Ahad, Januari 05, 2014

PADERI LAWRENCE ANDREW DEGIL

27 Disember lalu, Paderi Lawrence Andrew melalui portal berita internet, berkata semua gereja Katolik di Selangor akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan penganut agama terbabit.



Tindakan editor akhbar mingguan Katolik, The Herald, itu sekaligus menyanggah titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah pada 14 Disember lalu. Baginda mahu rakyat Selangor patuh kepada larangan penggunaan kalimah Allah oleh individu bukan beragama Islam mengikut Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Berikut kenyataan Pengerusi Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang, Mohd Khairi Hussin.



Klik di sini.

Selain Sekretariat itu, banyak pihak lain mendesak Lawrence memohon maaf namun setakat ini dia masih berdegil. Berikutan itu, menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, 86 laporan polis dikemukakan oleh pelbagai pihak. 

Beberapa badan bukan kerajaan, NGO membuat keputusan berarak antaranya ke Church Of Our Lady Of Lourdes di Jalan Tengku Kelana, Klang hari ini dan kemudian menyerahkan notis bantahan kepada Ketua Paderi gereja terbabit. 



Sebagai reaksi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar melarang ahli UMNO menyertai perhimpunan itu kerana khuatir tindakan terbabit bakal lebih menggugat keharmonian dan kebebasan beragama di Selangor. 

Namun Noh mengakui, Lawrence pencetus kepada kekecohan ini, klik di sini.

5 ulasan:

  1. harap ada daie yg jumpa dia utk dakwahkn kpd islam..sbb itu tanggungjawan org islam sambung kerja nabi.s.a.w

    BalasPadam
  2. Salam En Mazidul,

    Good article, saya juga telah menulis perkara yang sama pada 28 December 2013 : http://thekl-chronicle.blogspot.kr/2013/12/selangor-churches-going-against-sultan.html


    Saya juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk link kan blog saya di blog tuan www.thekl-chronicle.blogspot.com terima kasih dengan jasa baik tuan.

    BalasPadam
  3. Degil. Macamlah dah jadi paderi tu kuasa dia lebih besar dari Sultan. Puak-puak ni, jika tidak dikenakan tindakan akan lebih degil menentang itu ini. Buat apa nak tulis hal agama mereka dalam Bahasa Malaysia ? Nak sesatkan sesetengah orang Islam agar murtad? Kebulur sangatkah kita nak ambil tahu hal agama mereka? Buat yang beragama Islam, jangan beri muka dan mudah terpedaya dengan mereka ini. Jom kita baca tafsir Al-Quran dan ambil tahu isinya secara serius. Besar pahalanya.

    BalasPadam
  4. Si Kaduk yang dilantik menjadi PERDANA MENTERI tak cakap apa apa ke? Memanglah bodoh sebab tidak mengambil berat pasal Islam. Bahalul punya Kaduk naik junjung.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.