Saya berhenti buat seketika memerhatikan beg diletakkan di atas simen oleh peniaga warga India di pasar menjadi tumpuan ramai bermula pada jam 9 setiap pagi.
Saya kongsikan bersama pembaca gambar dirakamkan oleh rakan, Mohd Farid Hamzah.
"India mari?," soal saya.
"Ya, India," balasnya.
"Satu tiga ratus," katanya sambil menawarkan kuku dan sebahagian dipercayai kaki harimau belang.
"Awak tidak boleh berniaga di sini," kata saya.
Mungkin dia tidak faham.
"Dua ratus lima puluh," katanya.
Harimau, haiwan dilindungi dan menjual bahagian badan harimau, satu kesalahan di negara kita.
Sebelum mereka beredar, saya mencapai sebahagian daripada 'barang' dijual dek warga asing, berniaga tanpa lesen itu.
"Original," kata peniaga itu.
"Itu hari dia jual satu, tiga ratus ringgit, customer Cina beli," kata peniaga berbangsa Cina berniaga di gerai berhampiran.
Menurut lelaki sama, peniaga warga asing itu telah lama berniaga secara haram di situ.
Saya meminta mereka pergi dan berharap lain kali tugas itu akan dilaksanakan oleh penguatkuasa Jabatan Perhilitan Malaysia atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Lelaki berbaju hitam di bawah tidak berpuas hati terhadap tindakan saya. Dia kemudian membebel dalam bahasa Inggeris, sukar saya fahami.
" It is illegal to sell tiger body parts in Malaysia and this is my country," ujar saya.
Perangainya bak Belanda mendapat tanah. Barangkali sebelum ini kegiatan mereka berniaga secara haram di negara aman ini, satu kelaziman. Peniaga tempatan hanya sekadar memerhati, mungkin kerana mereka tidak mahu bergaduh. Justeru apabila dilarang, dia spontan naik angin mungkin kerana dia tidak mengetahui angin saya juga mampu bertiup kencang.
Jika peniaga itu menetap di Chennei, India, mungkin dia tidur di tepi jalan akibat dihimpit kemiskinan.
Klik di sini.
Di Malaysia, dia ingin menunjuk jaguh.
Sebaik melihat Farid merakamkan gambar secara berterusan, mereka berdua beredar.
Saya dapati, peniaga haram dari China masih membanjiri Pasar Pudu. Molek andai penguatkuasa DBKL berterusan melaksanakan tugas harian mereka secara lebih berkesan. Halau semua peniaga warga asing.
cuba kalau peniaga melayu, cepat jer kena halau.. kalau bangsa lain, teragak-agak nak halau..
BalasPadamSMTI
BalasPadamnext time if about animals call me bro. i don't care about law. tangakp dulus erahkan kepada polis. yg lain biar perhilitan buat.lepas kan mereka sorry. bangsat betul
BalasPadamAdakah penguatkuasa kini semakin dihantui ketakutan...Masa terbaik yang manakah hendak kita tunggu untuk melaksanakan undang?
BalasPadamKaki harimau ke? Kecik nye macam kaki kucing je. Kompem tu kaki kucing. Kuku pun halus2 je. Jika tapak kaki harimau penuh satu pinggan makan.
BalasPadam