencegah adalah lebih baik dari mengubati sebagai satu etika kerja, maka saya rasa Majlis Perbandaran Selayang itu tidak boleh dipersalahkan...

    BalasPadam
  14. salah satu cara paling mujarab demi menggagalkan projek air langat 2 yg baru shj dipertujui oleh Kerajaan Selangor. Demi hendak memburukkan nama Syabas, Alam Flora dan Kerajaan Malaysia , berjuta pengguna terseksa. Yg brsalah adalah pihak MPS dan kerajaan selangor sendiri kerana tidak ambil tindakan segera terhadap owner kilang yg berkali-kali tena saman dan kompaun, dah untung berjuta akhirnya org lain yg merana.

    Rakyat selangor, kuala lumpur dan putrajaya berhak menyaman MPS dan kerajaan selangor diatas kecuaian mereka dlm menangani kes ini.

    BalasPadam
  15. Statement Mazidul tidak tepat, syatikat hanya dikompund sekali shj dgn 14 kesalahan berjumlah RM34,000.00. Syarikat ini beroperasi secara haram tetapi tidak pernah membuang sisa minyak ke sungai. Ada kemungkinan sabotaj berlaku....

    BalasPadam
  16. 14 Kesalahan diatas satu kompaun... bukan telah di kompaun 14 Kali.. Jgn biarkan laporan tergantung.. Minta Mazidul dapatkan fakta sebenar dan mengiakan atau menafikan komen dari saudara Abdul Majid Hasan.

    BalasPadam
  17. apa kesudahan cerita ni..adakah sudah tamat?


    BalasPadam
  18. Untuk pengetahuan encik mazidul, "kilang" itu sudah wujud sejak tahun 1999. Sejak zaman khir toyo. jadi, jangan salahkan MPS di bawah kerajaan PR selangor sahaja, ya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.