Khamis, Jun 20, 2013

MANGSA PENIPUAN PAKEJ UMRAH TERUS BERSUARA

Kepada orang ramai masih tidak mendapat bayaran balik pakej umrah dikelolakan oleh sebuah  syarikat berpejabat  di The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor,  sila hubungi sukarelawan,  Mohd Farid Hamzah  di talian 017 605 2290.

Beliau bertugas sebagai pensyarah  di siang hari,  jadi hubungi  Farid  selepas  jam 6 petang. Kongsikan  bersama beliau,  bilangan peserta pekej dan jumlah wang pembayaran balik masih tertungguk sehingga kini.

Jika mempunyai  kemudahan  Whatsapp,  sila salurkan maklumat sama, pada bila bila masa ke 019 244 5354.

Saya  difahamkan, syarikat pernah membawa beberapa  artis terkenal melancong ke luar negara itu,  tidak   membayar kembali  wang orang ramai,  biarpun pakej umrah dibatalkan.

Alasan pembatalan? Kerajaan Arab Saudi tidak mengeluarkan visa.

Hakikat tidak diketahui ramai, syarikat itu TIDAK memiliki lesen untuk mengelolakan pakej umrah.

"Saya dengan sekeluarga  sembilan orang.  Kami membayar lebih RM4,000 sekepala untuk ke Mekah menunaikan umrah tetapi dibatalkan. Sehingga kini lebih RM36,000 wang  kami masih  tidak dipulangkan kembali," kata mangsa menetap di Sungai Buloh, Selangor.

In  Sha Allah,  saya  akan menemubual beliau pada jam  3 petang ini.

Saya melihat kes ini sebagai penganiayaan besar kepada umat Islam dan In Sha Allah, jika patah  paruh,  saya sanggup bertongkat dagu  untuk  membantu mereka.

11 ulasan:

  1. Sebab tu bila nak pergi umrah kena tengok juga syarikat yg dah establish, yang ada track bagus. Kalau perlu rujuk tabung haji syarikat yg berdaftar. Kadang2 org ambik kesempatan atas kelalaian kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf menjelah, bukan tabung haji tempat nak rujuk TA berdaftar, Kalau tak silap jawhar.gov.my

      Padam
  2. Maaf Cik JunAina,

    Saya salah seorang mangsa syarikat ni, keluarga kami tidaklah dalam kategori buta IT namun kami masih 'terkena'. Masa malam 11 Jun kami ramai2 datang perjumpaan di sana, saya nampak ramai mak cik2 dan pak cik2 yang dah dalam kategori warga emas. Diorang beramai-ramai daftar melalui ejen atau ketua kumpulan, malah ada yang diminta membayar beberapa setiap kali tarikh ditunda.

    Ketua kumpulan pulak bukanlah dari golongan anak muda (orang tua juga). Cuba letakkan diri dalam situasi mereka, ketua kumpulan yang memberitahu bahawa syarikat ini menawarkan harga murah berbanding syarikat lain yang dah establish. Diorang kerja kampung je, menoreh getah, guna duit pencen and golongan ibu tunggal. Kumpul duit sikit2, kalau ikut syarikat yang dah establish diorang kena tunggu lagi 2 3 tahun untuk bayar penuh. Macam mana kumpulan ni boleh terfikir nak pergi check dulu dengan tabung haji?

    Pada malam 11 Jun tu pun, yang mula mengamuk pun anak muda sebab suka hati diorang je (ketua wakil ke ketua kumpulan ke ketua marketing ke saya tak tau) nak panggil orang BONGOK. Yang mak cik2 or pakcik2 ni DIAM je. Lepas tu tak habes2 suruh kami muhasabah diri balik sebab kena sedar diri kenapa kita masih tak boleh jadi tetamu Allah. Gaya diorang bercakap sangat merendah2kan kami sebagai pelanggan.

    Saya tidak marah langsung dengan komen Cik JunAina. Saya cuma mohon Cik berfikir dari pihak mak cik2 yang terkena tu. Agaknya, mereka tahu tak nak menggunakan kemudahan komputer dan internet untuk google dulu nama syarikat tu?

    Maaf, komen panjang plak. Hihi~

    Salaam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam hani saya shazwan, wartawan kosmo! saya berminat untuk menemurah pn berkenan penipuan umrah, klu berminat call saya 014-9094340 secepat mungkin..

      Padam
  3. "Lepas tu tak habes2 suruh kami muhasabah diri balik sebab kena sedar diri kenapa kita masih tak boleh jadi tetamu Allah"
    Ini adalah alasan yg digunapakai oleh para Penipu2@penyangak utk tutup mulut para bakal jemaah supaya jgn bising dan tdk menyalahkan pihak syarikat@pengurusan. Kawan2 saya dah kena tahun lepas depa disuruh ke KLIA padahal tiket blm confirm. Dia org heret beg kecik besar dr utara & selatan. Bila sampai kapal nak brlepas, pak syeik cakap 'seat' x de lalu pak syeik berceramah 'sabarlah dgn dugaan yg kecil ni krn nabi kita diduga lebih dahsyat. Setiap ibadah ada cabaran & halangan. Sebenarnya Allah suruh kita berdoa lebih & hebatkan usaha'. Nasib baik ada jemaah yg berani sanggah pak syeik. Ini lah sebahagian golongan 'binatang berserban & berjggut panjg yg mggunakan 'agama' utk cari makan dgn cara menipu.

    BalasPadam
  4. Elok kalau dapat disenaraikan nama2 syarikat yg menipu bakal jemaah...

    BalasPadam
  5. kepada sesiapa yang tertipu dengan syarikat Arlief ini dan belum dikembalikan passport, sila hubungi Sarjan Gui (016-6807622)dari IPK Shah Alam.

    BalasPadam
  6. salam
    ade sape2 yg boleh bg tau. kalo ikutkan bulan lepas pn yati@rohaya masuk mahkamah. skarg ni saya x dpt tepon die untuk mntak duit saya. partner die kata (en. edy) pn yati@rohaya masuk lokap. betul ke???

    BalasPadam
  7. Salam.
    maaf menyampuk.
    Saya ada nak buat siasatan bagi client kami.
    Ada tak sesiapa yang pernah di tipu atau pernah dengar mana2 travel agent yang menggunakan nama Tabung Haji untuk pakej Haji dan Umrah padahal mereka bukan lah ejen dari Tabung Haji Travel agency..
    Kalau ada, minta pembaca dan abg mazidul sendiri hubungi kami di talian 03-55232112.
    terima kasih

    BalasPadam
  8. Salam, saya wartawan kosmo! bagi ruangan rencana. saya sedang membuat kisah mengenai kes penipuan umrah, kalau ada sesiapa yang berminat untuk ditemuramah sila hubungi saya 014-9094340 secepat mungkin, kalau boleh sekitar KL saja. Thankz..

    BalasPadam
  9. saya rasa bapak saya mungkin terkena dengan pakej disponsor seorang arab. Kos untuk seorang rm 3700. Sepatutnya kami pergi pada 23.4 .2014.. katanya masalah visa. Kami hanya diberi tahu pada pukul 3pm 22.04.2014.
    Rupanya kes sebeginia telah banyak di bincangkan di laman web. Kami dalam proses menyelesaikan keadaan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.