Sabtu, April 10, 2010

'Ayam Sangkar' Bangkita

Saya dan krew 999 tiba di Limbang, Sarawak jam 4.20 petang semalam. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kami transit di Kuching. Dari ibu negeri Sarawak itu kami kemudian terbang ke Miri sebelum menaiki pesawat ATR ke Limbang, bandar sempadan di antara Sarawak dan Brunei.

Jam 6.30 pagi tadi saya rakamkan gambar langit di Limbang ini.


Berikut beberapa gambar bandar Limbang dan kampung berhampiran sungai.


Wanita ini menyelongkar sampah mencari barangan boleh dikitar semula untuk dijual.


Bangunan putih di bawah ini terletak di kawasan digelar 'Bangkita'. Sebelum ini Bangkita dikatakan terkenal kerana menjadi sarang pelacur Indonesia, 'ayam sangkar'. Mereka dikatakan memanggil orang ramai lalu-lalang di hadapan bangunan untuk menawarkan khidmat seks sambil berdiri di tangga bangunan, pintu berpagar dan dikunci. Oral seks di premis terbabit dilaporkan berharga cuma RM20 tetapi jika pelacur dibawa ke hotel, harga mencecah RM300.


"Pelanggan mereka kebanyakannya orang Brunei. Di Brunei tak ada pusat hiburan, tak ada pelacur, tak ada jual arak. Jadi pada hari Jumaat dan Ahad, sebilangan mereka datang ke sini," ujar rakan anak kelahiran Limbang.

Saya difahamkan 10 dollar Brunei nilai terkininya bersamaan dengan RM24. Justeru ramai rakyat Brunei berkunjung ke Limbang untuk membeli barangan keperluan harian pada harga lebih murah berikutan kadar tukaran mata wang itu.

"Plat number kereta Brunei besar, plat number kita kecil," tambah rakan lagi.

Malam tadi, saya dan krew 999 menyertai operasi memantau deretan kedai kayu di pekan terletak di sempadan Brunei-Limbang, Tedungan. Segelintir peniaga dilapor sering menyalahgunakan lesen perniagaan, menjual arak tanpa lesen.

"Di sini, 10 dollar Brunei boleh dapat 8 botol beer. Ramai datang minum seawal jam 2 petang sebelum gate ke Brunei tutup pada jam 10 malam," ujar lelaki tempatan mendekati saya dengan mulut berbau arak.

Melalui pengamatan saya, banyak kenderaan diparkir di kawasan terbabit bernombor pendaftaran 'besar'.

"Ramai juga pak haji dari sana datang enjoy di Tedungan ini," sampuk rakannya.

13 ulasan:

  1. Salam MAS..

    kakcik suka gambar awan tu.. :)

    masa kakcik di Miri pun kakcik dapati ramai orang dari Brunei datang kat sana (berdasarkan plet kereta dan makluman dari teman). Semoga Saudara dan krew berjaya menjalankan 'misi' dengan sempurna dan selamat walau di mana sahaja.

    BalasPadam
  2. nak tanya siket...
    pe maksud plat no besar???
    huhu...

    BalasPadam
  3. Ketegasan pemerintah Brunei dalam mencegah yang mungkar telah membuatkan syaitan2 itu beralih ke wilayah pemerintah Malaysia, jika pemerintah Malaysia juga bertegas sebagaimana Brunei, kemanakah syaitan2 ini mahu berkampung?

    BalasPadam
  4. cantik pemandangan awan tu... :)

    pak haji pun sama naik nak enjoy..isk2...

    BalasPadam
  5. satu maklumat yang baru pada saya. terima kasih kerana berkongsi maklumat ini.

    BalasPadam
  6. awan bersisik bagaikan arkitek yang sedang berbaris..


    Pak haji masa baik, masa 'skip'(demam) lain kira..

    BalasPadam
  7. sudah menjadi kebiasaan setiap jumaat dan ahad, pekan limbang akan dibanjiri warga brunei.malah, hari-hari biasa tetap mereke berkunjung ke sini.Mungkin faktor kunjungan mereka ke sini untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang lebih murah jika dibandingkan di negara mereka sendiri. atau mungkin sebab hubungan kekeluargaan di antara penduduk limbang dengan mereka. atau juga mungkin "hal-hal lain" yang tiada disediakan di negara mereka.

    BalasPadam
  8. Maksiat tdk mengenal batas usia & garis sempadan.

    Nafsu & keupayaan ringgit & sen menolak terus hukum & janji Tuhan yg tidak nampak di mata.

    Sewaktu terkedang menanti sakaratul maut baru keinsafan dtg menerpa, semuanya sudah terlambat untuk memusing kembali hukum karma mu di saat itu walaupun seinci.

    BalasPadam
  9. Bro

    Pelik juga ye, apa yang sedap sangat makan ayam sangkar tu?

    Bukan kah sudah ada ayam goreng kampung, ayam kukus ala Sze Chwan, Ayam Panggang Beggar.

    Betul punya pelik ni

    Pening palak

    Nota: Bro, nak minta gambar bot panjang tu, cantik lah, nak buat wallpaper kat notebook.

    BalasPadam
  10. Sungguh cantik gambar pemandangan awan tu, saya pun nak copy gak... bleh?

    Maksiat dan nafsu liar tak mengenal usia, atau taraf ekonomi. Yang miskin pun tingin, yang banyak duit, apatah lagi...

    BalasPadam
  11. Pak Haji sekarang ramai juga yang muda, Bang Haji; malahan ramai tak suka dipanggil Haji biar pun telah menunaikan Haji.

    Maka ceriteranya sama; di mana ada sarang pasti di situ sering terdapat telur untuk menetas. Siapa buat sarang? siapa empunya telur!. Penat nak memikirkan.

    Sedangkan unggas pun jarang guna sarang rakannya kenapa manusia asyik bedal semua!.

    Maka itu aku suka burung Merbah Kampung berbanding merpati di kota! Tak pernah kulihat Merbah Kampung punyai bini sebanyak merpati di kota.

    BalasPadam
  12. saya orang Brunei, pleasa jangan terlalu menampakkan atau menonjolkan penghinaan terhadap orang Brunei, tidak semua Bruneian atau yang Haji ke Limbang berbuat maksiat, please jaga persaudaraan kita tq

    BalasPadam
  13. Salamz mazidul,

    Saya amat berterima kasih kepada tv3 kerana sudi datang ke Limbang, Sarawak. Kerana kami warga Limbang sudah serik dengan perbuatan maksiat begini. Ini lah kesukaan warga Brunei bertandang ke Limbang. Syurga Sangkar Ayam.

    Apa yang ingin saya bongkarkan di sini adalah mengapa sunyi sepi sahaja ayam sangkar di Limbang apabila Mazidul datang di tempat lokasi berkenaan tanpa mendapat sebarang tangkapan.

    Ini kerana ada spy atau mata2 yang dah di suap oleh bapak penjenayah ayam sangkar ini.

    Kerana ada di kalangan dia org ni yang dah inform awal2 kat tauke bapak ayam tu.That why look smooth je bila tv3 datang tanpa ada tangkapan di buat.

    Apa yg sya cadangankan kalau boleh bawa polis bukit Aman datang ke Limbang secara sulit without let Limbang Police Know you're coming coz Limbang police is 2x5=10.Totally cannot harap.

    Jika dia orang ni boleh harap, mana mungkin ayam sangkar berlaku di Limbang. Why faham2 je lah why....$$$$$

    Harap tv3 mampu membuat liputan ke Limbang di masa akan datang.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.